Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 17 Julai 2015

Selamat hari raya aidilfitri hari kemenangan pada semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan peminat blog saya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca dan peminat setia blog saya yg tak seberapa ini. Saya ingin mengambil kesempatan  untuk memohon maaf jika ada tersalah kata , terkasar bahasa atau menyinggung mana mana pihak. Maaf zahir dan batin.

Saya berikan dan ajarkan yg haq semata mata kepada semua duku kini dan akan datang. Jika ada yg bathil kepunyaan tuan dan puan semua, saya sekeluarga pulangkan kembali pada tuan dan puan semua. 

Ustaz ismail ada di hulu langat sekarang ini. Silalah call dan aturkan temujanji jika ada sebarang masalah.

Wallahuaklam

15 ulasan:

  1. selamat hari raya cikgu moga diri sentiasa djauhkan dari pekara yg batil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum aries,

      Terima kasih. Selamat hari kemenangan juga pada aries. Amin ya rabbal alamin. Semoga aries juga dapat perkenan doa yg sama.

      Wallahuaklam

      Padam
    2. Assalamualaikum aries,

      Terima kasih. Selamat hari kemenangan juga pada aries. Amin ya rabbal alamin. Semoga aries juga dapat perkenan doa yg sama.

      Wallahuaklam

      Padam
  2. assalamualaikum.. lama tak ada update, mungkin kali sibuk tuan blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam tuan what life,

      1. Mmg agak sibuk kebelakangan ini.
      2. Saya byk habiskan masa menjawab komen komen. Byk dan soalan kebanyakkan nya berulang.
      3. In sya Allah saya akan postkan topik.sambungan atau topik baru.
      Wallahuaklam

      Padam
  3. Adakah orang mualaf maksudnya baru masuk islam ada jin saka? Perlukah mereka ini juga membuang segala ilmu bathil tentang ugama yang mereka anuti sebelum ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Ya jawapannya. Mualaf kena pulang dan buang segala dampingan ilmu bathil agama yg pernah mereka anuti dulu mostly drpd punca saka.
      2. Even org islam pun x terlepas drpd ilmu bathil dan saka. Mereka pun kena pulangkan saka mereka juga.
      3.'org bukan islam terutama cina yg menganut agama datuk nenek moyang dan menyembah datuk nenek moyang sebenarnya salah satu galur ilmu saka. Saka lah yg dipuja dan menjaga keturunan keluarga tu. Bukanlah roh roh yg sudah meninggal dunia.
      4. Apa pun jika nak keterangan lebih lanjut boleh jumpa ustaz ismail ataupun tonton video penerangan ilmu haq dan bathil seperti link yg ada dalam.profail saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  4. Maaf saya seorang warga singapura. Umur saya 17. Dan saya seorang remaja perempuan. Saya ingin bantuan dari sesiapa yang boleh bantu saya...

    Ini bermula lima tahun dulu. Saya dan abg, adik perempuan, ayah dan kawan ayah pergi memancing di pantai pasir ris pkl 2.30pagi. Tetapi pada hari yang sama jugak kakak sulung saya telah terlanggar mahkluk halus yang diketahui "Dina". Tangan kanannya bengkak sngt. Ayah saya membaca sesuatu dan membalut tangan itu dgn kain yang dah di baca. Selepas itu barulah kami keluar pergi memancing.

    Selepas agaknya setengah jam kita mula memancing. Abg saya menjerit dan tunjuk ke arah kaki ku. Aku lihat dan terpekik apabila terlihat seekor lipan yang sebesar ibu jari orang dewasa di kaki ku. Tetapi ia terjatuh apabila saya berdiri cepat2. Ayah saya gunakan matakail dan menembuskan ke dalam bdnnya utk menjadikan umpan... tetapi selepas satu jam di dlm air kita keluar kan dan terperanjat lipan itu masih hidup! Ayah cuber hentak dan penyek gunakan bottle air tetapi maseh jugak hidop.. selepas itu kwn ayah menggunakan gunting utk belahka badan lipan itu baru larh lipan tu mati... tetapi kurangnya setengah jam buayan di taman yg berdekatan dgn pantai itu memgoyang sendiri. Tetapi tidak ada satu angin langsung! Kita pack semuanya lagi dan kelam kabut balik...

    Skrg saya di ganggu lipan lagi. Baru sahaja terjadi. Kisah yang saya ceritaka ialah 5 tahun lalu. Dan skrg ia dtg lagi. Yang menakutkan ialah apabila lipan itu tidak mati bila di hentak! Ayah saya membaca al-fatiha dan ayat kursi dan selawat di kain dan kutip lipan itu dan buang di luar tingakap.. tapi memang rmh ini sering keluarga ku do ganggu. Ayah saya selalu baca utk melindungi rmh ini tertapi saya masih jugak rasa tak enak. Saya pernah mandi air zam zam oleh seorang ustaz di singapura tetapi saya rasa ia menjadi lagi. Saua harap kamu boleh membantu saya. Tolong lah sangat bagi saya nota atau apa2 saja! Maaf dan terima kasih.

    -amat terdesak-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum cik anon,
      1. Lipan itu merujuk kpd saka keturunan cik dan juga ambilan ilmu ayah cik.
      2. Gangguan ini boleh diselesaikan.
      3. Mandi air zam zam tak mampu utk selesaikan saka cik sebenarnya
      4. Saya cadangkan cik sediakan penyapu lidi. Jika nampak lipan lagi pukul dgn penyapu lidi berapa kali. In sya Allah lipan itu akan hancur.
      5. Silalah call ustaz ismail utk temujanji dan bantuan lanjut.

      Wallahuaklam

      Padam
  5. Saya rasa saya di ganggu. Mohon tlg saya. Saya nampak bende pelik dan dgr bende pelik. Ini berlaku lima tahun dulu selepas saya dihinggap dgn lipan yg amat besar. Saya tidak dpt tidor malam. Saya mula mimpi bende yang aneh. Saya mimpi ttg hantu lebih dari 10 kali.. saya mohon pertolongan anda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum anon,
      1. Lipan itu merujuk kepada saka.
      2. Mimpi itu pun merujuk kpd saka.
      3. Utk bantuan lanjut call dan aturkan temujanji dgn ustaz ismaik.
      4. Jika ada masalah boleh email terus kpd saya kelak.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Dengan ini saya pulangkan balik semua yg bathil yg telah saya ambil dari awak yg ada pada saya dan keluarga saya dan sesiapa yg terkena melalui saya..saya pulangkan balik semuanya..saya ambil yang haq sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Saya terima dan ambil segala kebathilan kepunyaan saya yg ada pada cik sekeluarga dan sesiapa yg terkena melalui cik.
      2. Apa pun diharapkan semua pembaca baca profail saya seadanya. Saya dah akad bagi dan ajarkan yg haq semata mata tiada yg bathil pada semua dulu kini dan akan datang pada semua pembaca blog saya.
      3. Sila rujuk ustaz ismail jika ada sebarabg masalah ya cik.

      Wallahuaklam

      Padam
  7. Assalamualaikum En Danish, terima kasih banyak. Saya benar-benar tak bermaksud En Danish telah memberi ilmu bathil kepada saya yang membaca daripada blog ini. Hanya untuk pencegahan dari saya macam yang En Danish cakap mungkin sedikit was-was. Terima kasih sekali lagi. Saya ada email nama penuh saya untuk meminta sedikit pertolongan En Danish jika sudi untuk scan diri saya jika tidak keberatan. Wassalam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Email tuan telah pun dijawab. Sila rujuk email ya tuan.

      Padam