Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 4 Jun 2011

Ilmu Bathil/ Sihir dan Ilmu haq Penjelasan

Assalamualaikum

kali ini saya akan berceritakan tentang ilmu haq dan ilmu bathil dan bagaimana ianya berfungsi or bagaimana nak mendapatkannya. Sebenarnya amat senang nak dapat ilmu bathil berbanding nak dapat ilmu haq. Ilmu yang haq or amalan yang haq perlu ada 3 asas iman iaitu:-
1) Tasdiq dalam hati (niat)
2) lafaz dengan lidah (sebutan)
3) Diikuti dengan perbuatan.

contoh amalan yang haq ialah sembahyang or berpuasa. Ibadat ini memerlukan 3 asas iman ini dilaksanakan sebelum ianya sempurna. Ilmu dan amalan yang haq (benar dan diredhai Allah) kesemuanya bertertib dan mengikut aturan. Sebagai mana sembahyang ada tertib dan step yang perlu dipatuhi dan mengikut aturan. Tak boleh nak melompat step sebagai contoh takbir  lepas tu terus tahiyat akhir. Kalau lompat step tak ikut aturan maknanya amalan tu tak sempurna dan tertolak.




ilmu bathil dan amalan bathil pula amat bertentangan dengan ilmu dan amalan yang haq. Dari ketiga asas iman or keperluan untuk amalan tu jadi sempurna ilmu bathil hanya memerlukan salah satu dari ketiga-tiga step rukun iman diatas dan ianya jadi sempurna. Amalan dan ilmu bathil kebiasaannya amat short cun dan tidak mempunyai aturan dan tertib. Sebagai contoh bagaimana ilmu bathil nie ada boleh dapat ialah seperti berikut.

Contoh:- tangkal kebal. Anda hanya perlu beli sahaja tangkal kebal, pakai dan terus kebal. Tak perlu akad dan tak perlu tasdiq. Perbuatan membeli dan ambil tangkal sudah memadai untuk anda dapat
1) Ilmu kebal.
2) Jin pendamping ilmu kebal.

Selain itu ilmu dan amalan yang haq tak boleh diwariskan. Seperti mana iman tak boleh diwariskan. Ilmu bathil pulak boleh diwariskan tanpa perlu ada sebarang syarat dan perbuatan. sebagai contoh diatas jika saya membeli tangkal kebal dan saya jadi kebal, jin pendamping ilmu kebal akan menjadi saka or warisan kepada anak cucu dan keturunan saya. Sukar nak dipercayai tetapi itulah yang saya pelajari dan alami sendiri.

Yang berlaku pada saya sebagai contoh, Datuk saya ada seorang bomoh urut patah yang amat ternama dinegeri kelahiran saya. PAtah riuk , tulang hancur dan sebagainya boleh diatasi dengan mudah oleh urut datuk saya. Ilmu urut patah adalah satu ilmu yang bathil yang menjadi saka kepada saya dan semua adik beradik saya. Adik saya dan diri saya sendiri sememangnya automatiknya boleh mengurut org yang terseliuh walaupun kami tak pernah belajar langsung ilmu mengurut. Datuk saya meninggal time saya masih kecik dan confirm satu benda pun saya tak belajar. Adik saya langsung tak sempat jumpa pun datuk saya, boleh secara tak sengaja mengurut kaki terseliuh dan patah sehingga sembuh.

ilmu urut patahnya short cut sebab, pagi urut patah tu, lepas siap urut terus baik. Kalau ikutkan hukum perubatan, bahagian yang patah  perlu disimen or tulang- tulang yang patah perlu disambungkan dengan skru. tempoh untuk sembuh dalam hukum perubatan biasa ialah sehingga sebulan. dgn urut patah, 10 minit anda terus baik. ini lah dinamakan short cut. Ada pulak jenis urut patah jenis sentuh aje, balik rumah..malam kang ada jin yang tolong betulkan bahagian yang patah. Yang ini lagi parah dari kes yang pertama tu.

Saya akan bercerita tentang ilmu urut patah pada posting seterusnya. Ada yang bertanya saya dimanakah nasnya mandi limau tanpa sebarang upacara (mandi biasa untuk wangikan badan) boleh jadi bathil. Jawapannya ialah:-

1) mandi limau adalah satu cara or pintu untuk makhluk halus masuk kedalam anda.
2) Mandi limau adalah perbuatan dari upacara keagamaan hindu. sebarang perbuatan dari upacara hindu sememangnya kuat unsur jin dan makhluk halus. Mandi limau suka-suka pun sebenarnya boleh menjadi pintu makhluk halus masuk kedalam diri anda.

Diharap dapat refer penerangan tentang ilmu bathil diatas dan cuba fahamkan perbuatan mandi limau tu. untuk ke post khusus untuk mandi limau, daun dan bunga sila klik disini

Saya hanya menyampaikan keran Allah semata-mata. Anda boleh terima dan anda boleh tolak.

Wallahuaklam..

11 ulasan:

  1. minta pandangan tentang ilmu khursani (ilmu air tulang belakang) ?

    BalasPadam
  2. salam tuan anon,

    saya pernah dengar serba sedikit tentang ilmu nie tetapi saya tak tahu secara mendalam mengenainya. Kalau nak senang cakap ilmu nie sememangnya bathil. Belajar sahaja ilmu nie dapatlah jin pendamping ilmu kursani nie. That why yang belajar ilmu nie dapat rasa sensasi dan kelebihan yang org lain tak dpt.

    Ilmu yang ada mantera hendaklah dijauhi. Setahu saya untuk menghidupkan ilmu nie kena membaca mantera tertentu. Mantera mostly berasal dari agama hindu. Apa sahaja amalan agama hindu sebaiknya dijauhi. Amat kuat unsur makhluk halus semua jenis amalan agama hindu.

    Ada certain benda dapat saya ceritakan didalam thread nie disebabkan level dan kesediaan org yang menerimanya. cukuplah sekadar saya bercerita dilevel surface sahaja. Nak masuk mendalam nanti ramai yang confuse.

    wallahuaklam...

    BalasPadam
  3. Salam.

    Dari segi perubatan,mandi bunga dan limau mewujudkan cas-cas ion positif kepada tubuh manusia disebabkan bahan semulajadi itu juga merupakan makhluk hidup dan berkemungkinan besar disebabkan rangsangan otak manusia yang bereaksi positif terhadap bauan yang wangi .Jadi,adakah salah sekiranya seseorang melakukan mandi bunga secara biasa atau disertai dengan 100% bacaan dari ayat Al Quran seperti Al-Fatihah,3 Kul,dan ayat Kursi?Mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      bab mandi-mandi limau, bunga dan daun saya dah kupas dalam post berikut.

      http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/04/mandi-minyak-mandi-bunga-dan-mandi-daun.html

      Adakah salah perbuatan mandi limau, daun dan bunga dengan iringan bacaaan Al-Quran? Sebenarnya takde beza pun cara mandi limau daun orang hindu cuma mereka membaca ayat kitab sutra mereka aja. Apakah beza amalan org hindu dan orang islam. Bukan kan amalan mandi limau, daun dan bunga itu amalan hindu yang dijenamakan islam?

      Salah atau betul tuan pilihlah. Satu benda yang penting untuk diketahui mandi barang-barang ini adalah salah satu jalan jin memasuki badan kita secara penuh dan 100%. Banyak yang kita boleh pelajari dari amalan dan ritual agama hindu dan buddha. Semua amalan mereka mempunyai unsur makhluk halus yang amat kuat dan semuanya bersebab.

      Jika mandi itu memasukkan jin pendamping ke dalam badan, dan menjadi ambilan dan pendaminping anda pula adakah tuan rasa amalan itu betul? Secara tak sedar tuan meminta pertolongan jin secara tak langsung.

      silalah layari link bab mandi tu dan tuan boleh kemukakan soalan seterusnya disana jika masih ada persoalan.

      Padam
  4. Bermula kejadian di awal penciptaan dengan kalimah bismillah.dimana dalam awal martabat hanya wujud zat mutlak berdirinya dengan tiada awalan dan pengakhirannya.Hadis qudsi 'Aku tiupkan RuhKu ke dalam jasad Adam..Dimana dengan dengan surah al-fatihah intipati segala surah lengkaplah kejadian Adam dan berdirinya dia menunaikan solat subuh dua rakaat.Firman Allah yang bermaksud setelah setelah sempurnaNya kejadian Adam,para malaikat,iblis dan segalanya diperintahkan sujud kepada Adam..Kenapa yer iblis dikisahkan sebgai ketua segala malaikat sedangkan asal ciptaan iblis daripada api dan malaikat daripada nur..sedangkan keduanya daripada asal usul yang berbeza..Siapa iblis dan malaikat sebenarnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalaamualaikum tuan anon,
      Banyak soalan tuan tetapi banyak soalan tuan tu berbentuk menguji. Anyway saya bukan expert dan pandai dalam bab yang tuan tanya. Yang bertanya lebih mengetahui dari yang ditanya. Anyway saya jawab lah apa yg saya tahu.

      Siapa malaikat dan siapa iblis?.jawapannya ada pada soalan tuan sendiri. Nak mengenal lebih lanjut berkenaan iblis dan malaikat, sila lah tanya Allah. Dia lebih kenal makhluk ciptaannya. Jawapan akan sampai pada tuan dalam pelbagai bentuk. Cuma nak terima.atau tidak sahaja menjadi persoalannya.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. salam ustaz.boleh scan sy..mohd faizaruddin shah bin mohd reza peter..seblom tu sy nak tnye.sy ade terbace ayat ilmu gentel lada itam ni kt blog lain..tapi sy lupa yg mane satu..mcm mane sy nk pulangkan balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Sila tgk history browsing tuan dan sekarang ni dalam google biasanya akan nyatakan bila last tuan access a blog or a website.
      2. Minta Allah per mudah kan tuan jumpa dan pulangkan ilmu gentel lada hitam tu ya

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Waalaikumussalam,
      1. Sila tgk history browsing tuan dan sekarang ni dalam google biasanya akan nyatakan bila last tuan access a blog or a website.
      2. Minta Allah per mudah kan tuan jumpa dan pulangkan ilmu gentel lada hitam tu ya

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Slm tn.. Camana nk buang segala jin yg msuk dlm diri kesan dr dgn sengaja mandi limau yg sndiri buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,
      1. gangguan utama cik sebenarnya saka.
      2. cara utk selesai kan jin yg masuj melalui mandi limau sendirian berhad tu ialah melalui teknik poliklinik.
      3. silalah email terus kpd saya kelak. ilmuhaqdanish@gmail.com

      Padam