Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua para
pembaca,
Dah lama saya tak update blog saya ni. Lately banyak berita berkenaan kemalangan maut yang dipaparkan media social dan juga media masa. Saya terpanggil untuk bercerita bab kemalangan atau kemalangan maut dan kaitannya dengan jalan serta peranan makhluk jin dalam setiap kemalangan.
Saya sendiri pun kemalangan dah terlibat
dalam kemalangan banyak kali sebelum belajar dengan ustaz ismail tentang ilmu
haq ini. Kurang lebih nak faham, memang setiap kemalangan yang berlaku dijalan
raya adalah disebabkan oleh anasir jin yang berada disitu. Sukar nak digest dan
sukar nak dipercayai. Mudah aja untuk jin nak bagi kita accident. Kawal dua
atau tiga kenderaan sekali gus, dimana syaitan ini kan akan hasut setiap
pemandu yang benda ni nak bagi accident untuk berada disatu tempat yang sama
pada satu masa. Ada juga kes accident sebab tergelincir sebab jalan basah, itu
pun tetap ada syaitan yang menghasut pemandu untuk memandu laju ditempat
tersebut dimana air bertakung disitu.
Disertakan adalah keratan akhbar
jalan maut yang ada dimalaysia. Salah satu jalan tersebut. Banyak lagi jalan
jalan yang bermasalah yang sama dimana banyak berlakunya kemalangan maut
walaupun jalan itu Nampak sangat selamat dan lurus.
Kemungkinan pernah berlaku kepada
anda kejadian hampir accident berlaku berturutan pada suatu hari (near missed
accident) dan akhirnya pada hari yang sama atau hari berikutnya anda akan tetap
accident. Saya pernah alami banyak kali masalah sebegini akan tetapi Alhamdulillah
saya tahu caranya untuk belasah jin yang terlibat dalam nak bagi saya saya
accident selepas kejadian near accident event.
Berikut adalah ringkasan mudah
untuk para pembaca fahami berkenaan accident.
- Setiap kemalangan adalah berpunca daripada makhluk halus. (mostly ada unsur syaitan ditempat lokasi nahas dan juga bantuan jin yang sedia ada didalam diri).
- Setiap kali anda terlibat dalam kemalangan, maka aka nada syaitan daripada tempat lokasi nahas akan menyelinap masuk dalam diri anda dan akan menyebabkan kemalangan yang akan datang. Jika anda selamat, ada kemungkinnan next accident akan meragut nyawa anda pula.
- Kes syaitan menyelinap masuk semasa kemalangan menjelaskan fenomena ada orang yang boleh bertutur pelbagai bahasa tanpa belajar bahasa tersebut. Salah satu link berita berkenaan fenomena ini
- Banyak gambar gambar diinternet menunjukkan gambar gambar syaitan ini dirakam dilokasi nahas nahas kemalangan. Silalah google sendiri.
Diharapkan
posting ini dapat memberikan kesedaran pada para pembaca tentang hakikat
kemalangan jalan raya. Ada juga juga kes
yang saya temui mangsa kemalangan jalan raya yang terselamat mula mendapat
gangguan jin atau menjadi punca utama gangguan jin bermula dalam hidup
seseorang.
Saya bagi dan
sampaikan yang haq semata mata tiada yang bathil pada semua para pembaca. Jika
ada masalah silalah email atau terus call ustaz ismail untuk bantuan lanjut.
Wallahuaklam
Assalamualaikum...
BalasPadamSaya pernah mengalami kemalangan di satu jalan antara Gua Musang ke Merapoh. Ketika itu hari dah mula gelap, dan hujan renyai-renyai. Kira-kira hampir pukul 8 malam.
Saya memandu dalam keadaan yg biasa, tidak laju. Tiba-tiba di satu selekoh ke kiri yg agak menurun, saya mengambil selekoh seperti biasa, tapi hairannya kereta saya terus bergerak lurus kehadapan, tidak mengikut arah stereng yg saya dah pusing habis ke kiri.
Kereta saya terus meluncur ke depan, mujur ada besi penghalang di tepi selekoh, kereta saya terus melanggar besi penghalang tersebut. Nasib baik juga tidak ada kereta lain pada masa tu. Hanya kereta saya sebuah sahaja.
Setelah melanggar besi penghalang, saya pandu perlahan-lahan kereta kembali ke sebelah kiri jalan dan berhenti utk periksa keadaan kereta. Tak teruk sangat, hanya bumper depan yg remuk dan agak terkulai. Kereta masih boleh dipandu. Saya teruskan perjalanan dan sampai ke rumah saya di Selangor dengan selamat.
Apa yg menjadi persoalan saya hingga ke hari ini ialah bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku. Saya periksa keadaan kereta selepas kemalangan tersebut, mekanik sendiri bagitau saya tiada apa-apa masalah dengan stereng ataupun tayar. Kalau nak kata disebabkan jalan licin, kelajuan pemanduan di saat berlaku kemalangan tersebut tidak memungkinkan utk kereta tergelincir.
Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa? Apa pandangan tuan Danish? Adakah perkara tersebut juga disebabkan oleh gangguan? Adakah jin boleh menggangu fizikal kenderaan?
Terima kasih
Waalaikumussalam tuan anon,
Padam1. Memang boleh terjadi dimana fizikal kenderaan dikawal oleh jin yg berada dilokasi nahas tu.
2. Byk yg berlaku ialah berlakunya lintasan jelmaan jin ini yang menyebabkan pemandu membuat evade manuver dan akhirnya kenderaan tidak dapat dikawal lalu nahas berlaku.
3. Kes kenderaan menjadi sgt berat apabila melalui sesetengah lokasi adalah satu bukti lain bahawa jin boleh menggangu fizikal dan pemanduan sesebuah kenderaan.
4.apa apa pun bagi tuan saya cadangkan tuan cari air zam zam dan amalkan doa air zam zam. Cuma sambung diakhir ayat didalam doa tu iblis accident jalan xxx, syaitan accident jalan xxx...sampai habis
5. Berhati hatilah ketika memandu kepada semua pembaca. Jika anda berjalan jauh, sebaiknya sebelum perjalanan buatlah solat sunat musafir. Insyaallah perjalanan anda didalam.berkat Allah semata mata.
Wallahuaklam
Salam. Saya pernah mengalami situasi kereta tiba2 menjadi sangat berat ketika melalui satu kawasan di PLUS. Berat mcm lori trailer naik bukit sampai ada beberapa kereta marah saya. Masa tu pelik juga sebab kereta baru sahaja diservis sebelum memulakn perjalanan tersebut, tapi saya anggap pusat servis terlepas pandang. Ini kali kedua saya baca article encik, sebab baru tadi semasa balik kerja kereta saya yang sedang menuruni bukit memang terasa sangat seperti ditahan, x silap saya dua kali. Jalan tu saya lalu hari2, baru kali ni berlku mcm tu.
BalasPadamwaalaikumussalam,
Padam1. mmg ada benda menumpang kenderaan tuan tu.
2. silalah cari air zam zam dna rujuk penggunaan air zam zam seperti yg ada dlm blog saya.
wallahua'lam
Salam, benda ni baru je terjadi pada saya dan keluarga minggu lepas, jalan Sungai Koyan ke Ringlet Cameron Highland, di persimpangan Post Betau,kejadian berlaku pukul 9.00 pagi lebih kurang, waktu tu keadaan jalan baru sahaja lepas hujan dan masih basah, dengan kelajuan 40km sejam, dengan semena mena kereta saya hilang kawalan seperti kedua tayar hadapan pancit dan brake tidak berfungsi hingga kan mak dan wife saya mengucap panjang semasa keadaan kereta terhuyung hayang, alhamdulillah kereta selamat berhenti selepas berpusing dan hampir terbalik, bila diperiksa tayar, kereta semua keadaan baik, jalan pun tiada kesan tumpahan minyak, bila ditanya penduduk disitu, baru sahaja kemalangan tempat yang sama minggu lepas, dan banyak berlaku kemalangan, apa yang hairan keadaan yang cantik dan besar agak mustahil untuk berlaku lost control.kemudian saya dannkeluarga meneruskan perjalanan ke Perak dan berpatah kenKL, Hingga hari ini saya hairan apakahbl puncanya
BalasPadamassalamualaikum.. pada hari saya excident... saya tersentuh orang yang mempunyai saka.. adakah excident saya disebabkan oleh saka beliau?
BalasPadam