Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 9 Oktober 2013

Q&A berkenaan bayaran yang dikenakan untuk rawatan dan bantuan oleh Ustaz Mail

Salam,

1.      Saya menerima banyak email berkenaan charge bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan dan bantuan oleh ustaz mail. Saya faham tentang masalah kesempitan duit dan masalah tak mampu oleh sebilangan pembaca. Apa apa pun dibawah adalah butiran bayaran dan sebab musabab kenapa bayaran dikenakan.
  • ·        Bayaran dikenakan ialah dalam RM400 seorang, maksima sehingga RM1000 tanpa mengira bilangan ahli keluarga jika memerlukan rawatan keseluruhan. Bayaran boleh dibuat ansurans 3-5 kali bayar sekiranya tidak mampu.

  • ·         ustaz mail tidak bekerja dan dia menumpukan hidupnya dan usaha dirinya membantu dan mengajar org mengatasi gangguan. Jika saya tidak bekerja dan membantu org kerja utama saya, saya sendiri pun akan mengenakan bayaran.

  • ·         bab bayaran tu memang agak tinggi tetapi sebenarnya, agak memenatkan dan amat menggunakan kekuatan dalaman dalam hal mencari dan membelasah syaitan dalam diri seseorang. Bab cedera dalam ni insyaAllah tuan tuan akan nampak sendiri. Tuan buang ilmu atau saka, ustaz mail akan sakit dan azab sehingga muntah darah. Memang sakit sebenarnya bila saka berpisah daripada badan kita, tetapi kebanyakkan orang tak rasa.

  • ·         bayaran yg dikenakan hanya sekali. Selepas jadi anak muridnya, rawatan susulan dan tunjuk ajar adalah percuma. Memang berbeza dengan darul sXXXX dan perubatan islam yang lain . Saya pun dah berubat byk kali kat darul sXXXX dan ustaz ustaznya tak ada rasa or penat or cedera langsung dalan berubatkan org. Bukan berubat, nambahkan saka si sakit sahaja.

  • ·        Perkhidmatan dalam bayaran tu memang banyak, mengajar, menunjuk, menscan, memclearkan rumah pesakit dan kadang kadang kerja kerja tambahan yang lain bergantung atas sakit pesakit tu sendiri.


Khamis, 26 September 2013

Ilmu Pengasih part 2. Simptom dan kupasan

Salam semua,

Saya ada post pasal ilmu pengasih sebelum ini dan kali ini saya nak bercerita lagi berkenaan dengan ilmu sihir ini. Untuk post yang lalu sila klik link dibawah:

http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2013/01/ilmu-pengasih-kupasan.html

Untuk memahami ilmu pengasih ni, senang nak faham adalah sihir. Walaupun menggunakan ayat alquran dan diajar oleh ustaz ustaz atau ahli agama. Didalam hadis menyatakan ilmu pengasih adalah sihir dan syirik.

Kali ini saya nak menceritakan tentang simptom simptom yang biasa dialami oleh orang orang yang menjadi mangsa ilmu pengasih.

1.    Kerinduan yang melampau lampau kepada individu tersebut.
2.    Suka dan minat tanpa sebab yang kukuh dan kenal mengenal.
3.    Sedih dan pilu tanpa sebab yang munasabah
4.    Tertutup nafsu pada pasangan masing masing (yang dah berkahwin) dan saling panas hati sesama sendiri walhal sebab yang kecil.
5.    Murung dan resah jika tak dapat berhubungan dengan si penyihir.
6.    Sering bergaduh sesama pasangan dan bagi isteri membuat apa sahaja untuk bercerai dengan suami mereka dan bagi suami, mencari alasan untuk menceraikan isteri mereka.
7.    Tanda tanda biasa yang dialami oleh orang bercinta.

Bagaimanakah ilmu ini berfungsi.?

Ahad, 15 September 2013

ustaz ismail telah kembali ke malaysia

Salam,

Untuk pengumuman, ustaz ismail telah selamat kembali ke malaysia setelah selesai tugas menyelesaikan gangguan di indonesia. Kepada pembaca blog yang mempunyai masalah dan menunggu beliau balik, silalah call dan aturkan temujanji anda dengan beliau.


Selasa, 10 September 2013

ustaz mail sekarang di padang indonesia dari 10hb hingga 15 sep

Salam,

Sedikit update terbaru tentang ustaz mail. Beliau sekarang berada di padang indonesia sehingga 15hb september ini bagi menyelesaikan masalah gangguan dinegara jiran.

Beliau dijangka akan ke sabah menjelang hujung bulan ini hingga akhir bulan oktober. Kepada pembaca dan peminat blog ini yang berada di Sabah terutama di KK dan Sandakan boleh lah menggunakan peluang ini untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar ustaz mail kelak.

Buat masa ini sukar untuk menhubungi beliau. Harap bersabar dan jika ada kes kecemasan bolehlah terus email kepada saya.

Wallahu aklam

Khamis, 18 Julai 2013

Bergantung pada Allah dan menyerah pada Allah dalam gangguan jin dan masalah

Salam,
  1. Agak lama saya tidak berkongsi pengetahuan yang tak seberapa saya dengan pembaca dan pengikut setia blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita tentang berserah pada Allah dan bergantung pada Allah dalam menghadapi gangguan jin dan juga masalah.
  2. Asas ilmu seorang yang mengaku islam adalah tauhid. Tauhid adalah kepercayaan kepada Allah yang satu dan basic ilmu tauhid ialah lailahaillah. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Didalam hadis dan Alquran banyak mengupas bab tauhid ini dan jika dibaca kitab tauhid ( yang dikarang oleh ulama bahagian tauhid) kepercayaan asas kita ialah semua makhluk dan apa sahaja yang telah berlaku, akan berlaku dan sedang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah semata mata. Didalam sebuah hadis dinyatakan takdir manusia adalah benda yg pertama yang Allah perintahkan kalam untuk menulis dan ini memakan banyak masa.

Rujuk hadis
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.

Ahad, 9 Jun 2013

Gangguan jin ujian dan kifarah Allah

Salam,

  1. Saya terpanggil untuk bercerita tentang musibah seperti gangguan jin dan kifarah Allah. Agak lama saya tidak bercerita kali ini saya akan kupas bab ini pula.

  1. Ada pembaca yang menghubungi saya dan bertanya berkenaan gangguan jin dan kenapa sebahagian pengamal ilmu bathil tidak terkena sebarang musibah dan gangguan jin. Jawapan saya adalah mudah. Sebabnya kifarah. Allah sayangkan kita dan itu lah sebabnya kita kena gangguan jin dan musibah.

Selasa, 28 Mei 2013

saya baru pulang dari umrah

Salam,

Maaf kepada semua pembaca yg menghantar email dan juga komen didalam blog saya yang tak seberapa ni. Saya baru sahaja balik dari umrah dan sesungguhnya ibadah umrah ini banyak mengajar saya tentang kebenaran tentang ilmu haq dan bathil.

Saya baru balik dari umrah dan Allah dah tunjukkan pada saya proses memisahkan yg bathil dari diri adalah proses yg panjang dan memakan masa. Umrah hanya mensucikan diri dari dosa tetapi bukanlah pendamping ilmu bathil dan ilmu bathil itu sendiri.

Amalan ibadat tetap sama tetapi jika tuan mendalami bab ilmu ha dan tauhid kelak setiap amalan yg nampak sama dengan orang lain di perdalamkan dan lebih berkesan dari amalan yg dilakukan dengan syirik. Banyak amalan yg ibadah yg kita buat tidak mendekatkan diri dengan Allah tetapi menjauhkan diri anda dengan Allah disebabkan syirik halus dan pendamping ilmu bathil yang juga membawa kita kepada syirik.


Ramai yang pergi umrah dan haji tetapi dalam kebanyakkan kes mereka tidak dapat mengubah mereka kepada baik yang kekal. Baiknya hanya sekejap sebelum merekea kembali kepada diri mereka sebelum mengerjakan haji dan umrah.

Punca nya mudah. Umrah dan ihram dapat menyucikan dosa dosa tetapi pendamping ilmu bathil dan saka masih menggangu diri dan dalaman seseorang dan meyebabkan mereka gagal berhijrah kepada yg lebih baik.

Saya akan cuba menjawab kesemua komen komen dan email yg diberikan kepada saya dalam masa terdekat ini. Harap maaf sebab lambat menjawab dan sebagainya.

Ustaz mail ada disemenanjung malaysia dan baru sahaja menyelesaikan masalah gangguan saka di kelantan dan kedah.

Harap pembaca g bermasalah nleh terus menghubungi ustaz mail. Kepada yg jauh dan tidak mampu saya akan bantu sedaya uapaya saya.


Wallahu aklam