Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 13 April 2022

Selamat berpuasa dibulan penuh rahmat: persoalan syaitan diikat dibulan Ramadhan tetapai gangguan jin tetap ada.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Mohon maaf sebab lama tak update laman blog saya ni. Sibuk dgn urusan duniawi dan ukhrawi. Apa pun saya ingin share persoalan benarkah syaitan jin diikat sepanjang bulan Ramadhan akan tetapi kenapa masih ada gangguan dibulan mulia ini.

Perkara yang sering bermain difikiran segelintir manusia ketika bulan Ramadan. Sedikit ulangkaji buat mereka mereka yang memikirkannya.


Adakah syaitan dirantai atau dibelenggu ketika bulan Ramadan?


Sabda Rasulullah SAW, “Ketika masuk bulan Ramadan maka syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup” (HR Bukhari dan Muslim


Jika syaitan-syaitan dibelenggu atau dirantai, mengapa masih berleluasa kemaksiatan atau pun masih kelihatan kelibat makhluk durjana ini oleh sesetengah orang ketika bulan Ramadan?


Jawapan:

Hadith tersebut 100% betul. Yakinlah dengan sepenuh hati. Mungkin kefahaman untuk memahami hadith tersebut belum dikurniakan kepada kita lagi.


Syaitan atau jin yang dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan ialah syaitan atau jin yang TIDAK BERTUAN sahaja.


Walaubagaimanapun, syaitan atau jin yang BERTUAN tidak akan dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan. Ianya masih tetap kekal dalam tubuh badan pemiliknya.


Oleh sebab itu, di bulan Ramadan masih terdapat :

1) Orang yang terkena histeria

2) Orang yang berbuat maksiat

3) Sihir masih berjaya dilakukan

4) Orang bercakap dengan sakanya

5) Orang yang ada ilmu kebal masih kebal

6) Orang yang ternampak entiti ghaib

7) Orang baran melampaui batas

8) Gangguan sihir masih belum berhenti

9) Masih berinteraksi dengan "khadam" nya


Dan sebagainya.....


Oleh kerana itulah tidak ada apa yang perlu dihairankan sekiranya tingkahlaku sesetengah orang masih sama sepanjang bulan Ramadan.


Namun demikian, masih ada juga pendapat ilmuan ilmuan lain yang berlawanan dengan kenyataan diatas. 


Sebarang pendapat adalah diraikan. Ilmu dan kefahaman manusia berbeza beza. Orang memberikan pendapat mengikut tingkat ilmu yang dimiliki. Tidak perlu berbalah dalam menegakkan hujah masing masing. Berlapang dadalah.


Masih boleh ditolak hujah hujah diatas. Dipersilakan..


Jin, Iblis, Syaitan dan keturunannya mesti dikalahkan.


#dicopy dr anak murid saya en Harith.


Selamat berpuasa dan saya doakan semua dalam rahmat Allah semata mata




Tiada ulasan:

Catat Ulasan