Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Serasa saya ramai yang bermasalah rumah bergangguan atau
rumah berhantu. Orang biasanya memanggil gangguan jin itu sebagai gangguan
hantu. Hantu itu hanya nama orang biasa panggil. Kalau belah Negara barat
mereka menggangap gangguan ini sebagai entity atau roh orang yang dah mati.
Mostly mereka akan menggangap roh yang menggangu tetapi hakikatnya benda itu
adalah jin.
Saya just report balik post lama saya berkenaan rumah
bergangguan.
Dalam posting kali ini saya nak bercerita tentang rumah dan
tempat tinggal jin. bab rumah jin nie ramai yang dalam sedar atau tidak
menyediakan banyak rumah dan membawa banyak rumah jin kedalam rumah kita
sendiri. Kerja bawak jin masuk rumah nie adalah satu kerja yang memang
mengundang masalah kepada penghuni rumah itu sendiri. jenis-jenis bawak masuk
rumah dan tapak rumah jin terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:-
- pagar batin/ pagar rumah/ pagar jin/ (termasuklah garam,
lada hitam, kacang hijau, azan, dan pagar ayat).
- Wafak.
- Barang-barang, binatang dan juga pokok pokok.
- Pembakaran lilin aromatherapy, kemenyan, colok aroma
therapy dan pelbagai jenis benda aromatherapy.
- tempat sembahan (altar) bagi non muslim. Kebanyakkan untuk
rumah rumah yang dibeli second hand.
- barang barang yang disukai jin seperti patung yang cukup sifat, gambar hantu dan sebagainya.
- Kawasan itu sendiri (tanah).
- Saka atau pendamping tuan rumah ataupun penghuni rumah tu sendiri
Punca gangguan sesebuah rumah boleh terdiri daripada sebahagian punca diatas atau kesemua sekali. So bukan straight cut bab gangguan didalam rumah ni sebenarnya