Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 2 April 2015

Rumah Berhantu berganguan dan tips untuk masuk rumah baru atau rumah yang bergangguan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Serasa saya ramai yang bermasalah rumah bergangguan atau rumah berhantu. Orang biasanya memanggil gangguan jin itu sebagai gangguan hantu. Hantu itu hanya nama orang biasa panggil. Kalau belah Negara barat mereka menggangap gangguan ini sebagai entity atau roh orang yang dah mati. Mostly mereka akan menggangap roh yang menggangu tetapi hakikatnya benda itu adalah jin.
Saya just report balik post lama saya berkenaan rumah bergangguan.

Dalam posting kali ini saya nak bercerita tentang rumah dan tempat tinggal jin. bab rumah jin nie ramai yang dalam sedar atau tidak menyediakan banyak rumah dan membawa banyak rumah jin kedalam rumah kita sendiri. Kerja bawak jin masuk rumah nie adalah satu kerja yang memang mengundang masalah kepada penghuni rumah itu sendiri. jenis-jenis bawak masuk rumah dan tapak rumah jin terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

  1. pagar batin/ pagar rumah/ pagar jin/ (termasuklah garam, lada hitam, kacang hijau, azan, dan pagar ayat).
  2.  Wafak. 
  3. Barang-barang, binatang dan juga pokok pokok.
  4. Pembakaran lilin aromatherapy, kemenyan, colok aroma therapy dan pelbagai jenis benda aromatherapy.
  5. tempat sembahan (altar) bagi non muslim. Kebanyakkan untuk rumah rumah yang dibeli second hand.
  6. barang barang yang disukai jin seperti patung yang cukup sifat, gambar hantu dan sebagainya.
  7. Kawasan itu sendiri (tanah).
  8. Saka atau pendamping tuan rumah ataupun penghuni rumah tu sendiri
Punca gangguan sesebuah rumah boleh terdiri daripada sebahagian punca diatas atau kesemua sekali. So bukan straight cut bab gangguan didalam rumah ni sebenarnya


Merujuk kepada persoalan tips untuk memasuki rumah baru dibeli sama ada rumah baru atau lama seperti dibawah:-

in response to assalamualaikum sy mahu bertanya. sy br membeli rumah yg belum diduduki yg dibina atas tapak belukar. apa panduanyg ptt sy buat sebelum masuk dan tggl dlm rumah ? baru terpkir nak panggil uztaz pagar rumah tp terbaca blog ini.

  • Sebaiknya akad pada owner rumah(pemaju) atau owner rumah lama seperti berikut:-

             “saya beli rumah dan tanah ini sahaja, lain lain tak ada”.
  • Sila beli penyapu lidi, sapu semua bahagian rumah (sebaiknya selepas rumah tu dimop dan dibasuh). Sapu semua bahagian (lantai dan dinding).
  • Elakkan sebaiknya daripada buat house warming. Panggil orang masjid atau budak tahfiz dtg kerumah dan baca zikir dan tahlil. Amalan ini memang tidak pernah dibuat oleh Rasullah s.a.w. dan para sahabat.
  •  Elakkan juga buat pagar halus/ rumah. Tak kira lah apa jenis pagar dan apa jenis ustaz 
  • Elakkan dari membeli patung patung untuk anak anak. Beli lah mainan lain yang tidak berupa patung.
  • Elakkan dari menanam pokok pokok hiasan yang bermasalah seperti pokok palm kuning, palm merah, pokok langsuir, pokok ara. (Rujuk post saya yg lama untuk jenis pokok yang patut dielakkan. tanam aja pokok bunga atau buahan jika perlu
  • Biasakan diri untuk memberi salam setiap kali masuk kedalam rumah. (ada atau tiada orang). 
  • Elakkan membakar setanggi, colok, kemenyam dan apa sahaja aromatheraphy jenis bakar.  
  • Elakkan membawa masuk kedalam rumah barang barang misteri yang berisi seperti keris lama, keris pusaka, lembing, parang yang lama dan barang yang berkhadam. 
       Sekiranya para pembaca memerlukan perkhidmatan membersihkan rumah daripada gangguan, ( rumah lama atau rumah mmg bermasalah) para pembaca boleh contact ustaz ismail utk khidmat pembersihan. Mmg agak memakan masa sehingga sehari suntuk utk betul betul clearkan rumah yg bermasalah dan khidmat ini memang berbayar.




Jika para pembaca ingin baca post yang lama berkenaan rumah berhantu atau bergangguan dan punca nya sila lah klik pada link dibawah:-


Saya bagi yg haq semata mata pada semua pembaca tiada yg bathil.
Wallahuaklam

21 ulasan:

  1. kenapa penyapu lidi ?
    nk wat majlis kesyukuran plus bacaan yassin pun xboleh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Itu teknik dan cara sahaja.
      2. Saya cuma cakap elakkan. Jika majlis kesyukuran yg kita buat tu ada Rasulullah s.a.w buat, why not. Akan tetapi amalan ini mmg x ada Rasulullah s.a.w buat.
      3. Nak baca yassin boleh. Baca lah semacam Rasulullah s.a.w buat, baca selepas solat.
      4. Jika buat majlis makan makan dengan niat nak sedekah dan bagi org makan silakanlah.
      5. Itu adalah tips daripada saya. Saya tidak melarang sesiapa pun nak buat.

      Wallahualam

      Padam
    2. Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yg benar dan jauhilah aku dari golongan² yang sesat . Aamiinn.

      (Samasame kite bace ye)

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan Danish,

    Saya ada byk soft toy seperti teddybear dan lain-lain yg berbentuk haiwan, kerana saya dulu menjual barang2 permainan tersebut di carboot sale.. Sekarang ni saya biarkan sahaja stok soft toy tersebut tersimpan dalam bilik stor di rumah, dan sebahagian jadi permainan anak-anak saya. Adakah ini juga menyebabkan jin masuk ke dalam rumah saya dan menjadi penghuni bersama?
    Mohon pencerahan tuan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumssalam.
      1. Apa yang saya alami sendiri serta pengalaman saya dan apa yg saya nampak memang barang barang permainan patung yang cukup sifat memang menjadi tempat kediaman jin.
      2. Ya. jin memang jadi penghuni bersama dirumah tu.
      3. Jika diperhatikan anak anak yang diberikan mainan patung patung yg cukup sifat terutama bentuk raksasa, hantu, binatang dan manusia akan menjadi nakal dan amat aktif. Mereka ni sukar dikawal dan degil.
      4. Saya sendiri hanya membeli mainan berbentuk lain seperit pistol, kereta, helikopter, kapal terbang dan langsung tak beli dah anything berbentuk patung.
      5. Kesukaan dan syg melampau anak anak kpd patung patung mainan ni sometime menimbul kan syak wasangka. mmg ada benda yg duduk pd patung dan menyebabkan anak terlalu syg pd patung patung ini.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Kalau saya buang semua patung permainan tersebut adakah jin yg ada akan turut sama keluar dari rumah atau mereka akan tetap tinggal dalam rumah...?

      Padam
  3. Assalamualaikum tuan anon,
    1. Dikirakan separuh daripada jin yg bertapak dalam patung tu akan keluar dari rumah sekiranya dibuang begitu sahaja.
    2. Untuk hapuskan secara mutlak, sebaiknya bakar semua patung patung tu di kawasan yang jauh dari rumah orang. Nyalakan api, pastikan api menyala...pusing dan balik lah. Jangan pandag belakang dan tengok api yang terbakar tu.
    3. Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata pada tuan dan semua pembaca tiada yang bathil dulu kini dan akan datang.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  4. Salam Tuan Danish,

    1. Seingat saya ada terbaca artikel berkenaan mainan yang berupa patung dimain oleh Aisyah (mainan kanak2) isteri Rasulullah S.A.W namun baginda tak melarang Aisyah bermain mungkinkah patung mainan dibolehkan.
    2. Jika gambar patung mainan terdapat pada baju atau beg kanak2 (contoh kartun frozen) adakah jin akan masuk ke rumah juga.
    3. Bagaimana pula dengan gambar2 manusia samaada separuh badan atau keseluruhan digantung di rumah ? (mungkin tuan boleh buat artikel berkenaan gambar dalam rumah di masa akan datang)

    Terima Kasih Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan anon,
      1. Dikirakan memang ada dua hadis berkenaan patung mainan yang berkenaan siti aishah r.a. dan bagaimana Rasulullah s.a.w membenar kan pada masa aishah r.a. bermain patung sesama kecil.

      Aku biasa bermain-main dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan aku ada beberapa orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari).

      Wasallam (sampai di rumah) daripada peperangan Tabuk atau Khaibar, pada rak (kepunyaan Aisyah) ada kain penutup, lalu angin berhembus, maka tersingkap tepi kain penutup itu (sehingga) menampakkan beberapa anak patung perempuan mainan Aisyah. Maka Baginda bersabda : "Apa ini wahai Aisyah?" Aisyah menjawab : "Anak-anak patung perempuan milikku." Dan Baginda terlihat pula di antara patung-patung tersebut ada patung kuda yang mempunyai dua sayap yang bertambal. Lalu Baginda bersabda : "Apa benda di atas kuda ini?" Aisyah menjawab : "Dua sayap." Baginda bersabda : "Kuda ada dua sayap!" Aisyah menjawab : "Tidakkah Tuan pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?" Aisyah berkata (menceritakan selanjutnya): "Maka Rasulullah tertawa sehingga aku melihat gigi-gigi geraham Baginda." (Hadis riwayat Abu Daud).
      2. Akan tetapi selepas siti aisyah meningkat dewasa berikut adalah hadis nya.
      Diriwayatkan daripada Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:
      "Sewaktu Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam (tiba di rumah) daripada suatu pelayaran; aku telah memasang tabir rak tempat penaruhan barang-barang dengan tabir nipis yang ada padanya gambar-gambar (lukisan-lukisan yang bernyawa). Maka apabila saja Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, Ba- ginda menanggalkannya lalu bersabda: "Manusia yang paling berat seksaannya pada Hari Kiamat ialah mereka yang menjadikan sesuatu yang menyamai/menyerupai dengan makhluk Allah." Aisyah berkata (ekoran daripada peristiwa itu: "Maka kami jadikan (kain tersebut) untuk dijadikan sebiji bantal atau dua biji bantal." (Hadis riwayat Bukhari).
      3. Ulama sebagai contohnya berbeza beza pendapat berkenaan patung mainan dan lukisan makhluk yg bernyawa.
      4. Apa pun melalui pengalaman saya dan apa yg Allah berikan pengetahuan, saya lebih kuat mencadangkan supaya mengelakkan daripada membeli patung patung yg ada kaitan dengan makhluk yg hidup seperti manusia, binatang dan sebagainya.
      5. Byk kes yg berlaku dalam pengalaman saya memang barang barang mainan berupa patung menjadi tempat tinggal jin.
      6. Jika boleh elakkan, elak lah. Jika x boleh elak itu terpulanglah pd diri masing masing. Tepuk dada tanya iman.
      7. Saya tidak lah melarang atau meletakkan hukum dalam hal ini. Saya hanya memberikan tips sahaja.
      8. Bab gambar tu, insyaallah ada masa saya akan buat kupasan dengan lebih lanjut.
      Wallahualam

      Padam
  5. Tuan.kenape tak boleh gune pagar ghaib tu semua, ade separuh memang menggunakan ayat alquran seperti pagar lamjallah bace ayat kursi ,3 kul dan berdoa yaallah lindungi lah aku dari makhluk makhluk yang zalim ... tapi itu pada diri.. tapi saye rase nak buat pade rumah takde masalah kot makrifat kite masuk kan ayat ayat suci tu pada sebotol air (tetapi jangan yakin pada air yakin pada allah)dan renjis sekitar rumah inshaallah .... tetapi pasti kan didalam rumah sudah bersih (bersih dari gangguan gangguan jin dan sebagainye)wallahualam... harap tuan dapat memberi penjelasan inshallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan zakuan.
      1. Saya dah banyak kali menerangkan hal ini dalam posting saya. Sila ujuk posting perubatan islam dan air rukyah.
      2. Apa pun saya akan jawab soalan tuan ini. Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja drpd tuan dan semua pembaca, jika ada yg bathil kami pulangkan pada tuan dan puan.
      3. Tuan menyatakan pendapat tuan. Pendapat bukanlah hakikat mahupun kebenaran yg sebenar. Maybe betul maybe salah.
      4. Dalam kes jampi air ni, terus terang saya cakap kerja ni mmg langsung tak ada kesan yg positif atau berhasil malah lebih byk kesan negetif dan masalah yg bakal timbul.
      5. Kerja jampi air tak kira lah guna apa jenis surah , ayat alquran mahupun mantera sebenarnya menjadi medium perantara atau perakam kebathilan dalam diri dan kerja curah air pada rumah sebenarnya lagi mencemarkan rumah. Sila rujuk tag zulumat.
      6.walaupun kita yakin 100% bahawa Allah berkuasa, asbabnya percikan air alquran yg dimasukkan dalam air akan tetapi tidaklah menjadikan air tu berkesan memagarkan rumah or diri drpd jin. Asbab kenalah haq dan sebaiknya dan lebih mudah jika kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w.
      7. Saya belum jumpa hadis yg kuat berkenaan air jampi ni. Malah ada hadis yg menolak kerja merukyah ni. Jika benar alquran itu Allah turunkan utk halau syaitan, kenapa ada hadis kita perlu baca a'uzubillahhimimassyaitonirrajim sebelum membaca alquran?

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Azan dlm rumah pun mengundang jin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Azan dalam rumah yg dibuat dengan niat nak buat pagar halus / jin maka akan undang jin jin islam yang berada berdekatan.
      2. Azan tu utk panggil orang bersolat bila waktu dah tiba.
      Wallahuaklam

      Padam
    2. Assalamualaikum anon,
      1. Azan dalam rumah yg dibuat dengan niat nak buat pagar halus / jin maka akan undang jin jin islam yang berada berdekatan.
      2. Azan tu utk panggil orang bersolat bila waktu dah tiba.
      Wallahuaklam

      Padam
  7. Assalamualaikum..sy.. bermasalah sakit yang tak diketahui punca dari perubatan moden. Tak pasti saka atau sihir..mengikut pandangan tuan, bagaimana sebaik2 ikhtiar, agar punca dan sakit sy ini boleh diubati dgn izin Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Saya nampak punca utama gangguan cik adalah saka.
      2. Silalah call dan dapatkan bantuan ustaz ismail.
      3. Jika ada masalah sila email terus kepada saya kelak.
      Wallahuaklam

      Padam
  8. assalam... nak tnya: baru baru ni banjir n berlaku kejadian rumah runtuh separuh bahagian dapur n tandas. selang 2 minggu sy didatangi mimpi ada nak bag sy keris@ pedang panglima hulubalang dahulu dgn syarat sy letak dua jenis bunga n tahi besi sbg tukaran barang tersebut. sy x buat benda dia suruh. ttp sy dah pindah rumah lain. isteri asyik marah marah tanpa sbbyg munasabah. sekecil kecil benda pon nak marah tiap kali tgk sy. pastu sy hingga kini terasa ada sesuatu bersama sy. mcmana nak hadapi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      1. Mimpi tuan tu merujuk kepada saka keturunan tuan sendiri dan bukanlah bunian yang ada disekeliling rumah tuan.
      2. Isteri tuan meragam tu disebabkan oleh saka keturunan dia sendiri.
      3. Silalah call dan aturkan temujanji dengan ustaz ismail. In sya Allah dia boleh bantu tuan.

      wallahuaklam

      Padam
  9. assalam..sy dpt mimpi ada jin islam nak bg pedang@keris tp dgn syarat sy kena tukar dgn 2 jenis bunga n tahi besi. 2 minggu sblm tu rumah sy runtuh bahagian dapor n toilet. akibat banjir . isteri pon syik marah marah je hingga kini. stress kot. bagaimana kaedah utk sy buang benda yg selalu ikut sy ni? adakah saka diri sy @saka rumah tersebut?

    BalasPadam
  10. 1. Jawapan saya dah bagi dalam komen diatas.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  11. Assalam tuan, jadi macam mane care nak memagar rumah mengikut ajaran nabi muhammad iaitu islam yang tak mengundang jin malah menghalau mereka. Boleh tuan jelaskan cara-caranya? Macam mane nak pagar rumah mengikut ajaran islam...

    BalasPadam