Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 7 Mei 2011

Barang Mistik dan Cincin

Assalamualaikum,

Saya nak menyambung sedikit cerita tentang barang mistik dan misteri. saya tak berapa pandai sangat bab barang2 mistik ini tetapi saya ada menyimpan (dulu2 time jahiliah) batu embun, minyak pengasih cenuai dan tangkal. Nauzubilliah. sebut sahaja barang2 berkhadam dan misteri nie, satu saja jawapannya...syirik. kenapa syirik??? sebab barang2 misteri nie semua ada khadam kat dalamnya. Nama khadam tetapi akhirnya anda akan jadi khadam makhluk halus nie secara tak sedar. berkawan dgn makluk halus nie seboleh2nya jauhkanlah. anda ambil ke, beli ke barang2 misteri nie...yang pasti dan confirm makluk ini akan berpindah kedalam diri anda dan berkampung dalam hati dan batin anda. nampak barang kat luar...tetapi inilah yang dinamakan terambil. semacam menuntut ilmu, terambil barang2 mistik nie secara tak langsung anda terambik ilmu bathil dan makluk halus sebagai teman anda.

sebagai contoh cincin ada khadam untuk ilmu pengasih...apa yang berlaku ialah anda memelihara jin yang bertugas untuk membuatkan org disekeliling anda or specific target jatuh cinta or suka pada anda. jin nie menjadi sebahagian dari diri anda dan akan menjadi saka kepada anak cucu anda. dikirakan ilmu pengasih nie sebenarnya sihir sebab subjek kita adalah makluk semata-mata. Ilmu pengasih yang sebenarnya ialah anda cinta dan kasih kepada Allah dan RasulNya sepenuhnya2 dan kemudian secara tidak langsung semua makluk lain (kecuali jin) akan kasih kepada anda. taraf ilmu pengasih pakai cincin berkhadam untuk org lain kasihkan kita adalah taraf ilmu sihir. Maaf kalau terlalu kasar bunyinya. Rasullulah tak pernah ajar kita menggunakan khadam untuk membuatkan org lain kasih kepada kita terutamanya melibatkan makluk halus.

berkawan dan berdamping dengan makhluk halus sebenarnya menjauhkan diri anda diri Allah. dengan erti katanya boleh mensyirikkan Allah. ada pendapat mengatakan itu adalah khadam...kita hanya menggunakan mereka...seperti mana Nabi Sulaiman a.s. itu cuma usaha. percayalah..ilmu dan kelebihan yang Allah bagi kat Nabi Sulaiman a.s bukan mudah nak dapat. Iman kene betul..batin kene betul. tak semudah bagi duit dapat cincin dan khadam.

Ramai diantara kawan-kawan saya yang gemar mencari cincin dgn batu permata yang kononnya mempunyai pelbagai khasiat. Kalau yang gemar mengumpul cincin tu memang tahulah kelebihan setiap batu permata yang ada. Kebanyakkan dan hampir semua cincin ini berpenunggu or mempunya khadam/jin didalamnya. Sebenarnya khasiat dari cincin2 tu seperti pengasih, penunduk, menyihatkan badan semuanya hasil perbuatan jin. Nasihat saya janganlah beli cincin yang berbatu permata. Kalau yang lelaki nak pakai cincin, pakailah perak. Ada satu hadis nabi (tak ingat dari perawi mana) berbunyi lebih kurang ' untuk perempuan pakailah emas kerani emas dapat menambahkan kewanitaan perempuan itu dan untuk lelaki pakailah cincin perak, akan menambahkan kelelakian lelaki tu'. Pendek ceritanya nak pakai cincin jugak untuk lelaki cari ajelah cincin perak yang kosong tu. Jgn ikatkan dengan permata.

moral of the story ialah...jangan beli barang2 misteri nie. kalau ada terambil barang2 pelik nie, anda akan rasa bahananya nanti. saya dah rasa. kalau ada terambil pulangkanlah barang2 nie. jgnlah simpan. jauhkan diri dari mencari jalan short cut dengan mencari barang2 misteri nie. Kalau nak berubat banyak cara lagi boleh digunakan,

wallahuaklam...

59 ulasan:

  1. salam TT,
    Dulu dy juga pernah mengambil cicin,biasa la zaman jahiliah dulu,percaya pd fengsui dan zodiac,klu mengikut fengsui sy xpasti apa alasan kesesuian batu permata,tp kalau zodiac mengikut tarikh lahir,tetapi menurut kajian sains pulak,setiap jenis benda dalam muka bumi ini mempunyai getaran atau frekuensi yg berbeza,begitu juga batu permata mempunyai frekuensi yg berbeza mengikut jenis dan dipercayai boleh merangsang kesihatan dan dgn ilmu pengetahuan itu la gelang dan pendant serta subang magnet dicipta utk kesihatan.Samada benar atau tidak,hanya Dia yg lebih tahu.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Bab2 getaran dan frequensi permata tu kebanyakkan benar tetapi berdasarkan pergetahuan saya pengalaman saya yang tak seberapa nie, kesemua kelebihan dan manafaat batu-batu nie kebanyyakannya karut.

    batu permata sememangnya mempunyai getaran frequensinyanya yang tersendiri tetapi ikutkan hukum akal amat mudah. kalau nak sihat, banyakkan exercise dan jaga pemakanan. Itu kunci kesihatan.

    Jika kita meletakkan kepercayaan batu jed for example boleh menyihatkan badan kita disebabkan getaran, sukar nak dibuktikan melalui kaedah sains. Kebanyyakan batu nilam dan permata adalah tempat tinggal kesukaan makhluk halus.

    manusia suka percaya benda-benda yang pelik2 bukan. mempercayai batu jed mempunyai khasiat tu boleh tetapi dgn cara yang betul. Sebagai contoh batu jed itu boleh dimakan dan mempunya khasiat. Tetapi hanya dengan memakai batu jed ditangan dan berharap keajaiban dari getaran batu tu untuk menyihatkan kita, boleh jatuh ketegori tangkal.

    Halus sungguh permainan makhluk halus nie. Apa sahaja kelebihan yang ditawarkan oleh batu yang tak bernyawa tu sebenarnya permainan makhluk halus.

    banyak cara lagi untuk kita dapat kebaikan dari ciptaan Allah. memakai batu, pendent energy dan hanya memakai sehaja dan mengharap kebaikan dari pemakain yang langsung tak boleh dibuktikan secara nyata semacam juga kita memakai tangkal dan barang mistik seperti cincin khodam.

    jauhkan perbuatan yang syirik. Itu nasihat saya.

    wallahu aklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya batu embun,batu2 permata,geliaga, delima dan yg diutarakan sbg brg mistik ini adalah anugerah drpd Allah SWT,yg memang telah wujud di muka bumi ini sejak azali krn Allah adalah Maha Pencipta.Cuma yg dikhuatiri ialah org2 yg tdk bertanggungjawab telah menggunakan sihir atau telah memuja batu2 atau brg mistik tersebut,sehingga menjadi seolah berkuasa,sedang pd hakikatnya jin yg mengambil alih,yg membuatkan ia berkuasa. Wallahualam..

      Padam
    2. Apa yg Allah ciptakan di muka bumi ini sudah tentunya mempunyai pelbagai khasiat. Hanya manusia yang kebanyakan masih tidak tahu, pokok2,daun2,bunga,sumber2 drpd bumi dn sbgnya.Sedangkan hati yg suci adalah ubat kerohanian. kerana itulah manusia dikurniakan akal fikiran, supaya sentiasa melakukan kajian demi kajian ke atas alam ini yg penuh dgn keajaiban. Maha Suci Allah.

      Padam
  3. saya ada memiliki cincin batu akik, saya pernah berjumpa dengan orang yang tahu mengamalkan ilmu gahib..dia mengatakan ia adalah batu sulaiman..dan kegunaannya adalah untuk pelindung diri, sehingga kini saya masih memakainya, kini saya memiliki 2 buah cincin..1 cincin kepunyaan arwah ayah saya, dikatakan mempunyai pengasih dan pendinding..apakah salah saya gunakan untuk pelindungan diri saya?...dan apa ya saya perlu lakukan..(adakah saya tidak sepatutnya menggunakan barang tersebut) tolong sesiapa jawapkan dengan tepat pertanyaan saya

    BalasPadam
  4. Salam tuan anon,

    Allah menyuruh kita bergantung harap dan berlindung denganNya terus. Untuk persoalan tuan,

    Adakah salah gunakan untuk perlindungan?

    Salah. Disebabkan adanya khadam didalamnya. Memang banyak cincin batu akik yang berkhadam dan yang tuan ada tu mmg ada penghuninya. Dengan secara sedar ataupun tak sedar tuan sedang meminta perlindungan keselamatan daripada jin, walhal Allah dah melarang perbuatan ini.

    Perlindungan diri yang betul ada seperti mengupah bodyguard ataupun pengawal keselamatan. Kita berharap pada batu akik yang tiada kuasa melindungi kita? Jin dalam tu memang boleh dan sentiasa bersedia 'melindungi' dan 'mendinding' kita sebabnya, dia dapat rumah baru iaitu tubuh badan kita.

    adakah yang perlu tuan lakukan?

    serahkan semula cincin kepada empunyanya. Akadnya seperti berikut,

    "Saya pulangkan cincin ini dan apa sahaja yang saya ambil dari tuan yang ada pada diri saya dan keluarga saya, saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan selamanya"

    wallahu aklam

    BalasPadam
  5. cik sun_sweet.. : sy ade smpan sebiji batu b'wrna merah..tp sy x b'niat apa2 sbb sy cme nk buat batu 2 sbgai batu cincin,utk p'hiasan seorg wanita..boleh ustaz terang kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Batu berwarna merah dalam simpanan cik tu mintak maaf memang ada penumpang. Saya cadangkan cik pulangkan balik pada pemberi atau sesiapa yg cik beli tu.
      utk perhiasan perempuan cukuplah sekadar cincin emas kosong sahaja. Tak perlu ikat kecuali dgn berlian. Berdasarkan hadis perempuan elok pakai emas sahaja. Lelaki pakai perak.

      Saya akan cuba kupas bab hati permata ni sedikit masa kelak.


      Wallahu aklam

      Padam
  6. kereta saya warna merah pun ada penumpang ... motor saya pun dia bergerak sendiri bila saya pulas ...tu ada jin gerakkan tu ... minta maaf saudara kata semua tangkal tu syirik memang syirik ...ikut akidah pemakaian cincin berbatu permata nie nabi pun pakai dari batu akik habsyi...saidina ali pakai sampai 4 5 cincin ..ada zat tertentu batu-batu permata nie asbab yang Allah turun kan ...sebab yang ghaib nnie tak boleh di huraikan dalam sains...jgn semua benda kita nak syirikkan ...sedang kan dalam masa sama kita tak sedar kita dah melebihi Penciptanya. kalau jin setan nak pesong kan manusia baju yang kita pakai sekrang nie berlambak2 jin duduk. dalam pembuluh darah kita setan berlari2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,

      Saya tak pasti dariana sumber yg tuan dapat berkenaan Rasulullah pakai cincin akik hasbi dan saidina ali r.a tu juga.

      Saya bercakap berdasarkan hadis. Silalah tunjukkan kepada saya sebab saya belum jumpa hadis berkenaan cincin akik tu.

      Hampir semua cincin yg berpermata sekarang ini berpenghuni dengan jin. Zat merujuk kepada Allah, maybe tuan nak cakap pasal kelebihan setiap batu batu ini. Batu batu permata ini adalah batu semata mata.batu batu ini tiada sebarang kuasa tanpa penglibatan jin.

      sama juga dengan batu yg dijadikan berhala. Batu itu tiada kuasa apa pun. Apabila diukir dan dibentuk dijadikan berhala, barulah syaitan datang menginap.

      Saya tidak memaksa tuan mempercayai apa yg saya tulis. Tuan boleh buat solat hajat dan minta Allah tunjukkan sendiri pada tuan benar atau tidak dakwaan saya ini. InsyaAllah.

      Padam
    2. tuan boleh saya tanya sikit....kalau semua nya berkhadam.....
      maksudnya keris pun tak boleh disimpan juga ke....
      dan satu lagi tuan kenapa ustaz juga siap memakai cincin akik...takkan lah cincin yg dpakai tu pun berkhadam....macam mana pula dengan cincin yg telah dibuang khadam nya....bukankah baginda juga ada memakai akik......nabi sulaiman juga memakai akik....x semestinya semua batu tu ada jin....batu itu tiada apa yg istimewa....ianya hanya asbab sahaja....jgn lah dikata kan pula semua ada jin....kalau ada pun khadam/jin bukankah boleh dibuang...

      Padam
    3. Walk tuan fendi,

      Jawapan saya seperti berikut.
      1.ya. hampir kebanyakkan keris berkhadam dan ada pendampingnua.

      2. Banyak juga ustaz yg memakai batu akik. Kebanyakkan mereka x sedar yang batu tu berkhadam.

      3. Batu akik Nabi sulaiman jangan lah disamakan dengan batu akik kita. Ilmu dan kelebihan Nabi Sulaiman a.s mmg tinggi dan ketinggian ilmu nya mmg lain dr kita ni.

      4. Mmg hampir semua batu akik mmg berkhadam. Apa agi yang boleh saya cakap or nyatakan lagi tuan. Saya hanya menyatakan apa yg saya nampak dan belajar sahaja.

      5. Kepada yg tahu mmg boleh buang tapi kebanyakkan kes yang saya nampak, batu tu perlu dihapuskan sekali dengan khadamnya.

      6..ramai yg mengaku boleh buang khadam dalam batu akik or permata tetapi apa yg saya nampak ialah bukan buang khadam malah tambah khadam.

      7. Tuan boleh terima or tolak tetapi saya cadangkan tuan minta dgn Allah tentang kebenaran apa yang saya nyatakan. Saya hanya menyampaikan sahaja. Bab kefahaman bukanlah dalan kuasa dan kerja saya.

      Wallahu aklam

      Padam
  7. Cik SIti

    Assalamualaikum,

    saya nak tanya ada kawan sy memberi saya bunga serai untuk simpanan..adakah saya perlu memulangkannya semula?

    BalasPadam
  8. walaikumsalam cik slti,

    ya. kena pulangkan. Just akad sahaja masa bagi balik bunga serai, aku pulangkan bungai serai ini dan apa sahaja yang aku ambil dari kamu yang ada pada diri aku dan keluarga aku.

    jangan simpan bunga tu. Bunian punya.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. CIk siti

      maksudnya saya pulangkan kepada rakan saya semula ye. or saya buang macam tu sambil akad?

      Padam
  9. Cik siti,

    maaf kerana banyak tanya, sekiranya kawan saya itu ingin memulangkan semula serai bunian itu, dimana dia perlu pulangkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cik siti,

      saya akan jawab kedua duanya iaitu untuk cik dan kawan juga.

      1. Cik siti perlu akadkan kepada kawan.bunga serai tu lebih baik dimusnahkan bersama tapak buniannya. Sila buang didalam lubang kumbahan atau najis.

      2. Untuk kawan siti, dia mesti dapat bunga tu dari seseorang. Dia perlu akad yang sama kepada siapa yang dia ambil bunga serai tu.

      3. lebih baik musnahkan bunga serai tu daripada pulangkan fizikalnya. Pulangkan akad perlu dibuat. Tak perlu pulang fizikal sebabnya itu akan menyebabkan empunya bunga serai (kawan) merana.

      Jika ada soalan lagi, silalah tanya.

      Padam
  10. Salam tuan danish, bagaimana pula dengan kayu teras kelo? Satu hari kunjungan saya ke kedai cincin kawan diakhiri dengan pemberian kawan kpd kawan sy tersebut iaitu sepotong kayu teras kelo. Hasil kajian pembacaan saya diinternet untuk mengetahui tentang kayu ini didapati kayu ini berkhasiat semulajadi dan dikatakan tidak mempunyai khadam. Tetapi sy memang x suka menyimpan barang2 seperti ini dan dan utk tidak berasa was2 saya telah memulangkannya kepada kawan saya barang tersebut iaitu dikirim melalui kawan saya. Adakah cukup dengan memulangkan barang tersebut dengan dikirim? Adakah boleh saya memesan akad kepada kawan saya itu? Kawan sy tu adalah rakan seperniagaan kpd kawan yg beri sy kayu tersebut. Mereka berniaga bersebelahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Kayu teras kelo mmg ada pendampingnya. Dalam kes tuan mmg ada pendampingnya yg ikut didalam cincinnya.

      Sebaiknya akad terus kepada empunya. Pesan akad pun boleh tetapi maksudnya harus sampai kepada empunyanya. Pulangkan kepada empunya apa sahaja yg tuan ambil yang ada pd diri tuan, isteri dan anak anak.

      Wallahu aklam

      Padam
  11. Tuhan menciptakan sesuatu benda itu sesuatu ada khasiatnye. Rasulullah juga memakai cincin perak berbatu akik yang diberikan oleh Jibril dan nabi juga ada berpesan kepada berpesan kepada sahabat2 baginda untuk memakai cincin berbatu akik ini.Ini kerana batu, pokok dan bnda2 yg ada di alam ini semua tidak berhenti berzikir. Kalau nak kata hampir semua benda ade jin, tanpa benda tu pon sudah ada keliling kita tambah2 lg klau melakukan sesuatu benda tanpa memohon keizinan tuhan..jadi di sini apa yang saya ingin smpaikan adalah simpan ajelah klau nk sbb kite mohon kepada tuhan melindungi kita drpd bnda2 yg memudaratkan kita dr segi zahir dan batin..klau terkena juga itu adalah ujian drpd Allah S.W.T . Tapi janganlah kita sibuk nk mencari plak bnde2 jin ni..Maaf jika jika ada saya ada buat kesilapan..Salam ///

    BalasPadam
  12. waalaikumussalam,

    Jawapan saya.
    1. Merujuk kepada Rasullulah s.aw. pesan kepada sahabat sahabat baginda berkenaan pakai cincin berbatu akik, saya masih belum berjumpa dengan hadis berkenaan. Jika ada, silalah share dengan saya dengan perawinya dan dari kitab mana.
    2. Saya hanya berjumpa hadis berkenaan cincin perak dan emas. Perak baik untuk lelaki, emas baik untuk perempuan.
    3. Benar, hampir semua makhluk ciptaan Allah berzikir pada Allah termasuk batu akik. Akan tetapi ini tidak menghalang daripada batu akik itu didiami jin. Sama juga pokok. Mereka pun berzikir,akan tetapi sesetengah pokok tetap menjadi kediaman jin.
    4. Berkenaan mohon dari Allah perlindungan dan keizinanNya. Usaha dan tawakal hendaklah seiring. Didalam Alquran menyatakan firman Allah yang berbunyi " Janganlah kamu mencampur adukkan yang Haq dengan yang Bathil".

    Usaha membeli batu akik yang berkhadam (hampir kesemuanya berkhadam) dan memohon perlindungan Allah dan keizinan Allah sebenarnya bathil + Haq = bathil. Sama juga dengan contoh usaha memagar rumah atau tanah atau harta benda dengan menggunakan khadam jin. Menyuruh khadam jin menjaga harta benda (bathil) + berdoa pada Allah untuk melindungi harta (haq) = Bathil.
    5. Ujian Allah itu ada dua martabat. Allah sayangkan kita dan pada masa yang sama Alllah ingin menyedarkan kesilapan kita dan yang keduanya kifarah.

    Wallahu aklam

    BalasPadam
  13. assalamualaikum w.b.t

    sekadar yang saya tahu...pakai batu permta atau lain2 tidak syirik..kerana semua itu bergantung pada niat seseorang..jika kita mengatakan batu tu berkuasa@ bersandar pda barang/batu itu syirik jdinya. sekiranya untuk menjadi perhiasan diri atau untuk rawatan tetapi dengan niat semua yang terjdi adalah kuasa allah tidak mnjdi msalah.. syirik ni sebnrnya mudh trjdi dlm kita tk sedar..sprti cnth..makn ubat ..dan mangatakn ubat itu menyembuh penyakit, itu dh jdi syirik sb kita tdk bersandarkn dengn kuasa allah..ubat itu bersebab shja. yg penyembuhnya ialh allah..jdi kita tidk blh menuduh itu ini syirik..itu semua atas niat masing..niat tu lh yg blh memesongkn akidah kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan peluang perniagaan.

      Jawapan saya,
      1. Benar. Pakai cincin berikat batu permata semata mata mmg tidak syirik.
      2. Kebanyakan batu permata mmg mempunyai makhluk halus didalamnya terutama akik, nilam dan zamrud.
      3. Syirik ada dua jenis. Yg kita sedar dan tak sedar. Yang banyak berlaku kebanyakan masa penjual cincin akan menceritakan khasiat cincin dan batu permata. Disini ada permainan khasiat dan fadhilat.
      5. Membeli batu cincin yg berkhatan,.maka kita berisiko mensyirikkan Alah tanpa sedar sebab khadam cincin akan menginap dibadan kita dan lagi parah jika kita percaya pada khasiat khasiat batu batu tersebut.
      6. Masalah utama ialah mengambil khadam cincin permata tanpa sedar. Itu sahaja.

      Wallahuaklam

      Padam
  14. En danish saya ada batu embun mcm biji tasbih,geliga lipan,dan permata kecik2 sume nye saya dpt masa berzikir......skanh ni sume barang tu saya dah buang kat longkang sblum pindah rumah baru...yang tinggal hanya batu embun mcm tasbih saya x buang sbb x prasan masih tersimpan,klu kes mcm nih mcm mana saya nak pulangkan ye....leh bg tunjuk ajar...

    BalasPadam
  15. Kalau macam kayu kokka pun sama jugak la?

    BalasPadam
  16. Boleh tau tak apa maksud tuan danish org2 yg miliki brg yg berkhadam ni akan 'merana' . Blh huraikan tak merana mcm mana. Hanya sekadar ingin tahu. Terima kasih

    BalasPadam
  17. salam tuan anon,
    1. Merana ni banyak sudut dan seginya. Sesiapa yang ada khadam (jin)
    a. Mensyirikkan Allah
    b. Amal ibadah yang dibuat sebelum terhapus begitu sahaja.
    c. Hati kusut, mudah pemarah, mudah cemas dan tidak tenteram.
    d. Isteri dan anak anak menjadi mangsa pelbagai gangguan termasuklah jin rogol, sakit sakit fizikal dan mental.
    e. Menjadi saka kepada generasi yang akan datang.
    f. rezeki tertutup. Kesusahan tak kunjung berhenti melanda empunya badan.
    g. Hilang keberkatan hidup. Semua yang dibuat tak jadi.
    h. yang paling utama, semakin hari semakin jauh dari Allah dan hancur iman daripada dalam perlahan lahan.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,
    Nk tanya boleh ke sorang lelaki tuh pakai cincin menyerupai emas + permata?

    BalasPadam
  19. Waalaikumussalam,
    1. Soalan berbentuk feqah tapi saya cubalah jawab ya. Saya bukan ahli dalam bidang ni.
    2. Menyerupai emas kalau diikutkan hukumnya, tak salah. Tetapi pakai cincin emas dan suasa mmg tak boleh. Suasa still ada kuantiti emas didalamnya.
    3. Mmg ada cincin yang serupa mcm emas, tiruan tetapi apakah motifnya lelaki nak pakai cincin emas. Yang bersadur emas pun sebenarnya tak boleh.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  20. Tuan... saya mohon tunjuk ajar. Apa yg tuan sampaikan itu saya rasa ada betul. Namun dlm saya mengkaji n bertanya.... sbnr kalau nak kata x blh pakai permata langsung rasanya x blh juga. Pd perhatian saya... sbnr baik or buruk dtgnya dr hati. Tapi kebiasaan penjual akan menjual "cerita+permata" dan org mula percaya dan berharap. Itu yg sgt bahaya pd akidah. Namun begitu... jika kita faham atau mengkaji lbh dr sekdr percaya dr mulut penjual maka rasanya kita akan yakin akan kebesaran allah. Setiap ciptaan allah mempunyai tujuan dan tiada apa pun yg sia2. Setiap kejadian ada penjelasan serta hukumnya. E.g kaitan @ kesan unsur sesuatu benda pd benda yg lain. Ilmu ini jarang org kaji. Kita tidak blh melihat kebaikan sesuatu benda dtg sbb unsur bantuan jin. Setiap batu permata, daun dan lain2 mempunyai mineral yg blh membantu dlm kehidupan. Kalau kita blh terang secara terperinci... rasanya hal permata ini tak jd rumit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan anon,
      1. Bab baik dan buruknya datang dari hati tu sebenarnya tidak tepat pd pengetahuan saya.
      2. Contohnya sebegini. Saya ada ilmu pengasih dan saya ada cincin yg berkhasiat ilmu pengasih.
      3. Tuan rakan baik saya dan tuan ada masalah mendapatkan jodoh. Saya hadiah kan cincin saya pd tuan tanpa memberitahu apa apa tentang khadam ilmu pengasih yg ada pd cincin tu.
      4. Tuan menerima cincin itu disebabkan batu permata yg cantik dan buatan cincin yg baik dan kemas.
      5. Walaupun tuan dalam kes ni x tau apa apa. Pakai utk perhiasan sahaja, sebenarnya pd hakikatnya, jin ilmu pengasih tu sudah pun mencemari batin tuan dan tinggal didalam diri tuan sambil merosakkan iman tuan dari dalam.
      6. Walaupun ramai berpendapat mineral didalam batu itu berkhasiat atau getaran hablur permata itu mendatangkan kebaikan pd pemakai nya, itu adalah pendapat bukan fakta. Fakta adalah sesuatu yang boleh dibuktikan dan keputusan kepada ujian utk pembuktian adalah konsistan.
      7. Jika tuan dibuka kan hijab,.maka baru lah tuan akan faham apa ug saya ceritakan ini. Utk lebih mudah faham just tgk shaja org yg ada byk pakai cincin batu permata. Adakah akhlak nya baik dan terpuji? Sabarnya bagaimana? Perkataan yg keluar dr mulut nya bagaimana?

      Wallahuaklam

      Padam
  21. Assalam
    tuan telah dibukakan hijab ka utk nampak semua jin dalam batu2 mcm dakwaan tuan?
    Sy tk tahu lah kalu itu kelebihan yg Allah bg kt tuan. Tp bg sy takkan lah semuanya jin punya angkara? Kita dok kata jin buat kita susah la apa la seolah2 kita mengangkat jin satu makhluk yg hebat boleh buat kita jdi mcm2. Jin tgk pun sengeh padahal bukan dia buat apa2 dan ada kuasa apa pun. Kita sdiri dok angkat bngsa depa hebat. Sy lebih percaya setiap kejadian Allah walau sebesar zarah ada kegunaannya utk manusia. Buat sy tertanya2 batu bata buat rumah kita tu jin duduk gak ka? Nak buang kena bakaq rumah lah kan? Wallahuaqlam... sekadar pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Saya tidaklah dianugerah kan kelebihan ini sejak lahir tetapi hijab boleh dibuka dengan ilmu dan pengetahuan. So memang saya boleh tengok disebabkan saya belajar.
      2. Jika cik baca alquran memang Allah bagi banyak peringatan berkenaan syaitan (jin yg jahat) dan dijelaskan lagi melalui hadis.
      3. Sememangnya jin ini sebenarnya sgt lemah kepada khalifah yang tahu dan faham. Akan tetapi ramai yg terkena gangguan mcm mcm disebabkan mereka tak tahu dan tak faham dan membuka peluang kepada syaitan bertapak dalam diti mereka dan mengganggu.
      4. Sebenarnya, saya niat saya sebenarnya nak bagi tahu pada semua yang sebenarnya kita manusia ni khalifah dijadikan Allah istimewa dan kekuatan manusia memang hebat berbanding syaitan. 1000 syaitan belum tentu mampu nak jatuhkan seorang manusia tapi seorang khalifah bolah hapuskan 1000 syaitan hanya sekali hentak sahaja.
      5. Saya bercerita tentang batu permata yang dipercayai sesetengah org berkhasiat bukan batu bata. Permata ni sebenarnya mcm batu batu berhala. Tiada sebarang kuasa akan tetapi boleh mendatangkan gangguan disebabkan jin yg tinggal pada nya.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Terima kasih atas pencerahan... mudah faham dan padat utk org awam yg iman senipis kulit bawang mcm saya

      Padam
  22. Assalamualaikum tuan danish, bagaimana pula dengan jin qarin? Bolehkah juga di bunuh? Boleh beri pencerahan sikit mengenai dengan jin qarin?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum tuan danish, bagaimana pula dengan jin qarin? Bolehkah juga d bunuh? Boleh beri pencerahan sikit mengenai jin qarin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Ya boleh. tetapi memakan sedikit masa dan usaha.
      2. Jin qarin ni kebanyakkanya kafir dan bukan islam. Didalam alquran dinyatakan setiap ciptaan Allah adalah berpasang pasangan. qarin adalah kembar kita dalam bentuk jin. dilahirkan sama masa dengan kita tetapi umurnya lebih panjang daripada kita.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Terima kasih atas pencerahannya tuan danish, bagaimana pula encik danish boleh melihat jin? Sedangakan dlm quran meyatakan kita tidak boleh lihat jin, tapi mereka boleh lihat kita. Adakah dengan ilmu yg haq kita boleh melihat jin?

      Padam
    3. Alhamdulillah ke atas jawapannya, tuan pernah dengar ilmu meraga sukma? Adakah ilmu itu juga temasuk ilmu yg bathil? Tidak d nafikan juga ada sesetengah perawat menggunakan ilmu meraga sukma untuk menjelajah k alam jin.

      Padam
    4. Salam cik anon,
      1. Kupasan bab jin tak boleh dilihat dan rujukan didalam alquran seperti post dibawah:
      http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/08/persoalan-tentang-jin-islambaik-ataupun.html?m=1
      2. Jika dikaji ayat surah al-araf 7:27 seperti berikut:-
      Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
      (Al-A'raaf 7:27)

      3. Maksud ayat ini sebenarnya dalam dan ada pelbagai makna.
      A. Jin boleh tgk kita dr tempat/ keadaan yg kita x boleh tgk jin. Tempat boleh bermaksud Alam jin Dan diri kits sendiri.
      B. Didalam satu hadis berbunyi syaitan ITU bergerak didalam pembuluh darah. Maksud yg boleh dikaitan dgn keadaan ialah jin ITU terlalu rapat or berada didalam diri kita. Contoh kita tidak akan mampu tgk telinga kita sendiri tanpa bantuan cermin atau camera.
      C. Ayat terakhir berbunyi sesungguhnya kami jadikan syaitan itu teman rapat org yg tidak beriman. Maksudnya, rapat dan teman itu boleh merujuk kpd berada dalam diri kita sebab terlalu rapat atau maksudnya pendamping.
      D. Ayat ini juga boleh bermaksud sesiap yg x dpt tengok syaitan, maka dia sebenarnya berdampingan dgn syaitan.
      F. Hadis berkenaan jin dimadinah (rujuk posting dalil dan nas teknik bunuh jin), Rasulullah bersabda jika nampak jin biarkan selama 3 hari, jika lepas 3 hari masih ada, maka Rasulullah suruh bunuh jin itu sebab jin itu syaitan. Hadis ini menunjukkan para sahabat memang dpt tgk jin disebabkan mereka betul dengan Allah dr segi zahir dan batin.

      Semoga jawapan saya memuaskan dan menjawab persoalan tuan.

      Wallahuaklam

      Padam
    5. Waalaikumussalam,
      1. Ya. Maaf meraga sukma atau astral projection adalah ilmu bathil.
      2. Perjalanan ke alam jin melalui meraga sukma ni sebenarnya byk tipu helah oleh jin. Mereka nampak apa yg jin mahu mereka lihat dan bukanlah keadaan sebenar dunia jin.
      Wallahuaklam

      Padam
  24. Encik danish, bagaimana pulaka cara rawatan dari jarak jauh contohnya membunuh saka, adakah ini di katakan juga ilmu bathil. Tolong beri pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Maaf lambat reply soalan cik ni.
      2. Kebanyakkannya adalah bathil. 95% drpadanya.

      Wallahuaklam

      Padam
  25. Assalammualaikum En. danish

    Saya ada sebentuk cincin permata yang diberikan oleh ibu sy. Katanya itu adalah cincin pusaka. Bagaimana sy nak pulangkan cincin itu jika pemilik cincin asal itu telah meninggal?
    Terima kasih

    BalasPadam
  26. Waalaikumussalam cik anon,
    1. cincin pusaka bermaksud cincin ini daripada atuk dan nenek.
    2. Jika cik dpt cincin tu drpd emak, sebaiknya kena pulangkan pendamping cincin tu pada emak as emak adalah empunya asal.
    3. Bab cincin pusaka ni banyak relate to saka itu sendiri. Sebaiknya pulangkan saka bersama dengan cincin tu.
    4. Untuk maklumat lanjut cik boleh email terus kepada saya. ilmuhaqdanish@gmail.com
    5. Jika memerlukan bantuan silalah hubungi ustaz mail ya.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  27. Salam tn.
    Saya ada memakai cincin yg ada permata (tdk pasti permata asli batu atau kaca tiruan) sebab tujuan sy memakainya hanyalah kerana fesyen semata2. Tapi saat sy membayar hrg cincin tersebut, penjual sempat mengatakn bhw cincin ini dari batu akik dan bagus dipakai. Manis kelihatan katanya. Cincin berpermata warna putih. Apa dgn fesyen semata2pun tak boleh?.

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum ustaz,



    Saya ingin bertanya mengenai batu akik. sekarang sedang berlangsung khidmat masyarakat secara percuma oleh Ustaz Wan Hazlin di tempat saya untuk merawat orang ramai yang mempunyai penyakit terutama penyakit saraf dan misteri. Ustaz ini menggunakan minyak lemak burung unta dalam rawatan beliau.



    Semalam, ustaz ini ada memberi info mengenai khasiat batu akik memandangkan ada yang menghubungi beliau berkenaan khasiat batu tersebut. Ustaz ini mengatakan bahawa batu akik sulaiman sangat bagus untuk disimpan sebagai pelindung diri akan tetapi janganlah sampai menjatuhkan akidah dan syirik. Ustaz ini mengatakan bahawa terdapat ayat al quran yang diwafatkan didalamnya. Jesteru beliau menghalang pemakainya menjauhi zina dan tempat yang kotor untuk mngelakkan kesan buruk dri batu tersebut. Beliau menjual cincin tersebut dengan harga rm10 sahaja. Dan saya di antara salah seorang yang membelinya.



    Soalan saya, adakah batu akik yang dijual oleh ustaz ini terdapat khadam / jin di dalamny juga? Adakah saya perlu memulangkan batu ini dengan akad? Terima kasih.

    --

    BalasPadam
  30. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yg diciptakannya diantara haq dan bathil.. Jgnlh kita melebihi drpd apa yg telah dicipta oleh Allah agar kita semua tidak jatuh kpd menyekutukn Allah dan menafikan kekuasaannya.. Mohon pertunjuknya semoga kita diperolehi keberkatan dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  31. Saya katankan semua benda mempunyai khadam kecuali plastik. Benar kata saya ni tuan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan tanpa nama,
      1. Tidak semua benda ada khadam. Khadam ni paling kerap dan paling byk dalam batu permata.
      2. Mostly benda yg menarik perhatian dan menyebabkan manusia jadi gila dan minat sahaja biasanya berkhatan.

      Wallahua'lam

      Padam
  32. As salam saya hanya membeli Cincin untk perhiasan di Buat Dari Kayu TAs atau Kayu penunduk ,tapi bila saya berubat penyanyakit saya dia suruh buang Cincin tu kata ada yg x baik bolehkah di pecayai atau tidal dengan situasi INI.

    BalasPadam
  33. say mempunyai batu...yg menyatakan berkhdam...tapi setelah saya guna rasa biasa saja...jadi perlu ka saya percaya lagi yang batu saya guna berkhdam...skrang saya guna sekadar perhiasan dan koleksi saya...dalam masa yg sama saya percaya kesemua nya itu dari kehendak allah s.w.t..dari diri kita saja sama ada nak percaya atau x...kecuali la..kalo batu yg saya miliki bole terbang atau hiang ke masa hadapan baru la saya percaya batu tersebut mempunyai power yg luar biasa....klo berkhdam pn bagus juga asalkan guna kan uk kebaikan...dan itu dari kehendak allah yg memberi...kita pengguna saja...

    BalasPadam
  34. Asalamulaikum..saya ade satu geliga embun,jumpa di dlm rumah..adakah patut di simpan atau di buang geliga tersebut?

    BalasPadam
  35. Selamat pagi, menarik perhatian saya ,sebelum tu terima kasih,, boss tumpang tanya ,saya harap d jawap la , bole bagi pencerahan berkaitan dengan RAJA KAYU

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum tuan apa yg tuan katakan merana tu mmg betul sejak saya simpan barang mistik mcm2 saya dapat salah satunya rezeki di tarik dan semua apa yg saya buat menemui kegagalan sekarang saya bingung macam mana memulangkan barang ni ketuanya sbb yg bagi ni sahabat takut tersinggung dan marah pernah cuba dia memarahi saya sudah bagi susah tp tak dihargai bingung mcm mna nk keluarkan barang2 tu dari rumah saya sekian terima terimakasih tuan harap dapat membantu

    BalasPadam
  37. Betul sgt tu ustaz.. Semua hnyalah tipy daya syaitan yg nk sesatkn mnusia.. Iblis da berjanji nk sesatkn umat nabi adam. Sy kini menderita akibat saka batu geliga. Percayalh. Ia tak bukn hnya mahu sesatkn.jgn la beli batu permata ni mmg trtarik bila melihatnya tp hati hati biasanya berkhadam. Kita dianjurkan berdoa n solat hajat utk minta sesuatu. Sy amat bersetuju dgn pendapat ustaZ krana sy sendiri telah myaksikan kejahatn n tipu helah jin iblis ini. Berdoa sahajalah angkat tangan xperlu la nk percaya ada khasiat bagai. Belum kena gangguan mmg la x pcya.kdg ank yg jd mangsa tanpa sedar. Kurus je selalu demam. Sebelum sebati baiklah dibuang batu berkadam ni. Iklas nasihat.

    BalasPadam
  38. Sy ada pkai dua cincin..satu batu tiger aye dan satu geliga ular..adakah ianya mmpunya khadam?

    BalasPadam