Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 2 Januari 2016

Rentetan diganggu jin part 5- di i.s.a kan oleh mertua dan bomoh kampung.

Assalamualaikum pada semua pembaca dan peminat setia blog saya,

Saya dah lama berjanji nak updatekan kisah gangguan saya ke part ke 5. Kisah ini sebenarnya sambungan kisah rentetan gangguan makhluk halus part 4.

Untuk link rentetan diganggu makhluk halus part 1 sampai 4 adalah seperti link dibawah:-

http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/06/rentetan-gangguan-makhluk-halus-4.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/04/rentettan-peristiwa-diganggu-makhluk.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2010/02/rentetan-peristiwa-di-ganggu-makhlus.html
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2010/02/rentetan-peristiwa-di-ganggu-makhlus.html

Kisah part ke 4 ialah saya dimasukkan ke icu selepas accident sehari isteri saya dimasukkan ke icu.

Selepas saya discharge keluar drpd hospital, saya balik ke rumah saya di sri pristana. Anak saya dah pun balik ke rumah bersama isteri saya. Wife saya stay dihospital dalam masa 1 hari sahaja manakala saya kena stay sampai 5 hari.



Sesampai sahaja sy dirumah saya, emak saya dan adik beradik saya sedia ada dirumah saya menunggu saya. Alhamdulillah mereka mmg menjaga isteri sy semasa saya dihospital. Satu kisah yg berlaku pada masa tu ialah kisah komplot saka keluarga isteri saya mengenakan saya sebenarnya.

Wife saya masa accident kereta gen2 tu sebenarnya terantuk pada sesuatu dan yg paling bestnya kecederaannya hanya pada mata. Mcm kena tumbuk. Jika saya ada masa sy akan attachkan gambarnya. So family isteri saya bersangka saya telah memukul dan menumbuk isteri saya dan isteri saya melarikan diri pada subuh subuh tu. Masa tu adik dan abg abg ipar saya dtg ke rumah saya utk membawa isteri saya balik ke kampung.

Mereka dtg betul betul mcm gengster kampung dusun. Pada masa ni saya mmg sedia patah bahu dan tak ada keupayaan nak mempertahankan diri kalau kena pukul.

Saya cakap pada ipar sy yg datang nak amik isteri saya, silakanlah ambil isteri saya. Saya mmg patah bahu dan jika mereka nak pukul saya pun tak ada masalah. Saya masih ingat last perkataan saya pd mereka. Ini rumah saya, sila keluar drpd rumah sy.

Apa yang berlaku ialah komplot saka isteri saya nak memisahkan isteri saya dgn saya disamping nak sabotaj saya mcm saya tumbuk wife saya. Sy pun first time tgk org accident cedera macam kena tumbuk kat mata. Wife sayalah tu. Lebam elok aja bulat kat mata. Mcm kena tumbuk.

Kelak saya akan sambung kisah part 6, di I.s.a kan oleh mertua dan bomoh. Agak menarik kisag seterusnya sebab saya turun dgn emak saya dan telah dipaksa utk menjalani rawatan dgn bomoh kampung yg mmg sah bathil. Belum kisah kena kepung dgn org kampung lagi tu.

Saya sampaikan dan bagi yg haq semata mata pada semua, tiada yg bathil.
Wallahuaklam

2 ulasan:

  1. Subhanallah...smoga jd pengajaran untuk smue la cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berat yg membaca, berat lagi bahu yg memikul dan merasa. Apa pun semua ujian tu sebab Allah nak bagi kebaikam pada saya. Tak ada ujian besar, tak ada lah kebaikan besar.

      Wallahuaklam

      Padam