Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 25 April 2016

Rentetan diganggu jin tahanan ISA part 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Maaf sebab agak lama tidak mengemaskinikan blog saya yang tak seberapa ni. Ramai yang minta kisah sambungan peristiwa rentetan diganggu  jin part 6. Saya sambung kembali kisah gangguan saya sekeluarga daripada last cerita part 6.

1. Dalam kisah part 6, pada penghujung cerita memang benar lah tekaan emak saya yang mereka ini (keluarga mertua saya) memang memasang perangkap untuk saya. Kisahnya saya telah dikepung oleh ramai ahli keluarga mertua saya.
2. Mereka beranggapan saya telah memukul isteri saya sehingga matanya lebam dan kisah kereta accident tu Cuma rekaan semata mata. Saya masih ingat dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya, sampai abang ipar saya mengeletar badannya nak pukul saya. Saya pada masa ni tak kisah pun apa yg mereka nak buat pada saya. Saya tahu saya dipihak yang benar dan Allah ada bersama saya. Saya hanya menjawab, jika nak pukul silakanlah bahu saya patah, saya memang tak boleh nak lawan balik.


3. Selepas memohon mereka lepaskan emak saya balik bersama adik perempuan saya, isteri saya pun memberitahu kisah sebenarnya bagaimana dia dipaksa untuk minta saya balik dan mereka ini sebenarnya nak berubatkan saya dengan salah seorang pakcik isteri saya (bapa saudara isteri saya). Dia ni seorang bomoh kampong yang agak terkenal dikampung nya. Nak cakap alim pun x sangat tapi kononnya dia ni orang belajar tarikat.
4. Lupa nak cerita rumah yang yang saya pergi dan dikepung tu, rumah pakcik isteri saya itu lah.
5. So bermulalah kisah tahanan ISA saya. Mertua saya sebenarnya telah diracun pemikirannya oleh pakcik saudara wife saya dengan fahaman yang saya dah isteri sebenarnya telah dibomohkan oleh ustaz Ismail. Kiranya fahaman mereka, ustaz Ismail dah ilmu kan saya dan isteri that why saya accident dan sebagainya.
6. Pada malam pertama saya dirumah tok bomoh kampong ni, upacara zikir dan perubatan bermula. Dikisahkan satu rumah pakcik saya tu penuh dengan orang (jiran dan juga ahli keluarga) membuat bacaan semacam tahlil atau zikir.
7. Saya masih ingat peristiwanya, pakcik wife saya ni (saya namakan X) duduk berzikir ditengah tengah kelilingan ahli keluarga dan jiran yang sedang berzikir. Biasa kita tgk zikir buat dalam bulatan tapi tok iman atau ketua tak lah pulak duduk kat dengan bulatan.
8. Tengah tengah pakcik X ni menhenjut henjut kepala berzikir. Tiba tiba dia cakap….ZIKIR mintak 20,000 zikir. Saya ni kat tepi agak keliru. Saya pun bertanya pada wife saya, zikir bagitau pakcik X dia nak 20,000 zikir? Ni zikir ke syaitan?
9. Dalam kisah ini makhluk bernama zikir (or zikir itu sendiri) meminta zikir sebanyak jumlah tersebut. Ada satu botol air didepan tok bomoh X ni.
10. Lepas tu, pakcik X ni mengerahkan semua yang hadir untuk buat berapa ratus zikir seorang bagi mencukupkan jumlah tersebut. (20,000 tu saya buat sebagai perempumaan sahaja, lupa berapa ribu zikir diperlukan).
11. Masa upacara berzikir ini berjalan, byk betul bunyi cicak yang bersahutan dalam dirumah pakcik x ni.
11. Aduhai, macam manalah orang orang kampong dan ahli keluarga wife saya boleh terpedaya dgn cerita tok bomoh X ni. Zikir tu walaupun makluk, tapi taka da zikir boleh mintak zikir. Zikir hendaklah dibuat kerana Allah dan mengesakan Allah semata mata. Ni zikir dibuat untuk mengalahkan syaitan dalam badan. Kononnya.
12. Selepas dapat jumlah zikir dan diperlukan, saya diminta untuk minum air dalam botol tu.
13. Saya tau banyak jin yang berkumpul dalam botol air tu. Tapi sebab terpaksa, saya pun minum tapi saya akad seperti ini. “ saya minum air ni sahaja ya lain lain taka da ye pakcik. Saya ambil yang haq semata mata tiada yang lain”. Masa saya minum tu, huh….terasa banyak betul benda masuk dalam diri saya.
14. tetapi selepas masuk..benda benda dampingan dalam ini ni keluar bagaikan api yg menyala nyala dibahagian kepala saya. Mudah aja, sebab saya dah pun akad.
15. Seterusnya, saya berada dirumah pakcik X ni selama beberapa minggu. Kononnya nak perhatikan serangan sihir daripada ustaz Ismail.
16. MasyaAllah, org yang mengamalkan sihir menuduh orang lain amalkan sihir, siap fitnah lagi. Saya tak pasti berapa banyak bayaran dia minta daripada mak dan bapa mertua saya. Yang bathil merasa dirinya yg haq. Astarfirullahalazim.
17. pada kisah seterusnya saya akan ceritakan gangguan saya alami dirumah tok bomoh X ni. Rumah mcm ada upacara dan sgt sibuk dgn jin, nak tido pun payah. berlari lari sana dan sini.
18. Saya ajarkan dan bagi yang haq semata mata pada semua pembaca blog saya tiada yang bathil dulu kini dan akan datang.


Wallahuaklam


22 ulasan:

  1. Teruskan Wan. Saya sentiasa menanti update terbaru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum puan,
      Semoga Allah memberikan say masa dan byk ilmu yg haq utk dikongsikan bersama para pembaca.

      Padam
  2. Salam Wan,
    lama tak dengar kabar..masih di jalan semarak ke?
    kampung mana tu di temerloh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam syahmie,
      1. Saya dah pindah ke menara felda.
      2.kampung macam manis kat temerloh.

      Wallahuaklam

      Padam
  3. assalamualaikum encik.

    saya ni memang sejak zaman belajar selalu bermimpi bukan-bukan. kesemua mimpi menakutkan sampai sy takut nak tidur.saya ada masalah suka sangat berdebar. kalau saya marah, takut, malu akan menggeletar tubuh saya, wajah saya akan menggeletar. saya rasa mungkin perkara biasa. sampailah saya sudah berkahwin dan ada anak

    saya masih lagi begitu cuma mimpi dah kurang tp masalah hubungan suami isteri. saya sakit badan dan saya ada cuba nak mngurut dengan seorang makcik urut yg tua, tiba2 dengan reaksi muka dia yg mcm nak marah2, saya terus cancel dan nak balik. tiba-tiba dia cakap sy ni suka bdebar, dia sebut satu per satu yg saya alami dan dia cakap adA Benda dah lama bertenggek dekat saya.

    saya takut, terus saya balik rumah. encik, sampai sekarang sy tak pernah berubat. saya asyik ketakutan je tapi saya kuatkan semangat juga hidup berdua dengan anak memandangkan saya berjauhan dengan suami.

    apa perlu saya lakukan encik. betul ke saya diganggu. betul ke apa makcik urut tu bagitau saya.tlg respon..

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam puan atika,
    1. Gangguan asal puan sebenarnga berpunca daripada saka.
    2.sebaiknya puan call dan aturkan temujanji dengan ustaz ismail ya. 0193619305.
    3. Benar puan ada saka. In sya Allah masalah puan akan selesai termasuklah masalah dingin nafsu puan tu.

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Nombor telefon kenapa tak aktif en danish? Whatsapp tak ade ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. No 0193619305 tu no ustaz ismail. Aktif nombor tu.
      2. Ustaz mail x guna whatsapp.
      3. Silalah cuba call no tu lagi ya.
      4/ jika perlu kan nombor saya, sila email terus kpd saya kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Assalamualaikum Danish.. adakah saya mempunyai saka? adakah sebelah isteri saya atau saya? Wallahuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan,
      1. Sebaiknya tuan email terus kpd saya. Ilmuhaqdanish@gmail.com
      2. Sila berikan nama penuh tuan dan isteri dan ceritalah serba sedikit masalah tuan sekeluarga.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Waalaikumussalam tuan,
      1. Sebaiknya tuan email terus kpd saya. Ilmuhaqdanish@gmail.com
      2. Sila berikan nama penuh tuan dan isteri dan ceritalah serba sedikit masalah tuan sekeluarga.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. Assalamualaikum encik...sy nak tanya...saya baru pindah ke rumah 2bulan yg lepas.. Sy ada baby usia 6bulan sekarang ni... Tapi baby saya asyik merengek je..kdg2 sy da pegang pun merengek lagi.. Lepastu dkt kaki tgn dgn badan sy naik gatal2...mule2 kecik je...pastu jadi besar.. Sy nak tau ni semua ada kaitan pape x dgn rumah sy atau mmg mslh biasa? Sebab mak sy ada suruh berubat dan org tu cakap kt rumah sy ade pelesit.. Mohon sgt pencerahan dari pihak tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Email puan dah pun dibalas.

      Padam
  8. Bukan senang ye tuan danish nak dlm kdudukan yg haq klu x minta pada allah kekuatannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tuan aries. Duduk kat jalan ni mmg byk ujian dan cabaran. Tapi itu cara Allah memperkuatkan iman dan batin kita pada Nya. Semua pun dari Dia. Mintalag kekuatan dgn Allah, nescaya Dia akan bantu kita.

      Wallahuaklam

      Padam
  9. Salam.. saya terjumpa blog ni sebab tgh google psl bidan.

    Saya sedang membuat pertimbangan utk mencari bidan utk berurut insyaallah hjg tahun ni. Sampailah terjumpa kisah encik tentang bidan tu. Saya sangka blog sudah tidak aktif, tapi masih lagi ye..

    Soalan saya.. macam mana nak tau seseorang bidan tu ada membela / menggunakan sihir / ilmu2 yg x sepatutnya?

    Saya agak takut untuk berurusan dengan bidan2. Masa anak sulung dulu, makcik suami (seorang bidan, dan arwah ibu dia pun bidan kampung jgk) pernah dtg dan check perut saya seminggu sebelum due date. Dia juga buatkan saya air selusuh tapi x sempat pun saya minum.

    Dalam waktu masih pantang, saya bermimpi. Makcik suami dtg nak ambil anak saya tu. Bila saya cerita kepada suami dan adik ipar, selang beberapa hari, adik ipar pun mimpi begitu juga walaupun senario dia agak berbeza.

    Mimpi itu berulang-ulang, walaupun keadaan berbeza, namun dia tetap nk dtg amik anak saya, sehingga saya pernah mimpi berdepan dgn suatu makhluk mcm pontianak. Dia berdiri betul2 di depan saya dan menjeling ke anak saya. Saya bertekak dgn benda tu. Walaupun takut tapi sy tetap nak lindungi anak saya.

    Kenapa kau nak amik anak aku?
    Kau rasa kau kuat sgt ke?
    Siapa yg lagi kuat? Kau ke Allah??
    Aku dah penat. Kalau kau nk amik, kau amiklah. Aku tawakkal.

    Mimpi tu hbs begitu shj. Dan sampai sekarang (anak sudah 2thn) tidak lagi mimpi sebegitu.

    Soalan pertama saya : seperti di atas. Macam mana nak tau seseorang bidan tu bidan yg normal shj?

    Soalan kedua : apa mesej sbnr mimpi2 saya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan,
      1. Hampir 100% bidan mengurut lepas bersalin atau sebelum bersalin adalah bathil. Tiada yg normal dan ok.
      2. Msg puan tu ada dua. Satu gangguan saka keluarga puan dan yg kedua ambilan ilmu bidan tu.
      3. Sebaiknya puan call dan aturkab temujanji dgn ustaz ismail. 0193619305. Dia Boleh bantu puan

      Wallahuaklam

      Padam
  10. Tuan, isteri ada masalah sukar buang air besar. Yakni kadangkala seminggu lebih tidak buang air besar. Keadaan ini berterusan hampir 10 tahun. Adakah ini juga disebabkan berpunca daripada gangguan saka. Emak isteri saya dulunya merupakan seorang bomoh kanak-kanak dan mempunyai beberapa batu geliga. Mohon ulasan tuan berkaitan masalah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum tuan awang,
      1. Ya saka keturunan adalah antara punca isteri sukar buang air besae.
      2. Byk ambilan ilmu mertuan tuan tu.
      3. apa pun saya minta tuan call dan aturkan temujanji dgn ustaz ismail. 01936193305.

      Wallahuaklam

      Padam
  11. salam, saya ingin bertanya, macam mana saka milik kawan saya boleh menyerupa diri saya, masa mula kenal dahulu 8 tahun lepas, saya ada bermimpi kawan saya datang supaya saya terima dia tetapi dalam mimpi tersebut saya hanya berdiam sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      1. Saya tidak faham soalan tuan. Bagaimana saka kawan boleh menyerupai diri tuan dan kisah mimpi tu.
      2. Saka kawan menyamar atau menggunakan rupa tuan dalam mimpi ke?

      Wallahua'lam

      Padam