Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 10 Januari 2013

Ilmu Pengasih Kupasan

Salam para pembaca semua,

dah sebulan saya tak memposting didalam blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita dengan ilmu pengasih dan penyayang. Apakah itu ilmu pengasih? Ilmu pengasih adalah sejenis amalan ilmu bathil taupun sihir yang dibuat dengan niat untuk membuat seseorang itu kasih dan sayang pada kita. Ilmu bathil @ sihir adalah satu ilmu yang shortcut yang menggunakan jin sebagai perantara.

Ramai dikalangan kita mempunyai ilmu ini dan yang amat menyedihkan ialah ilmu ini diajar dicorong tv dan radio tanpa ada sebarang sekatan. Ramai yang tak perasan dan tahu bahawa ilmu ini adalah ilmu sihir. Seperti mana ilmu gentel lada hitam yang menggunakan ayat al-quran sebagai syarat or amalan, ilmu pengasih   sekarang ini ada juga menggunakan ayat al-quran sebagai amalan.

Ramai yang mempunyai salah faham dan beranggapan ilmu dan amalan yang menggunakan Al-Quran semata mata adalah benar dan haq. Kena pulak diaajarkan oleh ustaz ustaz, professor dan juga ahli agama dicorong radio, tv , majalah dan juga internet. Hakikatnya banyak ilmu sihir/bathil yang menggunakan ayat al-quran 100%. Satu contoh ialah ilmu gentel lada hitam. klik disini untuk kupasan ilmu gentel lada hitam.

ilmu pengasih yang biasa dan ramai orang tahu ialah ilmu pengasih yang menggunakan ayat Al-Quran. Walaupun menggunakan ayat al-quran, ilmu ini tetap ilmu sihir. Tiada sebarang dalil dari hadis membenarkan penggunaan ayat ini untuk ilmu pengasih.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31


diatas adalah terjemahan ayat ilmu pengasih yang amat popular yang diajarkan oleh ustaz ustaz dimasjid, tv dan ceramah. Ramai yang menghafal ayat diatas didalam bahasa asal iaitu arab tetapi tiada yang nak ambil tahu maksud ayat yang dibacakan mereka untuk tujuan membuatkan isteri dan suami sayang kepada mereka.

cara penggunaan ayat ini agak pelik. satu versi yang pernah saya tahu ialah ayat diatas (dibaca dalam bahasa arab) lepastu ditiupkan kepada ubun ubun kepala target kita tu. selepas itu membayangkan target kita dari hujung rambut sampai hujung kepala. Adakah doa kepada Allah memerlukan kita tiup keatas ubun ubun kepala target kita tu? Tidakkah perbuatan ini dah macam berjampi?


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” 
Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad.

Doa kepada Allah adalah betul. Doa kepada Allah untuk isteri/suami sayangkan kita boleh tetapi maksudnya harus sampai. Nak mudah doa sahaja " Ya Allah, Engkau jadikan isteri aku sayang dan cinta pada aku".Ayat  surah ali imran diatas menceritakan bahawa Allah menyuruh kita mengikuti cara dan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s.a.w kita dan Allah akan ampunkan dosa dosa kita.

Tiada ilmu pengasih, ilmu kebal, ilmu pelaris, ilmu penunduk yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita. Kesemua ilmu ini bermotifkan kepentingan peribadi dan niatnya kerana makhluk semata mata. Kalau kita nak isteri sayang pada kita, senang aja. Ikut aje sunnah Rasulullah,. Banyak hadis hadis berkenaan hubungan antara suami isteri. Amalkanlah. Nak cara mudah, layan dan treat lah isteri / suami dengan baik dan tunjukkan kasih sayang. InsyaAllah isteri/suami akan sayang pada kita.

tak ada kena mengena langsung ayat surah al-imran tu dengan doa untuk membuatkan isteri/suami sayang kepada kita. Yang berlaku ialah pemdamping ilmu pengasih daripada sesiapa yang mengajarkan ayat ini untuk tujuan pengasih akan masuk kedalam diri yang dengar dan mengamalkan ayat ini untuk tujuan pengasih.

Nak selamat, beramallan dengan sesuatu yang ada sandaran seperti hadis sahih. Amalan ibadah khusus tu pula hendaklah kerana Allah semata mata. Jangan buat amalan (ibadah khusus) sebab nak isteri sayang, boss sayang, kawan kawan suka, cantik, hebat dari orang, kaya dan sebagainya. Cara dan niat perlu selari. Cara yang haq dengan niat yang haq.

untuk sambungan kupasan ilmu pengasih part 2 simptom ganguan sila klik link dibawah:
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2013/09/ilmu-pengasih-part-2-simptom-dan-kupasan.html#more

Wallahu aklam

21 ulasan:

  1. as salam... apakah benar sihir ini boleh menutup rezeki?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Jawapan saya.
      1. Sihir ini boleh menjejaskan dan menutup rezeki pengamalnya.
      2. Tidak menutup rezeki yang menjadi mangsa ilmu ini.

      wallahu aklam

      Padam
    2. assallamualaikum ustaz ..sye ingin bertnye ..sye penah memakai minyak pengasih dan jugak minyak penyeri muka,,dan smpai skrg sye masih mengunakan nya..tetapi minyak nie dipakai dgn niat yg baik dan juga perosesnya dari aliran yg baik2....soalan sye adakah minyak ini ada pendampingnya bila seseorang itu mengunakan nya diatas niat yg baik dan juga ingin wanita padang nya dgn kasih syg...

      Padam
    3. walaikumsalam,

      j: memang ada pendamping. Minyak pengasih dan minyak seri muka adalah bathil.

      Syarat amalan dan ilmu haq. Niat Haq+Lafaz haq+ perbuatan haq= Haq. Macam solat.

      Dalam kes tuan. Niat baik + Lafaz baik (saya assume)+ pebuatan (guna minyak pengasih) adalah bathil = bathil.

      Rujuk kepada Al-quran dan hadis untuk amalan. ilmu pengasih dan ilmu seri muka tiada didalam islam dan tidak pernah diajar oleh Rasullulah.

      Wallahu aklam

      Padam
  2. ASSALAM..

    SY PNH GUNA ILMU PGASIH UTK MMIKAT WANITA..
    SY SGT MYESAL..DN SUDAH INSAF..PERLUKAH SY MINTA MAAF DGN GADIS2 TERSEBUT..MINTA PNDPT DANISH..TQ.

    BalasPadam
  3. walaikumsalam,

    ya, anda perlu meminta maaf tetapi yang paling utama ialah memulangkan ilmu pengasih tersebut dan membuangnya dari diri dan batin anda. Ilmu itu masih berjalan didalam diri tuan dan akan berada dalam diri tuan selagi belum diputuskan.

    ilmu ini menyebabkan tuan dalam keadaaan syirik sepanjang masa dan amat besar kemungkinan amalan amlan ibadah yang telah,sedang dan akan datang hilang dan hapus begitu sahaja.

    ilmu itu masih berfungsi didalam diri tuan sekarang. Taubat dan mohon maaf hanya akan menghapuskan dosa yg telah lepas tetapi tidak pendamping ilmu pengasih tersebut.

    Mohon tuan hubungi ustaz mail utk membetulkan diri tuan.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  4. As salam..
    status sy isteri orang, tetapi dlm masa yg sama sy ada hubungan dgn suami orang. Sy sedar ini adalah dosa besar. Sy telah sedaya upaya utk menjauhi lelaki itu, namUN seringkali tewas. Adakah lelaki itu ada menggunakan ilmu bathil utk mendekati sy dan bagaimana cara utk mengetahuinya...
    sy tekad utk tidak berhubung dgn lelaki tersebut namun sukar berbuat demikian kerana bertugas dibawah satu bumbung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Ya. Puan dah terkena ilmu pengasih dan effek ilmu ini agak dalam.
      2. Nak tahu mudah. Puan tau benda tu salah dan nak berenti tapi tak dapat.
      3. Sebaiknya call.ustaz mail utk dapatkan bantuan.
      4. Jika ada masalah boleh terus email kepada saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. suami ceraikan sayanketika saya sarat mengandung....
    saya yakin suami terkena ilmu shir...
    tiba2 suami ceraikan saya dan bencikan sy sgt2
    kami dah lama tunggu rezeki bb
    seleps 3 thn kawin baru allh bagi
    suami mmg nak bb sgt2
    dia mcm x der hati langsung
    dan x ingt pasal bb langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam izayani,

      1. Punca suami menceraikan puan sebenarnya berpunca daripada saka dan juga serangan sihir.
      2. Mmg sesiapa yg kena sihir sebegini jadi mcm kejam dan takda fikir pasak org lain.
      3. Saya cadangkan puan call ustaz ismail dan dapatkan bantuan daripada dia.
      Wallahuaklam

      Padam
    2. sy juga ingin tahu...adakah saya juga turut terkena serangan sihir kerana da beberapa perkara yg berlaku pd saya
      1.sebelum ramadhan yg lalu...sbelum bersalin...pd waktu tu suamindah ceraikan sy.. seekor kelawar hitam masuk ke dalm rumh n menuju ke arah saya sbanya dua kali...waktu tu sy di ruang tamu...tgh malam...saya sorang jer yg ada
      2.tiba2 y berbau busuk sgt2... n hilang selepas ketika
      3.kejadian ni berlaku selepas bersalin.... tiba2 ada lipan merayap atas katil...lipan ni x besar sgt...lipan remaja....bb ada atas katil...x penah2 ada lipan atas katil
      4.sy mmg ingt sgt2 pd belas suami sampai. tahap selalu menagis....mmg ingt di sgt2....

      Padam
    3. Salam,
      Jawapan saya.
      1. Ada dua punca gangguan serentak pada puan iaitu saka dan juga serangan sihir. Sihir pengasih yg dikenakan kpd suami berfungsi membuatkan suami benci pada isteri dan isteri benci pada suami.
      2. Puan ada banyak gangguan ni. Bab teringat pada suami ni puncanya adalah saka suami.
      3. Anyway sila lah dapatkan bantuan ustaz ismail dengan segera.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Assalamualaikum En Danish
    Saya ingin bertanya.. sy telah berkahwin 6thun & ade 2org ank..Thun lps sy dpt tau suami sy ade perempuan lain..sejak tu suami sy mula berubah
    1.Suami sy tinggalkn sy & ank2 tnpa peduli ape yg jd pd kami
    2. Bila kami sakit jga dia tdk peduli
    3. Dia bgtau dia tdk boleh jauh dr perempuan tu..klu jauh dia akn termenung.
    4. pernah bbrp kali mrk gaduh & dia nk balik rmh tp hnya sparuh jalan dia akn patah balik pd perempuan tu
    5. mmg xboleh nk berpisah lgsung smpai suami sy tinggal bsama dia
    6. skrg perempuan tu mtk suami sy ceraikan sy..hnya 1pkara suami sy xblh buat utk dia iaitu ceraikn sy..
    7. suami sy jg tdk bnafsu dgn sy..
    8. klu dia balik rmh kami xkan gaduh tp perempuan tu akn mesej saja..suami xkan lama kt rmh
    9. sy pnah terima dia utk bermadu tp dia xnak..dia nk suami ceraikn sy sbb dia xblh nk tinggalkn suami sy..
    10. kluarga kami saling menuduh..kata perempuan tu buat suami & kluarga prempuan tu tuduh suami buat perempuan tu.
    11. smpai skrg mrk masih bersama & dia minta suami ceraikn sy..suami sy tetap xmau lepaskn sy..pernah gaduh smpai ajak ke pjabat agama..selang 2jam suami xbg sy pegi sana..
    12. pernah juga perempuan tu ckp nk tinggalkn suami sy..tp tdk jgk tinggal tp sbaliknya suami akn xbalik rmh lama..

    Apa patut sy buat?? sy dh buntu dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum puan.
      1. Panjang cerita puan. Akan tetapi saya ringkaskan jawapannya.
      2. Suami puan dah terkena ilmu pengasih awek tu.
      3. Dalam kes sebegini saya cadangkan puan berjumpa dengan ustaz ismail utk bantuan lanjut.
      4. Insyaallah masalah akan selesai kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. Assalamualaikum tuan,saya nak tanya saya berkenalan dengan seorang perempuan.hubungan kami hanya biasa2 sahaja.saya tiada perasaan cinta kepada dia.suatu hari ketika saya tidur,tiba2 saya terjaga.fikiran saya tertumpu pada perempuan itu.saya berasa aneh..hati dan perasaan saya gelisah.saya seperti hilang akal atau jatuh cinta kepada perempuan itu sehingga saya keluar rumah pada malam itu untuk berjumpa dia.hati saya berdebar-debar.. saya rasa rindu teramat sangat..saya tak dapat kawal perasaan saya..sejak hari itu hubungan kami menjadi rapat..saya dah macam orang bodoh,buat kerja pun tak boleh..asyik teringatkan dia sahaja..ditempat kerja saya selalu dengar suara orang perempuan menjerit panggil nama saya..bila saya toleh tiada..saya sahaja dengar suara itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Email tuan telah pun dibalas.
      2. Utk makluman pembaca mmg benar tuan osman telah pun terkena ilmu pengasih yg agak ampuh.
      3. Jika pembaca lain ada masalag yg sama silah komen atau terus email pd saya kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Waalaikumussalam,
      1. Email tuan telah pun dibalas.
      2. Utk makluman pembaca mmg benar tuan osman telah pun terkena ilmu pengasih yg agak ampuh.
      3. Jika pembaca lain ada masalag yg sama silah komen atau terus email pd saya kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  8. Assalamualaikum, saya nak tnya ayat 4 dalam surah yusuf tu dikira sihir ke tak?
    Saya pernah mengamalkan untuk jodoh, tetapi saya dah stop, sebab was was takut amalan ini bertentangan dgn ajaran Islam.
    DAN seandainya ia memang sihir dan syirik apa yang patut saya lakukan? Macam mana nak buang sihir ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam cik mira,
      1. Dikirakan sebagai sihirm
      2. Cara nak buang ilmu ini ialah dgn cara memulangkan pada empunya asal atau org yg ajarkan cik ilmu ni.
      3. Akadnya seperti berikut:-

      Saya pulangkan apa sahaja yg saya ambil dari kamu yang ada pada diri saya dan keluarga saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  9. Saya ade dapat mnyak pengasih dari seorng perawat.. Saya gune baru 2 kali kmudian saya buang.. Mnyak tu pon dh x tau kat mane.. Ape ptot saya buat

    BalasPadam
  10. assalamualaikum, adakah saya masih ada sihir pengasih dlm badan saya? sy isteri org, tapi amat suka pada raka. sepejabat yg juga suami org...

    BalasPadam