Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
Ada
beberapa soalan daripada pembaca blog yang bertanya kan tentang qarin. Berikut
adalah penjelasan saya berdasarkan soalan soalan lazim berkenaan qarin.
Adakah qarin itu saka?
Secara umum dan
jelas nya qarin bukanlah saka. Saka adalah lebih luas pengertiannya dan lebih
banyak jenis. Qarin jika nak dijelaskan ialah kembar ataupun pendamping kita
yang diciptakan Allah sejak kita dari kandungan. Berikut adalah petikan
daripada sumber alquran:-
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh
bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Ini bermakna setiap manusia yang
lahir, akan lahirlah kembar nya dari golongan jin yang dinamakan qarin. Berikut
adalah sumber daripada hadis berkenaan qarin.
Hadis mengenai
Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga
Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya
Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu
aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal
kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai
Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar
dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda
berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau
cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau
ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?”
Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada
syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya
Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah
masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim).
Apakah peranan qarin?
Secara umumnya
qarin ini menghasut kepada perkara perkara yang bathil iaitu mempersoalkan
tentang Allah, akhirat ada atay tidak, menimbulkan syak wasangka, hasutan dan
segala mcm perkara yang bathil. Ada pendapat mengatakan qarin ini dinamakan
qarin disebabkan benda ini tinggal didalam satu sudut hati batin kita yang
dalam yang bernama qarin.
Apakah yang patut dibuat berkenaan qarin?
Didalam kes
Rasulullah s.a.w , Allah telah membantu Rasulullah berkenaan qarinnya dan
qarinnya telah pun masuk islam dan hanya membisikkan saranan kebaikan sahaja
didalam diri kita. Didalam pengetahuan saya dan ilmu pinjaman Allah kepada
saya, qarin boleh dikeluarkan daripada lapisan batin kita (lapisan dalaman) dan
sebenarnya qarin boleh dibunuh jika sampai ajalnya ditangan kita sendiri. Asbab
kematian namanya.
Apa yang penting
ialah qarin perlu dibuang daripada diri secara beransur ansur sehingga keluar daripada
diri kita. Jika qarin dapat dikeluarkan daripada diri, maka kita bebas daripada
pengaruh dan hasuatan qarin. So, kerja mengeluarkan qarin ni memang memakan
masa, tetapi kebaikkan hasil dari kerja mengeluarkan qarin tu, kita sendiri
boleh rasa dan Nampak.
Adakah manusia sahaja yang ada qarin, bagimana dengan jin?
Semua makhluk yang
hidup ada qarin masing masing. Termasuklah jin.
Saya berharap posting saya ini bermanafaat kepada semua. Saya
bagi dan ajarkan yang haq semata mata kepada para pembaca semua tiada yang
bathil. Saya akan kemaskini posting ini dari semasa ke semasa berdasarkan
soalan soalan yang baru.
Wallahuaklam
As salam encik danish, bagaimana pulak orang kafir? Adakah orang kafir juga mempunyai qarin jin dan qarin malaikat? Qarin malaikat hanya membisik sesuatu ke arah kebajikan saja. Contoh orang kafir bagi sedakah, adakah itu bisikan kebaikan dari qarin malaikat? Sedangkan orang kafir tidak menyembah allah.
BalasPadamwaalaikumusalam,
BalasPadam1. Ya org bukan islam pun ada qarin jin dan malaikat juga.
2. Ya, org bukan islam dapat bisikan kebaikan sebagai contohnya untuk menderma. Sedekah hanyalah kerana Allah. so namanya derma.
3. walaupun org bukan islam tidak menyembah Allah, qarin drp malaikat tetap menyeru dan membisikkan kepada kebaikan. itu adalah sebabnya byk org bukan islam menjadi baik dan buat kebaikan walaupun mereka tidak menyembah Allah.
Wallahuaklam
Adakah qarin malaikat juga kerjanya menjaga kita? ataupun hanya membisikan ke arah kebaikan sahaja?
BalasPadam1' qarin malaikat kerjanya hanya utk menyeru kpd kebaikan dan membisikan kebaikan.
Padam2. Bukan tugas qarin malaikat menjaga keselamatan kita.
Wallahualam
danish.. sy kadang2 buat kerja macam blur2.. macam x reti nk buat.. semua teknik sy dah cuba.. apa pdpt en danish..?
BalasPadamboleh bantu rungkai persoalan sy di atas? adakah ianya tidak jelas? mohon bantu..
PadamSalam anon,
Padam1. Saya nampak.gangguan tuan ni drpd saka keturuna tuan. Blur ni sejenis gangguan juga. Saya ada kena jenis mcm ni.
2.'silalah call ustwz ismail utk bantuan dan tunjuk ajar.
Wallahualam
terima kasih tuan tanah.. namun saka keturunan telah dipulangkan.. akan diusahakan ketemu ustaz..
Padamassalamulaikum tuan anon,
Padam1. dalam kes tuan ni, jika saka dah diselesaikan, ambilan ilmu tuan lah jadi punca.
2. Dalam kes saya dulu, blur saya disebabkan oleh saka dan juga ambilan ilmu masa sekolah rendah.
3. Yg terbaik silalah rujuk dgn ustaz ismail. Banyak lagi yg masih tersangkut, sometime punca kpd penyakit blur tu bukanlah daripada satu malah beberapa punca ambilan ilmu tanpa sedar.
Wallahuaklam
Saya dah tulis panjang lebartentang masalah saya dalam emel tuan. harap dapat membalsnya. Terima kasih
BalasPadamsudah pun dibalas email tuan.
PadamWallahuaklam
Salam tuan. Apakah penyebab seseorang ragu Akan Allah, syurga dan neraka. Ada kena mengena dgn gangguan jin x. Dalam masa yg sama org itu tetap mrlaksankan perintah Allah spt solat 5 waktu namun imannya goyah, penuh dgn keraguan, tetapi kadang kala da masanya imannya sedar akan ketauhidan ALLAH, lalu imannya goyah balik, akibat memikitkan zat Allah. Wallahu a'lam
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Soalan yg baik dan serasa saya dialami oleh ramai org mostly berkenaan bisikan atau suara pemikiran yang biasanya membuatkan kita terfikir atau meragui Allah , syurga dan neraka dan sebagainya.
2'. Punca utama bisikan ini ialah syaitan.
3' syaitan jin ini berpunca daripada 3 punca utama iaitu qarin jin, saka jin dan akhirnya pendamping ilmu bathil iaitu syaitan jin biasa.
4. Berkenaan masalah ini saya biasa alami keraguan berkenaan Allah dan apa yg tuan alami. Alhamdulillah selepas membuang qarin ,saka dan ilmu bathil, amat amat jarang bisikan ini atau cetusan pemikiran ini terjadi kpd saya.
5.bab ini memerlukan penjelasan yg panjang akan tetapi seperti yg semua sedia tahu, was was dan ragu ragu adalah datangnya daripada syaitan.
6. Pembelajaran konsep ilmu haq dan bathil dan pendalaman bab tauhid boleh menegapkan asas iman dan tauhid kita pada Allah. Bab ini tuan boleh belajar sendiri dengan ustaz ismail.
7.'insyaallah tuan akan lebih faham berkenaan Zat Allah dan keesaanNya pada ZatNya jika tuan belajar terus dgn ustaz ismail dna minta Allah sendiri yg tunjukkan.
8. Yg paling penting ialah kita harus faham bagaimana syaitan jin ini boleh masuk kedalam diri kita dan bertapak dalam batin kita. Setelah tahu dan faham.kita boleh atasi dan keluarkan jin jin syaitan ini dr diri dan hilangkan was was dalam hati kita kelak.
Wallahualam
As salam tuan danish, tidak dpt di sangkal lagi, ada setangah perawat islam menggunakan khidmat qadam, apa pendapat encik danish, dari pengetahuan saya, qadam terdiri dari 2 jenis iaitu, Anmadil" dan yang keduanya dari unsur "Hainan" . Golongan Anmadil adalah dari golongan yang baik-baik, mereka ini adalah dari Agama Islam , menjalani perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Manakala golongan Hainan adalah dari golongan yang melakukan kejahatan dan kebinasaan, mereka ini melakukan perkara-perkara yang dilarang dari Allah.
BalasPadamSo, apa pemdapat encik danish, kerana golongan ini jugak terdiri dari bangsa jin.
Waalaikumuusalam tuan anon,
Padam1. Berkenaan dua golongan khadam ini sebenarnya hanyalah pendapat pengamal perubatan islam bagi membenarnya penggunaan khadam jin ni.
2. Basicnya semua khadam jin perlu dielakkan. Cerita bab golonagan hainan dan anmadil adalah rekaan semata mata. Berikut adalah larangan Allah berkenaan khadam jin.
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6)
3. Sebenarnya kedua dua golongan khadam ini walaupun daripada golongan anmadil adalah syaitan.
4. Jika dihayati maksud surah al-jin , larangan ini adalah untuk manusia dan juga jin. Jin yang bertaqwa kepada Allah tidak akan mencari alasan dan sebab walaupun darurat sekali pun dalam hal membantu manusia.
5. So, mudah cerita tiada sebarang alasan untuk manusia meminta bantuan jin walaupun dengan istilah khadam walaupun darurat. Ilmu yang Allah bagi kepada manusia berkenaan jin ini sebenarnya melebihi daripada cukup dan kita tak memerlukan bantuan makhluk jin yang lebih lemah daripada khalifah (manusia).
6. Cukuplah Allah sebagai sebaik baik penolong dan pembantu kita. Dia lah tempat kita sembah dan Dialah tempat kita minta pertolongan. Asbab nya akan dtg dripada manusia juga.
Wallahuaklam
Bagaimana pulak dengan khadam ayat? Sekarang ini banyak pulak ilmu mengenai khadam ayat ini. Macam macam lah. Adakah bathil jugak?
BalasPadamAssalamualaikum tuan anon,
Padam1. Ya. Khadam ayat pun bathil.
2. Sebenarnya bukan khadam ayat tu dtg daripada ayat yg diamalkan tetapi datangnya dari org yang mengajarkan amalan khadam ayat.
Wallahuaklam
Apa maksudnya jika berzikir badan terasa panas? Ada jin bekurung dalam badan ke?
BalasPadamAssalamualaikum tuan anon,
Padam1. Mudah ceritanya kurang lebih macam tu lah. Ada jin didalam diri.
2. Jin ini boleh berpunca dr saka, ambilan amalan zikir tu sendiri dan juga dalam sebilangan kes sihir yg dikenakan.
3.so zikir x mampu nak keluarkan atau hapus kan jin yg bertapak dalam badan. Zikir adalah ibadah utk mengesakan Allah pada nama dan sifat serta kemuliaaNya. Bukan utk bunuh syaitan atau halau syaitan.
Wallahualam
Walaupun zikir mengesakan allah jin pun boleh hadir? Kenapa pulak boleh jadi macam tu? Adakah kerana ambilan amalan zikir?
BalasPadam1. Bukan masalah amalan zikir tetapi masalah org yg mengajar amalan zikir tu. Sila rujuk posting berikut utk lebih kefahaman.
Padamhttp://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2014/03/ambilan-ilmu-kupasan.html?m=1
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html?m=1
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/ilmu-bathil-yang-terang-separa-dan.html?m=1ap penerangan
Diharap penerangan saya melalui 2 post diatas dapat menjawab persoalan tuan.
Wallahuaklam
Bagaiman status perawat meminta nama pesakit beserta nama ibu? Adakah termasuk ilmu bathil? Adakah perawat menggunakan jin? Setau saya perawat betanya kepada qarin pesakit mengenai masalah pesakit. Sebab itu perawat tahu apa masalah yg di hadapi pesakit.
BalasPadam1. Tidaklah salah tanya nama ibu dan nama pesakit akan tetapi sebenarnya just nama biasa pun dah cukup.
Padam2' qarin jin yg ada pd diri manusia tu kebanyakkan nya syaitan. Bertanya pada syaitab mmg kelautkan jawapannya .
3' sebaiknya tanya terus pada batin pesakit. Setiap manusia ada batin masing masing
Wallahuaklam
Encik danish, amalan apa yg perlu d buat ya mengelak dari kena sihir, pendinding diri, takut pulak amal dari ayat alquran, contoh jika kita baca ayat qursi untuk jadikan pendinding, ada yg kata jin pulak yg hadir memberi perlindungan.Adakah betul begitu?
BalasPadamAssalamualaikum tuan anon,
Padam1. Berdasarkan jalan yg saya belajar jin boleh dipukul atau dibelasah mcm kita belasah seekor binatang sahaja.
2. So pendinding diri ialah jika datang sihir belasah lah jin yg datang.
3. Sebenarnya pada asanya amalan bacaan alqursi sebagai contohnya utk pendinding adalah benar tetapi disebabkan diri kita bermasalah atau tercemar dgn kebathilan maka tiada sebarang kesan bacaan kursi pada jin yg datang.
4. Selain dr itu kebanyakkan kes amalan bacaan itu kita biasa dpt daripad org yg bermasalah ada ambilan ilmu bathil. Walaupun amalan itu asalnya benar dan haq, sebab org yg mengajar tu 'sakit' jin pulak yg dtg sekali ngan amalan tu.
Wallahuaklam
Bolehkah belasah begitu sahaja? Nanti dia belasah kita balik macam mana? Adakah perlu belajar seni mempertahankan diri? Saya rasa jin ini pandai jugak seni pertahankan diri
PadamBolehkah saya minum air zam zam dengan niat saya sendiri tanpa mengikut doa seperti saudara tulis dalam blog?
BalasPadam1. Boleh.
Padam2. Akan tetapi sebaiknya just guna sahaha doa tu. Byj maksud maksud dan sebenarnya merangkumi byk jenis gangguan.
3. Jika ada sendiri letak kat bahagian last. X ada masalah.
Wallahualam
Apa perlu kita buat jika kita terkena ilmu penuduk sebagi ikhtiar diri sendiri selain bejumpa perawat islam?
BalasPadam1. Sebaiknya belajarlah teknik belasah dan bunuh jin termasuk jin sihir penunduk.
Padam2. Utk org biasa boleh amalkan doa air zam zam seperti berikut:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/03/doa-air-zam-zam.html?m=1
Wallahuaklam
Tuan danish, bolehkah saya lafaz akad seperti ini, 'saya ambil ilmu yg haq saja dari tuan, apa-apa ilmu yang bathil dari tuan saya pulangkan' jika kita lafaz dalam bhasa ibunda jugak boleh? Contoh bahasa perak, kelantan dan sebagainya.
BalasPadamAssalamualaikum anon,
Padam1. Sebaiknya guna ayat saya ambil yg haq daripada tuan. Yang haq itu merangkumi ilmu dan apa sahaja kepunyaan orang tu. Specifickan ilmu sahaja mengurangkan kesan ayat pulang tu.
2. Ayat saya pulang apa sahaja yg saya ambil tu hanya utk org bujang. Jika dah kahwin gunakan saya sekeluarga.
3. Boleh alih loghat kpd loghat setempat. Asalkan maksudnya sama dgn ayat asal.
Wallahuaklam
Bagaimana hendak belajar dengan ustaz mail jika saya bukan dari malaysia? Saya tiada cukup budget hendak pergi malaysia belajar dengan ustaz mail
BalasPadamassalamualaikum anon,
BalasPadam1. Anon boleh belajar sendiri melalui video seperti link dibawah:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2013/11/dvd-penerangan-konsep-ilmu-haq-dan-ilmu.html?m=1
2. Selepas tu boleh email saya jika ada apa apa soalan. Saya akan ajarkan yg asas asas.
3. Lepas tu kelak jika ada rezeki boleh berjumpa dengan ustaz ismail.
Wallahuaklam
salam tuan,
BalasPadamsesetengah perawat islam claimed bole scan sesiapa yg mahu discan, contohnya nak scan suami atau diri sendiri samaada terdapat gangguan berupa sihir atau jin atau saka melalui gambar yg dihantar kepada perawat, dan nama pesakit, adakah perbuatan ini bathil?
Waalaikumussalam Nanie,
BalasPadam1. Sebenarnya cara minta nama dan gambar tu sebenarnya betul.
2. Cuma jenis scan yg diamalkan tu, ada yang haq dan ada yang bathil. Yang bathil biasanya memerlukan si pengamal perubatan membuat amalan amalan bacaan surah surah alquran disamping zikir zikir yang ditetapkan bagi mendapatkan kelebihan scan itu sendiri.
Wallahuaklam
Assalamualaikum.. Saya mengesyaki suami terlibat dengan ilmu yang batil ( mungkin kerana saka / pelaris / ilmu pelindung ) sehingga menyebabkan dia menjadi semakin ganas terhadap kami anak beranak terutamanya saya . Dia sememangnya seorang yang panas baran sejak dulu tetapi sejak membuka kedai makan di rumah kami ammarahnya semakin tidak terkawal. Amal ibadah juga semakin ditinggalkan, solat subuh ditinggalkan dengan segaja setiap hari dan seringkali Isyak, ditinggalkan. Saya tiada pilihan lain terpaksa keluar dari rumah bersama anak-anak mencari perlindungan. Bolehkah suami saya diubati dan bagaimana?
BalasPadamAsslamualaikum, Saya mengesyaki suami saya terlibat dengan ilmu batil ( saya tidak pasti samada kerana saka,ilmu pelaris , ilmu pelindung) sehingga menyebabkan dia menjadi semakin ganas terhadap kami sekelurga menyebabkan saya terpaksa keluar dari rumah membawa anak-anak. Saya ingin mengubatkan suami dan tidak mahu dia terus berada dalam kesesatan itu, tetapi bagaimana?
BalasPadammoga puan diatas dpermudahkan..dan moga suami puan pon terbuka hatinya...saya pon salah seorang pesakit ustaz mai dan pernah menjadi mcm suami puan...alhamdulillah bnyak perubahan mendadak dlm diri saya rasa terkesan dr komen puan diatas...follow up la slalu dengan cikgu saya tuan danish ngn ustaz mail...
BalasPadamTerima kasih tuan aries sebab tolong jawabkan. Ada masa, silalah tolong saya jawabkab komen komen yg cukup byk ni. Jika ada yg saya terlepas
PadamTerima kasih tuan aries sebab tolong jawabkan. Ada masa, silalah tolong saya jawabkab komen komen yg cukup byk ni. Jika ada yg saya terlepas
Padamno problem cikgu..mne yg saya bleh jwp je... :)
Padamno problem cikgu...
BalasPadamAssalamualaikum En Danish. Boleh ajarkan cara nutralkan Qarin atau cara Islamkan dia. Saya tak pernah ambil apa apa amalan. Saya baca Quran. Dengan baca Quran sahaja hati tenang. Lain lain saya baca ayat Kursi, majmu sharif iaitu ayat 7, 15, 7 haekal, doa pagi petang, nurun nubuah, kanzul arsy, Aqashah dan selawat nariyah. Zikir lah nama Allah. Itu sahaja.
BalasPadamSaya senang dianiaya orang dari dulu. Bosan juga. Apa pun. Hari hari baca Quran. Ayat demi ayat diterjemahkan buat saya happy. Saya tak tau lah ada saka atau tidak. Dah cuba minta bantuan. Dah manti laut pun. Buang 5 tahun lepas.
Saya rasa Qarin saya ni jahat juga. Saya bagitau dia saya nak menuju Allah jadi saya dah bagi kata dua masuk Islam macam Qarin Nabi s.a.w atau nutralkan. Saya dah kata saya akan ketuk dia tiap tiap kali dia nak menghasut saya. Mulai hari ini saya yang akan kawal dia bukan dia kawal saya.
Dah cukup selama ini mengacau. So sekarang berhenti.
Yang mendengki saya tu sebenarnya tak akan menang. Dia kalah dengan saya tapi dia guna ilmu kot kawal hati orang sekeliling, baik Melayu, baik Cina. Hebat betul. Saya jauhkan diri. Seagama nanti nak berdiri depan Allah. Jadi jauhkan diri. Habis kisah. Kawan dengan Cina tak de tanggungjawap, kawan biasa, habis kerja. Balik.
Tempat saya kerja kadang kadang saya seorang Melayu. Baru saya tahu cina dengan cina lagi hebat. Tebas menebas. Guna ilmu juga. cina buat baik dengan melayu, menghasut juga. Yang melayu percaya pulak. Cina dengan cina tebas menebas tapi bersatu kalau ada satu melayu. Dia utamakan orang dia. Orang kita terbalik percaya cakap cina ketepi bangsa sendiri dan buat musuh. Siapa untung?
Waalaikumussalam tuan puzi,
Padam1.maaf terlepas pandang komen dan soalan tuan.
2. Saka tuan masih ada. Walaupun kononnya telah dibuang.
3. Tuan tak lah disihir orang akan tetapi gangguan tuan diseba kan oleh saka keturunan tuan dan juga ambilan ilmu tuan.
4. Silalah call ustaz ismaik utk bantuan lanjut.
Wallahuaklam
As salam....tuan danish...saya nak masuk kelas ilmu qarin...bila boleh
BalasPadamWaalaikumussalam misfalah,
Padam1. Silalah call dan aturkan temujanji dgn ustaz ismail.
2. 0193619305. Ustaz ismail.
Wallahuaklam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamsalam. saya nak tanya satu soalan. harap ustaz boleh rungkai masalah saya. saya mengalami nafsu seks@onani yang melampau sewaktu saya kecil lagi. ketika itu usia saya baru 9 or 10 tahun. saya tidak tahu siapa yang ajar saya buat benda tu. sedangkan saya masih kecil waktu tu. perkara ini berlarutan sampai saya dewasa. setelah saya dewasa saya mengalami masalah tekanan. saya selalu melalukan perkara tersebut dan saya sering bermimpi melalukan sexs dgn seseorang. harap ustaz ley bgtau kenapa saya jadi mcmtu? disebabkan jin/qarin/syaitan??
BalasPadamwaalaikumussalam,
Padam1. mostly gangguan nafsu itu berpunca daripada saka keturunan daripada belah emak dan ayah.
2. kena selesaikan masalah saka dan kemudian cari punca seterusnya yg menyebabkan anon jadi cepat dan tak boleh kawal nafsu.
3. Silalah email saya kelak jika ada sebarang masalah ya.
4. Untuk bantuan lanjut silalah buat temujanji dengan ustaz ismail 0193619305.
Wallahuaklam
👍👍👍👍
BalasPadamAlhamdulillah..banyak persoalan yang saya temukan jawapannya dalam blog ni
BalasPadam