Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 24 April 2011

Pagar rumah halus , Pagar Batin dan kaitan dengan saka

saya namakannya pagar halus, bukan pagar ghaib. kalau anda pasang pagar halus sebenarnya ada certain org boleh nampak pun pagar tuan tu. bukanlah ghaib sebenarnya, halus sahaja. Yang penting saya dah menyampaikan kepada anda semua. nak pakai pagar halus tu, itu hak individu tetapi saya ingin ingatkan kan beritahu perkara yang memudaratkan dari pagar tersebut.

nenek moyang kita dulu cukup terer bab2 pagar nie. pernah dengar hantu raya jaga kebun?? itu adalah pagar halus yang org dulu2 pakai tanpa sedar yang menjadi saka kepada kita-kita semua. tugas (jin) nie ialah jaga harta benda dan juga keluarga siempunya jin tu. tuan nya mati, jin nie tak mati,...jin nie pulak umurnya panjang dan beranak pinak pulak. jadilah saka kepada kita semua tanpa kita sedar. kalau tuan buat pagar halus nie confirm jin yang menjaga pagar tu akan jadi saka untuk anak dan cucu cicit anda pulak.

sebenarnya takde pagar halus tanpa pengaruh makluk halus nie. Ayat al-quran bukanlah makluk hidup boleh bertugas menjaga rumah anda dari kene ceroboh. Permainan syaitan dan iblis amat halus, ramai yang terpengaruh dengan pagar halus nie, pasang kat rumah dengan niat nak melindungi harta dan keluarga kerana Allah. Niat tak menghalalkan cara. cara sebegini banyak membawa keburukkan dari kebaikan pun.

semacam anda buat pagar, niatnya menjaga keselamatan rumah dari gangguan makluk halus dan juga makluk kasar seperti pencuri perompak dan sebagainya. arwah mak mertua saya pun pakai pagar jenis rukyah diempat penjuru, ikat secara halus dengan benang..tetap 2-3 kali kene ceroboh dengan pencuri jugak. yang bestnya pagar bulan nie bulan depan kene 2 kali pulak tu.

bab usaha tu tu sebenarnya boleh. terpulang lah kepada cara anda selain tidak melibatkan makluk halus. manusia nie sebenarnya hebat kejadiannya Allah jadikan, dan untuk makluk halus mengalahkan dan mengacau anda, bukan mudah kecuali anda memberi mereka peluang seperti memakai pagar halus nie. anda sebenarnya dah cukup kalau anda sedar dan tahu potensi anda sebagai khalifah dengar ilmu..lagi hebat dari pagar. Pagar adalah passive protection, anda sendiri sebenarnya boleh jadi active protection. pagar nie semacam untuk org yang lemah seperti mana zaman dahulu kala bila pagar dan tembok penghalang untuk melindungi serangan musuh. pagar tak melawan cuma bertahan sahaja.

sebenarnya pakai aje pagar halus anda dah jadi tuan empunya makluk jin yang menjaga pagar tu. dalam batin anda sebenarnya anda beri mereka tapak rumah. dah ada tapak rumah sukar untuk anda mengalahkan mereka. sebab jin ini dah jadi sebahagian dari diri anda walaupun anda berniat dan bertujuan nak mereke nie stay kat luar rumah jaga rumah. there is no free lunch. terutamanya bab jin nie. ada harga nya dan bayaran dikenakan kepada anda atas khidmat mereka...sedar atau tidak. Yang paling bahaya ialah jin dari pagar halus ini akan menjadi saka kepada anak-anak, cucu-cucu dan keturunan anda nanti.

saya terpanggil untuk menyampaikan sahaja. terpulanglah kepada tuan nak pakai ke tidak. tanggungjawab saya menyampaikan dah dibuat. pengetahuan dan ilmu dah diberikan. terpulanglah kepada anda, tepuk dada tanyalah iman. pagar halus nie merugikan iman anda sebenarnya. pilihlah mana satu yang baik untuk anda.

wallahuaklam...

3 ulasan:

  1. assalamualaikum,kenapa saya tak dapat contact no yang tertera?

    BalasPadam
  2. 1.Mcm mna nk hapuskn pagr halus ni
    ....dlu en. Suami Ada suruh seorg pngamal prubatan altenatif utk pagr rumh dgn grm, lda hitm.. DLL. Tq. Email sy eizon_shaggy@yahoo.com
    2.kalo sy pulngkn saka kpd ibu/bapa /suami sy... Apa akn brlaku pd mrk? Ibu/bpa/suami... X tahu menahupun ttg saka mrk itu... Bpa sy pon meninggal dunia.. Kemana saka tu akn pergi.
    Tq atas jwpn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum puan,
      1.kena akad pulangkan pada pengamal perubatan tu. tu satu satunya cara nak hapuskan pagar halus ru.
      2. sebaiknya saka hendaklah dipulangkan secara pakej dan seisi keluarga termasuk lah ayah dan emak akhirnya dikubur arwah nenek atuk atau moyang.
      3. saka tu ada pada diri puan dan ahlu keluarga puan sebenarnya. kena dipulangkan saka tu ke kubur ayah kelak

      wallahua'lam

      Padam