Lama saya tak update blog saya yang dhaif nie. Dalam posting kali ini saya nak bercerita tentang rumah dan tempat tinggal jin. bab rumah jin nie ramai yang dalam sedar atau tidak menyediakan banyak rumah dan membawa banyak rumah jin kedalam rumah kita sendiri. Kerja bawak jin masuk rumah nie adalah satu kerja yang memang mengundang masalah kepada penghuni rumah itu sendiri. jenis-jenis bawak masuk rumah dan tapak rumah jin terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:-
1) pagar batin/ pagar rumah/ pagar jin/ (termasuklah garam, lada hitam, kacang hijau, azan, dan pagar ayat).
2) Wafak.
3) Barang-barang, binatang dan juga pokok2.
4) Pembakaran lilin aromatherapy, kemenyan, colok aroma therapy dan pelbagai jenis benda aromatherapy.
5) altar sembahan (bekas kawasan altar sembahan) non muslim. bagi rumah yang dibeli second hand.
Yang point ke 3 iaitu barang-barang, binatang dan juga pokok-pokok nie sebenarnya banyak juga menggangu kita sebenarnya tanpa sedar. Kebanyakkan kes, apabila datang gangguan, punca gangguan tu tidak dicari (or tak tahu pun nak mencari) tetapi terus dipagarnya dengan pagar halus seperti dipoint nombor 1. Kerja memasang pagar halus nie sebenarnya menambah gangguan tetapi ramai yang rasa seperti pagar itu benar-benar ampuh.. Pasang aje pagar, berdere-deretlah jin-jin islam datang dengan niat membantu manusia. Pagar halus yang menggunakan apa sahaja nie sebenarnya menjadi magnet dan penarik jin-jin berkampung didalam. Saya dah kene dan pernah rasa macam mana. Ramai yang hilang gangguannya disebabkan pasang pagar nie.Kenapa? dah ramai sangat jin yang datang, jin yang mengganggu memang kene henyaklah. Efeknya hanya sementara sebelum jin-jin yang dipanggil nie pulak yang buat kerja mengarut menggangu penghuninya.
Kita sambung balik ke point 3 iaitu barang-barang. Byk sebenarnya barang-barang yang menjadi rumah jin. Contohnya ialah patung-patung mainan kanak2. Walaupun ada pendapat ulama mengatakan barang-barang patung permainan ini hukumnya harus dan tidak mensyirikkan Allah, tetapi patung-patung ini adalah magnet kepada jin-jin. Mereka memang suka tinggal pada objek yang menjadi kesukaan manusia dan berupa patung. Termasuklah patung-patung berhala di kuil, tokong, dan gereja.
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (An-Nisaa' 4:117) |
Dikisahkan satu kisah Rasullulah s.a.w dengan Siti Aishah r.a berkisar tentang bantal nyang dijahit dengan gambar burung. Rasullulah meminta siti aishah mengalihkannya disebabkan tidak mahu gambar burung tu meminta nyawa darinya kelak.
Itu baru gambar burung, belum cerita patung kanak-kanak yang pelbagai rupa. Rupe syaitan, resaksa, Barbie doll dan pelbagai lagi. Malaikat diceritakan tidak mahu masuk kedalam rumah yang mempunyai patung. Walaupun patung tu patung mainan, patung tetap patung..mempunyai cukup sifat. Dalam hal ini orang-orang yang kashaf (dari Allah) boleh melihat jin-jin bersarang dipatung-patung nie. Kebanyakkan kanak2 amat menyanyangi patung teddy bearnya, sampaikan kalau hilang...memang meraung dan menangis sakan.
"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain dari patung, banyak lagi barang-barang yang biasanya ada dirumah yang memang menjadi tempat tinggal jin dari asalnya. perhiasan pun sebenarnya ada sesetengahnya memang menjadi tempat tinggal jin. Terlalu banyak dan terlaku detail jika nak diterangkan didalam thread seperti ini.
Ambil contoh satu kes kawan baik saya sendiri. Berlaku pada 2 tahun lepas. Pada suatu malam dia telefon saya dan berceritakan masalah ada gangguan dirumahnya. Apabila disuruh saya scan, saya nampak memang ada gangguan kepada kesemua penghuni rumah. walaupun kawan saya cakap, hanya anak dia aje yang nampak benda tu. Saya pada masa tu masih lagi baru dalam bab nie, dan saya cakap saya kena bawak ustaz mail untuk membantu.
Dipendekkan cerita kami pun pergi kerumah kawan saya nie. Cari punya cari, rupa gangguan tu datang dari barang dan benda. Disebabkan terlalu banyak benda dalam rumah tu, hampir kesemua patung-patung mainan terpaksa dibuang keluar rumah dahulu. Kalau tak buang sukar nak cari punca gangguan sebenar sebab jin-jin yang pada patung nie akan menyukarkan dan menconfusekan kami. Lepas dah buang patung-patung tu semua, barulah jumpa puncanya. Pokok pinang merah (palm merah). Diceritakan kawan saya nie ada menebang sebatang dari batang pokok palm merah tu sebab dah terkene piring astro dan membuatkan siaran hilang. Lepas dia potong sebatang tulah, anak-anaknya deman dan meracau nampak benda sana dan sini.
gambar contoh pokok palm merah
Malam tu jugak ustaz mail tebang pokok palm merah tu. Lepas tebang pokok tu, ustaz mail pun pun membuat clearing kepada kesemua seisi rumah. Lepas dah buat clearing, ustaz mail terperang satu sudut dibawah tangga. dia tanya kawan saya, kat situ penah ada tokong ke? Jawab kawan saya ye, dahulu penyewa lamanya orang cina, dan disudut tu memang terletak tempat sembahan mereka. Terpaksalah ustaz mail zasskan tempat berhala tu sekali.
kerja menclearkan rumah tu memakan masa hampir 5 jam. alhamdulillah, semuanya selesai.
Moral of the story, barang-barang dan pokok juga adalah tempat tinggal jin nie. Pokok palm merah sebagai contohnya adalah pokok hiasan kegemaran orang cina, kalau tgk..rumah org cina memang banyak tanam pokok nie. Datang ong kata mereka. Pokok ini adalah salah satu species pokok yang kalau boleh jangan ada kat rumah anda. Ada banyak lagi jenis pokok yang menjadi rumah dan sarang jin-jin nie. Itu akan diceritakan dalam posting akan datang part 2 atau 3.
untuk cerita lanjut berkenaan rumah-rumah jin ini sila klik link ini.
http://ilmuhaq.blogspot.com/2011/10/memancung-syaitan-betina.html#links
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan