Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Februari 2010

berperang dengan syaitan

Salam semua,

semua sedia maklum yang syaitan itu musuh kita yang nyata. Banyak diceritakan dalam Al_quran tentang syaitan dan iblis dan bagaimana asal usul mereka. Kalau nak difahamkan kalau musuh kita, sepatutnya kita berlawan dgn syaitan dalam kehidupan kita. Saya pon baru terjebak dalam perperangan ni sejak setahun lalu.

Ada kawan saya cakap, biar betul berperang dgn syaitan. Saya cakap kenapa tidak? mereka musuh kita. Syaitan tak pernah leka dari menghasut dan menyerang kita sebagai manusia, tetapi ramai dan kebanyakkan orang tak sedar mereka diserang setiap hari.

bagaimana nak berperang dgn syaitan dan berlawan dgn mereka ini?

Sebelum apa2 perperangan, kita mesti kenali kekuatan kita dan kelemahan kita, kekuatan musuh dan kelemahan musuh. Taktikal nya dari mana serangan datang dan dimana kita diserang. Tanpa mengenal musuh dan mencari kelemahannya perperangan akan jadi berat sebelah dan kekalahan akan datang.

biar betul, berperang dgn syaitan? diakan makluk halus...macamana nak perang?

sebenarnya ada kelebihan makluk halus dan banyak kelemahan makluk halus ini.

syaitan jin iblis bunian semuanya berjisim halus. Manusia berjisim kasar.

saya akan menyambung lagi kisah berperang dgn syaitan kali pertama bersama isteri saya dimasa akan datang insyaAllah.

Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu Ustaz Ismail

Pada penghujung tahun 2008, saya bertemu Ustaz Ismail. Isteri saya yang dah bertemu ustaz "darul..s..a" merasakan tiada guna bertemu siapa2 lagi, kerana jin itu tetap menganggu dirinya.Semasa saya memandu ke arah Dusun Tua tempat Ustaz Ismail,isteri saya tenang shj ,tiada sebarang riak. Apabila hampir sampai ke destinasi, terdapat perubahan pada isteri saya di mana dia diam dgn muka yg agak rengus.Rupanya jin yg berada dalam isteri saya sudah rasa gundah gelana ...tidak seperti semasa bertemu ustaz "D...A" yg mana si jin tu kata " ala cincai aje boleh settle , x der apa nak risau".

Apabila bertemu Ustaz Ismail, isteri saya rasa mcm nak lari dan mengatakan Ustaz Ismail bagai pembunuh upahan. (Rupanya jin yg dlm bdn isteri saya dah cuak...). Memang berbeza cara Ustaz Ismail menangani masalah kami. Cukup tenang dan sopan.

Kami hanya bercerita sedikit masalah kami, dan Ustaz Ismail mengatakan bukan hanya isteri saya ada gangguan, seluruh keluarga kami termasuklah anak dan diri saya sendiri.Lantas dia membaca ayat2 Al Quran dimana saya dan isteri terasa kepanasan. Rupanya jin tu yg panas.Kemudian dia cerita tentang konsep ilmu haq, dan beliau melihat apa yg menganggu kami. Rupanya bidan urut yang telah mengurut isteri saya. .

Rentetan Peristiwa Di Ganggu Makhlus Halus

Pada tahun 2005, anak dalam kandungan isteri saya meninggal dunia semasa usianya sembilan
bulan dalam kandungan. Beberapa malam sebelum kejadian, dia rasa didatangi lelaki berpelekat , yang ingin mengambil anak kami. Isteri saya mengalami kejadian itu antara sedar dan tidak.

Dipendekkan cerita, selepas melahirkan bayi tersebut, isteri mengalami masalah sakit pinggang yang amat sgt hingga tidak boleh berjalan, dan menggunakan kerusi roda semasa di hospital. Pada mulanya, kami tidak mengesyaki apa-apa. Selepas beberapa bulan, isteri mengalami gangguan seakan ternampak lembaga, badan menggeletar , hingga kekejangan kaki. Kami pun ikhtiar perubatan tradisional, dan pergi berjumpa bomoh dan ustaz. Kedua-duanya, mengatakan gangguan saka sebelah saya.

Kami tiada gangguan buat sementara waktu hingga isteri saya kembali mengandung dan Alhamdullillah selamat melahirkan anak lelaki pada 1/10/2006. Pada tahun 2008, isteri saya asyik sakit-sakit terutama pada bahagian pinggang dan kaki.Rasa seperti dicucuk-cucuk.Kami pun pergi berjumpa Kak S, melalui jiran yang memperkenalkan beliau kepada kami.

Pada masa itu, saya agak jahil, hanya terlintas di fikiran, usaha untuk memulihkan isteri saya, caranya saya tidak peduli. Cara perubatan Kak S agak pelik, di beri pendinding dalam bentuk paku. Katanya kalau gangguan masih ada jalan terakhir mandi di sebuah makam (Banting).

2 - 3 hari isteri tiada gangguan, tapi selepas itu , satu malam isteri diganggu dengan lebih teruk lagi. Kali ini gangguan dari Jin Islam . Kami pun pergi bertemu kembali dengan Kak S. Kak S terkejut dan mengesyorkan mandi di makam tapi masih sama, gangguan masih ada. Isteri hingga tidak boleh tidur dan tidak dapat menumpukan pada kerjayanya. Saya agak buntu pada ketika itu, dan saya berserah pada Allah, sembahyang Hajat agar di tunjukkan jalan bagaimana untuk menghapuskan jin/syaitan yang mengganggu. Saya yakin mesti ada cara untuk membunuh makhlus halus yang mengganggu manusia ini. Takkan mereka ini terlalu kebal...

Pada satu hari, saya mencari di internet tentang bagaimana membunuh makhluk halus ini, dan dipertemukan link ilmuhaq.multiply.com dimana saya bertemu Ustaz Ismail.

Sambungan...

untuk sambungan part dua klik disini

Gangguan makluk Halus

Salam semua,

Hari ini saya akan bercerita serba sedikit mengenai gangguan makhluk halus. Ramai yang di luar sana menghadapi masalah gangguan makhluk halus tetapi ada yang perasan dan ada yang tidak. Kenapa kita diganggu makhluk halus??

Sebabnya adalah mudah :

a) Iblis syaitan dan jin tidak puas hati dengan taraf khalifah yang Allah berikan kepada manusia.
b) Kita hidup bersama mereka.
c) Iblis jin syaitan tidak pernah putus asa dan berhenti menggangu dan menyesatkan manusia hingga ke akhir zaman.

Makhluk Halus terbahagi kepada
1) Iblis
2) Syaitan
3) Jin
4) Thogrut
5) Khannas
6) Jibt
7) Bunian
8)Qarin

Nanti saya akan terangkan cerita bagaimana saya dan keluarga diganggu oleh makluk halus durjana ini. wasalam.