Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 30 November 2012

Insomnia dan kaitannya dengan gangguan jin

Salam semua pembaca,
Dah lama saya tak posting dalam blog ini. Kali ini saya akan bercerita tentang masalah insomnia. Bahasa melayu nya ialah sukar tidur malam. Ada pembaca yang bertanyakan kaitan insomnia dengan gangguan. Jawapan saya ialah benar. Jika dikaji dari segi perubatan sains penyakit ini dikatakan disebabkan oleh gangguan hormon dan juga jam biologi seseorang itu.

Untuk sesetengah kes memang benar sukar tidur malam ini disebabkan perubahan jam biologi disebabkan waktu kerja dan juga jet lagg. Kebanyakan masanya sukar tidur malam ini disebabkan oleh perasaan takut pada hantu dan kegelapan. Most of the time jika anda bertukar tempat tidur seperti berpindah rumah, tinggal berseorangan dan tidur dihotel ataupun penginapan lain anda akan mengalami masalah sukar tidur. Sila  klik disini disini untuk posting gangguan ditempat tinggal  dan hotel




Berdasarkan pengalaman saya dan pengetahuan saya sememangnya dalam kes sebegini sebenarnya anda diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu pun menghadapi masalah yang sama ketika saya masih bersaka dan tebal ilmu bathilnya. Kebiasannya dahulu saya sukar tidur malam terutama pada hari bekerja dan hanya boleh tidur tidur ayam. Jika tidur pun tak lena disebabkan sering terkejut.

Ada pembaca yang mengadu masalahnya tentang sukar tidur malam disebabkan ketakutan dan perasaan berdebar debar terutama diwaktu malam. Bab ini saya pun pernah hadapi suatu masa dahulu. Sebahagian pesakit mengadu sukar tidur akibat ditindih dan seperti ada sesuatu yang memerhatikan gerak geri mereka. Sebenarnya ada cara untuk menghalang gangguan jin pada waktu sebelum tidur dan semasa tidur. Hanya yang tahu dan pernah mencuba teknik ini sahaja yang faham.

Alhamdulilah sekarang ini saya dapat tidur lena pada malam hari selepas menyelesaikan saka saya dan membuang ilmu bathil yang pernah saya tuntut. 

Kepada pembaca yang menghadapi masalah tidak dapat tidur disebabkan gangguan dan ketakutan silalah call nombor pada profil saya dan dapatkan bantuan. Insya Allah anda akan mendapat tidur yang lena dan hidup yang tenteram selepas ini. Bagi saya tidur adalah satu nikmat Allah yang berharga. Allah menjadikan malam sebagai satu kemudian dan masa yang amat sesuai untuk istirehat dan tidur.

 Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya). (Yunus 10:67) 

 Hanya orang yang kehilangan nikmat ini sahaja yang menghargai tidur yang lena dan cukup.. semoga pembaca mendapat sesuatu yang baru melalui posting saya kali ini

Wallahu aklam

8 ulasan:

  1. Sy pernah alami situasi mcm ni...hmmm baca surah al-fatiha, ayat kursi, 3 kul..perasaan takut hilang, insyaAllah.. hmmm...lena tidur.

    BalasPadam
  2. Salam,
    saya nak tanya, adakah membaca 'lahaulawalakuawataillahbillahilaliyiazim' dan disertakan mengibas tempat tidur sebanyak 3 kali itu boleh dikira sebagai sihir juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Pada asasnya amalan itu adalah amalan yg haq akan tetapi disebabkan amalan tersebut tuan dapat daripada orang yang mempunyai masalah virus ilmu bathil, amalan tersebut tidak menjadi.

      Wallahu aklam

      Padam
  3. Assalam.Bapa sy seorang yg aktif dlm bidang agama tiba2 mendapat masalah tidur iaitu tidak dpt tidur malam dan siang selama 2 bulan tp masih bersemangat ke masjid walaupun jalan dlm keadaan tidak seimbang dan pelupa akibat kesan tidak tidur.30 saat dia pejam mata, tiba2 bgun buka mata terkejut atau terus duduk.namun setelah byk dirawat atau faktor lain bapa saya mampu tidur siang sbg ganti malam.bila dibawa berubat dia kata dia ok dan dpt tidur dhadapan perawat.ruqyah pn tiada kesan ketika dirawat, malahan ada ustaz yg panas menyentuhnya. Sukar bg kami sekeluarga mendapat jawapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tanpa nama,
      1. gangguan ayah tuan ni berpunca drpd dua punca. satu saka keturunan dia sendiri dan yg keduanya ambilan ilmu dia sendiri termasuk lah ilmu agama dia.
      2. sebaiknya call dan dapatkan bantuan ustaz Ismail ya.

      wallahua'lam

      Padam
  4. Salam ustaz,,, saya mengandung 3 bln,, saya mengalami masalah susah tidur dah 1 bln,,dan saya baru berpindah rumah. tapi saya ada berubat dgn seorang ustaz dia menggunakan kaedah kibas,, dia ckp dlm bdn saya ada makluk yang menumpang dan bila saya balik rumah mak pun masalah yang sama saya hadapi,, dan ustaz tu ckp kemungkinan dirumah mak saya pun ada gangguan makhluk halus juga,, bila saya nk tidur kepala otak saya bercelaru dan ini menyebabkan tidur saya tak lena,,saya sering terjaga dari tidur setiap jam.. saya tiada mimpi yang buruk-buruk,,apa yang perlu saya buat ustaz,,

    BalasPadam
  5. Salam ustaz,,saya mengandung 3 bln dan mengalami masalah gangguan tidur sudah 1 bln,,,saya juga baru berpindah rumah,, saya ada berubat dgn seorang ustaz ni, beliau menggunakan kaedah kibas,, dan beliau mengatakan ada gangguan dlm bdn saya,, tp bila saya balik ke rumah mak saya same juga masalah yang saya hadapi,, menurut ustaz tu di rumah mak saya juga ada gangguan makhluk halus,, bila saya nk tidur fikiran saya bercelaru dan bila dpt lelap saya sering terjage setiap jam. Dan waktu siang juga saya susah nak tidur.. saya tiada mimpi yang buruk-buruk cuma mimpi saya kadang-bercelaru saya pun x faham maksud mimpi saya,, apa perlu saya buat

    BalasPadam
  6. Salam.. Mohon share info saya ada hantar email tuan.. Saya mengalami simptom yang sama

    BalasPadam