Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Monday, October 1, 2012
Status perubatan menggunakan air jampi, rukyah dan bacaan Al-Quran. Q&A
Assalamualaikum,
Posting kali ini saya akan menceritakan tentang status perubatan menggunakan air jampi ataupun air rukyah. Saya merujuk kepada soalan yang dikemukan oleh pembaca hana Azmin. Berikut adalah soalan dan jawapan saya.
1) bagaimanakah status perubatan yang ibu tuan buat yang menggunakan urut dan minum air hampi hampir sepuluh tahun.
rujuk soalan asal
Jika perubatan tu betul, tak perlu sampai sepuluh tahun tetapi takde apa-apa perubahan. Sebenarnya bab air jampi nie saya belum lagi tulis dan sentuh secara khas didalam blog saya nie disebabkan terlepas pandang.
Walau bagaimana pun saya akan menjawab soalan tuan secara ringkas disini. Saya menolak perubatan dengan menggunakan air jampi, air rukyah, air doa. berikut adalah penjelasannya.
air sebenarnya mampu merakam dan menyimpan serta memindahkan jisim yang haq dan juga jisim yang bathi. Jika saya sebagai contoh mempunyai pendamping khadam dan saka dan saya membacakan rukyah kepada sebotol air, maka 1 ekor pendamping saka dan 1 ekor pendamping khadam akan melompat ke dalam sebotol air tu.
Jika tuan minum air tu, maka complete lah jin itu masuk kedalam badan anda. Jika jin yang ada pada saya kuat dan dari jenis jin peringkat tingggi dan tinggi ilmu , maka..penyakit tuan akan sembuh jika tuan ada gangguan.
Ini dinamakan top up saka or top up gangguan. Jin yang baru masuk maybe akan menjalankan tugas yang disuruh saya secara betul pada mulanya, tetapi lama kelamaan jin ini pulak akan menggangu tuan.
Berikut adalah senarai-senarai air yang boleh memindahkan jisim kejahatan jin kedalam diri anda:-
1) Air rukyah
2) Air Jampi
3) Air penerang hati
4) Air yassin.
5) Air Musstofa/ Air Zafron/
kenapa air ini mengandungi syaitan dan sekutunya?
untuk soalan ini saya biasa menggunakan satu contoh yang extreme. Anda sedia maklum kisah dan cerita air holly water yang dikatakan dibuat menggunakan anjing putih dan bagaimana kesannya keatas orang islam yang beriman selepas meminumnya. Untuk pengetahuan tuan puan air adalah sejenis medium yang mampu merakamkan apa sahaja yang dibacakan kepadanya. Sukar untuk dijelaskan melalui kaedah sains tetapi mungkin dalam masa 50 tahun akan datang, teknologi sains mampu merungkaikan permasalahan ini.
Berbalik kepada cerita air holy water. Air ini sebenarnya dibacakan mantera ataupun ayat-ayat dari bible dan sebenarnya air ini merakamkan kejahatan dan juga jisim syaitan yang ada pada pembacanya. Maybe ada 50 orang membaca terus kepada air ini, bayangkan ada 50 kumpulan jin memasuki air ini selain dari kegelapan (zulumat) bible yang terus terang telah dipesongkan dari Injil yang asal.
sesiapa yang meminum air ini dikatakan hilang keupayaan untuk mengucap syahadah dan hilang kesemua ingatan kepada bacaan Al-Quran jika ada.
Berbalik kepada topik asal air mengandungi syaitan. Jika tuan puan faham dan boleh menerima pandangan tentang air holy water, maknanya anda juga boleh menerima pandangan tentang air rukyah (contoh) juga boleh mengandungi syaitan. Air boleh merakam dan menyimpan jisim kejahatan jin dan syaitan.
Pengamal perubatan islam atau tradisional juga mempunyai pendamping jin pada diri mereka. Pendamping yang paling basic dan semua faham ialah Qarin. Selain dari qarin, saka adalah pendamping yang paling banyak pada diri seseorang selain dari pendamping ilmu yang lain.
Sebenarnya hampir kesemua perubatan mempunyai pendamping ilmu nya dan kebanyakkan kes mempunyai khadam jin dan juga bantuan jin islam. Sukar untuk ramai menerima pandangan ini tetapi jika diteliti hampir kesemua pesakit yang berubat dengan perubatan islam ataupun tradisional kebanyyakkan tidak boleh sembuh sepenuhnya ataupun sakit mereka ini berulang semula.
Dipermudahkan untuk pembaca untuk faham, jika anda baca surah yassin kepada segelas air ataupun sebotol air, anda sendiri minum untuk apa-apa sebab, tiada masalah. Jika saya baca surah yassin pada sebotol air dan anda minum..ada masalah untuk anda. Pendek ceritanya berdoalah terus dan bergantung harap lah terus dengan Allah tanpa ada perantara.
Jika si pembaca rukyah, doa dan juga ayat Al-Quran itu bersih seperti mana Rasullulah s.a.w dan juga para sahabat dan tabiin yang berpangkat R.A, maka anda boleh minum air yang mereka bacakan. Tetapi untuk mencari orang yang bersih batinnya seperti mereka ini teramat sukar sekarang ini. Adalah lebih selamat jika anda baca sendiri doa air zam-zam dan minum sendiri jika anda ada ingin mengubati diri anda sendiri. sila layari link ini untuk posting doa air zam-zam.
Wallahu aklam...
Labels:
air jampi,
air musstofa,
air penerang hati,
air rukyah,
air yassin,
air zafron,
zulumat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

assalamualaikum...
ReplyDeletesaya nak tanya, dekat pusat rawatan contohnya darul s***a ustaz2 dekat situ akan baca doa kat air GAU tu...adakah air tu semua ada jisim kejahatan jin dalam tu??
maaf...saya perlu penjelasan..
waalaikumsalam,
ReplyDeleteadakah kesemua air tu ada jisim kejahatan jin didalamnya?
Jawapannya ialah ya. Kesemua orang mempunyai jisim kejahatan dalam diri termasuklah qarin , zulumat dan pendamping ilmu dan saka. Jisim kejahatan ini akan memasuki apa jenis air yang bacakan kepadanya.
jika anda baca doa dan anda sendiri minum, tak jadi masalah. sebab jisim kejahatan itu kepunyaan anda. Masalahnya orang lain baca, anda yang minum. Kalau dia ada 100 pendamping, 100 ekor akan masuk kedalam air tu.
Nak mudah nak faham, sendiri baca sendiri minum. Berserah dan bergantung lah diri kepada Allah semata-mata tanpa perlu orang perantaraan. Anda sakit anda sendiri lah minta pada Allah.
wasalam.
hmmm...jadi kita x boleh lah minum air yg dibacakan ayat Al-Quran oleh org lain sebab jisim jin ada dlm air tu???
ReplyDeletejadi sebab apa ustaz2 darul syifa tu baca surah2 kat air tu ya??adakah sebab mereka tidak tahu?
Mcm saya cakap dalam post diatas. Jika orang tu batinnya bersih...boleh mcm Rasullulah dan para sahabat yang ada title r.a boleh minum.
Deletetapi sekarang teramat sukar dan takda orang yg ada title ra.
Saya bersangka baik sahaja. ya Mereka tidak tahu. Kalau tahu pun mereka tak percaya.
wallahu aklam
hmmm...kalau mcm tu saya x perlu minum air yg dibacakan doa atau ruqyah pun boleh kan...cukup x dgn hanya dgr,baca ruqyah dan berzikir?
Deletedan saya nak tanya sikit boleh x dekat danish...
haritu saya g darulsyifa...bila masuk je seseorang yang saya kenal cakap rasa mcm panas je kat dalam tu...sebab apa ye???
dan waktu tu ada ustaz tgh baca doa kat air untuk kitorang bawa balik dan saya rasa mcm pening2 dan khayal je bila dengar bacaan ustaz tu...
boleh tak danish bagitahu apa penyebab saya dan seseorang yang saya kenal tu rasa mcm tu??
saya minta sgt jasa baik danish untuk terangkan dekat saya yang baru nak tahu pasal benda ni...
terima kasih...
Salam,
Deletesila baca posting saya bab gangguan tak sembuh dgn teknik rukyah dan perubatan islam. Post bulan disember 2011.
Pening pening dan khayal ti sebab pendamping ilmunya sedang masuk kedlam diri tuan. Sebenarnya setiap kali terima rawatan rukyah akan dimasukkan pendamping dalam diri tuan. Kalo pendamping kuat dr yg menggangu tuan akan sembuh seketika. Jika tidak tiada kesan.
saya ada komen bab ini dlm posting tu.
wallahu aklam
ok...saya cuba baca...terima kasih sebab menjawab ya danish...
ReplyDeleteSama sama tuan. Jika ada perkara or persoalan boleh gunakan search this blog. Belah kanan atas. Taipkan rukyah disitu dan search posting saya.
Deletejika ada persoalan yg belum saya sentuh or jawab boleh tanya dimana mana post atau email terus kpd saya.
wallahu aklam
salam,
ReplyDeletesaya menerima satu soalan berkenaan status air yassin yang dibacakan beramai ramai dalam majlis bacaan yassin. Maaf terdelete pulak comment tersebut.
Jawapan saya: Sama sahaja. Jika didalam majlis tu ada 50 orang yang membaca, kesemua pendamping untuk 50 orang yang membacakan yassin tu akan masuk kedalam botol air yassin dan akan berada didalam air tersebut.
Serasa saya amalan memnacakan surah yassin pada air nie bukanlah berasal dari amalan Rasulullah tetapi modifikasi yang dibuat oleh ulama ulama selepas Rasullulah s.a.w.
Saya belum berjumpa sebarang hadis dan nas dari Al-Quran mahupun hadis berkenaan bacaan surah yassin pada air. Jika ada diharap dapat berkongsi dengan saya bab ini.
wasalam
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya nak tanya,ketika mengambil air sembahyang..adakah sama dgn kemasukan jisim kejahatan?begitu juga dgn mandi junub serta memandikan jenazah? on Status perubatan menggunakan air jampi, rukyah dan bacaan Al-Quran. Q&A
DeleteMaaf terdelete tuan abu franco punya soalan.
Jawapannya tidak. Hanya mandi adat istiadat dan ritual hindu sahaja. Ambil air sembahyang mandi junub mandi sunat hari raya dan mandi jenazah tidak menjadi jalan masuk jisim kejahatan kedalam diri kita.