Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 6 Jun 2011

Pagar halus dan batin untuk kediaman dan premis perniagaan part 2

Assalamualaikum,

pagar halus atau pagar batin adalah sesuatu yang biasa kita dengar terutama untuk melindungi keselamatan rumah atau premis perniagaan dari gangguan jin dan manusia. Pagar halus or pagar rumah yang mcm tak nampak nie sebenarnya salah satu ilmu bathil yang ada diamalkan oleh org melayu islam kita.

Saya ada bercerita tentang pagar rumah nie dalam posting sebelum ini tetapi kali ini saya nak bercerita tentang pagar halus yang biasa digunakan oleh perawat-perawat islamik kita. banyak jenis pagar-pagar halus yang digunakan termasuklah menabur garam, lada hitam, kacang hijau, benang, buluh dan paku. Saya sebenarnya pernah dipasang pagar jenis azan, garam dan lada hitam sekaligus. Kerana pernah mengalami dan memasang pagar ini, saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang berlaku or kebathilan pagar ini.




Topik nie pasti mengundang ketidakpuasan hati pengamal-pengamal perubatan islam yang ada menggunakan pagar jenis ini. Saya minta maaf terlebih dahulu jika ada yang tak bersetuju. Saya hanya menyampaikan pengetahuan saya. Anda boleh pilih untuk terima dan tolak. takde sebarang masalah.

Dari segi syarak penggunaan lada hitam or garam ini bagi saya dan sesetengah org menjurus kepada penggunaan tangkal. Tangkal lada hitam, garam dan kacang hijau. Penggunaan pagar garam sebagai contohnya adalah perubatan yang digunakan oleh paderi-paderi kristian untuk menghalau kononnya hantu. Garam sebagai contohnya sebenarnya tak berkuasa or tak mempunyai sebarang kelebihan yang membuatkan jin or makhluk halus takut kepadanya. Penggunaan garam or objek yang umumnya tak mempunyai sebarang kelebihan kecuali untuk masakan sebenarnya boleh menjurus kpd penggunaan tangkal.

Pada hemat saya yang berlaku apabila pagar jenis garam, lada hitam dan kacang hijau nie dipasang, objek-objeek ini menjadi tarikan kepada jin-jin islam yang berada disekitar kawasan tersebut dan mereka ini akan bertugas sebagai pagar. penggunaan jin untu mengawal jin sebenarnya satu kerja yang agak membuang 'karen' disebabkan jin kebanyakkan jenis alpa dan lupa. Mula-mula mereka akan bertugas seperti mana yang disuruh tetapi lambat laut mereka ini akan lupa tugas mereka dan mereka akan mengambil kesempatan. Sudah banyak kes yang berlaku jin-jin islam ini merogol manusia-manusia yang sepatutnya mereka jaga. Seperti mana juga manusia, jin-jin sebenarnya lagi tak tahan godaan. Mostly manusia-manusia nie sebenarnya cantik dan terbaik kejadiannya berbanding mereka.

saya ada pengalaman menggunakan or terguna paagar jenis buluh/paku dan juga pagar jenis garam,lada hitam dan azan. Ya benar pagar azan. Semasa saya dan keluarga diserang dan diganggu oleh makhluk jin nie (refer kepada topik rentetan diganggu oleh jin) saya sekeluarga telah dipaksa oleh keluarga isteri saya untuk memasang pagar jenis azan,garam dan lada hitam nie. pakatan ini diketuai oleh seorang bomoh kampung yang sebenarnya pakcik kepada isteri saya. Bomoh kampung yang semacam alim nie mempunyai banyak ilmu yang pelik-pelik yang mostly berkawan dgn jin.

dipendekkan cerita selepas sahaja mereka semua ini memasang pagar halus nie kat rumah saya, seingat saya kali pertama saya nak masuk kedalam rumah selepas pergi makan beramai-ramai nie ialah...kepala saya jadi pening dan telinga saya berdesing. Saya tak mampu berada lama didalam rumah saya dan saya telah membawa keluarga saya semua tidur ditempat lain. Saya sebenarnya tahu jika saya berada lama dirumah tu (or) tidur didalam rumah tu, saya akan dikuasai oleh jin-jin yang berkumpul didalam rumah saya tu. Bayangkan 2 bakul besar garam kasar dan lada hitam yang digaul sebati ditabur didalam rumah, dan dibiarkan 1 hari. melekitlah satu rumah.

saya terpaksa meminta bantuan ustaz mail untuk memclearkan rumah saya dari semua jin-jin yang berkumpul dan kami mengambil masa 2 hari untuk 'membersihkan' rumah tu.

begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya menggunakan pagar halus nie.

Sebenarnya tak perlu kita memasang pagar halus nie. Pagar hanya bertindak sebagai passive protection dimana pagar sebenarnya hanya untuk bertahan. Kita sendiri boleh menjadi active protection dimana kita sendiri boleh membelasah or bunuh mana-mana jin yang ingin datang bertandang or menyerang. Tak susah pun tak belasah dan bunuh jin sekiranya kita tahu caranya.

wallahuaklam..

7 ulasan:

  1. salam saudara blogger, saya amat berminta membaca blog anda. Tetapi saya amat kesal kerana saudara mengaitkan dengan AGAMA LAIN. harap saudara FAHAM. Terima KAsih. Tiada agama yang mengajar kita mengutuk agama lain, semua memandu ke arah yang benar.

    BalasPadam
  2. walaikumsalam tuan,

    Saya tidaklah mengaitkan secara terus agama lain didalam blog ini tetapi apa yang saya nyatakan adalah yang haq dan terkandung didalam Al-Quran.

    Semua agama memandu kepada kebaikan tetapi bukan kebenaran. Hanya agama islam sahaja yang membawa kepada kebenaran (al-haq) hanya agama islam sahaja yang diterima oleh Allah dan diredha olehNya.

    harap maaf jika saya ada menyinggung perasaan pembaca jika saya ada menyentuh bab berhala or bab penyembahab syaitan. Yang haq tetap haq walaupun agak pahit untuk diterima.

    Saya hanya ingin menyedarkan dan menyampaikan sahaja. Jika salah, sila tunjukkan dimana ayat saya yang menyalahi Al-Quran dan al-sunnah.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  3. Salam,

    Buat masa ni, Saya selalu tinggal seorangan di rumah. Rumah Akan kosong selalu kalu Saya pegi bekerja. Saya sentiasa niatkan untuk memagari rumah setiap Kali Saya keluar meninggalkan rumah berhari hari untuk bekerja atau balik ke kampung dengan membaca ayat suci, spt Ayatul Qursi ataupun Al Fatihah.. Dengan niat meminta perlindungan dri Allah Dan malaikat untuk menjaga rumah semasa ketiadaan sya. Saya takut juga kalu belaku keburukan di rumah semasa ketiadaan Saya.

    Harap tuan Dapat membantu..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,
      1.'saya terlepas menjawab persoalan ini. Harap maaf.
      2. Malaikat ada yg ditugaskan untuk menjaga manusia akan tetapi just manusia sahaja.
      3. Kerja memagar rumah dengan ayat ayat tu sebenarnya tidak berkesan pun.
      4. Lebih baik tuan berdoa terus pada Allah minta dilindungi Allah.
      5. Apa yg berlaku ialah pendamping tuan sendiri akan menjadi pagar rumah tu. Tak akan menghalang pun makluk jin atau manusia dari melakukan keburukan pd rumah tuan.

      Wallahualam

      Padam
  4. jadi x boleh lah guna garam n lada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuna nazrul,
      1. Ya. Jawapan yg mudah dan ringkasnya ialah tak boleh guna garam dan lada.
      2. Tak berkesan malah lagi membawa byk keburukan pada yg menggunakannya.

      Wallahualam

      Padam