Boleh atau tidak melawat kuil kuil Cina , Hindu dan Gereje untuk tujuan lawatan dan bersiar siar?
Assalamualaikum semua pembaca,
Maaf sudah agak lama saya tak kemaskini blog ini atas faktor faktor kesibukan. Saya terpanggil untuk membuat posting berkenaan ramai orang islam yang melawat kuil kuil hindu dan cina serta gereja apabila mereka pergi melancong ke dalam negara atau luar negara. Saya tidak akan mengupas hal ini berdasarkan hukum feqah haram makruh atau harus disebabkan banyak ustaz ustaz yang diluar sana sudah pun mengelaskan bab feqah ni.
Saya akan mengupas kenapa kita tak boleh atau larang untuk melawat masuk menangkap gambar selfie bagai didalam tempat ibadah non muslim dari segi ilmu haq.
إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ إِنَـٰثًۭا وَإِن يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَـٰنًۭا مَّرِيدًۭا ١١٧
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka (4-17).
Dari ayat diatas sebenarnya menerangkan bahawa berhala berhala yang ada didalam kuil dan gereja itu adalah tempat syaitan yang derhaka tinggal. dari segi ilmu haqnya sememangnya banyak syaitan jin tinggal didalam kuil terutama nya di badan patung patung berhala yang disembah oleh non muslim.
So barang siapa yang masuk kedalam kuil kuil ini walaupun berada diluar kawasan kuil tu sebenarnya sudah pun meletakkan dirinya menjadi sasaran serangan syaitan jin ini. Maksudnya jin ini akan menyerang dan masuk kedalam diri anda dan menggangu anda daripada dalam.
Ada satu kes yang melibatkan pesakit ustaz ismail ialah berkenaan tempat tidur anak pesakit yang dindingnya adalah altar tempat penyembahan hindu. disebelah rumah apartment ini keluarga hindu meletakkan altarnya didinding dan disebalik dinding tu, katil anak pesakit. betul betul sebelah sahaja. Apa yang berlaku pada anak pesakit ni ialah dia sepanjang waktu tidak sihat, demam sakit kepala lesu dan sentiasa sakit. apa yang berlaku ialah syaitan yang berada dipatung patung berhala ini telah masuk dan menyerang anak pesakit dirumah sebelah.
Saya harapkan para pembaca boleh mengambil pengajaran dari posting saya kali ini. Saya doakan semua pembaca dipermudahkan urusan dan rezeki dan diberikan ilmu yang haq yang bermanafaat pada diri anda dan keluarga anda.
Wallahuaklam