Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 8 Disember 2014

Jin asyik Merogol Manusia Kupasan part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Saya akan sambung perbincangan bab jin asyik merogol manusia disini. Original Jin asyik merogol manusia part 1 telah pun menjadi terlalu panjang dengan lebih 200++ komen. Untuk merujuk kepada posting sebelum ini sila layari link dibawah:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/05/jin-asyik-merogol-manusia-kupasan-part.html


Lebih baik disambung sahaja disini. Saya akan sambung Q&A disini pula.

Sabtu, 29 November 2014

ilmu buluh perindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah link video penerangan berkenaan ilmu bathil yang terang yang sekarang ini banyak dipelopori oleh penyanyi dan beberapa profession yang mungkin akan mengejutkan anda.


https://www.youtube.com/watch?v=gBhOqSwYBLU&feature=youtu.be

Isnin, 20 Oktober 2014

Kupasan Masalah lemah tenaga batin dan dingin seks dan ilmu ikat nafsu


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya.
1.       Sudah agak lama saya tak update blog saya dan kali ini saya akan mengupas dua masalah yang biasa dialami oleh individu dan pasangan yang sudah berkahwin, terlalu kuat keinginan seks dan juga masalah lemah tenaga batin (terutamanya lelaki) dan dingin seks bagi perempuan.
2.       Masalah dingin seks ini biasanya berlaku pada kedua dua belah pasangan.
3.       Punca masalah dingin seks ni berpunca daripada pelbagai punca seperti dibawah:-
·         Saka dari belah suami dan isteri.
·         Gangguan jin asyik kepada isteri atau suami atau kedua duanya.
·         Sihir pengasih yang ampuh daripada pihak ketiga.
·         Amalan ilmu kuat tenaga seks dan ambilan urutan batin  (untuk lebih panjang dan lebih tahan) oleh si suami.
·         Dan lain lain.

Khamis, 24 Julai 2014

selamat hari Raya semoga selamat balik dan kembali dari kampung halaman

Assalaamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Agak lama saya tak update kan blog saya, lebih banyak kepada menjawab komen komen para pembaca. Alhamdulilah, ramai yg menghantar email kepada saya dan setakat ini tiada sebarang masalah dengan pembalasan jawapan kepada anda semua. Jika ada email tuan dan puan yg tidak saya balas, sila lah email semula ya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca sekiranya ada terkasar bahasa, dan menyingung perasaaan tuan puan semua dalam saya menulis dan menjawab blog saya ini.

Ramadhan sudah hampir kepada penghujungnya dan syawal akan bakal menjelang tiba. Kepada semua pembaca yg beragama islam saya ucapakan selamat hari raya, selamat dunia dan akhirat. Kepada pembaca yg bukan beragama islam, saya menyeru kepada semua utk memberi peluang kepada diri anda untuk mengenali islam dan kembali kepada fitrah anda.

Kandungan blog saya lebih kepada kupasan gangguan dan penjelasan. Lebih kepada hakikat ilmu itu sendiri iaitu ilmu yg haq dan islam itu agama yg haq.

Kepada pembaca yg bermasalah yg masih ragu ragu untuk mendapatkan bantuan, saya nasihatkan..jangan risau berkenaa. Tersalah belajar atau tersalah berubat. Pegang sahaja hanya Allah sahaja yg mampu memberikan taufik dan hidayah dan hanya Dia sahaja yg boleh menyesatkan kan. Semuanya dalam.kekuasaan Allah azzawajalla.

Selamat hari raya, dan silalah email atau telefon terus ustaz ismail.jika ada sebarang masalah.

Wallahuaklam

Rabu, 28 Mei 2014

ustaz ismail menangguhkan perjalanan ke sabah sehingga diberitahu kelak

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah didmaklumkan kepada semua pembaca bahawa ustaz ismail menangguhkan perjalannya ke sabah sehingga diberitahu kelak.


Kepada pembaca yang memmpunyai masalah atau ingin mendapatkan bantuan serta tunjuk ajar dari ustaz mail, silalah call daripada sekarang dan aturkan temu janji anda.



Sekian harap maklum,

Wallahuaklam

Sabtu, 12 April 2014

ustaz ismail telah kembali ke malaysia pd 11 april 2014

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Dimaklumkan bahawa ustaz ismail telah kembali ke tanahair selepas selesai mengerjakan umrah. Kepada pembaca yang setia menunggu kepulangan ustaz ismail dan pembaca yang baru ands boleh menghubungi beliau mulai hari ini. Alhamdulilah, beliau dan anak murid yg paling tuanya serta isteri berjaya menunaikan ibadah umrah dengan selamat.

Wallahuaklam

Isnin, 31 Mac 2014

Ambilan Ilmu Kupasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Saya menerima banyak soalan berkenaan ambilan ilmu dari pembaca yang kebanyakkanya melalui email. Kali ini saya akan mengupas apa kah itu ambilan ilmu. Untuk memudahkan pembaca saya akan membuat Q&A bagi memudahkan pemahaman.

Q: Apa kah itu Ambilan ilmu.
A: 
1.        Secara umumnya ambilan ilmu adalah keadaan dimana sebagai contoh saya terambil atau terbelajar ilmu bathil yang terang,separa atau tersembunyi. Ilmu adalah makhluk dan sebenarnya ilmu berjisim. Halus jisim ilmu sebenarnya. Nak faham lagi mudah, sekiranya saya belajar ilmu matematik iaitu mencampur, menolak, mendarab dan membahagi, sebenarnya saya terambil ilmu dan ilmu ini masuk kedalam diri saya. Agak out of this world penerangan ini bukan? Tetapi hakikatnya ilmu adalah makluk dan setiap kali kita belajar, ilmu akan masuk kedalam diri kita.

2.     Ilmu terbahagi kepada dua, Ilmu yang haq (benar dan Allah redha) dan ilmu yang bathil (salah dan Allah murka).
3.  Sila rujuk link dibahagian bawah articles untuk penerangan lanjut berkenaan ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi.

Ustaz Ismail Menunaikan Umrah dari 31hb Mac hingga 11 April 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Seperti tajuk diatas adalah dengan ini dimaklumkan ustaz ismail sedang menunaikan umrah di mekah pada tarikh diatas. Sehubungan dengan itu kepada pembaca yang mempunyai masalah, sila bersabar sehingga 11 April untuk berjumpa dan mendapatkan bantuan dari ustaz ismail.

Kepada pesakit yang memerlukan pertolongan segara boleh menghantar email terus kepada saya dan saya akan membantu sedaya saya. Diharapkan pembaca semua didalam rahmat Allah dan dikekalkan didalam rahmat sentiasa.

Wallahu aklam.

Khamis, 16 Januari 2014

ustaz ismail ditawau dan kk dari 13hb hingga 24hb Januari 2014

Salam,

Untuk makluman semua, ustaz mail sekarang ada di tawau dan akan ke kk pada minggu hadapan. Kepada para pembaca daripada sabah kk dan tawau khususnya, boleh menggunakan peluang ini untuk mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar. Harap maklum