Assalamualaikum,
Bab khadam ayat itu sebenarnya agak mendalam sedikit subjek ini. Saya akan cuba mengupas tentang khadam ayat dan bagaimana khadam ayat ini boleh datang or berfungsi. Saya akan mengupas kepada tuan dan kepada pembaca diblog saya supaya pembaca dapat penjelasan yang umum tentang khadam ayat.
Didalam al-quran Allah menyatakan bahawa Dialah yang menjaga Al-Quran dan isi kandungannya. Al-Quran yang diturunkan 1500 tahun dahulu dan al-quran sekarang tetap sama isi kandungannya dan ini adalah salah satu mukjizat Al-Quran itu sendiri.
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya {15:9}
Bagaimana khadam ayat boleh berlaku dan terjadi.
Khadam ayat boleh datang dan menjadi sekiranya si pengajar (empunya ilmu khadam ayat) mengajarkan kita amalan khadam ayat kepada kita. Sebenarnya diikutkan didalam surah Al-Quran tiada khadam. Amalan pembacaan yang kebiasaannya dibuat untuk mendapat khadam ayat mostly adalah surah yassin dan juga surah Al-Qursi yang dibuat setiap hari dengan nombor dan bilangan yang banyak dan ditetapkan. Khadam itu sebenarnya datang dari sipengajar ilmu khadam ayat dan bukan dari Al-Quran itu sendiri. Jika amalan dan ibadat membaca al-Quran itu diniatkan untuk mendapat khadam, maka amalan itu sebenarnya bukanlah kerana Allah semata-mata. Ibadah khusus perlu dibuat kerana Allah semata-mata dan tak boleh dibuat atas niat-niat yang lain. Boleh menjurus kepada syirik.
So mudah nak faham, khadam ayat yang haq tidak wujud. Ini bermakna, Allah tidak menurunkan ayat alquran bersama dengan khadam ayat. Khadam ayat yang ada sekarang adalah datangnya daripada orang yang mengajarkan kita amalan amalan ayat ayat alquran itu fadhilat itu dan ini dan dan mendapatkan khadam. Khadam 'ayat' itu sebenarnya datang dari orang yang mengajarkan kita amalan tersebut.
Amalan pembacaan surah yassin sebagai contoh 40 kali sehari untuk mendapatkan khadam adalah tipu muslihat jin dalam menipu manusia. Penipuan adalah seperti berikut:-
1) Ibadah khusus yang dibuat selain daripada kerana Allah adalah menjurus kepada syirik. Nak baca surah yassin boleh, tetapi bacalah kerana Allah dan memahami maksud surah itu sendiri. Ada pendapat ibadah khusus yang dibuat kerana ilmu dan Allah ini adalah amalan dari syaitan. Hanya sedikit aje terpesong niat kita, amalan jadi sia-sia dan mendatangkan kemurkaan Allah.
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Tujuan dan Al-quran diturunkan kepada kita ialah untuk kita memahami mesej dan maksud yang Allah nak kita faham dan amalkan.
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Az-Zumar 39:23).
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
(Az-Zukhruf 43:44)
Al-Quran ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang2 yg bertakwa- Ali Imran 138
2) Sebenarnya bilangan surah itu hanya penipuan semata-mata. Hanya baca sekali sahaja surah yassin (sebagai contoh) dengan niat nak dapatkan khadam, maka khadam daripada pemilik ilmu itu akan masuk kedalam diri sipembaca tu dan akan merosakkan diri kita daripada dalam. Tak perlu nak baca sampai for example 40 kali sehari untuk ilmu khadam tu benar-benar menjadi. Memang dah masuk khadam tu didalam diri sipengamal tu. Cuma mereka (jin) ini menipu dan mempermainkan kita dengan cara, kalau tak cukup 40 kali sehari...kekuatan or khadam tu tak mahu muncul untuk melaksanakan tugas-tugasnya.
3) Khadam jin iaitu mengkhadam or menghambakan jin yang sebenar-benarnya hamba amat sukar dicari. Khadam jin seperti mana Nabi Sulaiman a.s mengkhadamkan jin bukanlah mudah untuk kita dapat. Ilmu mengkhadamkan jin nie adalah ilmu khalifah yang peringkat tertinggi dan ada pendapat mengatakan ianya adalah mukjizat. Bukanlah sesenang baca surha yassin 40 kali sehari terus dapat khadam. Itu bukan khadam...itu penipu sebenarnya. Nampak aje macam khadam, akhirnya sipengamal ilmu tu akan jadi khadam kepada jin tanpa sedar. Amat biasa berlaku sebenarnya. Bagaimana empunya badan jadi hamba dan khadam jin? Mudah sebabnyaa jin itu akan bersarang didalam diri dan hati empunya badan dan menyampaikan saranan-saranan yang berupa suara hati. Last2 jadi hamba jin lah jadinya.
Para pembaca perlu faham tujuan Allah menurunkan Al-Quran. Sebagai pedoman dan petunjuk kepada kita. Diddalam AL-Quran itu sendiri ada menyatakan kenapa Al-Quran diturunkan. Kebanyakkan orang memahami secara kasarnya shifa atau penawar penyakit itu termasuk sekali bab gangguan makluk halus. Jika berdasarkan pemahaman saya, shifa atau penawat itu adalah untuk penyakit hati dan kegelapan didalam hati, bukanlah penawar untuk sakit gangguan jin. Al-Quran diturunkan untuk kita baca dan faham mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita.
Ibadah khusus hanyalah kerana Allah semata-mata. Di dalam ayat iftitah (Solat)
"Sesungguhnya solat, ibadahku, hidup dan mati ku hanya kerana Allah tuhan sekelian alam."
Ini sebenarnya termasuk dalam kategori syirik halus. Ibadat kerana perubatan syirik terang. Ibadah kerana Allah dan perubatan..syirik halus.
Jika kita membuat sesuatu ibadah dalam keadaan syirik, maka datanglah khadam ayat. contoh ibadah yang mendatangkan khadam ayat adalah seperti berikut:-
1) Beramal dengan surah-surah tertentu untuk mendapatkan khadam ayat. Ini jelas syirik.
2) Beramal dengan surah-surah tertentu untuk menghalau jin dan perubatan. Ini banyak berlaku kepada perubatan islam secara umunya. Tetapi kebanyakkan tak sedar khadam ayat itu membantu didalam perubatan itu sendiri.
didalam kedua-dua kes ini, khadam ayat masuk kedalam badan sipengamal itu sendiri dan kedalam badan sipesakit didalam kes no 2.
Apakah status khadam 'ayat' ? Khadam 'ayat' adalah jin. Tiada khadam ayat dari golongan malaikat sebenarnya. Lagi teruk ada yang mendakwa khadam ayat itu Rasullulah s.a.w itu sendiri...ini lagi parah.
jawapan mudah saya, khadam 'ayat' menjuruskan anda kepada syirik. Mendapatkan bantuan dari golongan jin dengan sedar dan tanpa sedar. Benda macam nie walaupun kita tak sedar dan tahu sebenarnya boleh jatuh syirik.
Dialam al-Quran ada menjelaskan bab larangan mendapatkan bantuan dan perlindungan dari golongan jin. Larangan ini sebenar jelas didalam al-quran. Larangan didalam al-quran bermaksud sesuatu yang wajib kita jauhi.
Buat amalan dengan tahu adanya khadam ayat sebenarnya satu kerja mencari penyakit. Khadam ayat sebenarnya akan masuk dan mendiami diri batin kita secara kita tak sedar. Tapak atau rumah khadam ini dalam diri kita. Bila mereka dalam diri kita, mereka ini akan menghasut kita melalui bisikan didalam hati dan akan menyebabkan kita akhirnya menjadi khadam kepada mereka pulak. Khadam ayat ini sebenarnya akan menjadi saka kepada anak-anak kita dan keturunan kita kelak. Nauzubillah.
ilmu untuk mengkhadamkan jin adalah ilmu kurniaan ataupun ilmu anugerah yang berstatus separa mukjizat. Ilmu ini Allah turunkan kepada Nabi Sulaiman A.S. Bukanlah mudah nak dapatkan ilmu untuk mengkhadamkan jin yang Haq seperti mana Nabi Sulaiman dapat. tak semudah amalkan ayat-ayat dan surah...berkali-kali dan dapat khadam. itu namanya mengkhadamkan jin dengan cara bathil.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. katanya: "Tadi malam, Ifrit bangsa Jin datang kepada ku hendak mengganggu ku solat (atau beliau mengucapkan kata-kata yang sama maksudnya). Tetapi Allah memungkinkan ku untuk mengatasinya. Aku bermaksud hendak mengikatnya pada sebuah tiang masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudara ku, Nabi Sulaiman, yang memohon, "Ya, Allah, Tuhan ku! Ampunilah aku, dan berikanlah kepada ku suatu kerajaan yang tidak akan pernah Engkau berikan kepada seorang jua pun sesudah ku." Kata Rauh, lalu jin itu diusir oleh Nabi.
dari hadis diatas terang dan jelas kelebihan untuk mengikat or mengendalikan jin (khadamkan mereka) adalah kurniaan kepada Nabi Sulaiaman A.S. semata-mata, Didalam hadis ini Rasullulah s.a.w berniat nak ikat dan mengendalikan jin. Disebabkan teringkat saudaranya Nabi Sulaiman yang menguasai dan berkuasa mengendalikan jin, maka Rasulullah melepaskan jin itu pergi.
Mudah nak faham. Khadam ayat adalah boleh menjuruskan anda kepada syirik dan sesuatu yang banyak membawa keburukkan kepada kita dan ketururunan kita. Saya bukanlah ulama untuk memutuskan fatwa dalam hal ini. Timbang-timbangkan lah apa yang saya tuliskan disini.
Wallahu aklam.
As salam en wan,
BalasPadamsaya sgt setuju dgn tulisan diatas..sblm ni saya x fhm & x nmpk kesannya tp bila saya sendiri diganggu dkt surau ofis minggu lepas buat saya sedar bahana "copy paste" ayat2 quran ni..alkisahnya dkt ofis saya punya la rajin AJK2 surau ni letak ayat2 yg di cedok sikit2 dr al quran kononnya utk murah rezeki la..utk anak yg soleh la...elakkan gangguan jin la..mcm2 lagi "khasiatnya"... saya baca sume tu terus sakit dada saya.. so skrg nie apa yg ditampal sy x baca lgsung..anggap je x nmpk apa2..tu belum lagi buku2 zikir kononnya utk murah rezeki, anak yg soleh, naik pangkat baca zikir nama allah sekian2 500x la..200x la termasuk ayat2 yg quran yg kena amalkan.. ada hari2 tertentu plk.. terlampau byk dkt surau tu smpai kan saya nak solat kena ganggu..dah mcm wafak pun ada.. sampai kan kwn baik sy x blh solat sendirian sbb dia kata ada yg m'ganggu..sy kena teman kan.. puas saya cari punca, lps call ustaz mail rupa2 nya benda2 ni la puncanya..lg satu mcm2 org yg solat dkt surau tu kan?jadi sy x dpt guna sejadah surau sbb mmg nmpk sebijik2 muka makhluk durjana tuh dkt sejadah..jadi, saya kena bwk sejadah & guna telekung sendiri utk b'solat..pastu apa lagi..kena poliklinik la baru khusyuk solat..tp satu cbrn utk terangkan pada kwn2...ramai yg x percaya..takut nanti dituduh sesat plk...dah alami baru tau..cuma kwn baik saya sorang ni je yg percaya..bkn senang nak suruh tanggalkan balik ayat2 yg ditampal tu..cuma apa yg saya risaukan kwn2 yg amalkan ayat2 tuh..
alaikumsalam puan MMF,
BalasPadamBab fadhilat ayat-ayat al-quran yang diamalkan untuk itu dan ini sebenarnya sukar untuk dijelaskan secara baik kepada masyarakat umum tanpa ada silap faham dan juga pandangan serong. Masalah amalan ayat-ayat al-quran untuk pelbagai jenis fahdilat termasuklah yang bathil iaitu khasiat penunduk, pengasih itu dan ini dipelopori oleh banyak golongan agama yang berstatus ustaz, iman, mufti dan juga professor.
punca utama kenapa amalan nie jadi bathil boleh berpunca dari pelbagai punca. Satu punca yang paling utama ialah sipenulis atau penyampai ilmu itu mempunyai ilmu bathil (sihir). Apa sahaja yang disampaikan olehnya melalui media cetak ataupun hasil kerjanya mempunyai selitan ilmu bathil. Ini saya namakan sebagai ilmu bathil yang tersembunyi.
Kebanyakkan kes yang berlaku pada puan MMF berlaku dihampir setiap surau, pejabat dan masjid. Sukar untuk sesiapa terima perkara macam nie disebabkan ramai yang tak rasa dan nampak akibat dari mengamalkan ayat itu dan ini dan impaknya kepada diri batin kita. Hanya kepada sesiapa yang membersihkan diri dari ilmu bathil aje boleh rasa dan alami apa yang puan alami tu.
Saya akan cuba mengupas secara detail bab ini didalam posting saya yang akan datang. Saya dah agak berpengalaman dalam hal ini dan kebiasaanyaa jika saya cerita bab nie kepada rakan-rakan...perkataan yang biasa keluar.." ko nie memandai-mandailah", "ko nie sesat betul lah", " Karut lah cerita ko nie" dan sebagainya.
saya ada bercerita serba sedikit tentang masalah ini didalam posting saya yang lama. Silalah link untuk maklumat lanjut.
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html
InsyaAllah, jika diizinkanNya saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang peristiwa yang dialami oleh puan MMF dan punca. Saya dah lama rasa dan alami apa yang dialami oleh puan MMF, alhamdullillah ada jugak orang yang faham dan senasib dengan saya.
Salam Danish,
BalasPadamsaya rasa ada yang tak kena dalam diri, tapi tak pasti. Boleh ke saya berjumpa dengan Danish, saya dr putrajaya.
walaikumsalam,
BalasPadamtuan azmin dah pun berjumpa saya. Alhamdullilah tuan faham dan dapat jawapan kepada persoalan ada yang tak kena dalam diri tuan.
Yang memberikan jawapan itu Allah, saya hanya tukang sampai sahaja.
Wallahu aklam
Assalamu'alaikum wbt...
BalasPadamSaudara Danish, sy tidak berapa fhm ttg petikan diatas:
2) Beramal dengan surah-surah tertentu untuk menghalau jin dan perubatan. Ini banyak berlaku kepada perubatan islam secara umunya. Tetapi kebanyakkan tak sedar khadam ayat itu membantu didalam perubatan itu sendiri.
didalam kedua-dua kes ini, khadam ayat masuk kedalam badan sipengamal itu sendiri dan kedalam badan sipesakit didalam kes no 2.
Soalan sy:
Apakah status membacakan ayat2 Ruqyah dgn niat utk merawat diri dari mslh sihir dan gngguan? Sedangkan kita langsung tidak berniat utk mendapatkan khadam ayat dsb?
Dan petikan ini pula:
Para pembaca perlu faham tujuan Allah menurunkan Al-Quran. Sebagai pedoman dan petunjuk kepada kita. Diddalam AL-Quran itu sendiri ada menyatakan kenapa Al-Quran diturunkan. Kebanyakkan orang memahami secara kasarnya shifa atau penawar penyakit itu termasuk sekali bab gangguan makluk halus. Jika berdasarkan pemahaman saya, shifa atau penawat itu adalah untuk penyakit hati dan kegelapan didalam hati, bukanlah penawar untuk sakit gangguan jin. Al-Quran diturunkan untuk kita baca dan faham mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita.
Ibadah khusus hanyalah kerana Allah semata-mata. Di dalam ayat iftitah (solat)
Soalan sy:
1)Bukankah 2 surah terakhir di dlm Al Quran juga digelar Ayat2 Muawwizat yg mepunyai sejarah tersendiri apabila Rasulullah disihir (termasuk dlm gangguan jin dan syaitan). Jika ini diambil kira, Al Quran juga merupakan penawar bg masalah gngguan jin. Bukankah kita di sarankan berusaha? Dan salah satu usaha itu juga termasuklah membaca ayat2 suci alQuran.
2)Sehingga skg, masih ada question mark dalam kepala sy ttg niat amalan. Ada yg memberitahu yg amalan haruslah niat ikhas kerana ALLAH semata2... tdk blh ada niat lain. Ada pula yg memberitahu, klau niat baca sj, kita akan dpt pahala membacanya shja. Klau niat utk memohon kesembuhan dan perlindungan dari ALLAH, maka insyaALLAH klau dizinkaNYA kita akan sembuh dan dpt pahala membacanya juga.
Mohon pencerahan.
Walaikumsalam,
PadamSoalan yang baik daripada tuan anon. berikut adalah jawapan saya.
1) Apakah status membacakan ayat2 Ruqyah dgn niat utk merawat diri dari mslh sihir dan gngguan? Sedangkan kita langsung tidak berniat utk mendapatkan khadam ayat dsb?
Untuk soalan ini, saya mempunyai pelbagai jawapan bergantung kepada sudit mana tuan nak pandang.
a) Satu pandangan mengatakan ibadah perlu kerana Allah semata-mata bersesuaian dengan hadis diatas. jadi bacaan dengan niat nak merawat diri sendiri tu bagi saya boleh tetapi perlulah niat kerana Allah yang paling utamanya. Niat kerna Allah terlebih dahulu dan kita bergantung kepadaNya. Fahami apakah rukyah yang kita bacakan tu sama atau tidak maksudnya dengan permohonan merawat diri dan melindungi diri kita. Rukyah tu sebenarnya more doa kepada Allah.
Jika tuan percaya membaca rukyah itu mampu merawat diri daripada sihir, adakah tuan percaya Allah berkuasa ataupun rukyah itu berkuasa? Rukyah adalah jampi ataupun doa dalam bahasa arab. Doa boleh ditolak dan boleh diterima oleh Allah.
b) Bacaan al-Quran (bkn rukyah) yang dibacakan oleh orang yang bersih batin dan dalamnya kepada Allah, mampu memusnahkan jin dengan izin Allah. bacaan itu dibuat dengan iman , tauhid dan batin yang betul kepada Allah. Syaitan bukan takut bacaan ayat al-quran sebenarnya, Syaitan takut kepada pembaca surah al-quran itu sendiri. Bagaimana? Saya akan ceritakan kemudian.
bacaan rukyah ataupun surah-surah tertentu oleh orang yang mengalami gangguan sebenarnya tidak berfungsi ataupun berhasil pun disebabkan batin dan diri si sakit sebenarnya tercemar. Jika tak tercemar masakan dapat gangguan?
sambungan.
Padam)Bukankah 2 surah terakhir di dlm Al Quran juga digelar Ayat2 Muawwizat yg mepunyai sejarah tersendiri apabila Rasulullah disihir (termasuk dlm gangguan jin dan syaitan). Jika ini diambil kira, Al Quran juga merupakan penawar bg masalah gngguan jin. Bukankah kita di sarankan berusaha? Dan salah satu usaha itu juga termasuklah membaca ayat2 suci alQuran.
Bab ini sebenarnya benar sekali tetapi bacaan Rasullulah adalah kerana Allah dan disebabkan perintah Allah. bacaan itu cuma asbab sahaja. Allah yang berkuasa Batin dan iman Rasulullah sebenarnya tiada tolok bandingnya dengan umatnya. bacaan surah oleh Rasullulah mampu menghancurkan segala jenis jin sebenarnya.
secara dasarnya jika dikaji sirah Rasullulah sememangnya surah al-quran adalah penawar. Tetapi tak ramai mampu menggunakan cara Rasullullah disebabkan oleh pencemaran batin dan iman oleh jin, dosa dan juga zulumat.
A:-Quran dan bacaan Al-Quran adalah teknik yang terulung tetapi amat sikit bilangannya yang mampu menggunakan teknik ini semaksimanya.
2)Sehingga skg, masih ada question mark dalam kepala sy ttg niat amalan. Ada yg memberitahu yg amalan haruslah niat ikhas kerana ALLAH semata2... tdk blh ada niat lain. Ada pula yg memberitahu, klau niat baca sj, kita akan dpt pahala membacanya shja. Klau niat utk memohon kesembuhan dan perlindungan dari ALLAH, maka insyaALLAH klau dizinkaNYA kita akan sembuh dan dpt pahala membacanya juga.
Soalan ini ada pelbagai pendapat sebenarnya. Jika ikutkan hadis dan ayat al-quran, ibadah khusus (seperti membaca al-quran) perlu dibuat kerana Allah semata-mata. Kesembuhan adalah bonus sahaja.
ada pendapat mengatakan boleh membaca al-quran sebab untuk meyembuhkan diri sendiri. Bacaan Al-quran jika didalami adalah sejenis doa. Doa kepada Allah. Jadi boleh membaca al-quran untuk menyembuhkan diri sendiri tetapi bagi saya ianya adalah tetap doa kepada Allah. boleh diterima dan boleh ditolak.
bagi saya bab ini dalah mudah. bacaan al-quran untuk meyembukan diri sendiri adalah boleh tetapi perlu lah anggap bacaan itu sebagai doa dan permintaan kepada Allah. Niatnya mestilah kerana Dia terlebih dahulu.
Bab ini agak mendalam dan ada pelbagai sudut jika nak dibincangkan didalam komen seperti ini.
Bab bacaan Al-Quran sebagai doa tertakluk kepada bersihnya batin kita kepada Allah. Jika kita bersih batin kepada Allah, maka permohonan dan doa kita lebih makbul.
BalasPadamBerbalik kepada soalan dampingan rukyah ataupun khadam, kebanyakkan ayat rukyah yang dipelajari sekarang datang bersama dengan jin pendamping ilmu dan saka si pengajar itu sendiri.
bagaimanakan statusnya?
statusnya bagi saya, tetap meminta bantuan dari jin walaupun tanpa sedar. Larangan yang terang didalam al-quran dalam hal meminta bantuan dari jin. larangan ini termasuklah secara sengaja ataupun tak sengaja.
untuk pemahaman yang lebih, saya mudahkan untuk tuan faham. Saya sendiri tak mampu menggunakan teknik bacaan rukyah untuk menghalau or bunuh jin atas pelbagai sebab. Lebih selamat jika menggunakan teknik dan cara mebelasah jin yang direct to the point dan menggunakan kekuatan kita sendiri sambil bertawakal kepadanya.
Jika masih lagi keliru, silalah tanay lagi.
Wallahu aklam.
Asalamualaikum....tua... jin boleh dbelasah ke mggunakan kekuatan sendiri....saya penah berjumpa dengan ustaz mail saya ckp tok mail duduk sorang kat umah nih xde gangguan hantu kew,tok mail kata" kalau ade aku tampo jew"hahaah saya ingat ni lawak jew.....(perjumpaan sekejap jew pasal tok mail suh pulangkan ilmu batil dulu baru leh sembang lg jauh ngn die) huhuhu.....
BalasPadamAssalamualaikum. Semuanya membuat saya keliru dgn islam. Bagaimana pula ketika nabi saw disihir, lalu malaikat Jibrail mengajarkan baginda untuk membacakan 3 qul. Apakah niat baginda ketika membaca 3 qul, untuk berubat, untuk sembuh atau untuk apa sebenarnya? Dan kemudian sejarah itu menjadi ikutan bilamana kita mendapat gangguan dr jin dan syaitan maka digalakkan kita membaca 3 qul. Saya juga pernah baca hadis mengatakan jika ada anggota badan yang sakit maka bacakan 3 qul, tiupkan ketapak tangan lalu usapkan ketempat yang sakit. Jadi apa yang harus saya niatkan, untuk berubat atau saja2 baca lalu berserah, bagaimana pula dengan perbuatan saya, meniup dan mengusap? Apa harus saya buat bila sakit, tak perlu baca apa-apa, berserah saja pada Allah? Kalau baca mesti niat untuk berubat. Jika semua ayat dibaca berulang-ulang mendatangkan khadam, bagaimana pula dengan zikir? Sebagai contoh, sebelum tidur digalakkan baca fateha, 3 qul, 5 ayat pertama al baqarah, ayat qursy dan bismillah 21x. Setiap hari buat sebelum tidur, dari kecil sampai tua dijadikan amalan. Apakah itu juga mendatangkan khadam juga jatuh hukum syirik? Bukankah setiap sesuatu yang diciptakan Allah itu makhluk, dan yang pernah saya dengar, huruf alif sampai yaa itu juga makhluk. Bererti ianya hidup atau mati atas kehendak Allah. Mohon jasa baik tuan jelaskan hal ini agar saya tidak keliru lagi. Terima kasih...
BalasPadamwaalaikumussalam tuan zaidi,
Padam1. tak ada sebarang masalah jika tuan amalakan hadis berkenaan bacaan 3 qul tu. tuan baca utk diri sendiri.
2. yg bermasalah nya ialah bila orang lain bacakan dan usap pada tuan.
3. bacaan Alquran dan ayat Al-Quran daripada naskah alquran biasanya tak ada sebarang khadam ayat. khadam ayat ini bukanlah daripada Al-Quran.
4. khadam.ayat ini yg dikupaskan ialah khadam.yg berasal daripada cikgu yg mengajarkan kita amalan amalan ayat ayat alquran yg dipotong potong.
5.zikir pun sama. zikir tak ada khdam dan pendamping. kita hanya dpt khadam daripada cikgu yg mengajarkan kita zikir.
6. bab Al-Quran ni secara umumnya Al-Quran adalah makhluk. Al-Quran sebenarnya di luh mamfuz.
wallahua'lam
Nampaknya cuma berlagak alim dan nak tunjuk hebat
PadamBanyak lagi ko kena belajar lagi admin berkenaan al quran dan al furqon....
BalasPadamCari lah guru yg benar2 arif supaya kamu tidak terkeliru dgn kalamullah yg bernama al quran nur karim
assalamualaikum, ada perkara bukan kemampuan manusia untuk menjawab bagi saya khadam ini bukan penjaga surah tetapi mereka lebih pengemar surah dan amalan mereka hanya berzikir dan melaksanakn perintah Allah S.W.T. sahja berbanding manusia saling meroskakkan dan saling berbunuhan. maaf jika boleh kita tawakal pada Allah S. W.T. lebih tetap jika ilmu akidah kuat tak adalah masalah jika mengenali khadam kerana ia juga makhluk Allah S.W.T. cuma mereka ini lebih dekar berdoa dengan malaikat untuk memohon kepada Allah S.W.T.
BalasPadam