Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Pelaris

Pelaris

Saya rasa hampir kesemua orang pernah dengar pasal pelaris. Pelaris adalah sejenis ilmu sihir dimana ianya berfungsi untuk melariskan jualan, menglamerkan tempat perniagaan dan menarik pelanggan ke kedai or premises tersebut.

Kalau anda perasan jika anda pergi ke kedai-kedai cina, anda akan nampak tempat sembahan didalam kawasan depan tempat jualan kedai tu. Sama juga jika anda perasan kedai-kedai hindu, akan ada tempat sembahan dikawasan area jualan. Itu adalah pelaris kedai cina dan kedai hindu. Ada pernah saya tengok kawasan sembahyang itu dibelakang tempat jualan tetapi saiznya  amat besar. Sebenarnya mereka menggangap kawasan depan jualan itu sebagai bahan sembahan dan kesemua bahan jualan itu jadi sebagai barang sembahan.



Berbalik kepada cerita pelaris, tokong ataupun tempat pemujaan org cina dan hindu sebenarnya adalah tempat tinggal makhluk halus. Mereka akan duduk disitu disebabkan ada org menyembah mereka. Mostly yang menyembahkan akan minta dari patung-patung berhala tu, ‘ong’ yang baik ataupun duit dan pelanggan yang banyak. Makhluk halus yang berada ditokong or tempat pemujaan ini akan bekerja menarik pelanggan-pelanggan masuk ke kedai dan membeli barang atau makan dikedai tu.

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (An-Nisaa' 4:117)

Itu adalah jenis pelaris untuk kedai cina dan india. Bagi masyarakt islam melayu kita bentuk pelaris tu berlainan dari rupa pelaris or tangkal pelaris org cina dan india. Percaya atau tidak, tangkal pelaris yang amat lazim ada dikedai-kedai ialah…ayat 1000 dinar.

Sukar untuk org ramai terima pendapat dan point ini. Ayat-ayat Al-quran diturunkan tujuannya untuk dibaca dan difahami. Bukan untuk diletakkan dan dibuat perhiasan. Ada pendapat mengatakan haram al-quran dibuat perhiasan. Dalam kes kedai, ayat 1000 dinar nie biasanya diletakkan dgn niat untuk melariskan jualan dan membuka pintu rezeki.

Point to ponder. Kalau tak baca ayat 1000 dinar, Allah tak akan murahkan rezeki anda ke? Bolehkah ayat Al-Quran sendiri berkuasa memberikan anda rezeki? Bukankah Allah yang memberikan rezeki. Apa hukumnya percaya ayat seribu dinar diletakkan didinding kedai dapat memurahkan dan menarik rezeki?

Kalau anda pergi ke kedai Mamak, pelaris mereka ditahap wafak. Kalau ada masa yang jenis kaki mamak tu time2 nak bayar kang tgk2 skit kat kaunter bayaran tu. Akan ada ayat al-quran dicetak dgn warna merah menyala seperti api. Ada yang jenis al-quran dilukis dalam bentuk rajah. Itu lah wafak.

Ada wafak or pelaris, sebenarnya dengan mengantung tangkal (agak keras bunyinya) nie anda sedang mebuat satu rumah or tempat untuk makhluk halus (jin mostly) yang bertugas mengajak orang ramai secara halus mengunjungi kedai anda.

Kalau anda ada kawan dgn ahli perniagaan or tokey kedai (makan mostly) diorg akan tahu pasal pelaris nie. Lagi power pelaris anda, lagi ramai yang akan mengunjungi kedai anda. Pelaris adalah sejenis sihir dan sihir adalah ilmu bathil. Adanya ilmu bathil, maka anda mensyirikkan Allah dan akhirnya amalan-malan anda boleh tertolak free2 aje disebabkan kejahilan kita.

anda boleh terima dan tolak apa yang saya ceritakan ini. terpulanglah kpd anda.
Wallhu aklam….

Isnin, 20 Jun 2011

Diserang ilmu sihir tuju-tuju.

Salam,

Pernah rasa disihir? saya ada satu cerita yang saya nak kongsikan bersama supaya boleh dijadikan panduan dan informasi kepada pembaca-pembaca setia blog saya nie. Sihir adalah lah ilmu bathil dan ilmu bathil yang pertama berjalan dimuka bumi ini telah menruntuhkan sebuah masjid.

sejak dari awal terturunnya ilmu bathil, ilmu bathil telah berkembang pesat dimana pelbagai jenis ilmu bathil diolah dan ilmu bathil ini pendampingnya ialah iblis, syaitan dan juga jin. Ilmu bathil tidak boleh berfungsi sama sekali tanpa penglibatan jin (singkatan untuk iblis, syaitan, bunian, thorought, khannas, jabts, qarin). Didunia ini setiap negara dan bangsa mempunyai versi ilmu bathilnya yang tersendiri dan kali ini saya nak bercerita tentang ilmu tuju-tuju yang pernah saya sekeluarga kena.

pada masa itu saya dan isteri dalam proses mencari empunya ilmu bathil pada peringkat awalnya. isteri saya dulu seorang student disebuah uni swasta dan pernah tinggal bersama seorang awek yang bernama Rina (bukan nama sebenar). Rina nie mempunyai rupa paras yang boleh kata lawa lah tetapi perhubungan dia dgn bf2nya tak pernah kekal lama. Ada aje yang tak kena.

Ahad, 19 Jun 2011

Dalil dan Nas teknik bunuh iblis syaitan dan Jin.

Salam,

Rasullullah s.a.w berpesan yang baginda meninggalka kita umatnya 2 perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah (hadis). InsyaAllah kita tak akan sesat jika kita berpandukan yang dua ini.Tentang ilmu dan teknik belasah dan bunuh jin tidak dinyatakan secara khususnya didalam al-quran cuma ada dinyatakan syaitan dan iblis itu musuh manusia.

Nas dan dalil teknik bunuh syaitan.
1) Al-Quran menyatakan iblis dan syaitan itu musuh manusia yang nyata. Musuh bermakna lawan, dan berperang atau bergaduh.

"Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Az-Zukhruf 43:62)

Khamis, 16 Jun 2011

Bunian part 2. Manusia dirogol bunian.

Assalamualaikum,

Ada pertanyaan yang saya dapat tentang manusia dirogol bunian. Terlebih dahulu biarlah saya bercerita tentang makhluk bunian. Apa kah bunian. Bunian adalah makhluk halus separa manusia dan separa jin. Disebabkan nasaf yang sukar ditetapkan , bunian lebih banyak menyerupai manusia tetapi berjisim halus seperti jin. Bunian lebih senang digelar makhluk hybrid iaitu kacukan antara manusia dan jin.
Disebabkan kejadian mereka adalah lebih mirip dan banyak menyerupai jin, mereka boleh diketegorikan sebagai hampir jin. Satu fakta yang penting yang perlu ditegaskan ialah mereka bukan manusia dan mereka telah hilang nasaf manusia. That mean mereka bukanlah khalifah. Manusia adalah khalifah.

Isnin, 13 Jun 2011

Rentetan Gangguan makhluk halus 4,

Assalamualaikum..

Saya dah bercerita tentang gangguan gila isim dan mental sebelum ini. Sebagai sinopsis semasa gangguan nie saya dan isteri kedua-duanya amat terganggu mental sehingga hampir kami berdua gila isim. Semasa gangguan pemikiran ini isteri saya telah dirasuk dan melarikan diri pada waktu subuh pagi. Semasa tu anak saya baru berusia dua tahun dan semasa dirasuk isteri saya melihat rupa saya dah bertukar seperti dirasuk dan macam syaitan dan saya juga nampak sebaliknya kepada isteri saya.

                                           Gambar dari depan (A)

Rabu, 8 Jun 2011

Ustaz Mail 'Bertempur' di Brunei Minggu dan bulan ini

Salam,

Untuk pengetahuan semua ustaz mail sekarang berada di brunei untuk menyampaikan penerangan tentang ilmu haq dan bathil dan 'bertempur' disana. Jika anda menalifon dia dan tiada jawapan, maknanya dia masih berada di Brunei.

kepada warga brunei dia akan berada disana selama seminggu bagi membuat penerangan serta membantu menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus yang tertunggak disana.

Wallahukalam..

Isnin, 6 Jun 2011

Pagar halus dan batin untuk kediaman dan premis perniagaan part 2

Assalamualaikum,

pagar halus atau pagar batin adalah sesuatu yang biasa kita dengar terutama untuk melindungi keselamatan rumah atau premis perniagaan dari gangguan jin dan manusia. Pagar halus or pagar rumah yang mcm tak nampak nie sebenarnya salah satu ilmu bathil yang ada diamalkan oleh org melayu islam kita.

Saya ada bercerita tentang pagar rumah nie dalam posting sebelum ini tetapi kali ini saya nak bercerita tentang pagar halus yang biasa digunakan oleh perawat-perawat islamik kita. banyak jenis pagar-pagar halus yang digunakan termasuklah menabur garam, lada hitam, kacang hijau, benang, buluh dan paku. Saya sebenarnya pernah dipasang pagar jenis azan, garam dan lada hitam sekaligus. Kerana pernah mengalami dan memasang pagar ini, saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang berlaku or kebathilan pagar ini.

Sabtu, 4 Jun 2011

Ilmu Bathil/ Sihir dan Ilmu haq Penjelasan

Assalamualaikum

kali ini saya akan berceritakan tentang ilmu haq dan ilmu bathil dan bagaimana ianya berfungsi or bagaimana nak mendapatkannya. Sebenarnya amat senang nak dapat ilmu bathil berbanding nak dapat ilmu haq. Ilmu yang haq or amalan yang haq perlu ada 3 asas iman iaitu:-
1) Tasdiq dalam hati (niat)
2) lafaz dengan lidah (sebutan)
3) Diikuti dengan perbuatan.

contoh amalan yang haq ialah sembahyang or berpuasa. Ibadat ini memerlukan 3 asas iman ini dilaksanakan sebelum ianya sempurna. Ilmu dan amalan yang haq (benar dan diredhai Allah) kesemuanya bertertib dan mengikut aturan. Sebagai mana sembahyang ada tertib dan step yang perlu dipatuhi dan mengikut aturan. Tak boleh nak melompat step sebagai contoh takbir  lepas tu terus tahiyat akhir. Kalau lompat step tak ikut aturan maknanya amalan tu tak sempurna dan tertolak.

Khamis, 2 Jun 2011

Ilmu gentel lada hitam.

Assalamualaikum..
Hari nie saya akan bercerita tentang llmu gentel lada hitam. Ilmu nie adalah satu jenis ilmu bathil yang terang ataupun senang cerita sejenis sihir. Ilmu gentel lada hitam nie menggunakan ayat al-Quran tanpa sebarang penambahan ataupun pengurangan kepadanya.  Tujuan ilmu ini ialah untuk merangsang nafsu mostly wanita or perempuan dari jarak jauh.

Ayat al-quran boleh digunakan untuk tujuan sihir. that why banyak ilmu bathil or ilmu sihir menggunakan topeng ayat-ayat al-quran  dan ramai yang merasakan ilmu itu betul disebabkan adanya penggunaan ayat-ayat al-quran. Permainan jin dan syaitan adalah amat licik dan ramai yang terpedaya dengan ilmu-ilmu duniawi yang menawarkan pelbagai kelebihan dengan penggunaan ayat-ayat al-quran. Ilmu gentel lada hitam adalah satu contoh ilmu yang menggunakan ayat Al-quran untuk tujuan sihir. Banyak lagi ilmu-ilmu sihir yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran termasuklah ilmu seri muka, ilmu pengasih dan juga ilmu penunduk. Ayat Al-quran tak perlu baca secara songsang or dicampur aduk kan dengan mantera untuk digunakan sebagai syarat ilmu sihir/ bathil.