Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 30 April 2011

ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi

>Assalamualaikum,
<
agak lama saya tak posting tak sini. Memang sibuk skit lately isteri masuk ward. Ada seseorang tanya saya pasal budak hilang disebabkan ilmu hitam. Saya sebenarnya belum cukup kuat untuk scan dan cari kan orang yang hilang, nak scan punca serangan sendiri pun still tgh bertatih.

Dulu saya agak doubt pasal scan menscan nie. Dah lama-lama nie baru saya nampak sememangnya ilmu dan kemahiran ini memang ada dan memang tepat. Sendiri dah rasa skit2 barulah saya faham. Memang sukar nak diterima akal bagaimana scan nie berfungsi. kalau saya bagi jawapan , ramai mesti tak percaya. Mana punca kebolehan dan kemahiran scan. lagi senang tak payah bagi jawapan.

bercerita sedikit mengenai ilmu bathil. Ada ilmu bathil yang terang-kerang bathil seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu tuju-tuju, ilmu santau, ilmu bomoh patah dan sebagainya. Ada ilmu dipanggil separa bathil ada ada ilmu yang nampak haq tetapi bathil disebaliknya. Saya baru dapat petunjuk bagaimana nak menerangannya.



Sebagai contoh jika saya seorang bomoh ilmu hitam yang hebat, dah tua-tua bangka dah insaf dan bertaubat lepastu tak amalkan ilmu-ilmu hitam nie tetapi terus mendalami ilmu al-quran dan agama. Selepas suatu masa, saya pun dah hebat skit bab ilmu agama, saya jadi guru agama pulak. Saya pun mengajar agama kepada budak2 dan org lain. Dalam kes seperti ini sebenarnya saya sebenarnya dah dijangkiti.

Nak faham lebih mudah, amik kes virus komputer. Jika sesuatu komputer itu dijangkiti worm atau virus yang hebat2, setiap ada sahaja file yang dipindahkan atau dicopy keluar semuanya mempunyai virus disebaliknya. apa sahaja file seperti word ke, excell ke, notepad txt ke nampak luar cantik, belakangnya dan dalamnya ada virus yang menumpang.

balik semula kepada contoh saya diatas pasal bekas bomoh ilmu hitam yang insaf. Ini sebenarnya satu contoh saya ambil dikalangan keluarga saya sendiri. Apa sahaja ilmu agama yang ajarkan dan transfer kepada murid2 saya semuanya bervirus. virus ilmu hitam saya yang telah saya tuntut sebelum ini. Anak murid saya pulak yang dah belajar dgn saya 100% ilmu agama pulak mengajar anak murid barunya pulak. virus ilmu bathil saya akar menular ke generasi kedua pulak. belum bercampur anak murid saya punya ilmu bathil sendiri lagi.

begitulah serba sedikit penerangan mudah berserta example untuk memudahkan tuan dan puan2 semua faham konsep ilmu bathil dan ilmu haq. Dalam al-quran ada menyatakan janganlah kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil. Dan janganlah kamu menyembunyikan yang haq sedangkan kamu mengetahuinya.
wallahuaklam..

22 ulasan:

  1. Klu pakai air kolah 7 masjid boleh ke

    BalasPadam
  2. Kalau kite pakai air kolah 7 masjid boleh ke untuk berubat

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. SalAm tuan.

      utk soalan ini jawapan saya mudah. Tak boleh. Pernah ke Rasulullah s.a.w dan para sahabat guna air dalan kolah masjid,7 buah pulau tu utk halau syaitan?

      Kenapa perlu air kolah masjid? Penggunaan air kolah masjid mostly dipelopori oleh bomoh dan dukun.

      SelIn Dari itu air kolah masjid tu tak ada apa apa kuasa dan kelebihan pun. Air kolAh masjid yg dijampi tak mampukan halau syaitan pun malah sebaliknya.

      jauhi jenis perubatan ni.

      wallahu aklam

      Padam
  4. Assalamualaikum tuan, tuan pernah dgr tak pasal selendang merah? bolehkah saya menuntut ilmu ini dgn guru di sana? kwn saya ckp ilmu ni xde mentera pun..pkai zikir ngan ayt Al Quran je..ini la ilmu kiyai salleh dulu..boleh tuan terangkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Pernah dengar dan salah seorang adik seguru saya pun pernah ada belajar ilmu ini. Jangan belajar. Ilmu ini ilmu bathil aka ilmu sihir. Ada zikir perang dan amalan perang.

      Adik seguru saya terkena pelbagai gangguan berpunca dari belajar ilmu ini lah. Pelbagai kelebihan tetapi ilmu ini makan dalam. Sukar utk solat dan iman akan hancur dari dalam.

      Ilmu selendang merah adalah ilmu bathil. Jauhi ilmu ini. Kebanyakkan ilmu kebal pun menggunakan zikir dan ayat alquran tetapi ini cumalah muslihat yang biasa digunakan syaitan. Zikir kerena apa? Ibadah kerana apa?

      Wallahu aklam

      Padam
  5. Assalam tuan...bagaimanakah kita hendak membuang ilmu-ilmu y kita rasa ada dampingan jin dan sebagainya..apakah kaedahnya ...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam,

      jawapan saya.
      1. ada dua cara yang utama. Satu pulangkan ilmu itu pendamping ilmu kembali pada tuannya. Pulang ilmu atau akad pemutus ilmu ini kena buat dan lafazkan kepada empunya asal ilmu tu sendiiri.
      2, cara kedua iaitu poliklinik iaitu buang kat tandas. Cara ini lebih dan amat memakan masa. Sesuai digunakan sementara waktu mencari empunya ilmu asalnya.

      Wallahu aklam

      Padam
  6. Salam En Danish,
    Macammana nak belajar ilmu pulang ni secara lebih lanjut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam tuan,
      1. Sebaik nya tuan. Aturkan temujanji dgn ustaz ismail utk belajar dgn lebih lanjut .
      2. Rumah ustaz ismail belakang ikbn dusun tua hulu langat. Sila lah google maps utk perincian.
      3. Tuan boleh juga download sendiri video penerangan ilmu haq dan bathil. Link ada pd profil saya .
      4. Apa apa pun tuan boleh email kpf saya jika perlukan maklumat lanjut.
      Wallahuaklam

      Padam
  7. Alhamdulillah..

    Apa yg dinyatakan dlm page ini sebenarnya benar2 belaka. Sy sendiri telah mengalami pelbagai rawatan yg kononnya rawatn islam, mandi bunga dan sebagainya utk dapatkan jodohdan rezeki. Akhirnya, smp sekarang sy masih tidak ketemu jodoh kerana sering bgaduh dgn psgn.

    Stelah hampir 12 tahun dlm dunia ilmu bathil, sy terbuka hati utk insaf dan berenti terus bjumpa dgn perawat tu.

    Dan kini masalah baru menimpa. Teman lelaki sy terpengaruh dgn ajakan kawannya utk mendalami ilmu silat. Yg kononnya mengikut guru itu, si dia sbnrnya adik beradik dgn kawannya itu. Siap diberitahu si dia lambang merah, kawannya lambang kuning.

    BalasPadam
  8. Dan mlm nnt, si dia akan pertama kali perlu bawa 2jenis kain batik dan limau utk mandi.

    Apa yg perlu sy buat skg? Sy tahu kesannya nnt kami akan lg sering bgaduh. Si dia yg tk pnah naik tgn, kini sudah pun pandai.

    Sy myuruhnya fikir sebelum btindak. Dia kata sy ni sesat. Walhal dia tk sedar yg dia sudah ke arah kesesatan..

    Bantu saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam wawa,
      1. Dah berjumpa dgn ustaz mail?
      2. Bab bf cik tu, saya cadangkan cik bawa dia jumpa ustaz mail dan dia akan explain.
      3. Apa apa pun byk byk kan doa pd Allah semoga bf cik dapat petunjuk dan hidayahnya.
      4. Jika ada masalah silalah email kpd saya kelak atau boleh komen dimana mana posting. Ada satu posting bab silat ni.

      Wallahuaklam

      Padam
  9. Terangkan lah sedikit encik danish tetang bagaimana cara nak scan, adakah ilmu scan ini tidak termasuk ilmu bathil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,
      1. Saya hanya boleh terangkan secara umum bab scan ni. Scan yg haq adalah menggunakan kekuatan batin yg betul pada Allah.
      2. Hanya selepas kita membuang saka dan segala mcm ilmu bathil baru kita ada kekuatan utk scan.
      3. Perumpamaan scan ni mcm rokok. Hanya org yg tidak merokkok boleh tahu orang yg merokok. Boleh tau berapa byk si perokok merokok dan bila last merokok.
      3. So jika kita clear drpd ilmu bathil dan pendamping ilmu bathil maka kita akan dapat nampak dan detect jin yg ada pada badan org lain.
      4. Ilmu scan tidak boleh nak belajar hanya boleh didapati. . Akan datang sendiri jika diri kita clear dr anasir ilmu bathil. Maksud saya kekuatan nak scan.

      Wallahuaklam

      Padam
  10. Bagaimana pulak perawat islam yg ada ilmu scan? Adakah ianya bathil? Ada juga rasa saya berapa amalan perlu d lakukan untuk mendapatkan ilmu scan, adakah betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Kebanyakkan nya adalah bathil.
      2. Ilmu scan yg haq tak boleh didapati dgn buat amalan ibadah khusus mcm berzikir or baca surah itu dan ini utk dpt scan.
      Wallahuaklam

      Padam
  11. Mcm mana hendak tahu jika ilmu itu sudah di buang dengan menggunakan teknik poliliknik? Adakah badan terasa sedap or ape2 je lah. Berapa lama harus di buat dengan teknik ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon
      1. Teknik poliklinik hanyalah alternatif kedua dan bukanlah teknik paling afdal dan berkesan dan utama. Teknik utama tetap akad pulang atau putuskan ilmu.
      2. Jika guna teknik poliklinik, masa yg sgt lama diperlukan berbanding teknik pulang. Teknik ni boleh makan masa sehingga 6 ke 7 tahun baru lah benda tu keluar dr diri.
      3. Disebab kaedah ini kaedah alternatif dan kadar keluar dan masuk tu lama...hanya selepas beberapa tahun baru boleh nampak kesan ketara. Kesan paling cepat dirasai ialah meremang dan ada rasa benda keluar drpd kepala.
      4. Boleh rasa badan semakin ringan akan tetapi makan masa. Kaedah pulang perlu dibuat sekiranya dpt atau empunya ilmu dpt ditemui dan dihubungi.

      Wallahuaklam

      Padam
  12. Asaalamualaikum tuan.

    Saya bekas perawat islam. Sepanjang saya belajar sebagai perawat islam saya hanya didedahkan teknik rawatan dan rukyah. Memang ada diajar tentang hakikat ketuahanan, haq dan batil. Tapi saya rasa apa yang dicakap tidak sama dengan perbuatan. Dan penerangan tentang ilmu haq dan juga bathil seperti bercampur adok dengan amalan perubatan turun temurun yang kononnya hanya ilmu ni sahaja boleh menyembuhkan semua penyakit. Dan secara terang terangan guru saya berkata rawatan islam yang diajar adalah 90 % islamik dan 10% kaedah tradisional. Jadi ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri saya dan saya tidak tahu nak bertanya kepada siapa. Makin lama saya jadi makin tidak selesa dan rasa bersalah. Saya dengan tekad terus berhenti dari bekerja dengan pusat rawatan tersebut. Tujuan asal saya ialah nak belajar tentang rawatan islam dengan cara yang betul. Tapi mungkin saya terlalu jahil sehingga tidak dapat bezakan mana satu yang haq dan juga batil. Pesakit juga bukannya sembuh sepenuhnya. Bayaran pula dikenakan terlalu mahal. Soalan saya, bagaimanakah saya nak "membersihkan" diri saya semula? Bolehkah saya belajar dengan ustaz Ismail?

    T.kasih.

    BalasPadam
  13. Asaalamualaikum tuan.

    Saya bekas perawat islam. Sepanjang saya belajar sebagai perawat islam saya hanya didedahkan teknik rawatan dan rukyah. Memang ada diajar tentang hakikat ketuahanan, haq dan batil. Tapi saya rasa apa yang dicakap tidak sama dengan perbuatan. Dan penerangan tentang ilmu haq dan juga bathil seperti bercampur adok dengan amalan perubatan turun temurun yang kononnya hanya ilmu ni sahaja boleh menyembuhkan semua penyakit. Dan secara terang terangan guru saya berkata rawatan islam yang diajar adalah 90 % islamik dan 10% kaedah tradisional. Jadi ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam diri saya dan saya tidak tahu nak bertanya kepada siapa. Makin lama saya jadi makin tidak selesa dan rasa bersalah. Saya dengan tekad terus berhenti dari bekerja dengan pusat rawatan tersebut. Tujuan asal saya ialah nak belajar tentang rawatan islam dengan cara yang betul. Tapi mungkin saya terlalu jahil sehingga tidak dapat bezakan mana satu yang haq dan juga batil. Pesakit juga bukannya sembuh sepenuhnya. Bayaran pula dikenakan terlalu mahal. Soalan saya, bagaimanakah saya nak "membersihkan" diri saya semula? Bolehkah saya belajar dengan ustaz Ismail?

    T.kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam tuan Mohd Azlan,
      1. Tuan bukan keseorangan. Dah ramai pengamal perubatan Islam konvensional pun mengalami masalah seperti tuan dan akhirnya mereka belajar sendiri dengan ustaz Ismail.
      2. Boleh. Silalah call dan aturkan temujanji dengan dia ya. 0193619305.

      Wallahua'lam

      Padam