Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Julai 2017

Pengumuman: Penipuan yang menggunakan nama Ustaz Ismail dengan cara telefon dan meminta bank in duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Dimaklumkan baru sahaja berlaku insiden dimana pesakit telah menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku diri nya ustaz ismail dan meminta bayaran untuk mengubati anak mangsa.

Diharapkan semua jangan letakkan no telefon anda pada komen, Silalah email terus kepada saya nombor telefon anda bagi mengelakkan nombor telefon anda disalah gunakan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

untuk makluman:-
1) Ustaz ismail tidak akan meminta bayaran sebelum kerja dilaksanakan. Hanya selepas kerja dibuat barulah bayaran diminta. Jumpa dia baru lah bayar.
2. Silalah call nombor ustaz ismail yang sebenar. 019-3619305 dan 011-10157393. Hanya dua nombor ini sahaja nombor sebenar ustaz ismail. Jika anda menerima call daripada no selain daripada nombor diatas dan dirinya mengaku ustaz ismail maka itu adalah cubaan penipuan.
3. Sila berhati hati jika menerima sebarang panggilan penipu yang menggunakan no selain daripada nombor diatas yang meminta bayaran atas nama ustaz ismail.
4. saya sertakan no penipu yang menggunakan no berikut. sila jangan bank in sebarang duit kepada org ini. nombornya seperti berikut:

011-3977 3877
011-3701 2598

jika tuan puan ada menerima call drpd nombor ini dan mengaku dirinya ismail dan meminta bayaran bank in sila jangan layan.
4. Diharapkan tiada sebarang insiden penipuan yang menggunakan nama ustaz ismail berlaku lagi selepas ini. jika ada pihak kami tidak akan tergak agak membuat laporan polis. tiada sebarang kompromi.
5. Ada sebarang soalan boleh email terus kepada saya atau telefon nombor diatas untuk bercakap terus dengan ustaz ismail.


Wallahuaklam

12 ulasan:

  1. assalamualaikum....

    BalasPadam
  2. assallamualaikum...sya nk bertanya sikit ...klau sya nk ambil pengasih boleh x..sbb byk kali dah kecewa gn perempuan nie ....sakit plak hati mcm2 fikir da

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tuan tanpa nama,
      1. sebaiknya jangan lah ye ambil ilmu pengasih semata-mata kecewa pd perempuan.
      2. tak berbaloi utk iman dan akhirat tmpt abadi kita semata nak kan makhluk kita mensyirikkan Allah.
      3. sabarlah ya. mengoratlah awek cara biasa dan percayalah semua org ada jodoh masing-masing.
      4. setiap ujian termasuk lah kena tinggalkan dgn awek ada kebaikan nya yg tersembunyi dan ada kesenangan yg Allah nak bagi kat tuan.

      wallahua'lam

      Padam
  3. Assalamualaikum..
    Sy nk tanya.. beberapa thn lps sy pernah berubat 1 keluarga dgn seorang ustaz. Perubatan dgn cara tnm bdn di dlm pasir, mndi limau, mandi bunga. Kemuncak berubat apabila ustaz trsebut mngeluarkan barang sihir dlm tubuh saya & zahirkn di dpn mata saya serta ahli keluarga saya barang pemujaan tersebut yg merupakan sebuah patung kecil tubuh mengerekot, tubuh bdn patung tersebut berwarna kuning seolah2 telah dilumur kunyit. belakang bdnny diikat dgn kain merah yg ada tertulis mentera siam. Agak pelik juga ketika berubat ustaz tersebut berubah menjadi org lain (ustaz lain yg berada jauh di tempat tlh masuk ke dalam tubuh ustaz tersebut & mngubat saya). Setelah berubat ustaz tersebut telah memberikn saya 1 gelang besi tp bkn besi & dlmny ade tulisan ayt alquran,sebiji batu delima merah sebagai pelindungan. Sudah beberapa thn saya tidak memakai gelang tersebut sbb was2. Pada akhir berubat juga ustaz tersebut telah menurunkn ilmu mengurut kpd saya. Tp sy tidak pernah gunakanny @ percaya. Semenjak kawin suami melarang utk berubat dgn ustaz tersebut kerana suami sndiri was2.

    Baru2 ni saya dan suami berasa lain, panas, baran, selalu bgaduh atas sbb2 yg remeh. Kami buat kputusan utk pegi berubat. Bejumpa dgn seorang pengubat islam. Die mngatakan kami telah disihir oleh orang yg belainan melalui makanan. Semasa berubat tiba2 ustaz tersebut bgtau ade yg mngikut iaitu spt khadam arwah atuk tp tak tau sebelah ayah atau ibu kerana kedua2nya merupakan pengamal perubatan tradisional. Semasa berubat ustaz tersebut telah scan yg saya juga mmpunyai ketumbuhan dan perut tp masih kecil (fibroid) Selepas rawatan ustaz tersebut cuma beri air penawar & menyuruh sy serta suami berpantang bbrapa mknn sebelum proses mengeluarkan sihir bbrapa hari kemudian. Slps 5 hari ustaz tersebut mngekuarkan sihir kami & segala2 pnyakit dlm bdn beserta air penawar. Baru2 ni saya pulang kerumah ibu saya bersama2 anak2 saya. Saya terjumpa belalang hijau tp sy tak bunuh. Saya biarkan saja. Lepas baca entry dlm blog tuan baru igt nk bunuh. Tp cari2 dah tak jumpa. Harap ustaz dpt bg ulasan dan reply terus ke email sagittariusniena@gmail.com

    Terima kasih

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ustaz, saya berumur 37 thn n sampai skarang blum bkahwin. Sblm ini penah berkawan tp x jd. Bila saya minat kat org, org x minat kat saya. Begitu sebaliknya. Yg ada pun laki org yg nk amik jd bini no. 2. Skrg saya cuma kawan ngan seorg lelaki lembut n xmau bkahwin setelah gagal dlm pkahwinan pertama. Di tempt kerja pun mcm org x puas hati pasal kerja n saya bkwan ngan lelaki lembut tu. Dkat lelaki lembut tu ada sihir ka?Harap dpt ustaz bg ulasan n emel terus ke impian80@gmail.com. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam shahira akmal,
      1.gangguan sukar nak dapat kan jodoh cik ni ada dua punca. satu saka keturunan cik da. yang keduanua ialah ambilan ilmu cii termasuk rawatan dan amalan cepatkan jodoh.
      2. saya akan email.kpd cik sebentar lagi.

      wallahua'lam

      Padam
  5. Assalamulaikum w.b.t

    Berapa bayaran ustaz kenakan untuk rawatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tanpa nama

      1. bayaran adalah rm 3500 sekali bayaran sampai ok untuk semua ahli keluarga tanpa mengira bilangan.
      2. utk maklumat lanjut silalah call ustaz Ismail ya.

      wallahua'lam

      Padam
  6. assalamualaikum,
    saya nak tanya, bagaiman cara rawatan ust?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam,
      1. cara rawatan ustaz Ismail sgt berbeza dgn cara rawatan perubatan islam konvensional.
      2. cari punca kemudian ustaz mail akan ajar anda cara untuk selesaikan masalah gangguan anda sendiri.
      3. so selepas tu anda boleh berdikari dan boleh elak gangguan daripada terjadi dengan mengelakkan buat amalan dan benda yg menjadi punca gangguan.

      wallahua'lam

      Padam