Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 3 Januari 2018

Pokok pokok yang menjadi rumah / kediaman jin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


maaf lama tak kemaskini blog saya yang tak seberapa ni. banyak permintaan pembaca minta saya buat posting baru berkenaan banyak topik topik. Apa pun kupasan kali ini adalah pokok pokok yang menjadi rumah dan kediaman jin.



berikut adalah senarai pokok pokok yang menjadi kediaman jin

  1. pokok kekabu.
  2. pokok palm merah
  3. pokok palm kuning
  4. pokok rhu
  5. pokok ara
  6. pokok langsuir. (sila google untuk kenal pokok ni)
  7. pokok duit duit.
  8. pokok pine
  9. pokok ketapang
  10. pokok tanduk rusa 
  11. pokok semambu
ada pembaca yang rasa pendedahan saya ni adapah benda yang mengarut. saya biasa minta aesiapa yang meragui saya untuk cuba sendiri cari pasal dengan pokok pokok ini. saya tidak mencadangkan buat ujian ni sendiri, tetapi ini adalah satu cara yang boleh anda buktikan sendiri. sila takik batang pokok pokok dengan parang atau pisau atau benda tajam. jika boleh tebang sebatang ata sedahan pokok pokok ni. kebiasaannya anda akan demam/ sakit lepas buat ujian seperti ini.

apapun saya sangat tidak mencadangkan atau menyuruh pembaca cari pasal seperti cara diatas.

sila jauhkan diri daripada menanam/ membawa masuk pokok pokok ini sebagai perhiasan atau landscaping dikawasan rumah anda.


semoga posting saya kali ini bermanafaat. saya sampaikan dan berikan yg Haq semata mata taifa yang bathil kepada semua pembaca dulu kini dan selamanya.

wallahua'lam

36 ulasan:

  1. orite...tq cik wan

    BalasPadam
  2. Ya betul..tukang kebun sebuah sekolah meninggal secara misteri selepas menebang pokok-pokok pine di kawasan sekolah tersebut.Demam tak kebah-kebah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Innalillahi wainnailaji rajiun. Ada cara yg sepatutnya dibuat jika tebang pokok tu..kena bakar kesemua sekali pokok pokok tu.

      Padam
  3. bagaimana cara menghapuskan jenis pokok ini jika sudah tertanam? jika di tebang takut nanti sakit/demam pulak tiba-tiba

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum,
      ada caranya. lepas tebang sebaiknya terus bakar pokok pokok ni. jangan tebang biarkan esok lusa baru nak bakar. tebang, potong kecil pastu bakar.
      bakar pun ada caranya. nyalakan api gunakan minyak diesel sebagai pengalak, terus paling jangan pandang api tu terbakar.

      wallahua'lam

      Padam
  4. ada kebenarannya....

    cuba tengok pokok2 apa yg ditanam di kebanyakan restoran... tak lain tak bukan kalau pokok PALMA KUNING... orang yg datang ke restoran tu pasti ramai sbb sedap makan taik yg diberak oleh jin2 kat situ sbb pemilik restoran dah sediakan pokok palma kuning sebagai penginapannye... saya sendiri pernah tengok tempat tok pekong buddha diletak kelilingnye penuh dgn pokok palma kuning....

    Cuba tengok pokok apa yg digemari oleh org cina ditanam keliling pagar... sudah tentu pokok PALMA MERAH... kini dah jadi budaya org melayu di bandar2... kononnye nak buat pagar, tapi lain sebaliknye... tok sami tu ikut aje cakap dewanya suruh pemilik rumah tanam pokok palma merah kononnya ada ong... padahal dewa tu lah syaitan...

    pernah dengar sejarah pokok PINE? ia ada kaitan dengan Namrud dan perayaan krismas... dimana ada amalan kebathilan,maka disitu ada syaitan... Namrud satu manusia yg mengaku Tuhan, Ibunya pula dijadikan isterinya... bila namrud mati, ibu/isterinya gantung barang2 pd pokok pine sempena mengingati namrud pada 25 disember bertepatan dgn perayaan krismas... patung ibu/isteri namrud pula tercegat berdiri di New York iaitu statue of liberty... kat situ berduyun-duyun syaitan... sbb tu dgn senang david copperfield dpt hilangkan statue of liberty sbb dah kawtim dgn syaitan2 tu...

    Pokok SEMAMBU pula kalau ikutkan banyak manfaat kesihatan kalau dibuat kajian saintifik... tapi malangnya syaitan suka kat pokok tu... kalau tak caya cuba singgah kuil2 hinddu, pokok apa yg suka ditanamnya depan kuil tu... mesti ada sebabnya... dah disuruh oleh sami hinddu... sapa yg suruh sami hinddu tanam... dah tentu dewanya... sapa dewanya kalau bukan syaitan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess....tpi byk mangkuk2 xcaya

      Padam
  5. salam en Danish,

    Apa pendapat tuan jika tanam pokok di bawah kat kawasan rumah.

    1. pokok bidara
    2. pokok serai wangi
    3. pokok mungai / kilo

    Wallahua'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tuan tanpa nama,
      1. pokok bidara sila elakkan.
      2. serai wangi sila teruskan.
      3. pokok kilo sila elakkan.

      wallahua'lam

      Padam
    2. Adakah pokok atau bau serai wangi tidak disukai jin?

      Padam
  6. betul ke pokok berduri tak disukai jin seperti pokok bunga mawar

    BalasPadam
  7. Maaf pohon bertanya..kenapa bidara dsn kilo perlu dielakan.. masjid biase ade bidara

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah saya nak jawab soalan ni. dua dua pokok ni ada penumpang sebenarnya.


      wallahua'lam

      Padam
    2. Ya, betul. Saya dah tanam 3 pokok bidara. Memang betul . Saya pernah ternampak memang ada benda hitam kat pokok bidara .

      Padam
  8. kalau begitu..bolehkah kita tanam pokok bunga mawar encik danish? ataupun mana-mana pokok berduri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum,
      boleh. tanam lah mana mana yg cik suka.

      Padam
  9. Mohamad Firdaus Bin Haini8 Mei 2018 pada 10:55 PG

    Tumpang tanya, maaf kalau lari dari topik pokok. Contoh saya beli minyak kasturi putih, tapi dalam botol tu ada letak daun bidara. Ada yang menumpang ke dalam botol tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum tuan mohammad firdaus.
      1. ya ada.

      wallahua'lam

      Padam
  10. Salam tuan,

    Bagaimana pula dengan pokok limau purut dan cempaka. Boleh ditanam x.

    BalasPadam
  11. waalaikumussalam tuan,
    1. limau purut boleh tanam kat kawasan rumah.
    2. pokok Cempaka terpulang lah pada tuan.

    wallahua'lam

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum tuan,

    Saya tertarik dengan soalan saudara Mohamad Firdaus Bin Haini (8 Mei 2018) berkenaan daun bidara dalam minyak kasturi. Ini kerana saya telah terbeli minyak wangi aromaterapi bidara an-nuur yang kononnya boleh digunakan untuk mengesan jin dalam tubuh dengan melakukan bacaan zikir tertentu. Malangnya saya telah terbuang kertas panduan yang dapat bersama minyak wangi tersebut. Saya tidak melaksanakan apa-apa amalan yang dapat bersama kertas tersebut. Bolehkah saya buang minyak tersebut dalam lubang tandas? Apa yang perlu saya buat dengan botol kaca minyak wangi tersebut? Saya juga melakukan doa air zamzam yang didapati dalam blog tuan. Harap dapat tunjuk ajar tuan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Buang dlm lubang tandas dan akadlah pulangkan kepada empunya nya.

      Padam
  13. bagaimana dengan pokok bdara jenis berduri? Tak boleh tanam. jika dah ditanam ..gimana cara buangnya? bagi pada penjual pokok tu balik boleh tak?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...perubatan Islam sudah sebati dalam kehidupan saya selepas sy berikhtiar dgn perubatan moden...contoh demam yg tidak kebah...sy akan berubat dengan kaedah syifak Islam...antara caranya dengan mandi menggunakan daun bidara? Boleh ke tuan ?sy bimbang ada yg menumpang badan saya.Sekadar bertanya, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Tak boleh sebenarnya mandi daun bidara. Mmg ada benda masuk badan.

      Wallahua'lam

      Padam
  15. Unknown berkata...
    Assalam tuan.
    Sy alami sakit bahu kiri. Kebiasaannya dr magrib hingga malam rasa sakit2 bahu. Sy tak tahu sakit ni disebabkan sihir, saka atau ape. Boleh tuan jelaskan punca?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Sakit bahu berpunca daripada urutan yg pernah dibuat sebelum ini.. urutan mmg cara benda halus masuk badan.

      Wallahua'lam

      Padam
  16. Assalamualaikum
    Macam ni tuan.saya nk Tanya ade pokok Palm kuning Kat rumah saye...semalam Masa saya balik Dari sekolah mak saya t sakit perut...saya baca Yasin pun tk hilang..ayah saya ubatkan pun x hilang2.. lepas nenek saye dtg dri kampung nenek saye Kate ade 3 Jin dekat mak saya...nenek saye Kate dia dh buang satu Jin tu...yg tinggal dia je...satu tu dia duduk Kat leher...satu lagi dia duduk Kat perut..mak saya dibawa pulang ke kampung untuk berubat dengan ustaz2.. jadi SOALAN saya..mengapakah jadi begitu?adakah sebab disihir atau sbb yg lain? Sila beri penerangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Byk punca sakit ni sebenarnya. Saka dan ambilan ilmu l. Bukanlah dari pokok tu semata mata. Punca sampingan sahaja.

      Padam
  17. Assalamualaikum en Danish. Klu pokok daun bidara berduri pun ada yg tumpang ker?

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum tuan,

    Pokok lidah jin atau lidah mertua boleh tak tanam kat rumah?

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum..bukankah pokok bidara digunakan oleh Perawat Islam...maaf ya...cuma konfius sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      Ya betul. Hampir kesemua perubatan islam guna daun pokok bidara..tu yg sakit pesakit tak baik baik. Makin teruk jadinya.


      Wallahua'lam

      Padam