Assalamualaikum semua kepada semua peminat blog saya,
Saya ingin memaklumkan bahawa ustaz mail sekarang ada di Sandakan dan Tawau. Beliau akan berada di Kota Kinabalu menjelang 1 hb hingga 20 hb April 2013. Kepada pembaca yang berada di Sabah dan ingin mendapatkan tunjuk ajar dan juga bantuan, silalah hubungi beliau menggunakan nombor pada profail saya.
Agak lama saya tak posting disini. Harap maaf sebab agak sibuk dengan kerja makan gaji saya. InsyaAllah saya akan cuba berkongsikan serba sedikit pengetahuan saya kelak.
Harap Maklum.
Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 28 Mac 2013
Khamis, 10 Januari 2013
Ilmu Pengasih Kupasan
Salam para pembaca semua,
dah sebulan saya tak memposting didalam blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita dengan ilmu pengasih dan penyayang. Apakah itu ilmu pengasih? Ilmu pengasih adalah sejenis amalan ilmu bathil taupun sihir yang dibuat dengan niat untuk membuat seseorang itu kasih dan sayang pada kita. Ilmu bathil @ sihir adalah satu ilmu yang shortcut yang menggunakan jin sebagai perantara.
Ramai dikalangan kita mempunyai ilmu ini dan yang amat menyedihkan ialah ilmu ini diajar dicorong tv dan radio tanpa ada sebarang sekatan. Ramai yang tak perasan dan tahu bahawa ilmu ini adalah ilmu sihir. Seperti mana ilmu gentel lada hitam yang menggunakan ayat al-quran sebagai syarat or amalan, ilmu pengasih sekarang ini ada juga menggunakan ayat al-quran sebagai amalan.
Ramai yang mempunyai salah faham dan beranggapan ilmu dan amalan yang menggunakan Al-Quran semata mata adalah benar dan haq. Kena pulak diaajarkan oleh ustaz ustaz, professor dan juga ahli agama dicorong radio, tv , majalah dan juga internet. Hakikatnya banyak ilmu sihir/bathil yang menggunakan ayat al-quran 100%. Satu contoh ialah ilmu gentel lada hitam. klik disini untuk kupasan ilmu gentel lada hitam.
ilmu pengasih yang biasa dan ramai orang tahu ialah ilmu pengasih yang menggunakan ayat Al-Quran. Walaupun menggunakan ayat al-quran, ilmu ini tetap ilmu sihir. Tiada sebarang dalil dari hadis membenarkan penggunaan ayat ini untuk ilmu pengasih.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31) Jumaat, 30 November 2012
Insomnia dan kaitannya dengan gangguan jin
Salam semua pembaca,
Dah lama saya tak posting dalam blog ini. Kali ini saya akan bercerita tentang masalah insomnia. Bahasa melayu nya ialah sukar tidur malam. Ada pembaca yang bertanyakan kaitan insomnia dengan gangguan. Jawapan saya ialah benar. Jika dikaji dari segi perubatan sains penyakit ini dikatakan disebabkan oleh gangguan hormon dan juga jam biologi seseorang itu.
Untuk sesetengah kes memang benar sukar tidur malam ini disebabkan perubahan jam biologi disebabkan waktu kerja dan juga jet lagg. Kebanyakan masanya sukar tidur malam ini disebabkan oleh perasaan takut pada hantu dan kegelapan. Most of the time jika anda bertukar tempat tidur seperti berpindah rumah, tinggal berseorangan dan tidur dihotel ataupun penginapan lain anda akan mengalami masalah sukar tidur. Sila klik disini disini untuk posting gangguan ditempat tinggal dan hotel
Selasa, 16 Oktober 2012
Makluman: Ustaz Ismail Ke Sabah pada 13/10/2012 hingga 19/11/2012
Salam,
Ustaz Ismail sekarang berada disabah sehingga 19 November 2012. Kepada sesiapa yang berada disabah yang mempunyai masalah gangguan dan memerlukan tunjuk ajar, sila hubungi dia melalui nombor telefon yang ada pada profail saya.
Wallahu aklam

Isnin, 1 Oktober 2012
Status perubatan menggunakan air jampi, rukyah dan bacaan Al-Quran. Q&A
Assalamualaikum,
Posting kali ini saya akan menceritakan tentang status perubatan menggunakan air jampi ataupun air rukyah. Saya merujuk kepada soalan yang dikemukan oleh pembaca hana Azmin. Berikut adalah soalan dan jawapan saya.
1) bagaimanakah status perubatan yang ibu tuan buat yang menggunakan urut dan minum air hampi hampir sepuluh tahun.
rujuk soalan asal
Jika perubatan tu betul, tak perlu sampai sepuluh tahun tetapi takde apa-apa perubahan. Sebenarnya bab air jampi nie saya belum lagi tulis dan sentuh secara khas didalam blog saya nie disebabkan terlepas pandang.
Walau bagaimana pun saya akan menjawab soalan tuan secara ringkas disini. Saya menolak perubatan dengan menggunakan air jampi, air rukyah, air doa. berikut adalah penjelasannya.
Sabtu, 4 Ogos 2012
Persoalan tentang Jin Islam baik atau jahat dan kupasan jin itu nampak atau tidak
Ada satu pepatah arifbillah yang berbunyi "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". Jin adalah makluk yang diciptakan Allah lebih awal dr manusia dan dan dijadikan daripada api berbanding manusia yang dijadikan daripada tanah lumpur yang hitam. Jin islam ada yang baik dan ada yang jahat sama seperti manusia yang beragama islam. Manusia contohnya ramai yang beragama islam tetapi ramai juga yang jahat yang tidak beriman dengan sebenar benarnya iman.
Iblis dan syaitan adalah daripada golongan jin. Jin adalah satu jenis bangsa yang bangga dengan kejadian mereka daripada api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Allah pula menciptakan dunia ini untuk manusia dan menjadikan manusia ini sebagai Khalifah ataupun penguasa dunia ini walaupun diciptakan kemudian dan diperbuat dari tanah. Kisah Iblis yang dihalau dari langit dan meminta ditangguhkan hukuman diberikan peluang untuk menyesatkan manusia adalah satu cerita yang menceritakan bagaimana sifat jin secara umumnya. Umumnya jin adalah bangsa yang bangga dengan kejadiannya dari api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Mereka ini menghadapi masalah dalaman kendiri yang kritikal dengan manusia disebabkan taraf mereka jatuh sama dengan simboliknya Iblis dan Malaikat diperintahkan Allah sujud kepada Nabi Adam a.s. Sujud tanda hormat bahawa manusia adalah penguasa dunia ini dan bukan mereka. Ini adalah satu kefahaman yang perlu ada anda dalami untuk memahami kenapa banyak jin memusuhi orang islam yang beriman.
secara generalnya, mmg ada jin islam yang yang tawadduk kepada Allah dan benar-benar beriman tetapi jin sebegini faham larangan Allah untuk tidak memasuki alam manusia dan mencampuri urusan manusia. Mereka ini akan kekal dialam mereka dan tidak akan mencampuri ataupun masuk kedalam alam manusia ini Jin-jin yang berada dialam manusia, yang mencampuri urusan manusia dan yang kononnya mengajar manusia sebenarnya adalah jin-jin yang tak tawaduk dan patuh kepada perintah Allah yang utama.
kepada yang membaca posting saya mesti pernah berjumpa statement saya yang berbunyi lebih kurang apa sahaja jenis jin or saka yang kita ada saka putih ke, hitam ke, pelangi ke .,.semuanya jahat dan tak beri manafaat kepada iman dan akhirat kita.
berikut adalah penjelasan saya yang lebih mendalam kenapa saya meletakkan kenyataan yang sedemikian
Ahad, 15 Julai 2012
Saka part 3 Hubungan saka dan anda dan soalan dan jawapan yang biasa ditanya.
Assalamualaikum,
Agak lama sy memposting disini dan hari ini saya nak bercerita sedikit tentang saka. Dah masuk posting ke 3 pasal saka nie tetapi kebanyakkan gangguan yang dihadapi oleh ramai orang sebenarnya mostly berpunca daripada saka. Banyak kes yang saya temui, masalah utama gangguan itu memang berpunca dari saka.
asal usul saka dah banyak kali saya terangkan iaitu jin khadam/pendamping ilmu bathil (sihir) yang diwarisi tanpa sedar. Untuk memudahkan pembaca, dibawah adalah post-post yang sebelum ini berkenaan apa itu saka.
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/saka-kupasan-part-1.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/kupasan-gangguan-saka-part-2-dan-ilmu.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/pagar-rumah-halus-pagar-batin-dan.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/perlukah-bunuh-jin-saka-dan-jalan.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/saka-putih-dan-saka.html
berikut adalah soalan biasa tentang saka dan jawapan saya.
1) Adakah saka melompat generasi dan hanya sebilangan ahli keluarga sahaja yang dapat saka?
Langgan:
Catatan (Atom)