Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 14 Mei 2011

Ilmu Kebal Part 1

Ilmu kebal dengan penggunaan ayat al-quran sekalipun adalah satu ilmu yang bathil. Terdapat pelbagai ilmu dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada Rasullulah dan para Sahabat baginda tetapi setahu saya takda seorang pun yang dapat ilmu kebal. Ilmu melipat bumi, bersayap dan terbang dan sebagainya ilmu-ilmu haq yang Allah bagi tetapi tiada ilmu kebal.

Ilmu penunduk, pengasih, kebal dan pelbagai lagi ada versi islamiknya iaitu ada penggunaan ayat2 Al-quran dan amalan2 zikir tetapi seperti yang saya terangkan sebelum ini walaupun ada ayat al-quran digunakan tak bermakna ilmu itu haq. Permainan puak2 syaitan dan iblis amat halus. Ibadat zikir dan bacaan al-quran dibuat atas nawaitu nak dapatkan ilmu adalah syirik sebab Ibadat kita hanya untuk Allah semata-mata. walaupun nawaitu nak dapatkan ilmu jadi niat kedua, tetapi beribadat (zikir, puasa, bacaan surah tertentu dan bilangan tertentu) adalah syirik disebabkan ibadat itu dilakukan kerana Allah dan nakkan amalan dan ilmu tertentu. buat ibadat kerna ilmu comfirm syirik, buat ibadat dan amalan kerana ilmu dan Allah juga syirik disebab mensekutukan Allah.


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.”


Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Ilmu kebal yang datang mostly dari agama buddah dan hindu.


banyak ilmu bathil yang menggunakan ayat al-quran seratus peratus sebenarnya. Nampak macam betul tetapi ilmu bathil. Ilmu sihir yang paling senang nak guna dan guna ayat al-quran 100% ialah ilmu gentel lada hitam. Ayat Al-quran dibacakan berulang-ulang untuk tujuan merangsang sexsual wanita untuk tujuan jahat. Didalam ilmu yang haq, nawaitu dan cara perlu selaras. cara yang haq dan nawaitu yang haq.

didalam ilmu kebal versi islamik, memanglah ayat al-quran dan ibadat-ibadat nampak seperti betul tetapi kalau kita baca ayat-ayat Al-Quran dan zikir serta berpuasa untuk amalan dan Allah. bukankan kita mensekutukan Allah dengan nakkan ilmu? bahaya bab syirik nie. Halus sahaja permainan mereka nie. Percayalah ilmu kebal yang dituntut oleh ustaz mail dulu pun versinya adalah versi islamik, pengunaan ayat-ayat Al-quran dan amalan2 ibadat tertentu. Tetapi halusnya, ilmu itu disertai dengan jin islam yang masuk sekali dengan pembelajaran dan amalan ilmu-ilmu itu. Jin ini lah yang menyebabkan badan kebal. Ini dinamakan sebagai Af'al Jin ataupun perbuatan jin. Beza ilmu haq dan bathil ialah ilmu bathil ada pendamping iaitu jin. Ilmu penunduk dan pengasih juga termasuk dalam kategori ini.

khutbah terakhir Rasulullah S.A.W pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 


Didalam perperangan badar sekalipun takde seorang pun kaum muslimin yang kebal. Semua berlumba-lumba nak kejarkan syahid. Mereka sebenarnya berperang kerana Allah dan nak mengejar syahid. kalau ada kebal, bagaimana nak syahid??? Walau mereka pakai perasai tamar sekalipun takde seorang pun yang kebal. RAsullulah tak pernah ajarpun ilmu kebal kepada para shabat disebabkan ilmu ini adalah bathil. menjauhkan kita dari syahid. Serasa saya time-time  Rasullulah dulu semua berperang pakai senjata. kalau tangan kosong tu bukan nak berjihad namanya, namanya cari mati.

Kebal adalah satu ilmu yang boleh didapati melalui amalan2 tertentu dan ada cara paling shortcut. Sekali buat pun dah dapat kebal seperti mana kawan saya belajar. Mengikut hukum fizik (ini pun hukum Allah sebenarnya), badan manusia adalah dijadikan dari sel-sel  lembut dimana bend-benda2 tajam akan mencederakan kulit itu. Ilmu kebal ini pula menjadikan seseorang itu kebal tanpa sebarang perisai digunakan dan berlawanan dengan hukum fizik. Ilmu kebal yang haq ialah, pakai sahaja baju perisai. zaman rasullulah pun dah ada baju perisai dan shield. Itulah cara untuk mengelakkan cedera dengan cara yang betul. tetapi tidak dengan penggunaan ilmu kebal.

Ayat-ayat dlm al -Quran ada menyatakan ialah keperluan kita menyediakan peralatan perang untuk perperangan. Ilmu kebal bukanlah peralatan perang. panah pedang kuda dinyatakan. kalau zaman kita sekarang rifle, kereta kebal, machine gun, artillery dan kereta perisai dan pengangkut infantari. ilmu kebal adalah ilmu bathil yang mostly berasal dari agama buddha dan hindu. Didalam islam tiada ilmu kebal.


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Al-Anfaal 8:60)

Agak sukar untuk terima bahawa ilmu kebal versi islamik yang ramai belajar itu adalah bathil. Ramai dah Allah bagi petunjuk bahawa ilmu ini sememangnya bathil. silalah aturkan pertemuan dengan ustaz mail serasa saya dia lebih pandai menerangkan dalil2 dans sebab2 ilmu kebal itu bathil. Saya memang tiada kepentingan dalam hal ini, saya buat dan menyampaikan kerana Allah semata-mata.





23 ulasan:

  1. saya nk tahu hukum yang betul2 ttg ilmu kebal ni, haram ke?

    BalasPadam
  2. Salam tuan anon,

    Bab fatwa tentang ilmu kebal oleh majlis fatwa malaysia adalah seperti berikut:-

    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai :


    5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

    Didalam fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan, amalan penggunaan azimat dan tangkal untuk ilmu kebal adalah syirik.

    Saya nie bukanlah ulama untuk memutuskan dan membuat fatwa tetapi saya mudahkan macam nielah.

    1) Ilmu kebal tiada didalam ajaran islam. Kalau ilmu ini adalah ilmu yang haq (benar dan Allah redha) dah lama Rasulullah dan para sahabat ada ilmu ini dan ilmu ini dah lama menjadi amalan dan ibadat dalam islam. Ilmu kebal menjauhkan seseorang dari mati syahid terutama dalam perperangan. Para sahabat dizaman Rasulullah berlumba-lumba nak mati syahid, kita berlumba-lumba nak kebal dan jauh dari mati?

    2) Ilmu kebal tak boleh berfungsi tanpa ada penglibatan makluk halus. Pendamping ilmu kebal iaitu jin adalah penyebab seseorang itu kebal.

    3) Berdamping dengan jin untuk kelebihan adalah haram dan mensyirikkan Allah.

    Ada pun sesetengah ulama dan fatwa membenarkan meminta pertolongan jin ketika darurat dan juga untuk tujuan kebaikan, bagi pendapat saya sendiri ialah adalah lebih baik berpegang kepada Al-Quran dan Hadis-hadis sebagai sumber rujukan.

    `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
    (Al-Jinn 72:6)

    Berdasarkan pengalaman saya dan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini, apa sahaja jenis ilmu kebal versi islam atau tidak, jin pendamping ini akan mendiami diri kita dan akan menghasut kita dari dalam. Secara tidak langsung sebenarnya kita meminta perlindungan dan bantuan dari jin.

    Mudah bagi pendapat saya ilmu kebal menjuruskan seseorang kepada syirik. Syirik itu adalah dosa yang tak terampun. Nak senang dan mudah, ikut aje bab sunnah Rasullulah dan beramal lah dengan dalil yang sah dari Al-Quran dan Al-hadis. Takde dalil, lebih selamat kita jangan ikut.

    Wallahu aklam..

    BalasPadam
  3. apa hukum nya ilmu kebal dengan melafazkan asma Allah..??

    BalasPadam
  4. salam tuan anon,

    terlebih dahulu saya nak bercerita kenapa kita lafazkan asma Allah. Lafaz asma ataupun nama Allah or nama Allah yang ada 99 tu sebenarnya menceritakan tentang sifat kebesaran Allah. So sambil-sambil menyebut nama Allah, yang sebenarnya satu perbuatan mengesakan Allah itu sendiri, kita nak kan kebal?

    Bab ibadat khusus nie sebaiknya jangan ada niat selain dari Allah. Silap gaya boleh mensyirikkan Allah. Garisannya amat halus dan melangkau garisan antara kerana Allah semata-mata dan makhluk tu amat mudah.

    bab meletakkan hukum tu, saya bukanlah mufti or ulamak untuk membuat fatwa.

    Fikirkanlah bab point saya diatas dan tuan buatlah keputusan anda sendiri. Amalan ilmu yang menjauhkan diri dari Allah dan syahid kerana Nya itu sendiri dibuat dengan nama Alllah tu sendiri.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  5. assalamualaikum wrwb.
    Penjelasan danis diatas betul n saya setuju
    ilmu kebal umumnya syirik,n banyak orang salah gunakan ayat2n asma Alloh to tujuan bathil
    mengenai sahabat2nabi saw yg ingin mati syahid to wajar kr mreka dh tak peduli lagi dengan urusan dunia ,mereka ingin segera berjumpa dgn ALLOH,padahal hidup mulia n dapat berdakwah sangat utama, bahkan nabi saw sndiri pernah berdoa dalam peperangan badar .....ya Alloh jika umat islam ini binasa maka tidak akan ada lagi yg menyembah-MU.....
    Semboyan JIHAD hidup mulia ormati syahid,tujuan dalam peperangan jihad bukan to mati syahid tapi to membela,mempertahankan n menegakkan agama islam.kalaupun harus mati syahid to adalah karunia ALLOH,jadi doa selamat dalam peperangan to perlu n doa menuntut ilmu juga perlu banyak hadist n ayat Alloh menganjurkan kita untuk menuntut ilmu ytu ilmu yg Haq .contoh
    Alloohumma as alluka ilman nafi'a wa amalan mutaqobbalan wa rizqi toyyibah......
    arti'e: ya Alloh hamba bermohon kepadaMu ilmu yg bermanfaat dan amalan yg diterima dan rezki yg baik.

    bahkan nabi saw menganjurkan umatnya to menuntut ilmu sampai ke negeri cina ( selama ilmu itu bukanlah yg bathil)

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam tuan,

    Apa apa pun saya dan pembaca hanya mengambil yang haq sahaja dari tuan anon februari 6 yang bathil tiada.

    Perjuangan jihad fisabililah kerana Allah adalah niat yang paling utama didalam perang. Syahid adalah matlamat orang betul betul beriman kepada Allah.

    Ilmu kebal adalah bathil. Jauhilah ilmu ini. Jadikan sunnah dan kehidupan Rasulullah sebagai panduan hidup kita, InsyaAllah kita akan selamat.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  7. Cara admin bbicara sudah betul.... X ada satu pun yg salah,... Saya nk tanya satu soalan jea.... Ilmu agama admin sudah sampai tahap mn?? Maaf soalan sy, bunyi nya kasar, tp sy x ada niat nk mjatuhkan admin, semua jwpn sy nk tletak d jwpn admin,..., sy ni bkn ustad, bukan guru,... Agama ni byk cabang, tp tujuan hanya satu...iaitu kepada Allah, sy sudah mgagak admin d cabang yg mn satu, sy btanya nk pastikan tekaan sy btl or x, x ada niat lain,. Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan galaxy,

      Saya tak mampu nak jawab soalan jan tu. Saya belajar agama dengan guru aje bukan lah belajar kat insitusi pengajian macam sekolah pondok or kolej agama ataupun university.

      Ilmu agama saya cukup setakat menyampaikan sahaja. Saya banyak mendalami bab tauhid. Bab feqah saya x pandai mana pun.

      Penyampaian saya more kepada hakikat ilmu itu sendiri. Saya sendiri pun tak meletakkan hukum haram harus sunat ataupun apa apa. Tuan puan lah yg fikirkan sendiri dan buatlah keputusan.

      Wallahu aklam

      Padam
  8. SALAM,mcm nilah,yang penting berguru dengan para ahlinya,.kalu nak dihuraikan dan memahamkan agak panjang.lebih baik saya copy paste jer.KENAPA PERLU JIN UTK KEBAL,GUNA JIN ADALAH SEPERTI MELACURKAN DIRI UNTUK DIPERKOSA OLEHNYA.

    Isu kebal sering menjadi pertikaian dan konflik antara ahli agama,orang awam,pengamal perubatan dan paranomal .Di Malaysia khususnya kebal sering ditujukan kepada orang melayu yang mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan dalam silat.Walaupun bukan semua silat maupun orang perseorangan mengamalkan ilmu kebal dan ilmu-ilmu yang khurafat, namun kerana imej persilatan yang lampau sebegitu rupa menjadikan pandangan orang ramai terhadap ilmu ini telah disalahtafsirkan.Sesetengah mereka melihat bahawa persilatan melayu membawa unsur khurafat tanpa sebarang usul periksa.Ada orang awam yang berpandangan bahawa sesetengah pengamal silat memiliki dampingan makhluk halus atau lebih dikenali sebagai jin.Ini kerana sesetengah mereka boleh melakukan perkara-perkara yang mencarik adat sedangkan mereka bukanlah orang soleh maupun waliyullah.Langkah berhati-hati dalam menjaga akidah amatlah dituntut agama,sehinggakan ramai dikalangan ibubapa sanggup menghantar anak-anak mereka mempelajari beladiri asing walaupun yuran beladiri tersebut mahal.Sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa sesetengah beladiri tersebut mengamalkan falsafah-falsafah yang boleh memesongkan akidah anak-anak mereka. Dimanakah identiti mereka sebagai orang melayu dan islam dalam mendidik masyarakat.

    Sesungguhnya rahsia Allah pada diri manusia itu amat banyak.Ini dirakamkan oleh Allah S.W.T. didalam Al-quran “dan kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian”.Dalam satu ayat yang lain Allah s.w.t. menyatakan “ manusia itu khalifah di muka bumi…...(Adakah jin sahaja yang lebih hebat dari manusia dan adakah jin khalifah kepada manusia).Namun timbul persoalan mengapakah orang yang berdampingan dengan jin sahaja yang boleh kebal atau melakukan benda-benda yang pelik.Ini adalah bertentangan dengan ayat diatas.Walaupun sirah menyatakan bahawa Rasulullah luka dalam peperangan uhud.namun mereka tidak mengkaji dalam sirah-sirah yang lain dan memikirkan bahawa jika Rasulullah ingin kebal adalah tidak mustahil Allah mengizinkannya.Sebagaimana kejadian yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s.apabila dibakar dengan api yang besar.Rasulullah diturunkan kepada manusia untuk memperbaiki akhlak dan membetulkan akidah manusia. Apabila akidah seseorang sudah sampai ketahap haqqul yakin,maka dia tidak lagi risau akan kebesaran dan kekuatan makhluk seperti pisau,parang,besi,api dan lain-lain.

    BalasPadam
  9. Manusia sebenarnya tidak kebal,yang kebal hanyalah Allah semata-mata.Manusia hanya diberikan maunah(pertolongan) dan dipinjamkan kudratnya sementara.Jika pengamal agama lain menunjukkan bahawa mereka dilindungi oleh tuhan mereka (syaitan)dan boleh melakukan -perkara yang pelik,dimanakah maruah kita sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa Allah itu Tuhan semesta alam dan Yang Maha Berkuasa.Sesunguhnya Allah itu Al-Muhaiminun(Maha melindungi)dan Al-Maniu’(maha mencegah) .Adakah anda tidak yakin dengan AlMuhaiminun!.Sesungguhnya islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dariNYA.Jikalau jin serta orang kafir boleh melakukan kekebalan.inikan pula kita manusia lagi islam yang mempunyai ruh dari rahsia ketuhanan yang tinggi.Orang islam mampu berkali-kali ganda kehebatan daripada orang kafir..Jangan kerana kita ,islam itu nampak lemah dan lekeh dari sudut ilmu.

    Firman Allah.s.w.t.”maka ingatlah kepadaku,nescaya aku ingat kepadamu(bersama dan melindungi hambanya)..Al-baqarah:152.

    Ramai juga dikalangan orang kita yang mempraktikkan ilmu-ilmu yang sebegini.antaranya ahli kerohanian.Matlamat mereka hanya mencari ilmu yakin dan haqqul yakin.Ada juga dikalangan mereka yang luka apabila ditetak dan dihiris.Ianya hanyalah latihan dalam mendidik keyakinan diri dan bukan untuk mencari kehebatan dan publisiti.Ilmu sebegini juga dipraktikkan oleh pengamal kuasa minda dan metafizik.Tidak dinafikan ada dikalangan pengamal ilmu kebal yang menggabungkan ilmu sebegini dengan menggunakan jin sebagai perisai kepada kulit mereka agar tidak tembus apabila ditetak dan tujuan lainnya seperti perubatan.Ini kerana mereka malas melatih diri mereka dengan latihan-latihan meditasi dan zikir tersebut.Lalu mengambil jin sebagai khadam kerana tenaga yang ada pada jin sudah tersedia(ambil jalan mudah).Ini adalah satu kesilapan yang besar dan boleh menjerumus kearah kesyirikan.Diharap pengamal sebegini agar bertaubat kerana jin adalah unsur yang berlainan dengan manusia.Jika jin memasuki badan manusia maka darah seseorang akan kotor dan dia akan menganggu sistem kestabilan akal,emosi,rohani dan bermacam-macam lagi.

    Firman Allah dalam surah al-jin ayat 6..’’dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada laki-laki dari kalangan jin,tetapi mereka(jin)menjadikan mereka(manusia)bertambah sesat’’.

    Di dalam surah Al-Ankabut ayat 41,’’Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah,sekiranya mereka mengetahui’’.

    BalasPadam
  10. Sesetengah pengamal mengamalkan ilmu nafas,zikir dan wirid yang dibaiah oleh guru mereka.Ini adalah kerana bagi memantapkan kerohanian dan menambah keyakinan mereka terhadap Allah S.W.T.selain mendapat pahala.Tidak dinafikan sesetengah pengamal timbul sifat riak,takabbur dan megah diri.Namun didikan yang betul oleh guru dan hidayah dari Allah akan membantu mereka supaya lebih tawadduk dan rendah hati.Seorang ustaz menyatakan jika sembahyang dan beramal kerana ingin mendapat kelebihan maka ia adalah salah dan syirik.Betul kata-kata tersebut, tetapi berilah peluang terlebih dahulu,contohnya jika pengamal tersebut pada asalnya seorang yang malas sembahyang dan melakukan maksiat akan tetapi setelah dia beramal dengan amalan tersebut dan didikan adab , maka akan terdapat perubahan pada diri pengamal tersebut agar lebih ikhlas.

    Mampukah kita menarik golongan remaja supaya mendekati masjid?Kita hanya boleh berusaha dan berserah diri kerana urusan hidayah itu adalah urusan yang Maha Pencipta.Hari ini manusia lebih mempercayai sains berbanding Alquran.Apabila sains membuktikan bahawa kekebalan yang berlaku pada diri manusia itu sebenarnya adalah hasil daripada riadah ilmu pernafasan tenaga dalam dan aura diri(cahaya ruh) seterusnya menebalkan lagi sistem imuniti(pertahanan badan).Maka orang ramai pun mempercayai akannya..Dari itu kita seharusnya membuka minda kita dan mengkaji sebelum menuturkan sesuatu.”Sesungguhnya ruh itu adalah urusan tuhanku,kecuali sedikit sahaja yang diberitahu”maka kajilah yang sedikit itu kerana yang sedikit itu pada diri manusia tidak akan terjangkau jua. Wallahhua’lam…

    BalasPadam
  11. kalau orang kafir boleh buat orang islam berkali2 ganda boleh buat.islam itu tinggi dan tiada agama lain yang lebih tinggi dari islam.kalu jin boleh buat tak mungkin manusia tak boleh buat.manusia itu sebaik2 kejadian lagi khalifah.jangan lupa sifat harus bagi ALLAH mengubah sesuatu yang diperkatakannya.Allah itu raja.besi itu makluk.manusia pun makluk.tetapi manusia darjatnya lebih hebat dari besi jika beriman dan lebih hina dari besi jika kufur.,jika faham bab tauhid bermakna kita takkan pertikai urusan Allah tentang kebal.kebal ni kecik hal saja bagi Allah.ada kebal jin dan ada kebal hak ada kebal tenaga dalam dan lain2.para salaf ada yang kebal.karomah bab lain.ini bab keyakinan hati bahawa Allah itu maha mencegah dan maha melindungi.mana kefahaman tauhid afal dan tauhid asma yang dipelajari.ikut fatwa semua sesat .sebab mereka nak menjaga maslahah ummah agar tidak terpesong supaya masyarakat jadi stabil.ini maslahah tauhid terpulang kpd kefahaman masing2 .jangan ingat tuhan budha sahaja yang hebat.tuhan Buddha itu syaitan tapi tuhan kita ialah Allah.nabi Ibrahim pun kebal.semua terpulang kpd tuan punya hak iaitu Allah...

    BalasPadam
  12. ilmu kebal tak menghalang dari mati shahid.kebal itu hak Allah.tiada kebal dalam islam kecuali pertolongan Allah,jika Allah kata mati tetap mati.pokoknya faham kebesaran Allah bahawa Dia ada dan maha melindungi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan habib,

      Panjang dan banyak sekali dalil dalil yang tuan post kepada saya didalam blog ini. Terima kasih atas perkongsian ilmu tetapi saya tekankan saya ambil ilmu yg haq semata mata tida yang lain.

      Blog saya ini adalah untuk orang awam memahami apakah itu ilmu haq dan apakah itu ilmu bathil. Kupasan tuan tu saya faham tetapi tetap ada flaw nya. Pening org biasa nak faham bicara tuan tu.

      Setinggi mana maqam ilmu dan peringkat iman seseorang bab syariat perlu lah kuat dan diperteguhkan.

      Ilmu kebal sememangnya menghalang seseorang itu untuk mati syahid. Mati syahid perlu kan 3.asas iman yg perlu ada dalam sebarang ibadah. Perperangan jihad adalah ibadah. Niat yang haq, lafaz yg haq dan cara yg haq.

      Jika ada dalil dari mana mana hadis ataupun alquran berkenaan ilmu kebal yg diamalkan oleh Rasulullah.ahli bait dan juga para sahabat dan shabiah silakan berkongsi bersama kami didalam blog ini.

      Ilmu kebal wujud sebelum ketibaan Rasulullah s.a.w. jika benar ilmu kebal itu haq dah lama Rasullulah mengajarkannya pada para sahabat dan tiada para sahabat yg mati syahid. Badan dah kebal camna nak.cedera dan mati.

      Maunah Allah banyak disalahertikan kan disalah tafsirkan oleh orang ramai.

      Basicnya mudah.hukum perubatan moden dan hukum fizik adalah hukum Allah. Ilmu fizik adalah ilmu dari Allah. Masakan badan boleh kebal tanpa sebarang perisai ataupun baju kalis peluru?

      Peraturan Allah amatlah jelas. Rasulullah sendiri pun luka apabila dibaling batu, dan cedera dalam perperangan. Kulit kita dan kejadian kita ni kalau dibaling batu atau dihiris dgn benda tajam, akan luka.

      Tuan boleh teruskqn pemahaman tuan tentang ilmu kebal adalah haq. Sy tak pernah belajar ilmu kebal tapi adik seguru saya pernah.

      Badan kebal tapi iman tak kebal. Ibadah bukan mendekatkan diri dengan Allah tapi menjauhi Allah.

      Perkongsian ilmu kebal adik sguru saya amatlah baik. Semuanya menggunakan ayat alquran dan doa doa dari Alquran.

      Tepuk dada tanyalah iman. Tuan boleh bermunajat sndiri kpd Allah dan mintalah ditunjukkan yg haq.

      Saya hanya mampu bercerita. Bab kefahaman dan bukti mintalah pada Allah.

      Wallahu aklam

      Padam
    2. Setuju sangat dgn admin.... Depa ni sebok nak kebal besok mati susah mata terbeliak, mulut ternganga, lidah terjelir baru tau... Masa tu dah terlambat dah.... Orang bagitau awal awal benda tu guna jin tak nak dengar....

      Padam
  13. Bagaimana pula amalan2 ayat2 AlQuran tertentu untuk ilmu pengasih umpamanya seperti ayat dalam surah Yusuf,Yassin,Taha di jadikan wirid selepas solat...Adakah salah dari pandangan Islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan JoeLabu,

      jawapan saya.
      1. Saya tidak akan meletakkan hukum salah, haram, harus ataupun makruh. Itu mostly bahagian feqah dan saya bukanlah ahli bahagian feqah.
      2. Saya hanya menyatakan amalan amalan ilmu pengasih iaitu ayat ayat yang diambil sekerat sekerat dari surah yusuf, yassin dan Taha bukanlah amalan yang diajar oleh Rasullulah s.a.w.
      3. Disebabkan niat belajar dan amalan itu tuan atau pembaca dapat untuk tujuan pengasih dan siguru yang mengajar tu bermasalah ada ilmu pengasih, maka amalan wirid itu secara automatiknya menjadi sihir.
      4. Sihir atau ilmu bathil adalah syirik dan menjurus kepada kemurkaan Allah.
      5. So, timbang timbangkan lah. Pada pandangan saya dan hakikatnya, amalan itu adalah salah. Wirid lah untuk Allah dan hanya untuk keredhaan Allah tiada yang lain. Sebaiknya buatlah wirid yang diamalkan oleh Rasulullah. Mudah aja.

      wallahuaklam

      Padam
    2. Jin pun boleh baca Quran lagi terror siap boleh betulkan lagi bacaan awak.... Tak caya boleh tengok kat youtube bersepah....

      Padam
  14. Salam...Bantu sy...tunang sy dimasukkan ke hsptl mental hr ni..sy tdk pasti dia terkena santau atau gila isim krn keduanya nmpk ada tnda..tpi lebih besar sy rskn dia berpenyakit ini..nauzubillah..tp tlg bntu sy..siapa ustaz mail..blh dptkn sy no dia..dptkh dia ubati dr jauh..tlg..doakan tunang sy dan bntu dia..mohon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Silalah call dan dapatkan bantuan ustaz Ismail.
      2. 0193619305. Sila call dan aturkan temujanji.
      3.in Sya Allah tunang boleh jadi normal balik tanpa perlu makan ubat psikitri.

      Wallahua'lam

      Padam
  15. Yg punya blog terangkan ni pun geng lepat.. Cakap tapi belit2..

    BalasPadam
  16. اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

    BalasPadam