Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 22 Mac 2012

Doa Air Zam-Zam


MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat.

Ya Allah aku berserah kepada Mu, aku beriman kepada Mu, aku bertawakal kepada Mu, aku kembali kepada Mu dan aku berjuang kerana Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Mu, Aku naik saksi tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Engkau yang benar, janganlah aku disesatkan(3x). Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya pasti mati.



Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH


Hadis-hadis rujukan berkenaan Air Zam-Zam.

Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
(HR Abu Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy dalamKanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.)

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit.”
(Lihat As Silsilah Ash Shahihah no. 1056

Doa air zam-zam ini adalah teknik basic dalam teknik bunuh jin, syaitan dan sekutunya. Cara penggunaan doa air zam-zam adalah seperti berikut:-

  1. Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin (yang tidak dibacakan doa dan rukyah) kedalam segelas air biasa.
  2. Duduk sambil mengadap kiblat.
  3. bacakan doa air zam-zam seperti diatas sambil mengadap gelas tersebut.
  4. Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
  5. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
  6. pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril. Si sakit minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara.

keberkesanannya bergantung kepada jenis gangguan iaitu jalan gangguan itu sendiri. Jika gangguan itu berpunca dari serangan amalan sihir orang, dan jenis tumpang..InsyaAllah gangguan boleh sembuh. Jika gangguan berpunca dari campuran jenis serangan dan ambilan/ warisan...doa ini boleh meringgankan gangguan tersebut. Ini hanya 1st aid kit yang boleh digunakan untuk kecemasan. Hanya untuk sementara sahaja sebelum punca gangguan dicari. Silalah dapatkan bantuan dengan hubungi no yang tertera dalam profile saya jika gangguan berpanjangan. Mostly tapak jin masih ada didalam diri, rumah dan kediaman anda.

Wasalam.




37 ulasan:

  1. salam, saudara saya ingin tahu ilmu haq dgn lebih lnjut..
    ariasbakri@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah e-mail kepada saya. Saya dah jawab e-mail tuan yang lepas. InsyaAllah by next week dvd tu akan sampai.

      Wasalam.

      Padam
  2. Saya nak tau sejauh mana en danish memahami ilmu haq ini..saya dah menonton dvd.tetapi masih rasa tak paham tentang konsep buang dan pulangkan..ada kah peringkat pertengahan dan advance masih menggunakan konsep buang dan pulangkan..salam

    BalasPadam
  3. salam tuan azlan,

    soalan tuan yang pertama iaitu sejauh mana saya memahami ilmu haq ini?

    Saya cuma tahu secukup dan seadanya sahaja. Banyak lagi peringkat advance yang belum saya pelajari jika tuan nak tahu.

    soalan kedua.
    Adakah peringkat pertengahan dan advance masih gunakan kaedah buang dan pulangkan?

    Ya. Setinggi mana pun teknik seseorang tu ada walaupun diperingkat advance kaedah pulangkan dan buang tetap kena buat untuk ambilan ilmu. Kaedah teknik intermediate dan advance lebih kepada teknik membelasah dan bunuh jin yang datang dalam bentuk serangan sihir dan juga jin yang menyerang.

    selain itu peringkat intermediate dan advance lebih menumpukan kepada fine tuning diri dan batin seseorang itu kepada Allah. Sukar untuk saya ceritakan secara detail dalam blog sebegini.

    pendek ceritanya, kita semua nie nie berlapis-lapis. dari kecil sampai umur sekarang sebenarnya kita dah terambil banyak ilmu-ilmu bathil yang terang, separa terang dan tersembunyi. So kaedah pulangkan dan poli tetap kena buat. Pulangkan jika dah nampak ada ilmu yang terlekat, buang (poli) untuk ilmu yang tak dapat kita pulangkan sebab tak bertemu empunyannya.

    untuk ilmu kupasan ilmu bathil terang, separa terang dan tersembunyi sila layari kink dibawah.

    http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html

    BalasPadam
  4. Salam,

    Mohon izin guna doa air zam-zam untuk kesejahteraan insyaallah.

    Rgds

    BalasPadam
  5. silakanlah tuan. Saya bagi yg haq semata mata kepada tuan dan pembaca semua. Silalah amalkan. Tak perlu minta ijazah dari saya.

    BalasPadam
  6. tuan,

    adakah perlu ada pengawasan orang yang arif semasa nak mengamalkan minum air zam zam ni? takut pulak kalau benda yang ada dalam badan berjangkit kepada yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,

      Tuan baca dan tuan minum. Mudah aje konsepnya. Tuan mintak dgn Allah dan bergantung pd Allah semata mata. Tak perlu ada pengawasan. Just baca pada segelas air yg berisi air zam zam dna minum sendiri. Jgn bagi org lain minum. Itu sahaja syaratnya.

      Padam
  7. Salam tuan,

    Kenapa ada * pada badi manusia*, badi binatang*? Apakah makna * tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      Star tu sebenarnya untuk nama. Sebagai contoh jika anda terkena badi mayat ali, badi manusia ali jadinya. Jika anda terkena badi binatang seperti ayam hutan, jadinya dalam doa sebut badi binatang ayam hutan.

      Wallahu aklam

      Padam
  8. salam tuan.

    saya dah amalkan 3 hari minum air zam zam dengan doa ini. rasa macam cepat letih. time maghrib je nak tidur. apa tandanya tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,
      Tandanya tuan ada gangguan jin didalam diri. Penat tu sebab banyak jin yang terkena bedal sebab doa bersama air zam zam. Bila banyak jin yg keluar dari badan dan batin, badan kita akan jadi penat.

      Sillah call dab dapatkan bantuan lanjut dari ustaz mail.


      Wallahu aklam

      Padam
  9. Assalamualaikum Tuan Danish,

    Bagaimana cara untuk kita nak bacakan doa air zam zam ni kepada anak-anak yang masih belum boleh membaca sendiri, mohon pencerahan tuan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Waalaikumsalam,
    1. Kita boleh bacakan doa diatas kepada air zam zam tetapi diubah untuk anak, sebagai contoh..

    Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diri anak ku XYZ , ilmu bathil yang mengkhianati diri anak ku XYZ, batin anak ku XYZ batin dalam batin anak ku XYZ dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................
    2. Selepas bacakan doa pada air, akad pada anak. Ayah/ Mak bacakan doa untuk XYZ sahaja ya. Yang lain tak ada.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  11. Apa effect setelah baca doa air zam zam ini? Adakah jin akan terbunuh atau cume cedara sahaja? Bagaimana pulak contoh jin saka or jin sihir adakah jugak sama terkesan dengan minum serta doa air zam zam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Kesan doa air zam zam berserta air zam zam ni bergantung atas jenis gangguan.
      2. Jika jin itu drpd punca sihir atau menumpang maka doa air zam zam dgn air zam zam boleh dan akan hapuskan terus jin jin tersebut. Jika yg level tinggi (jin) yg terlepas tapi mmg cedera parah. Buat hari hari maka byk yg terkena libas dalam diri.
      2.jika saka dan ambilan maka benda tu akan kena belasah tetapi disebabkan benda ini ada ikatan batin yg kuar, maka benda ni keluar selepas kena balun tetapi akan masuk kembali. Cedera parah juga lah. Akan tetapi akad pulang tetap jalan terbaik selesaikan ambilan dan saka.

      Wallahuaklam

      Padam
  12. Boleh tak kita rukyah air zam zam contoh alfatihah tapi kita sendiri yang minum bukan orang lain yang minum?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum anon,
    1. Boleh jawapannya tuan anon. Nak baca apa apa surah pada air zam zam pun boleh.
    2. Asalkan kita baca dan kita minum. Sebaiknya tengoklah maksud setiap ayat yang kita baca tu.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  14. Saya dh mula amalkn doa air zam2 ni bbrapa hari..tgn kanan tubuh sblh kanan n kaki kanan sakit dn bisa2..tapi brkurang sikit hari berikut..rasa mcm ditetak waktu mlm hnya tgn kanan (jari2)..tapi sendi2 lenguh..dpt tidur sedikit brbnding dulu (tidur dgn sakit yg teramat dulu)..akan usaha jumpa ustaz mail sedikit masa lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum haslinna,
      1. Alhamdulillah. Teruskan guna air zam zam dgn doa ya.
      2. Doa lah dipermudahkan jumpa dgn ustaz ismail ya.

      Wallahuaklam

      Padam
  15. Assalamualaikum wrt brth tuan...saya ingin bertanya dan mengetahui mengenai roh-roh yang jahat...bolehkah tuan terangkan apakah itu roh-roh yang jahat?

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum wrt brth tuan...saya ingin bertanya dan mengetahui mengenai roh-roh yang jahat...bolehkah tuan terangkan apakah itu roh-roh yang jahat?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum wrt brth tuan...saya ingin bertanya dan mengetahui mengenai roh-roh yang jahat...bolehkah tuan terangkan apakah itu roh-roh yang jahat?

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum wrt brth tuan...saya ingin bertanya dan mengetahui mengenai roh-roh yang jahat...bolehkah tuan terangkan apakah itu roh-roh yang jahat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan zack,
      1. Roh roh yg jahat ni adalah roh roh yg tergolong dlm golongan roh orang yg berdosa besar atau musyrik.
      2. Dinyatakan didalam hadis roh roh ini dibawa balik ke bumi selepas sitolak oleh Malaikat dilangit.
      3. Roh roh ini dikenali sebagai roh yg bergentanyangan. Tidak diterima oleh bumi dan juga langit.

      Wallahuaklam

      Padam
  19. Terima kasih sebanyak2nya saudara..anda telah menjelaskan dgn baik tentang ilmu haq..semoga ALLAH merahmati saudara Dunia dan Akhirat..

    BalasPadam
  20. Waktu period boleh juga baca doa air zam zam ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,

      Maaf lambat reply. Ya boleh baca doa ni time period.

      Wallahua'lam

      Padam
  21. Assalamualaikum en Danish.. Sya ingin bertanya air zam zam perlu di titiskan dngan air biasa.. Ataupun segelas air zam zam tanpa campuran...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam tuan Azizul,
      1. Sebenarnya bab titis tu saya minta disebabkan oleh air Zam Zam ini sukar didapati dan kalau ada pun kuantiti terhad.
      2. Kita hanya nak keberkatan air Zam Zam. Setitis atau segelas penuh yg tulin sama sahaja sebenarnya bab keberkatan nya.
      Wallahua'lam

      Padam
  22. Menurut testimoni pengamal cara minum air zam zam ni. Total brpa lma untuk pulihkan diri sediakala.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Cara minum air Zam Zam bukan lah cara solusi kekal utk gangguan seperti saka dan ambilan ilmu. Cara pulang adalah solusi terbaik.
      2.cara air Zam Zam adalah teknik asas. Perlu disusui dengan teknik yg seterusnya.
      3. Jika guna teknik air Zam Zam semata mata, memakan masa hingga 8 ke 10tahun. Terlalu lama.

      Wallahua'lam

      Padam
  23. Salam Encik Danish,

    1. Bolehkan air masak yang masih panas atau suam digunakan bersama beberapa titis air zam zam bagi rawatan cara ini?

    2. Pada teguk yang ketiga, adakah mesti terus minum sampai habis air tersebut atau boleh minum sedikit dahulu, telan dan kemudian baru habiskan kesemua air?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,
      1.boleh.
      2. boleh sambung teguk ke 4 atau ke 5 pun. asalkan sekurang kurangnya 3 kali teguk.

      wallahua'lam

      Padam
  24. Assalamualaikum
    Saya terkena Sihir encik boleh sarankan kepada saya bagaimana untuk berubat dengan Ustaz Ismail?
    Kerana saya orang Singapore dan sihir yg ditujukan ke saya tempias nya terkena kpd Nenek,orangtua saya & suami.
    Saya dah cuba usaha mengrugyah suami nampaknya sudah pulih..ayah saya nenek & ibu saya masih sakit.
    Berubat ke doktor tak baik2..sampai ibu saya batuk2 tak berhenti2 selama setahun makan ubat sama juga.
    Saya tak boleh cerita panjang kalau ada email saya akan Email ke encik danish in full details.

    Akan saya cuba kaedah air zamzam & doa nya jika ada tindak balas saya akan msg lagi.
    Diharapkan BLOG ini masih aktif.
    Saya benar2 perlukan bantuan.
    Nak berubat tukang obat smua minta bayaran mahal..saya tak mampu sebab gara2 gangguan mata pencarian saya juga terbatas..saya tak bekerja setiap kali mahu kerja ada saja halangan yg tidak mengizinkan saya kerja..mungkin Orang yg menyihir saya sengaha menghuru harakan hidup saya.
    Dan saya tak berduit untuk berubat.
    Pls help me.
    Wassalam

    BalasPadam
  25. Saya perlu bantuan Ustaz Mail.
    Bagaimana caranya untuk berubat dgn beliau drpd jarak jauh..bolehkah?

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum pak ..
    Saya mau bertanya , apa baca doa untuk air zam zam harus dalam keadaan suci? Dan jika sudah diminum reaksinya berapa lama ya?

    BalasPadam