Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

Cara mengatasi Gangguan dan penerangan tentang punca gangguan jin makhluk halus

Salam semua,

Bagaimanakah caranya nak mengatasi masalah gangguan makhluk halus. Caranya yang paling penting ialah kenelah belajar hakikat tentang ilmu haq dan ilmu bathil. musuh utama dan masalah utama kita ialah kita semua jahil atau tak pandai. Teknik boleh didapati dan boleh belajar dgn ustaz mail, takde masalah pun. Dlm dvd pun ada teknik mudah yang paling berkesan iaitu pulangkan dan poliklinik. setinggi mana teknik yang saya ada, tetap 2 ini yang paling berkesan dan paling effektif sebenarnya. teknik2 lain ada tetapi keberkesannya bergantung kepada tahap batin dan diri anda. semakin kurang anasir ilmu bathil, semakin kuat diri anda sebenarnya.


Mencegah lebih baik dari mengubati. kalau kita tahu ilmu dan amalan yang kita buat tu bathil, lagi mudah dan senang kalau kita elakkan terlebih dahulu. Sebagai contoh, jangan membeli dan ambil barang-barang penjual ubat jual tepi jalan. Banyak yang menjual tangkal azimat, susuk, dan barang-barang mistik. Kalau terbeli sebagai contoh tangkal kebal, anda sebenarnya dah mengambil ilmu bathil. Kawan dan pendamping ilmu bathil ialah jin.

nak mengatasi gangguan nie mula-mula kena cari punca. Bab punca nie terbahagi kepada dua.
1) Ambilan/ warisan/ kepunyaan diri sendiri = pulangkan (akad pemutus), poliklinik, doa air zam zam
2) Serangan/ tumpang = belasah dan bunuh jin, doa air zam-zam, musnahkan puncanya.

takde shortcut dalam mengubati sebagai contoh jin yang merogol manusia. Kena cari puncanya dahulu. kalau jumpa punca barulah teknik dan cara digunakan. Masalah utama yang paling berat ialah mencari punca or pintu makhluk durjana itu masuk dan bertapak didalam tubuh mangsa. berdasarkan pengalaman saya punca nie terlalu banyak sebagai contoh:-

1) wafak,
2) saka
3) ilmu bathil yang dipelajari
4) barang-barang kepunyaan.
5) tempat tinggal
6) barang-barang misteri.
7) pagar halus
8) Kawasan dan tempat tinggal.
9) dan lain-lain.

Nak kene refer kat pakar bab-bab mencari punya, some time punca nya boleh jadi 2-3 hingga kesemua contoh gabungan punca yang saya listkan. tgk lah bahagian si mangsa.  Dalam kes saya hampir kesemua yang diatas. bahagian ini merefer kepada keseriusan gangguan dan effek kepada mangsa yang telah dizinkan dan ditetapkan oleh Allah.

Ada mangsa or pesakit bahagiannya kurang, ada yang lebih. Semua itu bergantung kepada bahagian si pesakit. Saya sendiri punya bahagian seperti berikut:-

1) Gangguan fizikal. (tindih, cekik)
2) Kemalangan dan masuk ICU.(isteri satu hari, next day saya).
3) gila isim (nampak alam jin, dua-dua nampak benda yang sama).
4) tahanan rumah oleh keluarga (saya namakan ISA).
5) Dibuang kerja
6) kesakitan fizikal. (badan dicucuk, sakit anggota badan).
7) Diserang syaitan dalam bentuk fizikal (jasad kasar)
8)  Diserang ilmu tuju-tuju.
9) diserang pelesit dan lain-lain.

InsyaAllah jika berkesempatan saya akan menerangkan secara detail setiap jenis serangan yang pernah saya dan keluarga alami.

19 ulasan:

  1. Asalammualaikum..saya kamaruzzaman ingin belajar dengan pihak tuan jadi bagaimanakah cara2nya dan bayarannya? terimakasih

    BalasPadam
  2. salam tuan kamarul,

    untuk belajar tuan ada dua cara. Ustaz mail tinggal kat hulu langat selangor. Jika tuan orang KL or selangor, boleh terus berjumpa dgn ustaz mail dan belajar terus darinya.

    option yang ada:-

    1) Berjumpa dan belajar terus dengan ustaz mail.
    2) Jika lokasi anda jauh, tuan boleh belajar melalui DVD.

    Saya lebih berat mencadangkan belajar terus dari ustaz mail. Jika lokasi terlalu jauh, maka tuan boleh e-mailkan nama dan alamat tuan kepada email ilmuhaqdanish@gmail.com (seperti dalam profile saya). Untuk DVD tiada bayaran ditetapkan cuma tuan boleh menyumbang untuk penyebaran ilmu haq ini.

    Untuk belajar ilmu ini, terus terang cakap...tiada sebarang bayaran dikenakan. Ilmu ini ilmu dari Allah dan untuk kami meletakkan nilai wang ringgit untuk ilmu ini, saya rasa tak cukup duit kat dunia nie nak bandingkan harga ilmu ini.

    Silalah call no diprofile saya untuk temujanji. Belajar ilmu adalah percuma tetapi untuk rawatan dan bantuan intensif untuk gangguan, maka bayaran dikenakan. Itu pun boleh berunding terus dgn ustaz mail.

    wallahu aklam

    BalasPadam
  3. apa yang perlu buat bila kena tindih?

    BalasPadam
  4. salam,

    Dulu saya pun biasa ditindih. Yang menindih kebiasannya adalah jin dari bentuk saka. Apa-apa pun jika betul tuan nak tahu cara dna teknik yang amat berkesan sementara waktu sebelum punca/ saka itu dimusnahkan silalah bertanyakan terus didalam e-mail.

    Saya akan menjawabnya terus kepada tuan.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  5. salam, no telefon diatas tu ustaz mail punya ke?? saya ada beberapa soalan. nanti sya emelkan..

    BalasPadam
  6. Salam,
    saya berumur 29 tahun, sudah berkhawin, mempunyai sorg ank dan sedang mengadung selepas 3 kali keguguran...baru dibuang kerja untk kali kedua...sebulan sekali pasti termimpi didatangi farid kamil...tp tidak pernah mimpi ditiduri atau mimpi bayi..hubungan dengan suami seperti biasa namun tidak seperti tahun pertama perkhawinan...suami juga kadang2 dihimpit ketika tido disurau pejabat..selalu sesak nafas, sakit dada..letih dan lesu..peha ke tutut saya kadang2 ade lebam..tp slalu saya x perasan sebab x sakit..ank pula slalu minta izin bawa kawan2 masuk rumah..tp bila diperhatikan ank ckp sorg2..pernah berikhtiar perubatan islam, ibu dan ayah juga belajar perubatan islam..sedikit sebanyak ada membantu..namun tidak berapa pasti..

    sedari kecil saya berkemampuan untuk melihat kelibat hitam..dalam keadaan separa sedar saya mampu melihat dengan jelas alam lain..juga mampu keluar dari jasad..bukan kemahuan..mungkin kebetulan...pernah dipinang jin 3 hari berturut-turut (menyerupai lelaki tampan zaman kesultanan, bertanjak berkeris)..sehari sebelum dipinang, didatangi seorg perempuan tua yg memarahi saya dan harimau jagaan nya..ketika itu saya berumur 14 tahun..pada 19 tahun, konflik dirumah makin panas..perempuan berbaju putih berambut panjang, adakala nya bersama anak2 nya sentiasa berkeliaran dalam rumah...pada umur 20 tahun, heboh pasal toyol..setiap mlm pasti ada benda gigit kt hujung ibu jari, badan tiba2 susut dr 50kg - 43kg walau pun mkn bnyk seperti selalu..suatu mlm pernah, akibat terperanjat saya trsepak benda bulat licin

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam cik,
      jawapan saya.

      1. anak yang keguguran tu adalah disebabkan oleh saka. Anak cik diambil oleh jin durjana. Yang menggangu cik ni banyaknya daripada saka cik sendiri dan sedikit sebanyak daripada saka suami cik.

      2. gangguan suami mostly datang daripada sakanya sendiri.

      3. Kemampuan tengok alam jin adalah disebabkan oleh saka. Banyak jenis saka cik ni sebenarnya, Saka bukan seekor tetapi segererombolan.

      4. perempuan yg ganggu cik tu pun daripada jenis saka cik juga.

      5. Yang gigit ibu jari cik pun daripada saka jugak. saka belah cik sendiri.

      bersambung dibawah.

      Padam
  7. smbung..
    benda tu berdentum ke almari tp bila buka lampu xde apa2 berlaku...pada umur 22 tahun, sering diganggu oleh perempuan berbaju putih dan anak2 nyer..selalu di paksa keluar dr jasad ketika separa tido..amat meletih kan sbb kurang tido menganggu emosi..namun gangguan hilang apabila ayah saudara berkhawin dan isteri nya diganggu sejak awal perkhawinan mereka..mengalami gangguan emosi dan histeria teruk..puas beriktiar sehingga trjumpa seorg indonesia mampu mengeluarkan jin tersebut..ritual trsebut saya rakam dan jelas jin tersebut keluar dari ubun2..

    namun saya hilang kepastian apabila saya bermimpi didatangi seseorg dan dia mengatakan dia jika x dpt saya, dia akan mengganggu ank saya pada usia nya 8 tahun..namun saya menganggap nya sebagai gangguan mimpi ketika itu..

    sehingga kini saya tida pasti knapa saya mampu keluar dr jasad..apa motif mereka mahu saya keluar dr jasad..ada kah saya dan keluarga masih diganggu..adakah saya pernah ditiduri..bagaimana pulak suami saya dan ank...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. rawan keluar dari badan tu adalah petanda gangguan jin pelesit dan juga jin penanggal. banyak jenis saka cik nie sebenarnya. tetapi mudah sahaja nak selesaikanya tetapi perlu nekad dan sanggup buat.

      2, bab ditiduri, besar kemungkinannya. Anak dan suami cik pun diganggu sebenarnya.

      3. Tiada motif kecuali mereka nak menggangu hidup puan.

      4. silalah dapatkan bantuan ustaz mail dengan segera sebelum dia ke sabah.

      wallahu aklam

      Padam
  8. Saya dah email tuan..tapi masih tiada jawapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Maaf email.puan termasuk.dalam spam. Dah dijawab. Harap maaf terlambat balas ya

      Padam
  9. Assalamualaikum....saya nak.bertanya mengenai perubahan dalam rumahtgga sy dan suami..sebelum ni kami tak pernah berlaku perkara seperti ini...tapi perkara ni bermula apabila suami sy mula rapat dgn seorang perempuan sepejabat dengan bermain ping pong...tahun lepas semasa saya dlm 8 ke 9 bulan mengandung sy perasan perubahan suami yg suka memberi hadiah dan barag2 kepada perempuan dan nak dijadikan cerita sy menjadi org tengah menghantarnya...dlm hati sy bertanya jg kenapa sy tolong hantar brg2 suami sy ni...Tp bila dalam pantang sy tgk suami sy semakin berubah dan selalu balik lewat2 malam..kalau di opis dia dan perempuan tu akan saling berbalas sms walupun didepan kwn2 pejabat...sy hanya dpt memerhati saje Sbb sy dinasihatkan tidak menyerang perempuan ni kerana dia ada ilmu...sy x pastilah ilmu apa...suami sy macam mengikut kata perempuan ni sehingga apa saja perempuan ni.kata betul dan sy ni salah dan sekarang suami sy amat membenci saya...saya dianggap macam tak wujud bila di.opis dan di rumah...yg dia pentingkan perempuan tu dan hp je....dgn sy nak marah je dan bila sy ajak dia berubat dia kata tak nak.Sbb dia.X sakit...macamana sy nak.atasi.masalah ni?anak saya dah 4 org..ramai yg dah mencuba tapi tak de yg berjaya Sbb perempuan ni mengenakan ilmu..sesiapa yg menolong pasti akan ada perkara x elok berlaku pada mereka...sehingga sekarang tiada sesiapa yg berani menolong sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum puan farah,
      1. Ya benar suami puan terkena ilmu pengasih.
      2. Jangan risau, setinggi mana pun ilmu bathil pasti kalah dan lenyap dengan ilmu yg haq.
      3. Silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut. Call dan aturkan temujanji. Insyaallah perempuan tu akan jumpa buku dgn ruas nya.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Assalamualaikum puan farah,
      1. Ya benar suami puan terkena ilmu pengasih.
      2. Jangan risau, setinggi mana pun ilmu bathil pasti kalah dan lenyap dengan ilmu yg haq.
      3. Silalah call ustaz ismail utk bantuan lanjut. Call dan aturkan temujanji. Insyaallah perempuan tu akan jumpa buku dgn ruas nya.

      Wallahuaklam

      Padam
  10. Assalamualaikum. .saye selalu sakit kepala sejak kecil dan sejak kecil kaki sy ad terkena kurap dan tak pernah sembuh..sy juga panas baran..ade kah sy ad saka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam eypul super.
      1. Ya tuan ada saka keturunan drpd belah emak dan ayah.
      2. ,ya panas baran dan kurap itu adalah simptom saka dan ambilan ilmu.
      3. Silalah jumpa ustaz ismail utk bantuan lanjut .

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Waalaikumussalam eypul super.
      1. Ya tuan ada saka keturunan drpd belah emak dan ayah.
      2. ,ya panas baran dan kurap itu adalah simptom saka dan ambilan ilmu.
      3. Silalah jumpa ustaz ismail utk bantuan lanjut .

      Wallahuaklam

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam