Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu Ustaz Ismail

Pada penghujung tahun 2008, saya bertemu Ustaz Ismail. Isteri saya yang dah bertemu ustaz "darul..s..a" merasakan tiada guna bertemu siapa2 lagi, kerana jin itu tetap menganggu dirinya.Semasa saya memandu ke arah Dusun Tua tempat Ustaz Ismail,isteri saya tenang shj ,tiada sebarang riak. Apabila hampir sampai ke destinasi, terdapat perubahan pada isteri saya di mana dia diam dgn muka yg agak rengus.Rupanya jin yg berada dalam isteri saya sudah rasa gundah gelana ...tidak seperti semasa bertemu ustaz "D...A" yg mana si jin tu kata " ala cincai aje boleh settle , x der apa nak risau".

Apabila bertemu Ustaz Ismail, isteri saya rasa mcm nak lari dan mengatakan Ustaz Ismail bagai pembunuh upahan. (Rupanya jin yg dlm bdn isteri saya dah cuak...). Memang berbeza cara Ustaz Ismail menangani masalah kami. Cukup tenang dan sopan.

Kami hanya bercerita sedikit masalah kami, dan Ustaz Ismail mengatakan bukan hanya isteri saya ada gangguan, seluruh keluarga kami termasuklah anak dan diri saya sendiri.Lantas dia membaca ayat2 Al Quran dimana saya dan isteri terasa kepanasan. Rupanya jin tu yg panas.Kemudian dia cerita tentang konsep ilmu haq, dan beliau melihat apa yg menganggu kami. Rupanya bidan urut yang telah mengurut isteri saya. .

21 ulasan:

  1. As salam danish,
    Boleh ceritakan lebih jelas tentang ustaz ismail dan boleh saya dapatkan hp no dia tak? Trima kasih byk2.

    BalasPadam
  2. bayaran bertemu? kalau nak belajar cara nak mengatasi masalah gangguan, jin makhluk halus nie takde bayaran pun.

    kalau nak perkhidmatan dan bantuan dimana ustaz mail pergi kerumah pesakit dan menyelesaikannya itu baru kena bayaran.

    untuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376

    BalasPadam
  3. saya cuba hubungi,no tersebut,tapi reach voicemail. saya ada masalah berkaitan dengan makhluk ghaib,dan ingin menyelesaikannya.

    BalasPadam
  4. Salam budak Malu818,

    Saya lupa nak inform yang ustaz mail ada kerja di Philphina sekarang. Terputus hubungan sekejap dalam one week. Dia akan balik ke malaysia by end of this wee.

    Saya tak terer sgt tetapi jika bermasalah boleh lah saya cuba nasihat sedaya mungkin.

    BalasPadam
  5. owh,patotlah saya contact xdpat..saya memang tengah bermasalah dengan gangguan makhluk halus ney..xtau nak start dari mana..

    BalasPadam
  6. salam tuan mohamed,
    ustaz mail dah balik. Bolehlah contact dia. InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. Asslammualaikum En.Danish,

    Siapakah ustaz ismail ini kerana didalam blog en. Tidak ada biografi mengenai ustaz ismail ini. Yang pasti beliau hanya pengamal perubatan islam.

    ADakah beliau ustaz ismail din atau ustaz ismail kamus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikimsalam,

      Ustaz ismail bukanlah ismail din ataupun ismail kamus. Nama penuh dia adalah ismal bin baharuddin.

      Diharap dapat hubungi beliau sendiri untuk berkenal dan meminta bantuan dan tunjuk ajar.

      Padam
  8. AssalammualaikuM.

    TErima kasih en. Danish. Tapi jika ingin belajar tntg ilmu dri beliau sudi ke beliau mengajar atau di kenakan bayaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam,

      Utk belajar ilmu haq dan bathil, adalah percuma. Cuma bayaran dikenakan sekiranya tuan memmerlukan bantuan dan rawatan sahaja.

      Silalah belajar terus dengan dia. Dia memang full time mengajar dan membantu orang orang yg bermasalah gangguan jin.


      Wallahu aklam

      Padam
  9. Assalam,

    Maaf bertanya soalan yg sentifif sgt2. Sekarang ni byk ajaran sesatlah, ilmu haq sana sini lah...cuma nak tanya ilmu agama aliran ustaz ismail ni Ahli Sunnah Wal Jammah atau sebaliknya adakh syiah,wahabi dan sebagainya saya sedang mencari cahaya ALLAH yg sebenarnya...pinta jawapan maaf dgn pertanyaan kalau agak KASAR ....

    BalasPadam
  10. walaikumslam,

    ustaz mail pegang sunnah wal jamaah. Harap itu menjawab persoalan tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahabi sekarang pun mengaku sebagai ahli sunnah wal jamaah....

      Padam
  11. Kalo utk buat rawatan buang sihir berape kos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puan.
      1. Gangguan suami puan berpunca dr byk punca dan salah satu yg besar ialah saka n ambilan ilmu.
      2. Bab bayaran puan telefon lah sendiri dan berunding ngan ustaz mail.
      3. Bayaran dikenakan sekali sahaja hingga sembuh dan untuk kesemua ahli keluarga.boleh bayar ansuran jika perlu.

      Wallahuaklam

      Padam
  12. Assalamualaikum,
    Adik saya mengalami masalah gangguan semenjak dari kecil. Sehingga sekarang dia masih lagi mengalami masalah tersebut sehingga mengganggu beliau untuk meneruskan pelajaran dan juga untuk mencari pekerjaan. Telah ramai pengamal perubatan islam kami jumpa dan pelbagai kaedah telah dicuba namun sehingga hari ini dia belum pulih. Pada masa ini saya hanya mampu berdoa pada Allah swt.. Saya terasa ingin mencuba mendapatkan rawatan dari Ust. Ismail.. Namun mohon maaf sy jg agak terkejut dgn byrn yg dikenakan utk mendapat rawatan tersebut.. bagaimana andaikata rawatan yang diberikan tidak dapat memulihkan adik saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      1. Didalam ilmu haq tiada istilah andai kata x dapat. Ilmu yg haq tetap akan mengatasi ilmu bathil. Itu janji Allah dalam alquran.
      2. Bayaran walaupun agak tinggi sebenarnya sekali bayaran dan sampai sembuh.
      3. Selagi x ok, bawa adik jumpa ustaz mail dan dia akan bantu selesaikan masalah adik serta semua ahli keluarga.
      4. Setakat ini belum ada yg x ok kalau ikutkan tertib dan cara ustsz mail. Dah 40 tahun lebih selesaikan masalah yg x dapat diselesaikan oleh darul darul dan perubatan islam.yg tersohor.
      5. Just trust Allah. Dia yg aturkan tuan jumpa blog saya. Dan saya sendiri pun salah seorang pesakit ug amat tegar yang x mampu diselesaikan oleh perubatan islam yg biasa.

      Wallahuaklam

      Padam
  13. Assalamualaikum, nak bertanya pendapat Saudara. Cerita kawan saya dia masa ibunya mengandungkan dia dahulu umur dua bulan (tak tahupun dia mengandung) tiba-tiba didatangi oleh seorang Sultan Perak yang dikira sudah meninggal kalau ikut umurnya. Namun orang itu tiada berkubur kerana dipercayai telah ghaib semasa hayatnya.Satu malam dia datang pada ibu kawan saya itu secara masuk dalam badannya bercakap tumpang lidah (ada yang panggil berjijak) yang beritahu dia dah mengandungkan anak lelaki. Anak ini dia akan dijadikan anak angkatnya bila lahir nanti dan diberikan nama serupa dengan namanya. Ibu kawan saya ini tidak percaya dan abaikan saja.Beberapa bulan kemudian dia datang lagi beritahu yang anak ini adalah anak angkatnya bila lahir nanti perlu di pakaikan sepasang pakaian dan di letakkan di satu tempat yang dia dipercayai ghaib. Namun ibu dan keluarga kawan saya itu abaikan saja. Bila anaknya lahir, bayi itu setiap malam di gigit halipan dan kala jengking sampai terjerit bayi itu. Puas dijaga tapi binatang itu tetap dapat masuk kelambu dan gigit bayi berkenaan. Apabila di buat seperti yang dikehendak oleh orang itu maka tiadalah lagi Kala jengkit dan halipan datang menggigit. Bayi itu kini dah besar dan dah jadi bapa.Dia pernah bertanya kepada Arwah bapanya tentang hal berkenaan dan jawapannya ialah "Itu rahsia Allah". Begitulah kisah kawan saya. Apa pendap Saudara tentang cerita ganjil ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan anon,
      1. Maaf lambat reply. Agak sibuk kebelakangan ini.
      2. Cerita ini tidak lah ganjil tapi ada hakikat cerita yg sebenarnya. Ganjil sebab jarang dengat sahaja.
      3. Yg berlaku ialah benda yg datang dalam.mimpi ibu itu adalah saka keturunannya..yg ini saka nya bunian.
      4. Anak yg dah besar tu sebenarnya ada dna bunian dan sebenarnya bunian dah lama mengikuti keluarga itu dalam.bentuk saka.
      5. Cekonon sultan yg hilang tu pun sama..sultan tu ada dna bunian juga. That why dia hilang didalam alam bunian.
      6. Saya nampak yg dtg dlm mimpi tu bukan lah sultan yg hilang tu, walaupun both pun bunian.

      Wallahuaklam

      Padam
  14. Salam tuan..masih bolehkah saya datang untuk mempelajari ilmu haq ini.. Saya seorang yg zero dan amat berminat untuk pelajari dan jika diizinkan Allah, saya ingin mengubati seluruh ahli keluarga saya memandangkan hubungan kami yg agak keruh, sepertinya kotor di dalam rumah. Saya seorang yg biasa, islam, tiada ilmu silat, hanya ada basic agama islam. Masih adakah ruang untuk saya dtg dan menuntut ilmu dgn ustaz mail?

    BalasPadam