Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 11 Oktober 2017

Ilmu Pengasih dan seri muka. Kupasan simptom , cara terkena dan siapa yang biasanya menyihir anda. Soalan lazim dan Jawapan- Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para peminat dan pembaca blog saya.

Maaf sebab lama tak kemaskini blog saya ni. Agak sibuk dengan kerja dan sangat banyak keluar stesyen. Banyak email saya terima berkenaan ilmu pengasih ni. Ada yang diri sendiri terkena dan ada banyak juga pasangan mereka yang terkena yang menyebabkan keluarga jadi hura hara dan konflik. Apa pun saya akan ceritakan serba sedikit berkenaan symptom terkena ilmu pengasih dan ilmu seri muka. Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata tiada yang bathil kepada semua pembaca dulu sekarang dan akan datang.

untuk link kepada post terdahulu (part 2) sila layari link dibawah:-

http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2013/09/ilmu-pengasih-part-2-simptom-dan-kupasan.html?m=1

S: Apakah Simptom terkena ilmu pengasih dan seri Muka. Kedua dua jenis ilmu sihir ni biasanya dalam dalam satu pakej.


J: simpton terkena ilmu pengasih ni sebenarnya sangat biasa kita semua rasa dan kena. Nak mudah faham?

  • Angau :-Bak kata orang mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.
  •   Kerinduan yang melampau lampau. - Sampai jadi mcm symptom kat atas.
  • Mimpi orang yg menyihir anda. – Anda akan termimpikan org yang menyihir anda. Biasanya org mimpi bercinta atau mimpi yang melibatkan seks.
  • Benci dan marah pada pasangan:- Ini adalah peranan utama sihir pengasih. Buatkan anda sayang sangat pada penyihir dan membenci atau meluat dengan pasangan yang sedia ada.
  • Cinta padang pertama :- ini adalah symptom biasa ilmu sihir pengasih dan seri Muka. Nak senang faham, semua cinta pandang pertama adalah maksud anda dah terkena sihir. Tak wujud pun cinta padang pertama sebenarnya tanpa penglibatan makhluk halus sihir.

S: Bagaiman sihir ini boleh terkena pada anda dan siapa kah biasanya penyihir ni? Adakah perlukan khidmat bomoh untuk menyihir.

J: Sihir pengasih ni boleh dikenakan pada anda atau anda diserang dengan ilmu ini dengan pelbagai cara.


  • Jarak jauh :- cukup hanya memandang anda dengan niat, penyihir boleh mengerakkan jin pendamping ilmu untuk masuk terus kedalam hati anda.
  • pemberian barang, makanan dan ilmu (nasihat, amalan) :- Ini adalah satu penyebab utama sihir pengasih sukar dipulihkan dengan cara perubatan islam kovensional. Sihir pada dasarnya adalah jenis serangan akan tetapi jika sihir ni dikenakan melalui pemberian barang, makanan dan ilmu maka sihir ini akan tukar status menjadi ambilan secara tak sengaja kepada si mangsa. Ramai yang kena dengan cara ini. Jadi cara nak kalahkan ilmu ni ada dua. Satu kena pulangkan ambilan dulu selepas tu belasah serangan sihir tu. Bab ni saya akan jelaskan pada part 2.
  • Jarak dekat Jenis sapu, sentuh :- Sihir jenis ini banyak yang tahu dan faham. Kebanyakkan orang rasa ini sahaja lah ilmu ni dikenakan pada anda atau pasangan anda atau anak anak anda. Sebenarnya, tanpa perlu penyihir sapu minyak senyoyong atau minyak dagu atau minyak cenuai pun, ilmu tu boleh terkena gunakan cara jarak jauh seperti point nombor satu. Cuma jika terkena sentuh effeknya lebih kuat dan lebih dalam.


S: Siapakah yang biasanya menyihir anda dengan ilmu pengasih dan seri muka dan adakah memerlukan khidmat bomoh/dukun/ustaz?

J: untuk soalan ini, malang sekali semua orang berisiko untuk menyihir dan disihir. Ramai yang fikir diri mereka tiada ilmu pengasih dan seri muka. Sebenarnya ramai yang terambik ilmu ni tanpa sedar dan faham. Contoh anda ada terambil ilmu sihir pengasih/ seri muka:-


  • Pernah belajar atau amalkan ilmu pengasih bersadur islamik yang menggunakan ayat ayat alquran termasuklah ayat ayat daripada surah yusuf. Amalan bacaan ayat alquran untuk tujuan pasangan atau orang lain sayangkan kita adalah amalan bathil. Setakat ini tiada sebarang dalil atau nas hadis dimana Rasulullah s.a.w ajarkankan kita baca sepotong dua atau beberapa baris ayat alquran yang maksudnya ayat tersebut sangat lain untuk tujuan pengasih. Sangat ramai yang ada jenis ilmu ni.
  • Pernah disolek mak andam pak andam semasa bersanding. 
  • pernah terbeli minyak pengasih:- Minyak syifa pengasih, Minyak Kasturi pengasih, Minyak cenuai, minyak dagu, minyak senyonyong dan pelbagai jenis minyak dan haruman untuk pengasih yang islamik atau tidak.
  •  Pernah menjalani rawatan spa seperti mandi susu, mandi aura bunga, mandi pelbagai jenis daun, untuk rezeki, jodoh dan kecantikan biasa. 
  • Pernah membeli atau dapat tangkal atau cincin atau permata yang berkhasiat pengasih.

Bab untuk mengatasi masalah sihir pengasih ni, saya akan sambung pada part ke 4. Jika ada soalan silalah komen ya.

Wallahuaklam

20 ulasan:

  1. Assalamualaikum . saya Arina berasal dari kota tinggi johor , umur 18 . saya nak tanya pendapat tuan , dah beberapa minggu saya asyik bermimpi perkara2 yang melibatkan binatang2 bisa . kadnag2 binatang dalam mimpi tu binatang yang pelik tak pernah jumpa tapi berbisa . saya juga mengalami sakit belakang tengkuk selama 3 4 hari ia seakan ade sesuatu di belakang saya . saya berasa lemah , nak demam , loya , pening dan mcm2 lagi . saya juga sering berasa takut kadang2 saya rasa macam ada orang memerhati , bunyi pelik2 dalam rumah . dan baru2 ni ada ular bewarna hitam ingin mematu kakak saya dan katak juga berada di dalam tandas . adakah ianya gangguan jin atau sebaliknya ? mohon pencerahan tuan . terima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam arina,
      1. gangguan cik tu byk berpunca daripada saka keturunan cik drpd belab emak dan agah.
      2. ular n katak merujuk kepada saka sebenarnya.
      3 memang gangguan jin.
      4. sebaiknya pujuk ayah dan emak minta mereka dpt kan bantuan ustaz Ismail.
      5.ada sebarang masalah silalah e-mail kpd saya kelak.

      wallahua'lam

      Padam
  2. Salam tuan,

    Sekiranya pergi ke spa dengan niat untuk memanjakan diri dengan buat facial, mandi sauna, mandi susu atau bunga tetap kena juga ye. Apa nak dibuat jika spa tersebut dah lama tutup dan memang tidak ingat langsung nama syarikat atau lokasi kedai sebab kawasan tersebut dah diubah suai.

    Bagaimana pula dengan produk minyak aroma pati Aura Seri, adakah mengandungi ilmu pengasih dan seri muka ni.

    Harap dapat penjelasan tuan, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tanpa nama,
      1. cik kena cari siapa owner kedai tu dan boleh akad pulangkan pada owner kedai tu. insyaallah boleh dicari siapa owner kedai tu. cuma.nak kena rajin tanya org disekeliling kedai tun
      2. ya. produk tu ada pendamping ilmu pengasih dan seri muka.

      wallahua'lam

      Padam
  3. salam tuan, saya nak tanya bermula pada 1 malam tu saya ambil pakaian yg saya jemur di luar rumah (di bahagian luar dapur).malam kedua baru saya ambil lepas tu terus pakai.bila pakai je saya rasa mcm ada benda2 merayap di belakang badan.lepas tu rasa nak marahh nak mengamuk tiba2.lepas tu saya buka baju tu baru rasa reda dan ok.tp baju2 yg dijemur malam tu kebanyakan buat saya rasa camtu.dan terasa mcm ada benda cuba masuk ke dalam belakang badan.dan tak lama lepas tu saya ada rasa sakit2 tangan..badan dan merayap di kepala sampai la satu masa tu saya dh dirasuk.pukul 7 malam masa tu ptama kali saya dirasuk selepas saya rasa sakit2 tgn.dan esok2 tu sampai ada saya tak boleh dengar azan saya akan mula nak jadi.bila adik2 dh baca doa bg minum apa smua baru sy ok.saya memang dh berubat la lepas tu.skg yg sy hairan..kenapa rumah saya tak ada cicak tp sekarang ni ada la beberapa kali datang cicak hitam.hari tu mak saya dh bunuh spray dgn ridsect.semalam saya rasa mcm gementar rasa x sedap hati je lepas solat.lepas tu saya ingat nak pegi baca yaasin la dan nak masuk bilik air amik wuduk.dan masa saya nak masuk bilik air tu..saya trlangkah masuk tp keluar balik sebab trlupa baca doa.then baru saya masuk balik tiba2 ada cicak hitam jatuh nasib baik tak terkena saya.agaknya kalau saya terus masuk tadi dh jatuh atas saya.padahal di rumah saya ni apartment tgkt 11 saya perhatikan memang takde cicak pun di atas2 siling ni.saya juga pernah berubat di darusyifa dgn seorang ustaz yg agak tua katanya memang saya ada gangguan.dan ada seorang pak haji lagi cakap ni bukan saka..saka lain katanya.jadi saya cuba la nak bertanya dekat tuan pula.adakah ini tanda sihir atau apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam cik,
      1. panjang cerita cik tu dan saya faham.
      2. gangguan cik ni byk berpunca drpd saka keluarga cik drpd belah emak dan ayah.
      3. sebaiknya cik call dan aturkan temujanji dgn ustaz Ismail ya.
      4. ada apa masalah silalah email saya kelak.

      wallahua'lam

      Padam
    2. ya sebenarnya panjang lagi ceritanya tp saya x larat tuliskan.pendekkan jela.jadi Tuan rasa ini bpunca dari saja keluarga la ye.masa sy kena rasuk tu ada perawat yang tanya dari mana asal dan siapa saya.dan saya ada bagitahu nama seseorang.jadi tu sebenarnya mainan jin saka tu ke Tuan untuk buat pecahbelahkan syakwasangka dkt orang lain?

      Padam
    3. Assalamualaikum,
      1. sebaiknya kalau betul.nak bantuan email terus kepada saya. ilmuhaqdanish@gmail.com
      2. komen diblog ni agak terhad dan sgt kurang privasi.
      3.ya. betul..mainan jin saka. kerja tanya syaitan jin mana dtg dan asal usul nya adalah kerja buang masa. 100% penipuan.. syaitan ini takkan bagitau asal usul sebenarnya.

      wallahua'lam

      Padam
    4. wslm ok baik. terima kasih tuan. nnt sy emelkan ya.

      Padam
  4. Assalamualaikum...nak tnya..klau org terkena ilmu pengasih ni adakah org yg kena tu xbrasa apa2...mcm xdk mmpi apa2...tpi dia mmg lupa trus dgn bkal bini dia skrg...bila ajak p berubat dia cakap xdak sapa kena sihir pn..xdk brasa sakit2 apa pn...boleh jlaskan x

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam nur ain,
      1. ya betul. kesemua org yg terkena ilmu pengasih x merasa mereka kena ilmu pengasih.
      2. sebaiknya dapatkan bantuan mak ayah bf cik tu untuk dapatkan bantuan ustaz mail.

      wallahua'lam

      Padam
  5. Salam, saya pernah mengamalkan amalan ayat yusuf sebagai ayat seri muka daripada majalah mastika 3-4 tahun yg lalu. Bagaimana saya mahu pulangkan ilmu tersebut? Adakah melalui emel ke syarikat utusan sudah memadai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sebutkan amalan apa yg diambil dan pulangkan ilmu tu kepada wakil syarikat.

      Padam
  6. Asslm..sy sering diganggu lembaga yg ble bertukar2 rupa , sekejap bersongkok , skjp spt pahlawan dulu2 punya senjata sabit , skjp pontianak dn bnyk lg..sering merasa gatal2 berair dkaki dn tngn , mak sy pula sering sakit didahi & pening2 dn berat badan , adik bongsu pula tiba2 berubah sikap sehingga tdk mahu dtng ke sekolah , sering merasa sejuk dikedua kaki , bapa pula seorng yg cept marah dn selalu sakit di tngn dn kaki , mak kdng bercerita sering ternmpk kelibat hantu warna merah , adakah itu petanda gangguan saka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Ya tu petanda gangguan saka dr belah emak dan ayah.

      Padam
  7. Assalamualaikum, kalau tiba2 saya mimpikan org yg sama setiap mlm, tiba2 ada rasa suka pada org tu, rasa rindu setiap hari, muka dia biasa saja tp saya rasa dia sgt manis tiba2. Asyik fikirkan dia sja setiap masa. Itu terkena pengasih ke?? Tlg la saya swbab hati saya mcm berbelah bagi, mcm tak suka tapi mcm asyik terfikir psl dia. Saya rasa rindu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Ya dah terkena ilmu pengasih dan penunduk.

      Padam
  8. Assalamualaikum ustaz..
    Saya ingin bertanya saya kerap bermimpi memasuki tandas yang kotor..kotor yg bermaksud penuh dengan najis,lumut..mimpi ini berlarutan..boleh jelaskan apa makna mimpi saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Mimpi tu petanda saka.

      Wallahua'lam

      Padam