Ada satu pepatah arifbillah yang berbunyi "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". Jin adalah makluk yang diciptakan Allah lebih awal dr manusia dan dan dijadikan daripada api berbanding manusia yang dijadikan daripada tanah lumpur yang hitam. Jin islam ada yang baik dan ada yang jahat sama seperti manusia yang beragama islam. Manusia contohnya ramai yang beragama islam tetapi ramai juga yang jahat yang tidak beriman dengan sebenar benarnya iman.
Iblis dan syaitan adalah daripada golongan jin. Jin adalah satu jenis bangsa yang bangga dengan kejadian mereka daripada api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Allah pula menciptakan dunia ini untuk manusia dan menjadikan manusia ini sebagai Khalifah ataupun penguasa dunia ini walaupun diciptakan kemudian dan diperbuat dari tanah. Kisah Iblis yang dihalau dari langit dan meminta ditangguhkan hukuman diberikan peluang untuk menyesatkan manusia adalah satu cerita yang menceritakan bagaimana sifat jin secara umumnya. Umumnya jin adalah bangsa yang bangga dengan kejadiannya dari api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Mereka ini menghadapi masalah dalaman kendiri yang kritikal dengan manusia disebabkan taraf mereka jatuh sama dengan simboliknya Iblis dan Malaikat diperintahkan Allah sujud kepada Nabi Adam a.s. Sujud tanda hormat bahawa manusia adalah penguasa dunia ini dan bukan mereka. Ini adalah satu kefahaman yang perlu ada anda dalami untuk memahami kenapa banyak jin memusuhi orang islam yang beriman.
secara generalnya, mmg ada jin islam yang yang tawadduk kepada Allah dan benar-benar beriman tetapi jin sebegini faham larangan Allah untuk tidak memasuki alam manusia dan mencampuri urusan manusia. Mereka ini akan kekal dialam mereka dan tidak akan mencampuri ataupun masuk kedalam alam manusia ini Jin-jin yang berada dialam manusia, yang mencampuri urusan manusia dan yang kononnya mengajar manusia sebenarnya adalah jin-jin yang tak tawaduk dan patuh kepada perintah Allah yang utama.
kepada yang membaca posting saya mesti pernah berjumpa statement saya yang berbunyi lebih kurang apa sahaja jenis jin or saka yang kita ada saka putih ke, hitam ke, pelangi ke .,.semuanya jahat dan tak beri manafaat kepada iman dan akhirat kita.
berikut adalah penjelasan saya yang lebih mendalam kenapa saya meletakkan kenyataan yang sedemikian
{6} Dan sesungguhnya beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. Surah Al-Jin
Ayat diatas sebenarnya adalah satu perintah Allah kepada golongan jin untuk tidak mencampuri ataupun memberikan bantuan kepada manusia yang meminta. Perintah ini adalah larangan keras Allah. Ayat yang sama juga melarang manusia meminta bantuan jin untuk menjaga dan melindungi diri mereka.
"Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' (Al-An'aam 6:14)
Allah adalah sebaik-baik pelindung dan penolong kita. itu adalah maksud kedua-dua ayat diatas. Allah minta kita berlindung denganNya dan Dia adalah sebaik-baik penolong dan bukan jin.
Jadi sebenarnya untuk pemahaman yang mudah, mana-mana jin yang anda jumpa, nampak berinteraksi adalah dari golongan jin yang tidak patuh pada perintah Allah. Allah cipta jin untuk beribadah kepadaNya dan bukanlah menyibuk atau mencampuri kehidupan manusia. Jika nampak jin ..maknaya jin tu jahat. Jin islam yang baik akan kekal didalam mereka dan beribadat kpd Allah dan melakukan urusan mereka sahaja didunia mereka.
Persoalan adakah jin itu tidak boleh dilihat? Benarkah pendapat mengatakan sesiapa yg boleh nampak jin sebenarnya tidak mengikuti syariat islam?
Ramai yg berpendapat jin itu tidak nampak dan sesiapa nampak jin itu sebenarnya sesat. Berikut adalah tafsiran ayat alquran berkenaan jin itu dikatakan tidak nampak.
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-A'raaf 7:27)O Children of Adam! Let not Satan tempt you, lead you astray, that is, do not follow him, lest you fall into temptation, as he caused your parents to go forth from the Garden, by tempting them, stripping (yanzi‘u is a circumstantial qualifier) them of their garments to manifest to them their shameful parts. Surely he, Satan, sees you, he and his tribe, his army, from where you do not see them — because of their ethereal bodies or their being colourless. We have made the devils friends, helpers and companions, of those who do not believe.
1. Petikan ayat diatas secara dasarnya menceritakan bab dan perihal syaitan (jin) yang dapat melihat kita tetapi tafsir al-quran ada pelbagai.
2. Ayat dalam bahasa melayu diatas menceritakan tentang kita tak dapat lihat syaitan tetapi mereka dapat tengok kita. 3.Ayat kedua lebih specific iaitu kita tak dapat lihat mereka dari suatu tempat dan disebabkan jisim mereka yang halus.
4. Akan tetapi telah ramai orang dah pun melihat jin ataupun syaitan ataupun hantu dan banyak buktinya didalam gambar dan juga pengakuan lisan.
5. Ayat terakhir berbunyi Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
6. Ayat ini juga bermaksud syaitan itu menjadi kawan rapat atau pendamping orang yang tidak beriman atau lalai.
7.Sebenarnya dalam pemahaman saya, kita memang boleh tengok jin jika jin tu memasuki alam kita. Jika jin itu berada dialam dia (alam jin) maka sukar untuk kita nampak mereka tetapi jika mereka cross ke alam kita dan memasuki diri kita maka kita akan nampak mereka.
8.Jin yang dapat dilihat, berinteraksi dengan manusia adalah jin yang memasuki alam manusia dan melanggari perintah Allah.
Sya bukan orang yang belajar khas feqah tetapi larangan Allah bermaksud sesuatu yang haram. Dilakukan berdosa besar. Wallahu aklam..
Ilmu kefahaman agama dan segala ilmu yang Allah turunkan kepada manusia especiallynya adalah melebihi segala ilmu agama yang diturunkan kepada jin. Kita tak perlu jin untuk mengajar kita disebabkan taraf Khalifah yang kita ada dan kesempurnaan ilmu yang Allah berikan kepada manusia.
untuk memahami dengan lebih jelas, saya berharap tuan dan pembaca posting saya dapat berjumpa dan berinteraksi terus dengan ustaz mail untuk lebih mendalami hal ini.
Wallahu aklam
Saya pernah dengar tentang Gajah putih, kononnya penjaga keturunan pemiliknya..hanya menjurus pemiliknya ke arah kebaikan...Juga tertanya2 samada jin itu adalah jenis Qarin..sepertimana sebuah hadis ada mengatakan Rasulullah S.A.W. berjaya mengislamkan Qarinnya dan Qarinnya hanya membisik2 ke arah kebaikan. Adakah jin Qarin pada manusia sekarang boleh diislamkan sebenarnya?Perlukah kesemua jin Islam yg mendampingi manusia dibunuh? Jika jin itu jenis yang kafir dan degil untuk meninggalkan badan manusia, memang saya sokong 100% untuk dibunuh sahaja...
BalasPadamsalam,
BalasPadamSetahu saya Gajah putih tu adalah saka. Qarin juga boleh jadi saka tetapi Gajah Putih adalah saka jin islam.
Jin islam yang mendampingi manusia mostly adalah syaitan walaupun mereka beragama islam. Syaitan itu terdiri dari kalangan jin dan manusia. Jin jahat dan menyesatkan manusia dikategorikan sebagai syaitan.
Halau terlebih dahulu dan jika jin tu enggan, satu aje cara yang tinggal. Bunuh. Ini adalah berdasarkan hadis yang sahih.
bab Qarin, jika anda mampu mengislamkan qarin anda sendiri tak perlulah bunuh. Tak ramai yang mampu mengislamkan qarin. 98% qarin adalah kafir. Bukan senang nak mengislamkan qarin tetapi itu terpulanglah kepada bahagian tuan.
cara yang mudah ialah mengeluarkan dahulu qarin dari diri dan jika diizinkan Allah, bunuh qarin anda. Bab itu tengoklah bahagian yang Allah dah tetapkan.
Wallahu aklam
macamana kita nak islamkan qarin kita?
Padamsalam,
Padamsoalan ini agak payah nak dijawab. Rasullulah berjaya mengislamkan qarinnya. Itu RAsullullah, kita nie jauh sungguh dari tahap iman dan batin Rasulullah s.a.w.
jika anda mampu berinteraksi sendiri dengan qarin anda, anda akan faham kelak. Sukar nak dibuat disebabkan mereka ini jin..dan jin kebiasaanya amat degil dan suka menipu.
lebih selamat dan mudah untuk membuang qarin dari diri daripada nak berdakwah kepadanya. Qarin saya adalah penyembah syaitan tegar. Apa sahaja ilmu yang saya ada, dia pun ada. tetapi bab hidayah dan petunjuk itu ditangan Allah semata-mata.
Wallahu aklam
salam,nak tnya pndapat...bleh kew jin islam mendampingi manusia???jin yg mendampingi mnusia tu dalam kalangan baik atau smmangny jahat??
BalasPadamsalam cik rindu,
PadamS: Boleh atau tidak jin islam mendampingi manusia?
J: Amat boleh dan amat biasa berlaku. Kebanyakkan dari kita mempunyai pendamping jin islam dalam bentuk saka.
S: Jin islam atau jin yang mendampingi manusia, baik atau jahat?
J: Jahat. Jin islam atau tidak yang mendampingi manusia amat jahat. Jin yang baik akan tinggal dialam mereka dan tidak akan masuk ke alam manusia dan jadi pendamping manusia.
Diharap jawapan saya menjawab persoalan cik rindu.
Wallahu aklam
salam..saya nak tahu bagaimana nak mrngetahui bahawa jin jatuh cinta pada manausia..bagaimana utk mngetahui bahawa jin itu ada dlm diri kita dan cara untuk membuangnya..
BalasPadambagaimana caranya nak tahu bahawa jin telah jth cinta pada manusia dan tanda2 manusia itu ada jin di dalam bdnya..
BalasPadamsalam,
Padamsaya anggap cik anon 1:43 pagi dan anon 1:45 pagi adalah orang yang sama.
untuk pengetahuan cik, sebenarnya kisah jin jatuh cinta pada manusia nie hanyalah rekaan semata mata. Maksudnya, tiada kes jin jatuh cinta seperti mana manusia jatuh cinta pada manusia.
Ramai beranggapan kisah ini adalah benar. Sebenarnya, jin jahat (syaitan) berdengki dengan manusia. Cerita tentang gangguan jin jatuh cinta pada manusia dan tak mahu tinggalkan manusia sebab cinta adalah rekaan para jin sahaja. benda ni memang suka menipu. Sebab sebenarnya mereka ganggu manusia dan kononnya jatuh cinta adalah sebab mereka nak ganggu manusia dengan cara merogol dan mensyirikkan manusia untuk berzina dengan mereka.
tanda tanda simptom gangguan jin asyik (yg dikata jatuh cinta pada manusia ni adalah seperti berikut).
1. Bermimpi basah dengan melakukan hubungan seks dalam mimpi, sepera mimpi dan jaga.
2. Perasaan rindu dan pilu tanpa sebab munasabah.
3. Jodoh tak kekal lama. Kalau belum berkahwin, sering putus ditengah jalan disebabkan pelbagai faktor. Kalau dah berkahwin, rasa benci atau tak suka melampau pada suami/isteri dan akhirnya bercerai.
4. terasa seperti ada sesuatu yang menjaga pesakit.
5. Bermimpi berdating dan bercinta dgn seseorang yang rasa macam kenal tapi tak kenal.
6. Bermimpi berumah tangga dan mempunyai anak.
7. bermimpi atau berkhayal melakukan hubungan seks dengan seseorang. Khayalan yang real.
8. dan pelbagai lagi.
cara untuk membuangnya ialah mencari punca datangnya jin itu bertapak dalam badan seseorang. Jin tak mampu merogol manusia tanpa tapak yang khusus ataupun sihir yang jitu.
jika jin berasal dari saka, maka teknik pulangkan digunakan. Jika berasal dari tempat dan pokok (rumah jin), rumah ini dimusnahkan dan jin itu dibunuh.
so caranya adalah bergantung kepada punca jin itu bertapak dalam diri seseorang.
untuk maklumat lanjut sila call no pada profail saya ataupun hantarkan email terus kepada saya.
Wallahu aklam.
salam...sy mau tanya,adakah qarin yg menjaga kita blh melawan gangguan jin sihir yg msk dlm bdn kita?
BalasPadamWaalaikumsalam,
PadamUntuk soalan ini saya perlu jelaskan qarin bukanlah penjaga kita. Qarin adalah kembar kita. Qarin tak pernah bertugas dan ditugaskan jaga kita. Malaikat ada yang ditugaskan untuk menjaga kita oleh Allah.
Jawapannya soalan utama adalah tidak. Qarin tidak menjaga kita dari serangan malah membuka diri kita kepada serangan. Hampir semua qarin adalah jahat dan kafir. Tetapi bukan semua. Kalau pun dia islam dia takkan menjaga kita dari serangan sihir.
Wallahu aklam
Benarkah qarin Nabi Saw namanya Habibul Huda?
BalasPadamsalam tuan anon,
BalasPadamsaya tak pasti benar ataupun tidak qarin Rasulullah namanya Habibul Huda. Wallahu aklam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSalam..tuan sy ingin bertnya. Kwn sy. Sering mengalami mimpi aneh..
BalasPadamDimana beliau prnh bmimpi berlawan dgn jin dan mmbaca surah al-fatihah @ ayat kursi.. serta dlm mimpi pernh mgubat pesakit mgunakn ayat al-quran..
Walaikum salam,
PadamKebanyakkan mimpi adalah permainan jin ataupun syaitan.
Alamat mimpi tuan ni mudah aje. Ada saka ataupun pendamping keturunan tuan sedang menyakinkan tuan utk jadi pengamal perubatan secara islam yg komersial.
Silalah hubungi ustaz mail utk keterangan lanjut dan cara utk hapuskan saka tuan ni.
Wallahu ajlam
saya waktu kecil dahulu sering tidak boleh tidur kerana terasa ada gangguan spt:-
BalasPadam1. digeletek
2. dipanggil nama
3. ditepuk
4. digerakkan
dsbagainya.
namun telah berhenti sehingga umur 21 tahun.
yang menjadi masalah sekarang ini anak2 saya pula seperti itu, utk pengetahuan tuan, sewaktu Allahyarham datuk saya masih ada dan pernah mengatakan saya ada kembar dan diambil org org ghaib, bagaimana saya ingin menghentikan semua ini.. perkara ini amat mengganggu kerana anak2 saya selalu sahaja tertidur di sekolah kerana terlalu mengantuk.. harap dapat penjelasan dari tuan
salam tuan edward wolf,
Padamjawapan saya:
1. Gangguan kena tepuk dan geletek dan bagai tu sebenarnya gangguan saka tuan. Kembar tuan tu sebenarnya diambil oleh bunian. Yang menggangu tuan dan anak anak tuan sekarang adalah saka bunian dari keturuanan tuan.
2. Tuan perlu memutuskan pertalian tuan dan keluarga tuan daripada gangguan bunian.
3. Anak tuan pun boleh hilang tanpa dikesan akibat diculik oleh bunian semacam kembar tuan.
4. Jika tuan sayangkan anak anak tuan dan family tuan, silalah call ustaz mail dan belajarlah cara nak putuskan tuan dan keluarga tuan daripada gangguan bunian once for all
ustaz mail tengah percuma (free) hari nie, silakan lah call.
Wallahu aklam.
Bagaimana pulak status manusia berkawan dengan jin islam tanpa syarat? Hanya sebagai kawan bukan menolong dari segi rawatan atau sebagainya.
BalasPadamAssalamualaikum tuan anin,
Padam1. Jin sebenarnya dilarang untuk membantu manusia dan manusia dilarang untuk minta bantuan.
2. Tiada jin yg berkawan tanpa syarat. Mesti ada. Cuma nampak tau tidak sahaja.
3. Permainan syaitan ni sgt halus. Berdakwah dan mengajarkan benda benda yg baik dan amalan amalan. Jikabelajar dan amalakab amalan, maka jin ini akan bertapak dalam diri kita.
4. Jauhi berkawan dgn jin. Manusia ramai lagi yg boleh dijadikan kawan.
Wallahuaklam
Assalamualaikum wrt wbt... maaf menggangu... saya ada satu pertanyaan kepada tuan hamba... bagaimana kita nak mengetahui bahawa bunian islam adalah islam ?? Adakah memang bunian islam tidak akan mencampuri urusan manusia...
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Nak tahu bunian tu islam atau tidak semacam manusia tgklah bahasa dan pakaiannya. Jika benda tu mengaku islam, mengucap dua kalimah syahadah kira islam lah tu.
2. Bab kedua. Adalah bunian islam tidak akan mencampuri urusan manusia? Jawapan nya.
Sepatutnya bunian islam.yg bertaqwa kepada Allah tidak akan sesekali masuk ke alam.manusia dan mencampuri urusan manusia.
Akan tetapi, sangat sedikit bilangannya bunian islam yang tidak mencampuri urusan manusia. Banyak yg menjadi syaitan jin. Syaitan itu terdiri drpd golongan manusia dan jin.
Semacam manusia juga, Allah larang untuk manusia yg islam dan bertaqwa meminta bantuan dan bersekutu dengan jin dan bunian tetapi sgt ramai orang yang menginkari larangan Allah ini.
Wallahuaklam
Assalamualaikum tuan, saya menghadapi satu situasi di mana isteri saya sering diganggu mahluk halus, dia sering bercakap dan mengungkit2 perkara lama ttg kelemahan saya (suami) dan kami pernah berubat dgn rawatan saka, rawatan islam dan darus shifa tetapi penyakitnya semakin bertambah. Mohon bantuan dan pencerahan dari tuan. Terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum tuan,
Padam1.memang benar isteri tuan mengalami masalah gangguan jin saka.
2.kenapa perubatan ini tak berkesan? Sila rujuk link berikut:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/12/gangguan-jin-yang-tak-sembuh-sembuh.html?m=1
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2012/07/saka-part-3-hubungan-saka-dan-anda-dan.html?m=1
3. Silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut. 0193619305.
Wallahuaklam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalamualaikum ustaz..sya ni ada pdamping jin islam ke?
BalasPadamwaalaikumussalam,
Padam1. silalah e-mail kpd saya. bagi nama dan ceria serba sedikit.
wallahua'lam
Habis tu kalau jin dan manusia tak blh bertemu, apa fungsi manusia sebagai khalifah di bumi. Makhluk lain takde kena mengena ye, dihapus dan di makan dek manusia je, patut depa menyampah pd umat islam sempit fikiran fikir negatif sentiasa ni. Memang patut islam menghuyup
BalasPadamAssalamualaikum tuan pakar,
Padam1.jawapan kepada soalan tuan ni ada dalam Al-Quran. kenapa manusia diciptakan dan peraturan yg Allah tetapkan antara manusia dan jin.
2. well jin ada yg bertaqwa dab byk yg bertaraf syaitan.
3. sebaiknya tuan carilah jawapan fungsi manusia diciptakan dan dijadikan khalifah dalam alquran. baik dengar drpd Pencipta kita yg maha pandai.
wallahua'lam
Semua syirik, jgn jumpa doktor, syirik tau
BalasPadamJangan jumpa doktor kalau sakit, syirik tau
BalasPadamasbab yg haq dan asbab yg bathil..kalau kena appendix ke sakit jantung ke, cari lah ahlinya iaitu doktor.
Padamkakau sakit gangguan jin carilah asbab yg haq iaitu ahli bab gangguan syaitan. cari doctor nanti dia classsify sebagai mental depression dan mental illness. masuk hospital sakit jiwa lak.
wallahua'lam
Ustaz2 cari makan ni.. semua tak betul dia je betul macam PAS juga..
BalasPadamterima kasih atas prasangka tuan tu ya. saya tak amik duit apa pun atas khidmat nasihat, scan dan juga nasihat yg saya berikan.
Padamsemoga tuan diberkati dan dirahmati Allah dan ditunjukkan yg haq semata mata.
wallahua'lam
Di satu majlis yg dihadiri saudara terdekat, ipar saya = KN, dgn bantuan jin yg mendamping/meresapi KN telah mengaib/fitnah/tuduh/malukan saya kononnya saya mengamalkan ayat quran secara terbalik ke atas suami. Suami beberapa minggu sebelum itu mengalami fikiran yg sgt berserabut seperti mahu gila katanya. Suami juga ada masalah kesihatan yg lain yg tak diketahui punca walau dah jumpa doktor pakar & berurut dgn org2 tua berpengalaman tp tiada sebarang perubahan. Pada hari itu, bhg depan/belakang saya di tampar secara kasar kononnya utk keluarkan bisa amalan saya itu. Lada hitam ditekan pd ibu jari dan belikat belakang tapi saya tak rasa apa2 pun. Saya cuma mampu berkata Demi Allah Lillahi taala yg saya tak buat semua itu dan utk pertahankan diri. Saya jadi dendam pada jin tersebut krn memfitnah saya!! Boleh kah saya yg tiada ilmu ini mencabar jin tersebut sekiranya ada cara. Sejak kejadian, hati saya kuat mengatakan jin pendamping KN adalah jin kafir laknatullah kerana kalau jin islam mustahil ia berani memfitnah saya. Harap Danish bg panduan atau apa saja berkaitan dan terima kasih.
BalasPadam-Kak Sa-
Saya nak tnya pn dah bnyak soalan ditanya pasal jin.tpi ada la Perkara nak tnya,tpi pnjang
BalasPadamassalamualaikum tuan zahari,
Padamsilalah email terus kpd saya. ilmuhaqdanish@gmail.com
Sya sakit kepala nak tnya.sb kes sya ni payah nak selesai
BalasPadamassalamualaikum tuan zahari,
Padam1. tak ada kes yg payah nak selesai sebenarnya. yang payah cuma sebab kita tak tahu cara yg haq dan cari punca sebenar gangguan
2. teknik tak effektif, tak tau punca dan kurang faham punca dan kurang pengetahuan dan ilmu berkenaan ilmu haq dan bathil adalah punca utama masalah tuan.
3. silalah call dan aturkan temujanji dgn ustaz mail ya. 0193619305.
wallahua'lam
Assalamualaikum saya nak tanya bdan saya sllu lebam dkaki n saya kdng boleh nmpk bukan yg msalhnyata apa tpi byngn petunjuk mcm tu LA agknya tpi sekejap je LPS tu hilang kpla jdi sakit badan dkt blkng belikat sakit sgt
Padam