Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 28 Ogos 2011

Saya akan Beraya di Pahang Terengganu dan Kelantan.

Salam dan Selamat Hari Raya,

Untuk makluman pembaca saya dan ustaz mail akan beraya di Pahang, Terengganu dan Kelantan pada hari raya ini. Hari raya pertama di Pahang, hari raya ke 2 di Kuala Terengganu dan hari raya ke tiga di Pasir Mas kelantan.

Kepada sesiapa yang ingin berjumpa, sila call no yang diberikan didalam blog saya nie dan saya akan cuba aturkan sedikit masa time raya nie. Maybe saya lama sikit kat Pasir Mas kelantan untuk 2-3 hari disana.

Sebenarnya agak sukar untuk saya berjalan-jalan seperti ini disebabkan kerja rutin makan gaji saya. Anyway ini cuma makluman sahaja kepada pembaca setia blog saya.

Jika ada pertanyaan sila e-mail kepada saya or call no yang diberikan.

Semoga Allah memberkati kesemua pembaca blog saya, dan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Bagaimanakah Jin memasuki diri kita dan cara mereka masuk. Ucapan Selamat Hari Raya kepada Semua.

Salam,

selamat hari raya kepada pembaca setia blog saya yang dhaif nie. terdapat persoalan bagaimana jin menyerang dan memasuki diri kita manusia. terdapat beberapa cara jin (secara umumnya termasuklah iblis, syaitan, jin, bunian, khannas dll) memasuki diri anda. Yang paling utama ialah manusia nie ada beberapa pintu yang menjadi tempat mereka masuk. kalau tuan dan puan pembaca ada kawan yang tahu tentang ilmu batin or perawat mereka boleh menunjukkan dimana pintu-pintu jin masuk kedalam diri manusia. Pintu ini adalah tempat dianggota badan manusia yang menjadi jalan masuk dan keluar mereka.

cara masuk ialah melalui pintu-pintu (ada banyak pintu sebenarnya, biarlah saya bercerita secara umumnya sebab kalau diterangkan secara detail boleh menyebabkan kekeliruan kepada pembaca). bagaimana mereka boleh memasuki diri kita.

Khamis, 25 Ogos 2011

berubat dengan dukun/bomoh/pawang dan seangkatan dengannya dan kesan kepada diri anda dan bunuh jin






salam semua,

Agak lama saya tak meposting disini. hari raya dah dekat ni, syawal dah hampir menjelang,

Terdapat persoalan yang diajukan kepada saya tentang permasalahan berubat dengan duku/bomoh/pawang dan kaitan dengan sihir. Ilmu yang digunakan oleh dukun/bomoh/tok pawang adalah salah satu cabang ilmu bathil or sihir yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan jin. Jika anda pernah mengambil perkhidmatan dari mereka-mereka ini yang berlaku ialah anda telah terambil ilmu bathil a.k.a sihir dari mereka dan dalam masa yang sama anda telah terambil sekali sejumlah jin yang datang berserta dgn perubatan itu. Saya pun pernah mengambil perkhidmatan dari bomoh/dukun/pawang ini time-time saya terkene gangguan dan time itu adalah time jahiliah. kalau anda semua nak tahu cara berfungsi perubatan bomoh ini adalah mereka memasukkan jin kedalam diri anda dan mereka menggunakan jin untuk berlawan dgn jin. jika tiada jin dimasukkan, nescaya anda tidak akan or tak boleh sembuh.

Rabu, 17 Ogos 2011

Gejala Sosial, Suka Maksiat Sebab Sukar Nak buat Ibadat,



Salam semua,

Diharap semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat dan didalam keberkatan Allah S.W.T. Kali ini saya akan bercerita tentang kenapa sesetengah dari kita sukar nak buat ibadat, sukar nak buat baik dan senang nak buat kejahatan dan maksiat.

kalau dilihat fenomena sekarang, banyak muda mudi kita mempunyai masalah akhlak dan sosial yang boleh dikatakan agak membimbangkan. Dengan gejala sosial seperti kuat enjoy, kuat berparti dan kedisko2, mat rempit, bohjan, bohsia, lesbian, gay dan sebagainya. Jika diteliti dan dikaji ada sebahagian kes masalah gejala sosial ini kebanyakkannya dari pada mereka sebenarnya mempunyai ilmu agama dan tauhid islam yang cukup tetapi tetap sukar nak buat ibadat dan sukakan maksiat. Kenapa?

Selasa, 16 Ogos 2011

Syaitan di ikat bulan puasa tetapi masih ada gangguan makhluk halus??


Assamualaikum

Pada bulan puasa nie adalah satu bulan dimana syaitan-syaitan diikat padaa jamratul2 dan hanya dilepaskan selepas akhirnya ramadhan. Kenapa tetap ada gangguan dibulan puasa.

ada dua sebab yang saya tahu iaitu seperti dibawah.

1) syaitan yang diikat, bukan jin. Termasuklah bunian.
2) Syaitan yang bebas dan tak berpunya sahaja diikat, tetapi syaitan yang berpunya (ada owner) tidak.


Ahad, 7 Ogos 2011

Ustaz Mail kembali Ke semenanjung. Rumah Bergangguan ..

Salam,

Saya lupa nak bagitahu yang ustaz mail 3 minggu lepas memang tak dapat dihubungi sebab dia berada di Brunei bagi membantu menyelesaikan masalah gangguan disana. Hari ini dia berada disabah dan boleh dihubungi. Dia akan kembali ke semenanjung pada 11 hb Aug 2011. Kepada sesiapa yang bermasalah tu bolehlah menghubungi beliau bila-bila masa dari sekarang dan set kan appointment dengan dia.

Banyak kes yang diselesaikan oleh ustaz mail disabah termasuklah rumah-rumah yang keras. Keras maksudnya bergangguan makhluk halus lah. Untuk perkhidmatan membersihkan rumah, saya cakap terus terang memang memakan masa dan tenaga ustaz mail. 2-3 hari untuk menyelesaikan masalah rumah bergangguan ni.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Simptom Gangguan Jin yang Biasa.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Saya ada beberapa pertanyaan tentang gangguan jin. Simpton yang biasa seseorang tu terkena gangguan jin dan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1) Panas Baran tak terkawal
2) Risau dan berdebar tanpa sebab,
3) Sering sakit kepala dan pening
4) Sering terkejut. (tahap terkejut beruk, semangat melayang).
5) Hujung tangan sejuk2, darah tak sampai ke muka, ketakutan yang melampau, senak dada dan sempit dada.

Isnin, 1 Ogos 2011

Ilmu Pelalau atau Ilmu Pembenci pemisah

Salam Ramadhan Semua,

Baru hari pertama ramadhan dan ramai yang mengantuk time kerja. Ye lah hari pertama memang macam tu. Hari ini saya akan bercerita serba sedikit tentang ilmu pelalau atau ilmu pembenci. Ilmu pelalau nie contra kepada ilmu  pengasih. Kalau pengasih untuk seseorang tu sayang kat kita, pelalau nie untuk benci kat kita.

antara ilmu bathil yang diterangkan didalam Al-quran yang pertama berjalan dimuka bumi ini telah meyebabkan suami isteri bercerai.  Ilmu jenis pelalau nie lah. Bagaimana ilmu pelalau nie berfungsi. Bukan ke takde org nak ilmu org benci kat kita? Ilmu pelalau nie dikenakan kepada seseorang or ramai orang untuk membenci or tak suka sesuatu individu.



Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
(Al-Baqarah 2:102)