Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 10 Mei 2011

Saka Putih dan Saka

Salam semua,

Saka putih dan saka hitam. Pernah dengar term saka putih dan saka? Kalau yang tak pernah dengar, saka putih nie kononnya adalah saka yang baik dan saka hitam or biasa nie saka yang jahat. seperti mana ilmu putih dan ilmu hitam, ilmu putih nie ilmu yang kononnya (tak semua) baik dan ilmu hitam ilmu yang jahat.

Saka putih nie diceritakan org seperti satu anugerah dan hadiah yang bagus. pada pengalaman saya, semua tu karut aje. Saka putih ke saka hitam ke, saka indigo ke or saka warna pelangi sekali pun...semuanya adalah saka. Mostly saka putih nie difahamkan jin-jin yang islam yang datang dan diwarisi dari keturunan kita. Sebenarnya saka nie ada peranan untuk membuatkan anda terer atau tidak dalam menjadi perawat-perawat. kalau saka anda tu tinggi ilmu dan derajat (takde tinggi pun sebenarnya), anda ada kemungkinan besar dapat jadi perawat. Lagi kuat dan tinggi ilmu saka anda, lagi tererlah anda jadi perawat gangguan makhluk halus.

Agak sukar nak dipercayai, tetapi itulah yang saya nampak dari pengalaman tak seberapa saya nie. Terus terang saya kata jika ada cakap saka putih itu bagus dan elok disimpan...bermakna anda sedang berkawan dan bertemankan jin. Bagus mana pun saka putih tu, semua adalah permainan halus puak-puak jin nie nak menyesatkan anda. kalau saka anda dari jenis jin ifrit, lagilah terer anda sebenarnya. Berkawan dan menyimpan saka nie semua kategori menjurus kepada mensyirikkan Allah. kalau syirikkan Allah, sebenarnya tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim dan menzalimi diri sendiri. Buatlah amalan banyak mana sekalipun , semua akan tertolak.

Nak fahamkan dengan mudah, senang aje. Saka semua tak elok dan jahat. saka putih, biru,belang2 ke..semua nya yang paling bagus dipulangkan dan dijauhi. Saka adalah satu ilmu bathil yang Allah tak redha. Carilah jalan untuk buang saka anda. Paling mudah pulangkan saka tu. habis cerita.

Wallhuaklam.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Macam mana,saya boleh contact en.danish? sebab,dkat comment box,xbleh comment panjang2. jadi,ader x alternatif lain,untuk kite berbincang?

    BalasPadam
  2. salam budakmalu,

    saya dah postkan eimail address saya kat profile. silalah e-mail jika ada apa2 masalah.

    BalasPadam
  3. Harap Maaf,di sini yg ingin nk share pengalaman sy sendiri,sy pernah berjumpa seorg tok guru yg paling hebat di kelang,begitu ramai anak muridnyer samada dari malaysia dan juga luar negara,mula2 niat nk berguru dgn dia tp lepas tu tak jd,sbbnyer dia terus terang yg dia dah belajar sampai ceruk rantau indonesia dan memegang master dalam tenaga dalam,menurut tok guru ini,apa2 saja yg dikatakan santau atau saka atau jin itu semua ilusi sahaja,tidak wujud sama sekali,cuma saikologi manusia bila percaya ia akan menjadi seolah2 betul,cincin delima menyala itu byk jual kat indon harga murah2 sj,selipar bateri ut menyalakan lampu kalimantang seperti yg di dakwa uztat arief itu juga murah sajer kat indon,test pen yg boleh menyala klu di test kat badan pun ada,semua ini adalah trick or silap mata saja,kita sj yg percaya benda2 ini ujud,tok guru ini telah byk menyembuhkan org,tp semua saikologi.Para bomoh mmg menggunakan delima menyala dan mcm2 lagi barang mistik ini utk meyakinkan pesakit,sbbnyer dgn keyakinan ini la pesakit akan sembuh.Sejauh mana kebenaran hanya Dia lebih tahu,sbb sy pun pening kepala mana yg betul,tp sy terus tak jd berguru dgn tok guru ini sbb tidak percaya apa yg dia ceritakan

    BalasPadam
  4. salam,

    Belajar tenaga dalam hampir kebanyakkannya mempunyai unsur ilmu bathil. Benar sekali banyak kelebihan yang kita boleh dpt jika belajar ilmu-ilmu kebatinan nie. Hampir kesemuanya af'al jin or makhluk halus.

    tenaga dalam yang haq amat mudah sebenarnya. Betulkan batin kita kpd Allah, nescaya tenaga dalam kita meningkat ketahap Allah sahaja yang tahu. Setiap ibadah khusus yang kita buat sebenarnya jika dibuat dgn cara yang betul dan iktikad yang betul kerana Allah akan meningkatkan kekuatan dalaman kita.

    Jgn cari kekuatan dalaman untuk kelebihan duniawi. Cari sahaja cara membersihkan batin kita dari anasir-anasir makhluk halus kerana Allah. InsyaAllah, Allah akan membantu dan mengajar kita cara memperkuatkan batin kita.

    Saya tak gemar bercerita bab dalaman dan kebatinan disebabkan boleh menyebabkan kekeliruan.

    Terlalu luas ilmu Allah yang haq dimuka bumi nie dan InsyaAllah kalau kita mencari dan meminta terus kpd Allah, akan Allah tunjukkan betapa hebatnya ilmu-ilmu haq Allah ini dan semakin banyak kita dapatkan yang haq, semakin takut dan kagum kita dengan kebesaran Allah.

    Wallahu aklam...

    BalasPadam
  5. saya setuju dengan danish. apapun amalan khusunya amalan bathiniyah yang kita lakukan, semua untuk mendekatkan diri dan kecintaan kita pada Allah. jika hati sudah dekat dengan Allah, insya Allah semua jalan apapun dibukakan Allah.
    Mari bergantung hanya kepada Allah, bukan kepada makhluk, apalagi sebangsa jin. Insya Allah....berkah.....amin

    BalasPadam
  6. Askm sy nk kongsi cerita sikit apakah talian sy di alam sebelah sy thu kisah itu wlpn tak di sedari kte berdamping dgn saka oleh ibu bapa kte tpi bila sy tanya tok panglima bara katanya ada benda putih mengikut sy dari awal pada tahun 2003 lg sekolah menengah sehinggalah sy dh berkahwin asyik nk bergaduh dgn suami je wlpn dlm keadaan x sedar kini dh berjauhan dari suami kerana salah faham atas sbb2 tertentu....kemudian sy duduk sowg diri dlm rumah selalu mimpi buruk2,mimpi bayi lah,mimpi pasangan curanglah,mimpi berhubungan lah,mimpi pasangan tinggalkan kte lah dan mcm2 lagi sy mimpi itu....bila duduk sowg2 tengkuk sakit,dan urat belikat belakang sakit...kadang2 hilang sendiri...selepas itu sy sebulan sekali kena gangguan sawan tarik,kaki sy bersisik mcm ular,sy nie sikap tk blh di tegur,agresif,cepat melenting,dan cepat marah,wlpn tanpa sebb ia akan membuat sy sakit hati.boleh komen.

    BalasPadam
  7. Askm sy nk kongsi cerita sikit apakah talian sy di alam sebelah sy thu kisah itu wlpn tak di sedari kte berdamping dgn saka oleh ibu bapa kte tpi bila sy tanya tok panglima bara katanya ada benda putih mengikut sy dari awal pada tahun 2003 lg sekolah menengah sehinggalah sy dh berkahwin asyik nk bergaduh dgn suami je wlpn dlm keadaan x sedar kini dh berjauhan dari suami kerana salah faham atas sbb2 tertentu....kemudian sy duduk sowg diri dlm rumah selalu mimpi buruk2,mimpi bayi lah,mimpi pasangan curanglah,mimpi berhubungan lah,mimpi pasangan tinggalkan kte lah dan mcm2 lagi sy mimpi itu....bila duduk sowg2 tengkuk sakit,dan urat belikat belakang sakit...kadang2 hilang sendiri...selepas itu sy sebulan sekali kena gangguan sawan tarik,kaki sy bersisik mcm ular,sy nie sikap tk blh di tegur,agresif,cepat melenting,dan cepat marah,wlpn tanpa sebb ia akan membuat sy sakit hati.boleh komen.

    BalasPadam
  8. Askm sy nk kongsi cerita sikit apakah talian sy di alam sebelah sy thu kisah itu wlpn tak di sedari kte berdamping dgn saka oleh ibu bapa kte tpi bila sy tanya tok panglima bara katanya ada benda putih mengikut sy dari awal pada tahun 2003 lg sekolah menengah sehinggalah sy dh berkahwin asyik nk bergaduh dgn suami je wlpn dlm keadaan x sedar kini dh berjauhan dari suami kerana salah faham atas sbb2 tertentu....kemudian sy duduk sowg diri dlm rumah selalu mimpi buruk2,mimpi bayi lah,mimpi pasangan curanglah,mimpi berhubungan lah,mimpi pasangan tinggalkan kte lah dan mcm2 lagi sy mimpi itu....bila duduk sowg2 tengkuk sakit,dan urat belikat belakang sakit...kadang2 hilang sendiri...selepas itu sy sebulan sekali kena gangguan sawan tarik,kaki sy bersisik mcm ular,sy nie sikap tk blh di tegur,agresif,cepat melenting,dan cepat marah,wlpn tanpa sebb ia akan membuat sy sakit hati.boleh komen.

    BalasPadam