Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 31 Mac 2026

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

 Assalamualaikum kepada semua pembaca semoga semuanya dirahmati Allah dan dalam KurniaNya.


Agak lama saya tak update blog saya ni. Nak bersawang dah jadinya. Saya hari ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Sebulan sudah kita berpuasa membersihkan batin kita dgn ibadah puasa dan akhirnya hari Raya sudah menjelang. Saya kebiasanya menggunakan hari raya ini sebagai satu cara untuk memulangkan ilmu dan kepunyaan bathil yang saya terambil dari kenalan dan sanak saudara saya. Ucapan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:-

"Selamat Hari Raya Aidil fitri tuan. Maaf zahir dan batin. Kosong kosong antara saya sekelurga dengan Tuan Sekeluarga"

Jika anda faham akad diatas maka tuan tuan dah faham sebahagian dari ilmu haq yang telah saya sampaikan. Jika ada para pembaca yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar berkenaan gangguan pada diri sendiri, pasangan dan kaum keluarga, sila hubungi ustaz ismail 011-1015 7393.

Salam hari raya kepada semua pembaca dan peminat blog saya. Saya doakan kebaikan dan rahmat Allah yang berterusan kepada anda semua.




Khamis, 5 Jun 2025

 Boleh atau tidak melawat kuil kuil Cina , Hindu dan Gereje untuk tujuan lawatan dan bersiar siar?


Assalamualaikum semua pembaca,

Maaf sudah agak lama saya tak kemaskini blog ini atas faktor faktor kesibukan. Saya terpanggil untuk membuat posting berkenaan ramai orang islam yang melawat kuil kuil hindu dan cina serta gereja apabila mereka pergi melancong ke dalam negara atau luar negara. Saya tidak akan mengupas hal ini berdasarkan hukum feqah haram makruh atau harus disebabkan banyak ustaz ustaz yang diluar sana sudah pun mengelaskan bab feqah ni.

Saya akan mengupas kenapa kita tak boleh atau larang untuk melawat masuk menangkap gambar selfie bagai didalam tempat ibadah non muslim dari segi ilmu haq. 


إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ إِنَـٰثًۭا وَإِن يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَـٰنًۭا مَّرِيدًۭا ١١٧

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka (4-17).


Dari ayat diatas sebenarnya menerangkan bahawa berhala berhala yang ada didalam kuil dan gereja itu adalah tempat syaitan yang derhaka tinggal. dari segi ilmu haqnya sememangnya banyak syaitan jin tinggal didalam kuil terutama nya di badan patung patung berhala yang disembah oleh non muslim. 

So barang siapa yang masuk kedalam kuil kuil ini walaupun berada diluar kawasan kuil tu sebenarnya sudah pun meletakkan dirinya menjadi sasaran serangan syaitan jin ini. Maksudnya jin ini akan menyerang dan masuk kedalam diri anda dan menggangu anda daripada dalam.

Ada satu kes yang melibatkan pesakit ustaz ismail ialah berkenaan tempat tidur anak pesakit yang dindingnya adalah altar tempat penyembahan hindu. disebelah rumah apartment ini keluarga hindu meletakkan altarnya didinding dan disebalik dinding tu, katil anak pesakit. betul betul sebelah sahaja. Apa yang berlaku pada anak pesakit ni ialah dia sepanjang waktu tidak sihat, demam sakit kepala lesu dan sentiasa sakit. apa yang berlaku ialah syaitan yang berada dipatung patung berhala ini telah masuk dan menyerang anak pesakit dirumah sebelah.

Saya harapkan para pembaca boleh mengambil pengajaran dari posting saya kali ini. Saya doakan semua pembaca dipermudahkan urusan dan rezeki dan diberikan ilmu yang haq yang bermanafaat pada diri anda dan keluarga anda.


Wallahuaklam



Ahad, 7 Julai 2024

Perkhidmatan membuang saka, ilmu batil dan membersihkan rumah dari gangguan

 Assalamualaikum para pembaca yg dirahmati Allah,


Semoga semua pembaca semua sihat dan didalam Rahmat Allah. Kepada pembaca yg memerlukan bantuan membuang saka, gangguan jin atau membersih rumah dari gangguan boleh call atau whatsapp terus kepada ustaz Ismail. 

Bab membersih rumah yg bergangguan ni satu topic yang akan saya kupas kelak 


Ismail 011-1015 7393.


Wallahuaklam 

Rabu, 9 November 2022


 Ajarkan pada anak-anak mu. Nampak HANTU kejar dan TUMBUK. Bukan lari dan TAKUT HANTU. Barulah Muslim sejati.




*Hadith 1 – Rasulullah Ingin Mengikat Jin Ifrit*



إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }

قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Isnin, 7 November 2022

Kemurungan (Depression) , serangan panic (panic attack) dan kegusaran melampau dan bipolar (anxiety) kupasan.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat,


Saya terpanggil untuk membuat sedikit kupasan berkenaan penyakit penyakit jiwa seperti kemurungan (Depression), panic attack dan anxiety attack. Banyak saya lihat didalam facebook orang menyiarkan kisah mereka yang diserang penyakit atau mengalami masalah masalah perasaan ini sehingga ada sebahagian mereka membunuh diri atau tidak dapat menjalani hidup yang selesa dan normal. Sefaham saya masalah depression, bipolar dan anxiety or panic attack ini sebenarnya masalah yang hampir sama berkenaan masalah jiwa dan perasaan.

Rabu, 13 April 2022

Selamat berpuasa dibulan penuh rahmat: persoalan syaitan diikat dibulan Ramadhan tetapai gangguan jin tetap ada.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Mohon maaf sebab lama tak update laman blog saya ni. Sibuk dgn urusan duniawi dan ukhrawi. Apa pun saya ingin share persoalan benarkah syaitan jin diikat sepanjang bulan Ramadhan akan tetapi kenapa masih ada gangguan dibulan mulia ini.

Perkara yang sering bermain difikiran segelintir manusia ketika bulan Ramadan. Sedikit ulangkaji buat mereka mereka yang memikirkannya.


Adakah syaitan dirantai atau dibelenggu ketika bulan Ramadan?


Sabda Rasulullah SAW, “Ketika masuk bulan Ramadan maka syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup” (HR Bukhari dan Muslim


Jika syaitan-syaitan dibelenggu atau dirantai, mengapa masih berleluasa kemaksiatan atau pun masih kelihatan kelibat makhluk durjana ini oleh sesetengah orang ketika bulan Ramadan?


Jawapan:

Hadith tersebut 100% betul. Yakinlah dengan sepenuh hati. Mungkin kefahaman untuk memahami hadith tersebut belum dikurniakan kepada kita lagi.


Syaitan atau jin yang dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan ialah syaitan atau jin yang TIDAK BERTUAN sahaja.


Walaubagaimanapun, syaitan atau jin yang BERTUAN tidak akan dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan. Ianya masih tetap kekal dalam tubuh badan pemiliknya.


Oleh sebab itu, di bulan Ramadan masih terdapat :

1) Orang yang terkena histeria

2) Orang yang berbuat maksiat

3) Sihir masih berjaya dilakukan

4) Orang bercakap dengan sakanya

5) Orang yang ada ilmu kebal masih kebal

6) Orang yang ternampak entiti ghaib

7) Orang baran melampaui batas

8) Gangguan sihir masih belum berhenti

9) Masih berinteraksi dengan "khadam" nya


Dan sebagainya.....


Oleh kerana itulah tidak ada apa yang perlu dihairankan sekiranya tingkahlaku sesetengah orang masih sama sepanjang bulan Ramadan.


Namun demikian, masih ada juga pendapat ilmuan ilmuan lain yang berlawanan dengan kenyataan diatas. 


Sebarang pendapat adalah diraikan. Ilmu dan kefahaman manusia berbeza beza. Orang memberikan pendapat mengikut tingkat ilmu yang dimiliki. Tidak perlu berbalah dalam menegakkan hujah masing masing. Berlapang dadalah.


Masih boleh ditolak hujah hujah diatas. Dipersilakan..


Jin, Iblis, Syaitan dan keturunannya mesti dikalahkan.


#dicopy dr anak murid saya en Harith.


Selamat berpuasa dan saya doakan semua dalam rahmat Allah semata mata




Ahad, 6 Jun 2021

Rawatan alternatif untuk covid19 dengan air zam zam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog,


Disebabkan sekarang kita satu Malaysia dan dunia sedang menghadapi wabak covid19 maka saya kemaskini dan up sekali lagi posting saya berkenaan rawatan covid19 dengan air zam zam.


MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI
Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat. 


Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku.

wahai Allah, engkau keluarkan, engkau hancurkan lah dan engkau binasakanlah segala kejahatan sakit kanser, sakit lieukimia, sakit jantung, sakit tumor, sakit covid19, ..(masukan kan sakit anda) yang ada pada diri ku. Engkaulah yg maha penyembuh maka sembuhkan dan permudahkan pemyembuhan penyakit (Covid19 dan  ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

Hadis-hadis rujukan berkenaan Air Zam-Zam.

Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
(HR Abu Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy dalamKanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.)

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit.”
(Lihat As Silsilah Ash Shahihah no. 1056

Doa air zam-zam ini adalah teknik basic dalam teknik bunuh jin, syaitan dan sekutunya. Cara penggunaan doa air zam-zam adalah seperti berikut:-

  1. Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin (yang tidak dibacakan doa dan rukyah) kedalam segelas air biasa.
  2. Duduk sambil mengadap kiblat.
  3. bacakan doa air zam-zam seperti diatas sambil mengadap gelas tersebut.
  4. Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
  5. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
  6. pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril. Si sakit minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara.
  7. teruskan usaha dengan perubatan moden dan hospital yang ada dan yakinkan bahawa rawatan adalah asbab semaya mata, Allah juga yg menyembuhkan dengan asbab yang betul.
  8. saya sertakan satu kisah berkenaan Nabi Musa a.s dan sakit gigi dan diharapkan semua dapat pengajaran. 
kisahnya begini .pada suatu hari Nabi Musa a.s. seteleah beberapa ketika terasa sakit gigi yang sangat dahsyat. baginda cuba bertahan dgn sakit giginya itu dan akhirnya selepaa tidak tahan maka banginda pun berdoa kepada Allah meminta Allah menyembuhkan sakit gigi nya. disebabkan oleh kelebihan Nabi Musa a.s. boleh bercakap terus dengan Alllah maka Allah menyuruh Nabi Musa a.s pergi kesuatu tempat dan memamah satu jenis daun daripada pokok  ditempat itu. tanpa membuang masa, Nabi Musa a.s terus ketempat yg disebutkan Allah dan memamah daun yg dimaksudkan oleh Allah. Dgn izin Allah, sakit gigi Nabi Musa hilang sekelip mata dan Nabi Musa a.s. pun balik lah kerumah nya kembali. selang beberapa hari tiba tiba sakit gigi Nabi Musa a.s datang balik .kali ini Nabi Musa a.s terus bergegas ke tempat yg sama untuk memamah daun yg tempoh harinya dimamahnya. malang sekali kali ini selepas memamah daun ubat tersebut sakit giginya jadi makin sakit. Nabi Musa kemudiannya terus bertanya kepada daun itu buatkan giginya makin sakit. Lalu Allah s.w.t pun menjawab, kali pertama engkau sakit , engkau memohon kepadaKu penyembuhan. kali ini engkau terus mencari ubat tanpa memohon daripada ku penyembuhan. maka tersedarlah Nabi musa a.s drpd kesilapan nya dan dia pun bertaubat atas kesalahannya.

so daripada kisah ini apa pun kaedah dan asbab untuk penyembuhan untuk segala jenis sakit adalah perlu walaupun untuk para Nabi sendiri dan Allah sahaja yg maha penyembuh. Dia yg memberikan kota sakit dan Dia juga maha menyembuhkan sakit kita 

saya berikan dan sampaikan yg haq semata-mata kepada semua pembaca tiada yg bathil dulu kini dan selamanya.

Tambahan:-
1. Boleh amalkan makan cengkih sehingga 5 ke 6 kuntum untuk rawatan alternatif sakit covid dimana ramai yang mengatakan ianya berkesan.
2. Jika ada kaum keluarga yang terkena sakit, sebaiknya bersedekah lah dimasjid masjid dan doakan diampunkan dosa kita dan doakan penyembuhan sakit tersebut.


wallahua'lam

Selasa, 5 Januari 2021

Hadis dan kisah belasah dan bunuh syaitan


Assalamualaikum dan salam sejahtera Semua,


lama saya tak update blog ini. berikut adalah himpunan kisah dan hadis berkenaan belasah dan pukul.serta bunuh jin. semoga bermanfaat. 

Amatlah menyedihkan pemahaman sebilangan besar daripada orang orang islam yang menganggap jin hanya boleh dikalahkan melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran atau rukyah. kefahaman berkenaan teknik belasah dan bunuh syaitan adalah berdasarkan hadis hadis dibawah ini.


------------

*Hadith 1 – Rasulullah Ingin Mengikat Jin Ifrit*

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }
قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Jumaat, 14 Februari 2020

Bolehkah orang bukan islam (non-muslim) mendapatkan bantuan dan rawatan daripada kami?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca ,

Harap maaf agak lama saya tidak mengemaskini blog saya. Dah agak bersawang jadinya. Apapun kali ini saya ingin mengupaskan persoalan bolehkan orang bukan islam belajar atau mendapatkan bantuan gangguan makluk halus daripada pihak kami.
Jawapannya ialah boleh. Ada beberapa pesakit bukan islam telah datang untuk mendapatkan bantuan daripada ustaz Ismail. Pada dasarnya gangguan pada orang islam dan bukan islam pada majority kes ialah berpunca daripada saka keturunan mereka. Semua orang ada saka sebenarnya tak kira islam atau bukan islam.
Sebahagian teknik asas belasah dan bunuh jin, orang bukan islam pun boleh gunakan akan tetapi hanya teknik teknik asas sahaja. Ini disebabkan teknik yang seterusnya memerlukan kebersihan dan diri yang betul kepada Allah.
Jika ada sebarang soalan boleh buat dirungan komen. Soalan berkenaan topik diatas atau pun soalan soalan lain.

Semoga semua pembaca mendapat keberkatan dan petunjuk yg haq daripada Allah sentiasa. Amin.

Rabu, 29 Mei 2019

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca,

Sudah lama saya tidak update dan kemaskini blog saya ni. Harap maaf jika lama tidak keudara disebabkan kesibukan rutin kerja cari makan saya. Ada orang minta saya habiskan kisah berkenaan gangguan saka. Lama cerita tu tergantung begitu sahaja. Saya pun dah lupa dimana terakhirnya saya berhenti dan kisah ceritanya.

Sudah 3 minggu kita dibulan ramadhan dan kita akan berjumpa Syawal seminggu lagi InsyaAllah. Saya akan cuba menulis disini dan mengupas kisah kisah ilmu bathil yang menggangu hidup kita semua.

Selamat Hari Raya, hari kemenangan. Jika ada sebarang persoalan yang ingin saya kupaskan,silalah komen dan saya akan kupaskan didalam posting berikutnya.

Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata tiada yang bathil kepada semua pembaca dulu kini dan selamanya. Saya juga ambil yang haq semata mata tiada yang bathil dari semua pembaca,dulu kini dan selamanya.


Ahad, 29 Julai 2018

rawatan sakit kanser, tumor, sakit jantung lieukimia, sakit aids, HIV dan sakit fizikal menggunakan air zam zam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog,

maaf kepada semua kerana agak lama saya tak kemaskini blog dan membuat pos baru .disebabkan adanya kes terbaru anak murid saya yang ada terkena sakit fizikal iaitu kanser maka kali ini saya akan mengupas rawatan sakit biasa menggunakannya air zam zam. berikut adalah doa yang diubahsuai untuk sakit fizikal biasa yang boleh diamalkan oleh semua

doa rawatan sakit medikal air zam zam

MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat. 


Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku.

wahai Allah, engkau keluarkan, engkau hancurkan lah dan engkau binasakanlah segala kejahatan sakit kanser, sakit lieukimia, sakit jantung, sakit tumor ..(masukan kan sakit anda) yang ada pada diri ku. Engkaulah yg maha penyembuh maka sembuhkan dan permudahkan pemyembuhan penyakit (.sakit anda) dan  ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH

Hadis-hadis rujukan berkenaan Air Zam-Zam.

Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)


Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
(HR Abu Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy dalamKanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.)

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit.”
(Lihat As Silsilah Ash Shahihah no. 1056

Doa air zam-zam ini adalah teknik basic dalam teknik bunuh jin, syaitan dan sekutunya. Cara penggunaan doa air zam-zam adalah seperti berikut:-

  1. Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin (yang tidak dibacakan doa dan rukyah) kedalam segelas air biasa.
  2. Duduk sambil mengadap kiblat.
  3. bacakan doa air zam-zam seperti diatas sambil mengadap gelas tersebut.
  4. Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
  5. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
  6. pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril. Si sakit minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara.
  7. teruskan usaha dengan perubatan moden dan hospital yang ada dan yakinkan bahawa rawatan adalah asbab semaya mata, Allah juga yg menyembuhkan dengan asbab yang betul.
  8. saya sertakan satu kisah berkenaan Nabi Musa a.s dan sakit gigi dan diharapkan semua dapat pengajaran. 
kisahnya begini .pada suatu hari Nabi Musa a.s. seteleah beberapa ketika terasa sakit gigi yang sangat dahsyat. baginda cuba bertahan dgn sakit giginya itu dan akhirnya selepaa tidak tahan maka banginda pun berdoa kepada Allah meminta Allah menyembuhkan sakit gigi nya. disebabkan oleh kelebihan Nabi Musa a.s. boleh bercakap terus dengan Alllah maka Allah menyuruh Nabi Musa a.s pergi kesuatu tempat dan memamah satu jenis daun daripada pokok  ditempat itu. tanpa membuang masa, Nabi Musa a.s terus ketempat yg disebutkan Allah dan memamah daun yg dimaksudkan oleh Allah. Dgn izin Allah, sakit gigi Nabi Musa hilang sekelip mata dan Nabi Musa a.s. pun balik lah kerumah nya kembali. selang beberapa hari tiba tiba sakit gigi Nabi Musa a.s datang balik .kali ini Nabi Musa a.s terus bergegas ke tempat yg sama untuk memamah daun yg tempoh harinya dimamahnya. malang sekali kali ini selepas memamah daun ubat tersebut sakit giginya jadi makin sakit. Nabi Musa kemudiannya terus bertanya kepada daun itu buatkan giginya makin sakit. Lalu Allah s.w.t pun menjawab, kali pertama engkau sakit , engkau memohon kepadaKu penyembuhan. kali ini engkau terus mencari ubat tanpa memohon daripada ku penyembuhan. maka tersedarlah Nabi musa a.s drpd kesilapan nya dan dia pun bertaubat atas kesalahannya.

so daripada kisah ini apa pun kaedah dan asbab untuk penyembuhan untuk segala jenis sakit adalah perlu walaupun untuk para Nabi sendiri dan Allah sahaja yg maha penyembuh. Dia yg memberikan kota sakit dan Dia juga maha menyembuhkan sakit kita 

saya berikan dan sampaikan yg haq semata-mata kepada semua pembaca tiada yg bathil dulu kini dan selamanya.


wallahua'lam

Rabu, 3 Januari 2018

Pokok pokok yang menjadi rumah / kediaman jin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


maaf lama tak kemaskini blog saya yang tak seberapa ni. banyak permintaan pembaca minta saya buat posting baru berkenaan banyak topik topik. Apa pun kupasan kali ini adalah pokok pokok yang menjadi rumah dan kediaman jin.

Rabu, 11 Oktober 2017

Ilmu Pengasih dan seri muka. Kupasan simptom , cara terkena dan siapa yang biasanya menyihir anda. Soalan lazim dan Jawapan- Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para peminat dan pembaca blog saya.

Maaf sebab lama tak kemaskini blog saya ni. Agak sibuk dengan kerja dan sangat banyak keluar stesyen. Banyak email saya terima berkenaan ilmu pengasih ni. Ada yang diri sendiri terkena dan ada banyak juga pasangan mereka yang terkena yang menyebabkan keluarga jadi hura hara dan konflik. Apa pun saya akan ceritakan serba sedikit berkenaan symptom terkena ilmu pengasih dan ilmu seri muka. Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata tiada yang bathil kepada semua pembaca dulu sekarang dan akan datang.

untuk link kepada post terdahulu (part 2) sila layari link dibawah:-

http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2013/09/ilmu-pengasih-part-2-simptom-dan-kupasan.html?m=1

S: Apakah Simptom terkena ilmu pengasih dan seri Muka. Kedua dua jenis ilmu sihir ni biasanya dalam dalam satu pakej.

Khamis, 31 Ogos 2017

makluman: ustaz ismail berada di ppr rejang setapak jaya

Assalamualaikum semua,

sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ustaz Ismail sekarang berada di setapak jaya. kepada semua pembaca yg bermasalah silalah call ustaz Ismail dan aturkan temujanji ya.

0193619305

wallahua'lam

Selasa, 25 Julai 2017

contoh kisah jin asyik saka untuk pengajaran para pembaca

Assalamualaikum kepada semua para pembaca,

berikut adalah kisah terbaru syaitan saka merogol atau melakukan hubungan seks terlarang dgn manusia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1423232774425131&id=183628745052213

banyak kisah kisah sebegini berlaku sebenarnya.
diharapkan para pembaca yang bermasalah sebegini dapat call dan aturkan temujanji dgn ustaz Ismail.

wallahua'lam

Selasa, 18 Julai 2017

Pengumuman: Penipuan yang menggunakan nama Ustaz Ismail dengan cara telefon dan meminta bank in duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Dimaklumkan baru sahaja berlaku insiden dimana pesakit telah menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku diri nya ustaz ismail dan meminta bayaran untuk mengubati anak mangsa.

Diharapkan semua jangan letakkan no telefon anda pada komen, Silalah email terus kepada saya nombor telefon anda bagi mengelakkan nombor telefon anda disalah gunakan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

untuk makluman:-
1) Ustaz ismail tidak akan meminta bayaran sebelum kerja dilaksanakan. Hanya selepas kerja dibuat barulah bayaran diminta. Jumpa dia baru lah bayar.
2. Silalah call nombor ustaz ismail yang sebenar. 019-3619305 dan 011-10157393. Hanya dua nombor ini sahaja nombor sebenar ustaz ismail. Jika anda menerima call daripada no selain daripada nombor diatas dan dirinya mengaku ustaz ismail maka itu adalah cubaan penipuan.
3. Sila berhati hati jika menerima sebarang panggilan penipu yang menggunakan no selain daripada nombor diatas yang meminta bayaran atas nama ustaz ismail.
4. saya sertakan no penipu yang menggunakan no berikut. sila jangan bank in sebarang duit kepada org ini. nombornya seperti berikut:

011-3977 3877
011-3701 2598

jika tuan puan ada menerima call drpd nombor ini dan mengaku dirinya ismail dan meminta bayaran bank in sila jangan layan.
4. Diharapkan tiada sebarang insiden penipuan yang menggunakan nama ustaz ismail berlaku lagi selepas ini. jika ada pihak kami tidak akan tergak agak membuat laporan polis. tiada sebarang kompromi.
5. Ada sebarang soalan boleh email terus kepada saya atau telefon nombor diatas untuk bercakap terus dengan ustaz ismail.


Wallahuaklam

Selasa, 4 Julai 2017

Pengumuman: ustaz ismail sudah kembali bekerja dan merawat

Assalamualaikum kepada semua para pembaca,

1. harap maaf sebab saya lama tak kemaskini blog saya yang tak seberapa ni. maaf beribu ribu maaf.
2. semperna hari raya ni saya ingin mengucapkan selamat hari raya aildilfitri kepada semua umat islam maaf zahir dan batin.
3. ustaz Ismail sudah kembali bekerja untuk merawat para pembaca dan pesakit. Akan tetapi dia masih berkerusi roda dan bertongkat.
4. kepada para pembaca yang ingin dapatkan bantuan dia silalah telefon 0193619305.
5. sebaiknya call. whataps agak lambat dibalas dan sebaiknya aturkan temujanji dengan dia.
6. silalah email kepada saya jika ada sebarang masalah. ilmuhaqdanish@gmail.com

wallahua'lam

Rabu, 22 Februari 2017

Ustaz Ismail Kemalangan dan Sedang Berehat 5 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca,

Maaf saya lama tak update blog saya yang tak seberapa ni. Saya ingin memaklumkan bahawa ustaz ismail terlibat dalam kemalangan pada tengah bulan lepas dan sekarang ni sedang berehat di rumahnya di Sabak Bernam.

kepada pembaca yang bermasalah silalah email terus kepada saya. Saya akan membantu secara email buat masa ini dan jika ustaz ismail dah sembuh sepenunya, maka saya akan kemaskini keadaan dia kelak.

Wallahuaklam

Khamis, 22 Disember 2016

Ustaz Ismail sudah Kembali ke semenanjung Malaysia hari ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Adalah dimaklumkan ustaz ismail dah selamat kembali ke semenanjung malaysia dan sedia untuk berkhidmat. Kepada para pembaca yang bermasalah gangguan, rumah bergangguan dan sebagainya silalah call dia untuk temujanji. 0193619305.

Wallahuaklam