Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 1 September 2011

Bunian Part 3

salam,
Saya akan bersambung bercerita tentang bunian. Ramai yang mempunyai pemahaman yang bunian ini adalah manusia yang halus. Manusia tetapi halus. Sebenarnya jika dikaji dari sudut jisim (unsur tubuh badan) bunian, sebenarnya mereka berjisim halus seperti mana jin. Seperti mana yang pernah saya cerita sebelum ini, bunian ini adalah golonagn hybrid ataupun kacukan antara manusia dan jin. Jisim mereka lebih menyerupai jin tetapi rupa mereka dan cara hidup mereka seperti manusia. Bunian ada yang islam dan ada yang kafir.


saya dah cerita sebelum ini yang manusia yang mempunyai dna bunian dan saka bunian memang kebiasaannya menghadapi masalah seperti ini. Kalau diikutkan salasilah keluarga orang yang mempunyai kaitan or saka bunian, bunian ini akan mengikuti salasilah keluarga ini hingga kiamat.

gambar hiasan bunian malaysia. Orang barat panggil elves.

ada saka or keturunan bunian nie sebenarnya adalah satu masalah yang berat. Makcik sebelah isteri saya (dah meninggal) pun ada saka bunian dan dia pun kandungannya hilang 2 kali. semua dilarikan oleh bunian. Kalau tak hilang, anaknya tak akan jadi normal disebabkan bunian ini akan mengikut keturunan anak ini. akhir hayat makcik belah isteri saya nie, mati dalam keadaaan bisu dan macam hilang akal. Adiknya pula (masih hidup) mengalami masalah dirogol oleh bunian sejak berapa lama dah. Saya ingin membantu tetapi nampaknya diri adik makcik isteri saya nie dah terlalu kuat dikuasai oleh bunian keturunannya. Apakan daya saya, jika saya membelasah bunian tu dari luar, makcik saya nie pulak yang dapat bahana dan sakitnya.

kalau nak tgk lebih jelas keturunan orang yang ada saka bunian nie ada masalah seperti berikut)(satu , dua atau lebih:-

1) Anak hilang dari kandungan.
2) Dapat melihat dan berkomunikasi dgn bunian.
3) Keturunannya dan salalisah kelaurganya semuanya berkawan dgn bunian.
4) Anak-anak ada yang berkemungkinan mengalami masalah down syndrome.(satu atau lebih).
5) mengalami masalah yang kronik sebelum nazak dan meninggal dunia.
7) kalau yang perempuan, kemungkinan dirogol ataupun bersama bunian amat besar disebabkan ikatan sakanya.

Saya sebenarnya amat kasihankan ramai saudara-saudari saya yang se islam yang menghadapi masalah saka bunian nie. Ada anak hilang dari kandungan, mati, down syndrome dan sebagainya.

ada saka or keturunan bunian sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk iman dan diri anda. Yang kita nak Allah, bukan yang lain.



Saya kesini kerana Allah dan menyampaikan kerana Allah. Tiada yang lain.

wallahu aklam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan