Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Julai 2012

Saka part 3 Hubungan saka dan anda dan soalan dan jawapan yang biasa ditanya.


Assalamualaikum,

Agak lama sy memposting disini dan hari ini saya nak bercerita sedikit tentang saka. Dah masuk posting ke 3 pasal saka nie tetapi kebanyakkan gangguan yang dihadapi oleh ramai orang sebenarnya mostly berpunca daripada saka. Banyak kes yang saya temui, masalah utama gangguan itu memang berpunca dari saka.

asal usul saka dah banyak kali saya terangkan iaitu jin khadam/pendamping ilmu bathil (sihir) yang diwarisi tanpa sedar. Untuk memudahkan pembaca, dibawah adalah post-post yang sebelum ini berkenaan apa itu saka.

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/saka-kupasan-part-1.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/kupasan-gangguan-saka-part-2-dan-ilmu.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/pagar-rumah-halus-pagar-batin-dan.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/perlukah-bunuh-jin-saka-dan-jalan.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/saka-putih-dan-saka.html

berikut adalah soalan biasa tentang saka dan jawapan saya.

1) Adakah saka melompat generasi dan hanya sebilangan ahli keluarga sahaja yang dapat saka?



Jawapan saya: Saka tak melompat generasi. Banyak pandangan kat luar sana menggangap saka ini melompat generasi dan hanya memilih ahli keluarga tertentu sahaja. sebagai contoh ayah saya ada saka. Padangan biasa ialah saya dan adik beradik tak ada saka, kalau ada pun maybe seorang atau dua sahaja dari adik beradik yang ada saka sebab dah terpilih.

sebenarnya saka tak memilih mangsa dan jika saya sebagai contoh adalah ayah pembaca, maka apa sahaja pendamping/khadam ilmu bathil (sihir) akan menggangap pembaca adalah tuannya yang baru. Saka nie jika nak diterangkan secara mudah dan senang faham adalah pendamping ilmu. tarafnya seperti hamba dizaman Rasullulah yang dikategorikan sebagai harta. Jadi jika saya adalah ayah pembaca (contoh), jika saya mempunyai 20 ekor pendamping ilmu bathil, maka 20 ekor pendamping (khadam) ilmu bathil ini (saka) akan menjadi harta warisan dan kepunyaan pembaca. disebabkan jin mudah membiak dan cepat membiak kebiasannya kesemua anak beranak saya (sebagai contoh, saya bapa pembaca) setiap anak beranak akan mendapat sekurang-kurangnya 20 ekor untuk setiap anak-berananak.

nak mudah faham lagi, anggapkan saka ini seperti virus computer. Saka ini mampu menjangkiti keturunan kita tanpa menjejaskan induk utama dalam diri kita.

2) Adakah cara yang digunakan oleh kami mengikut syariat?

jawapan saya:
cara akad pulangkan: adalah satu amalan yang haq dimana ianya mempunyai cukup 3 asas iman untuk diketegorikan sebagai amalan iaitu niat, lafaz dan perbuatan. akad pemutus ilmu or pulangkan adalah sejenis akad seperti amalan ibadat yang biasa, akad kahwin, akad jual beli, akad cerai, akad bayar zakat dan sebagainya. Setiap sesuatu perlu ada permulaan dan ada penamatnya. Jika sebagai contoh saya berkahwin, perlu dimulakan dengan akad nikah dan jika saya ingin memutuskan ikatan saya dan isteri saya, perlu ditamatkan dengan akad cerai.

disebabkan hubungan manusia dan saka adalah seperti hubungan khadam dan tuannya. Sebagai contohnya (contoh diatas, saya nie ayah kpd pembaca) pembaca adalah tuan khadam saya jugak walaupun saya masih hidup. Khadam or hamba abdi adalah harta dan anak beranak saya mempunyai kuasa or hak kepunyaan kepada khadam jin nie. Saka dalam bentuk khadam/pendamping ilmu ni adalah warisan harta kepada anda. seperti mana hamba abdi, adalah warisan harta. Automatik anda akan dapat hak dan warisan hamba ini walaupun saya tak pernah mewariskan or buat pembahagian pusaka.

sebagai tuan baru (contoh) hanya anda sahaja yang boleh memutuskan or memerdekakan hamba abdi jin ni. Kalau memerdekakan hamba abdi memerlukan akad memerdekakan, memutuskan hubungan saka pun sama. sebab hubungan adalah lebih kurang sama dengan hamba abdi manusia

saya harap tuan pembaca dapat kefahaman bab saka dan hubungan saka dengan kita semua. 

3) Bolehkah saka dibuang or ustaz itu dan ini or perubatan itu dan ini?

sepanjang pengetahuan saya, belum ada lagi kes saka dapat dibuang oleh pihak ketiga or pihak luar. sebagai contoh, saka saya adalah seperti hamba abdi/khadam saya. Bolehkan anda or ustaz itu dan ini memutuskan hubungan antara saya dan hamba abdi saya? Jawapannya tidak.

Hanya saya aje mempunyai kuasa untuk memerdekakan khadam/ hamba abdi saya sebab saya adalah tuannya. Ini adalah hukum didalam islam yang memperincikan dan memberi kuasa penuh kepada tuan hamba dalam hal memerdekakan hambanya.


Jika tuan-puan pembaca mempunyai masalah saka, dan pernah berubat di perubatan itu dan ini dan dengan ustaz itu dan ini dengan pelbagai jenis kaedah perubatan sebenarnya...saka itu masih ada. Jika gangguan takde ada selepas rawatan, maknanya saka anda telah pun disuppress ataupun dikawal. Saka itu masih ada didalam diri hanya tuan puan akan mengalami masalah gangguan yg sama atau lebih teruk pada masa akan datang. 

saya sendiri pernah mengalami masalah saka dan saya dah berabis hampir beribu-ribu ringgit dengan pelbagai pusat rawatan islam dan tradisional. sembuh hanya dalam masa 1 tahun atau kurang...lepas tu sakit akan datang berulang or gangguan akan datang kembali.

4. Bolehkan perubatan islam seperti mandi limau, garam, bagi hadiah, tukar dengan binatang (korban), golek telur yang dibacakan rukyah buang saka?

Jika baca penerangan saya diatas dan faham jawapannya ialah tak boleh dan tak akan membuang saka tu pun. Bukan buang saka, menambah saka namanya. Ikatan dan hubungan saka dari segi batin dan juga hukumnya adalah seperti hamba abdi. Hamba abdi yang halus yang menjadi harta pusaka.

6. Bolehkan saka dipindahkan? seperti pindah kepada binatang or diputuskan melalui "kematian' kita. ada sesetengah perubatan menggunakan kapur barus, kain kapan dan upacara hanyutkan kain kapan bagi menipu saka.

Saka memang boleh dipindahkan tetapi pindahnya tidak menjejaskan induk saka didalam badan empunyanya. Bermakna saka tak boleh dibuang atau dipindahkan secara total dan kita saka tinggalkan badan kita.

untuk memahami dengan lebih jelas, anggap aje saka ini seperti virus komputer. Mampu menjangkiti dan dipindahkan tetapi tidak menjejaskan induk didalam empunyanya. Hubungan saka dengan empunyanya tidak mampu diputuskan melalui upacara kematian. Saka tu makhluk halus, dan benda nie bukanlah bodoh dan buta.


diharap posting saya kali ini lebih memudahkan anda semua memahami hubungan saka dan diri anda dan cara kaedah yang sebetulnya untuk mengatasi masalah saka.

anda boleh terima ataupun tolak apa sahaja yang ditulis disini. Saya hanya menyampaikan sedikit ilmu yang saya ada berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengetahuan saya yang tak seberapa ini yang semuanya pinjaman Allah.

wallahu aklam..

18 ulasan:

  1. Salam tuan, maaf sy hanya ingin bertanya tentang umum, bab akidah.. Skrg ni fahaman salafi wahabi smakin b, kembang pesat. Mrk menolak pandangan & firasat ulama2 yg muktabar yg ilmu mrk itu drp ainul yakin & haqqul yakin. Adakah wahabi ini smemangnya t,gelincir & apa dalilnya? T,kasih

    BalasPadam
  2. salam tuan eldino,

    saya nie bukan ulama dan orang yang berilmu dalam bab feqah nie dan saya akan memberikan pandangan saya sahaja berdasarkan ilmu saya yang tak seberapa.

    Untuk meletakkan seseorang or sesuatu fahaman itu tergelincir atau sesat adalah sesuatu yang perlu difikirkan dan betul2 kuat dalilnya baru lah kita boleh letak keputusan. Saya tak mampu menjawab secara terus bab ini disebabkan ketidakcukupan ilmu saya .

    adalah lebih selamat jika kita tidak melabelkan or menjatuhkan hukuman or fatwa atas sesuatu yg kita kurang pasti dan kurang faham. Jika wahabi/ salafi tidak tergelincir...dan kita menuduh mereka tergelincir, silap2 gaya kita akan tergelincir kelak.


    sepanjang pengetahuan saya, salafi nie mengamalkan cara ibadat yang terus dan berdasarkan dalil Rasullulah. Pada zaman Rasullulah dan para sahabat, memang belum ada mazhab Hanafi, Maliki, Shafei dan Hambali. Mazhab yang 4 itu pun hanya wujud selepas zaman para sahabat.

    untuk mengatakan mereka betul, atau salah, saya tak mampu nak berikan keputusan.

    Silalah rujuk kepada ahli-ahli yang lain berkenaan masalah ini. Saya bukan ahli dalam bidang mazhab ini.

    saya lebih senang untuk berdiri diatas pagar tanpa perlu menetapkan siapa betul dan salah. Bagi saya salafi ada dalil yang mereka pegang dan ahli sunnah wal jamaah pun ada dalil yang mereka pegang. Saya tetap ahli sunnah wal jamaah.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..maaf saudara kalau apa yang sya ingin katakan ini buatkan saudara kecil hati..tapi setelah saya baca kebanyakan posting yang saudara buat,saya rasa mcm saudara tak bagi penerangan yang lengkap..saudara cuma terangkan tentang macam mana saka atau makhluk halus boleh kacau manusia,barang2 yang menarik perhatian jin dan syaitan..tapi saudara x jelaskan cara sebenar yang boleh diamalkan oleh individu yang terkena gangguan.. maafkan saya kalau kata2 sy ni terlalu kasar tetapi itulah yang sy rasakan lepas baca entry2 saudara...skali lg sy mohon maaf..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam tuan anon,

      komen tuan tentang saya tidak menerangkan cara secara terus terutama kepada yang mengalami gangguan itu adalah betul. Disiplin konsep ilmu haq dan bathil memang agak bertertib dan agak step by step. Saya boleh memberitahu cara dan amalan nya disini tetapi tanpa asas ilmu yang kukuh, tak ramai yang mampu menggunakan cara or teknik ini.

      sebelum sesiapa yang mengalami gangguan mengatasi masalah mereka, mereka nie perlu faham dan tahu apa salah dan silap mereka sebelum ini dan ini adalah penyebab gangguan itu berlaku. Untuk fahamkan konsep ilmu haq dan bathil tuan boleh e-mail kepada saya nama dan alamat dan saya akan hantarkan dvd penerangan tentang ilmu haq dan bathil.

      selepas faham kaitan antara ilmu tauhid, ilmu feqah, ilmu tasauf dan ilmu itu sendiri (4 jam penerangan) dan ilmu2 bathil yang ada selepas itu baru lah seseorang tu bersedia untuk menggunakan cara dan teknik.

      saya lebih mencadangkan sesiapa yang mengalami masalah gangguan tu berjumpa sendiri dengan ustaz mail dan dia akan bantu mengenalpasti punca sebenar gangguan. Selepas dah jumpa punca barulah cara diajarkan bersesuaianya dengan punca itu sendiri.

      sebagai contoh, jika ada barang-barang yang menjadi rumah jin seperti contoh pokok palm merah cara mengatasi masalahnya dari puncannya adalah menebang pokok tersebut dan membakarnya.

      untuk masalah saka, saya ada post caranya didalam blog saya tetapi maybe ada yang missed out sebab posting saya terlalu banyak dan panjang. Didalam dvd penerangan tentang ilmu haq dan bathil ada menceritakan teknik basic tentang akad pemutus saka atau pulangkan.

      harap maaf jika blog ini tidak lengkap dan tidak membantu anda yang mengalami gangguan menyelesaikan masalah anda. Blog ini hanya lebih mengupas simptom2 gangguan dan masalah yang berlaku.

      kepada sesiapa yang mengalami masalah gangguan yang kronik, sila pergi ke post

      http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/03/doa-air-zam-zam.html

      ini adalah satu cara dan teknik basic yang boleh digunakan oleh semua dan paling mudah dan paling menyeluruh.

      untuk teknik2 seterusnya, silalah hubungi no pada profile saya ataupun e-mail kepada saya.

      wallahu aklam

      Padam
  4. Salam,

    Adakah Ustaz Mail mengenakan bayaran atau syarat2 tertentu untuk membuang saka? Apakah kaedah yang digunakan?

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. Walaikumsalam,

    Untuk soalan tuan berikut adalah jawapan saya:

    1. Kadar Bayaran semenangnya dikenakan jika tuan memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah gangguan tuan. Setiap kes gangguan kebiasaanya memakan masa sehingga 3 hari dan kebiasaanya ustaz mail akan ke rumah pesakit. Kos yang terlibat boleh mencecah sehingga RM1,000. Akan tetapi kos ini adalah sekali bayaran sahaja walaupun sessi ulangan ataupun bantuan susulan diminta sisakit. Kalau saya pun diminta membantu hingga terpaksa tinggal dirumah si sakit selama 3 hari atau lebih, saya pun cas jugaklah. Untuk masa, tenaga dan juga kos perjalanan.

    bayaran semaksimum RM1,000 sekali bayaran tu boleh dibuat secara ansuran jika tak mampu. 2-3 kali bayar pun boleh. Lagi satu kos ini adalah termasuk untuk keseluruhan keluarga (ahli keluarga termasuk ibu, ayah, anak, nenek,..dll) dan juga khidmat membersihkan rumah dari ruma-rumah jin. Selain itu bayaran ini adalah termasuk sekali khidmat nasihat dan tunjuk ajar selepas rawatan.


    2. Syarat yang dikenakan. Mudah, iaitu pesakit perlu mahu dan ingin membuang sakanya. Ada banyak kes gangguan peskit tak mahu membuang sakanya sendiri.

    3. Kaedahnya yang paling biasa dan paling berkesan yang digunakan ialah akad pemutus saka atau pulangkan seperti yang diceritakan dalam post saya di atas.

    jika ada pertanyaan yang sulit ataupun lebih detail sila e-mail kepada saya.

    diharap jawapan saya memuaskan dan menjawab persoalan tuan.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  6. salam tuan anon dan pembaca,

    lupa saya nak tambah berkenaan belajar ilmu konsep ilmu haq dan ilmu bathil. Ada option kepada pesakit or pembaca sama ada nak belajar sahaja ataupun nak mendapatkan bantuan rawatan. Belajar ilmu adalah percuma. Ini bermakna jika tuan or pembaca nak belajar dan buat rawatan sendiri, ianya percuma.

    ada sebilangan yang berjumpa ustaz mail berjumpa untuk belajar. kalau nak belajar sendiri dengan datang dan berdiskussi face to face, itu percuma.Lepas belajar dan dapat ilmu sebenarnya anda boleh buat sendiri pun rawatan or teknik belasah dan bunuh jin.

    lebih jimat dan lebih berpanjangan jika belajar sendiri dan amalkan sendiri. Saya tak mampu nak bercerita dan mengajar ilmu ini melalui blog walaupun ada masanya saya ada mengajar secara tak langsung.

    terlalu banyak benda dan terlalu luas ilmu Allah nie sebenarnya. Saya hanya mampu bercerita secara umum bagi mengelakkan salah faham dan juga silapguna teknik-teknik ini.

    Wallahu aklam.

    BalasPadam
  7. salam siapa guru ustaz ismail ni?dimana dia menuntut ilmu2 ini?

    BalasPadam
  8. walaikumsalam,

    dia belajar ilmu ini dengan seorang ustaz di klang. Namanya dan lokasinya boleh refer sendiri pada ustaz mail. Dia ada beberapa org cikgu sebenarnya.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Mohon bertanya.. jika saya mendapat rawatan gangguan sihir yang sudah bertahun lamanya.. bolehkan ianya semboh sepenuhnya.

    BalasPadam
  10. walaikumsalam,

    InsyaAllah boleh. tuan belajar, tuan buat sendiri. kami more kepada penunjuk ajar, tetapi cara dan rawatan tuan sendiri boleh buat.

    Serasa saya masalah tuan bukanlah sihir, more kepada gangguan saka. Ada dah ramai pesakit yang sakit bertahun2 dan pergi merata-rata tempat tak sembuh jugak. Mereka ini kemudia belajar dan menjadi anak muris ustaz mail. Alhamdullillah mereka semua sembuh dengan izin Allah.

    Tuan pun boleh sembuh. Cara punca gangguan yang sebetulnya, dan gunakan teknik sebetulnya, InsyaAlllah tuan akan pulih.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum tuan,

    Saya mengalami masalah saka sekarang ini dan sedang dalam proses untuk memutuskan hubungan dengan saka warisan ini. Soalan saya, bagaimana cara memutuskan hubungan saka ini berlandaskan dalil-dalil atau nas yang diajarkan oleh Rasulullah saw?

    Adakah benar salah satu cara utuk memutuskan hubungan ini ialah menggantikan dengan sesuatu benda lain(i.e benda atau binatang) yang diminta oleh saka tersebut sebagai perjanjian untuk memutuskan hbungan tersebut?

    Adakah cara ini dibenarkan dalam Islam dan adakah ia tidak berlawanan dengan aqidah seorang Muslim?

    Harap dapat bantuan tuan berikan penjelasan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      bab teknik dan cara untuk mengatasi bunuh dan kalahkan makhluk halus ni, tiada dalil dalil yang khas kecuali ada 2 hadis didalam posting saya bab dalil teknik bunuh dan belasah jin.

      ini bermakna Allah memberikan kebebasan kepada kita nak guna cara apa apa pu n semacam perperangan antara manusia. Pakailah cara apa pun bom ke kimia ke asalkan tidak mensyirikkan Alah.

      Salah cara menggantikan binatang dengan manusia dalam memutuskan saka. Hanya akad pemutus sahaja diperlukan.

      saya pernah berubat cara mcm yu mmg tak jalan.mmg berlawan dengan aqidah pun. Sebabnya adalah mudah. Tuan memberi makan atau hadiah utk jin tu melepaskan tuan. Jangan sampai bersubahat dan memberi makan pd saka walhal saka tu takkan pergi pun.

      cara ini more kepada berunding dan memberikan sesuatu utk balasan sesuatu. Boleh jatuh syirik.

      saya cadangkan tuan cal ustaz mail . No ada ptofail saya.jumpa dia dan belajarlah sendiri.


      wallahu aklam.


      Padam
  12. Slm.sy nak tanya saya dah buang saka dgn cara akad..adakah saka tu betul2 hilang dari badan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Jika akad tu full dan diterima dengan jelas oleh mak dan ayah tanpa tertinggal suami dan anak anak dalam akad tu maka saka akan keluar. Saya nampak dah tak ada saka keturunan cik pd diri cik.
      2. Yang ada sekarang adalah ambilan. Bab ini silalah rujuk pd ustsz mail.
      3. Jika ada masalah boleh email terua pd saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  13. Assalamualaikum.. bagaimana jika kita sekadar mahu mengetahui bahawa kita sbnrnya ada gangguan atau tidak..? lebih kurang macam medical check up..

    BalasPadam
  14. waalaikumussalam cik anon.

    1. Bab medical check up tu, silalah call terus ustaz mail.
    2, Atau boleh email terus kepada saya.

    Wallahuaklam

    BalasPadam