Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya
menerima banyak soalan berkenaan ambilan ilmu dari pembaca yang kebanyakkanya
melalui email. Kali ini saya akan mengupas apa kah itu ambilan ilmu. Untuk
memudahkan pembaca saya akan membuat Q&A bagi memudahkan pemahaman.
Q:
Apa kah itu Ambilan ilmu.
A:
1. Secara umumnya ambilan ilmu adalah
keadaan dimana sebagai contoh saya terambil atau terbelajar ilmu bathil yang
terang,separa atau tersembunyi. Ilmu adalah makhluk dan sebenarnya ilmu
berjisim. Halus jisim ilmu sebenarnya. Nak faham lagi mudah, sekiranya saya
belajar ilmu matematik iaitu mencampur, menolak, mendarab dan membahagi,
sebenarnya saya terambil ilmu dan ilmu ini masuk kedalam diri saya. Agak out of
this world penerangan ini bukan? Tetapi hakikatnya ilmu adalah makluk dan
setiap kali kita belajar, ilmu akan masuk kedalam diri kita.
2. Ilmu terbahagi kepada dua, Ilmu yang
haq (benar dan Allah redha) dan ilmu yang bathil (salah dan Allah murka).
3. Sila rujuk link dibahagian bawah articles untuk penerangan lanjut berkenaan ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi.
Q:
Bagaimana Saya boleh terambil ilmu bathil.(ambilan ilmu)
Jawapan:
1.
Terdapat banyak cara kita boleh
terambil ilmu bathil atau terlibat dalam ambilan ilmu. Contoh conthnya seperti
berikut:-
·
Mendapatkan perkhidmatan perubatan. Termasuk
lah bomoh, dukun, pawang dan individu.
·
Mendapatkan perkidmatan lain seperti
mengurut badan, kaki, urut lepas bersalin, mandi lulur bunga dan daun di Spa
kecantikan.
·
Membeli atau mengambil barang barang
mistik dan misteri serta barang yang memang ada khadam didalamnya seperti
cincin berkhasit, keris, parang pusaka, tangkal, azimat, wafak,
·
Belajar doa doa dan ilmu bathil
seperti ayat seri muka, ayat pemurah rezeki, ayat pengasih dan ayat penunduk.
·
Bermain permainan misteri dan berjin
seperti spirit of the coins dan sebagainya.
·
Belajar ilmu bathil yang terang
seperti :- santau, berbomoh, silat, urut patah, urut batin, mak andam, ilmu
berkhadam, ilmu jurus nafas, ilmu kebatinan, qiqong dan perlbagai ilmu aura dan
tenaga chakra ataupun chi.
·
Mengambil khidmat seperti memagar
rumah dengan rukyah, garam, buluh, besi, azan, surah,, lada hitam dan kacang
hijau.
·
Mengambil khidmat bomoh / indivifu
untuk ilmu pengasih, pembenci, santau, tuju tuju dan sebagainya.
Itu
adalah serba sedikit penerangan tentang ambilan ilmu. Nak mudah faham ambilan
ilmu ni luas dan banyak berlaku dalam hidup kita seharian. Ambilan ilmu bathil ini terbahagi kepada tiga. Terang, separa dan tersembunyi. Contoh contoh diatas adalah ambilan ilmu yang terang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan ambilan ilmu terang, separa dan tersembunyi dan bagaimana kah ianya berlaku, sila rujuk pada link post saya yang lama seperti dibawah:-
Wallahu aklam
Bagaimana pulak ilmu kita ambil dari mendengar ceramah2 di masjid atau surau? Perlukah di pulangkan? Contohnya lah yer kita di suruh amalkan surah fatihah. Then setelah akad di pulangkan kita tidak boleh amal lah lagi surah tersebut iaitu surah fatihah kerana kita sudah pulangkan ilmu tempat milik asal kita dapat ilmu tersebut
BalasPadamAssalamualaikum tuan anon,
BalasPadam1. Sebaiknya akad lah pada penceramah yang memberikan ceramah tu dengan akad simple, "ustaz saya ambil dan belajar yang haq sahaja ya, yang lain tak ada."
2. Bacaan Alquran bukanlah amalan yg bathil. Sebagai contoh nya amalan alfatihah, kita belajar daripada satu guru mengajar mengaji masa kecil. Just pulangkan sahaja. Yang bathil balik pada empunya asal, yang Haq tinggal dalam diri tuan. Termasuklah Nur dan pahala.
3. Dipendekkan memulangkan pembacaan surah surah mengaji sebenarnya utk membersihkan amalan tersebut.
4. Ynag tidak boleh diamalkan lagi ialah amalan potongan ayat alquran utk tujuan pengasih, seri muka, kencantikan dan penunduk selepas kita pulangkan amalan bathil tu.
Wallahuaklam
Tuan, perawat islam mostly menggunakan kaedah rukyah, saya jugak mendapati ada perawat menggunakan potongan2 ayat ayat alquran ketika pesakit sudah dalam transform di kuasi jin, adakah itu jugak salah? Contoh seperti kaedah potong jin, kemudian di sertakan dengan ayat pembatal sihir,Jin dalam badan pesakit akan kepanasan dan terpaksa keluar kerana kepanasan.
BalasPadamAssalamualaikum tuan anon,
Padam1. Saya tidak mengatakan penggunaan potongan ayat ayat alquran itu salah tetapi saya mengata kan teknik itu tidak berkesan malah effek nya disebaliknya atau reverse effect.
2. Rasullullah s.a.w ada menganjurkan pembacaan ayat ayat alquran utk tujuan melindungi diri daripda gangguan syaitan akan tetapi apa yg Rasullullah s.a.w ajarkan ialah surah surah. Bukanlah potongan potongan ayat alquran daripada surah surah.
3. Jika ditanya saya, kaedah potong jin dan ayat pembatal.sihir tu menggunakan jin pendamping ilmu utk menundukkan gangguan dalam diri pesakit.
4. Rasa kepanasan itu adalah helah yg amat biasa digunakan oleh jin islam pendamping ilmu perubatan islam. Sebenarnya tak bergerak pun jin yg sedia ada dalam badan pesakit.
5. Sukar utk org biasa faham dan percaya helah dan selok belok permainan helah jin jin ni.
6. Saya hanya menyampaikan kerana Allah. Tepuk dada tanya lah iman masing masing.
7. Rujuklah posting nas dan dalil teknik bunuh jin dan posting perubatan islam tidak sembuh sembuh. Teknik bunuh jib yg terulung ada diceritaka dalam hadis berkenaan khalid alwalid bunuh syaita uzza.
Wallahuaklam
Dari kefahaman saya mengenai teknik terulung khalid yang di ceritakan dalam hadis, jin boleh di bunuh dengan benda yang tajam, tetapi masalahnya kita tidak boleh nampak jin seperti mana rasullulah dan sahabat baginda boleh nampak.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadam1. Sebenarnya kita boleh nampak seperti mana Rasulullah dan para sahabat. Tuan ada nampak syaitan ni byk kali sepanjang tuan hidup tetapi tuan tak perasan pun itu lah syaitan.
2. Tengok ada dua jenis. Tengok mata kasar dan mata batin. Dua dua jenis tengok ini sebenarnya dikirakan sebagai nampak.
3. Jika tuan betul nak tahu teknik nya mcm mana nak belasah dan bunuh jin guna teknik terulung tu, kena lah belajar direct dengan ustaz ismail.
Wallahuaklam
Ayat kursi dari surah baqarah dan bacaan surah potong contoh 1-5 surah baqarah ayat selepas bacaan al fatihah dlm solat..mohon pencerahan..dan baca bismillahhirahmannirahim dan selawat amalan bahan masakan contoh beras,adakah jin berpindah pd org lain..boleh diwar war diperingkat tinggi buat rundingan pertubuhan GAPIMA..supaya masyarakat islam nusantara kdng2 kekeliruan..dengan artikal2 kebanyakan xsebulat suara..niat menolong org dengan sedekah org bagi ada sesetengah rawatan islam kdg org hulu pun..tp dihina pula baca bacaan potongan ayat al quran..senaraikan ilmu bathil yg ada di malaysia supaya boleh table talk..strategi org islam menangani makhluk2 jin ni..xdelah masyarakat tanda tanya..macik yg uzur pun boleh dengar melalui tv @ paper jika tiada terdaya nak smpai ke ikbn hulu langat tu..biar berlapang dada lah semua nya..
BalasPadamAssalam tuan dil,
Padam1. Amalan bacaan surah yg tuan sebutkan tu, ada nas daripada hadis atau tidak?
2. Bab berbincang dgn gapima ni saya akan usulkan dgn ustaz ismail.
3. Bab kepercayaan gapima pada rukyah sebagai satu satunya senjata untuk melawan syaitan dan hanya alquran sahaja yg cara yg benar adalah ranjau utama.
3. Keberkesanan Bacaan rukyah ni bukan bergantung atas tajwid atau sebutan tetapi kebersihan dalaman atau batin seseorang. Sesorang yg ada syirik, zulumat dan pendamping ilmu jij tak mampu mengapa apakan jin dgn bcaaan alquran itu sendiri.
4. Apa pun saya telah pun buat sharing video penerangan ilmu haq dab bathil yg boleh diakses oleh semua.
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2013/11/dvd-penerangan-konsep-ilmu-haq-dan-ilmu.html?m=1
Wallahuaklam
Setuju
BalasPadam