Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua para pembaca. Maaf sebab agak lama tidak
mengemaskinikan blog saya yang tak seberapa ni. Ramai yang minta kisah
sambungan peristiwa rentetan diganggu
jin part 6. Saya sambung kembali kisah gangguan saya sekeluarga daripada
last cerita part 6.
1. Dalam kisah
part 6, pada penghujung cerita memang benar lah tekaan emak saya yang mereka
ini (keluarga mertua saya) memang memasang perangkap untuk saya. Kisahnya saya
telah dikepung oleh ramai ahli keluarga mertua saya.
2. Mereka
beranggapan saya telah memukul isteri saya sehingga matanya lebam dan kisah
kereta accident tu Cuma rekaan semata mata. Saya masih ingat dengan segala
tuduhan yang dilemparkan kepada saya, sampai abang ipar saya mengeletar badannya
nak pukul saya. Saya pada masa ni tak kisah pun apa yg mereka nak buat pada
saya. Saya tahu saya dipihak yang benar dan Allah ada bersama saya. Saya hanya
menjawab, jika nak pukul silakanlah bahu saya patah, saya memang tak boleh nak
lawan balik.