Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 20 Oktober 2014

Kupasan Masalah lemah tenaga batin dan dingin seks dan ilmu ikat nafsu


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya.
1.       Sudah agak lama saya tak update blog saya dan kali ini saya akan mengupas dua masalah yang biasa dialami oleh individu dan pasangan yang sudah berkahwin, terlalu kuat keinginan seks dan juga masalah lemah tenaga batin (terutamanya lelaki) dan dingin seks bagi perempuan.
2.       Masalah dingin seks ini biasanya berlaku pada kedua dua belah pasangan.
3.       Punca masalah dingin seks ni berpunca daripada pelbagai punca seperti dibawah:-
·         Saka dari belah suami dan isteri.
·         Gangguan jin asyik kepada isteri atau suami atau kedua duanya.
·         Sihir pengasih yang ampuh daripada pihak ketiga.
·         Amalan ilmu kuat tenaga seks dan ambilan urutan batin  (untuk lebih panjang dan lebih tahan) oleh si suami.
·         Dan lain lain.


4.       Masalah dingin seks ini biasanya menjejaskan hubungan suami isteri. Si suami tidak bernafsu pada isteri tetapi amat bernafsu apabila diluar dengan wanita wanita yang lain. Sama juga isteri tidak bernafsu dengan suami sendiri tetapi bernafsu pada lelaki lelaki lain.
5.       Ramai yang diluar sana cuba menyelesaikan masalah dingin seks ini dengan mengambil jalan bathil seperti menggunakan ilmu sihir gentel lada hitam pada isteri sendiri untuk menimbulkan rasa syahwat pada isteri.
6.       Ada juga sebilangan yang lain mengambil jalan mudah iaitu menonton DVD atau video lucah bagi menambahkan atau membangkitkan rasa syahwat untuk tujuan bersetubuh dengan isteri. (Dah memang takde nafsu pada isteri).
7.       Masalah ini sebenarnya dialami oleh hampir 80% pasangan yang sudah berkahwin. Ada masa dan ada ketika masalah ini datang dan pergi dan ada yang masalah yang bermula selepas kahwin sehingga sekarang.(berkekalan).
8.       Jika nak difahamkan, syaitan memang bermusuhan dengan manusia dan hanya akan redha pada manusia sekiranya manusia ingkar peraturan dan hukum Allah.
9.       Ramai yang terjebak dalam kancah maksiat (berskandal dengan isteri atau suami orang) atau dengan lelaki bujang disebabkan masalah ini.
10.   Ada sebilangan kecil para suami pula terkena ilmu sihir pengikat nafsu yang amat ampuh. Biasanya ilmu ini dikenakan supaya suami tidak bernafsu apabila diluar dan hanya bernafsu pada isteri sahaja.
11.   Apa apa pun kebiasannya, para isteri atau para suami yang terkena ilmu ini menghadapi masalah putus nafsu apabila pasangannya meninggal dunia atau bercerai.
12.    Saya hanya menyampaikan yang haq sahaja kepada pada pembaca yang lain tiada. Sekiranya ada persoalan silalah komen diruangan komen dibawah.
13. InsyaAllah masalah dengan gangguan ini boleh diatasi jika seseorang itu faham dan tahu caranya.

Wallahuaklam

6 ulasan:

  1. mcmna nak selesaikan masalah trsebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan razmi5,
      1. Kena selesaikan punca gangguan seks tu satu persatu bermula dari saka dan kemudian ambilan ilmu dan kemudian sihir pengasih.
      2. Disebabkan masalah ini byk puncanya, memang kena usaha selesaikan secara bertertib.
      3. Silalah belajar ngan ustaz mail dan minta bantuan dan tunjuk ajar dia. InsyaAllah masalah ini boleh selesai.

      Wallahuaklam

      Padam
  2. Bagaimana nk belajar dgn ustaz mail dan berapa maharnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,
      1.,silalah call dan aturkan temujanji dengan ustwz mail. Jika ada masalah boleh belaja sendiri melalui link yg ada pada profail sya.
      2. Belajar percuma. Bab dapatkan bntuan br ada cas.

      Wallahuaklam

      Padam
  3. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    BalasPadam
  4. kenapa ye stiap penyakit mistik mesti ada ganguan saka la ...lain xde ke pelik sgt...arap balas coment ya......add sya kt fb paduka aduka sufi ......kt situ gambar xada...oleh lah pm kt sna

    BalasPadam