Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 31 Mac 2014

Ambilan Ilmu Kupasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Saya menerima banyak soalan berkenaan ambilan ilmu dari pembaca yang kebanyakkanya melalui email. Kali ini saya akan mengupas apa kah itu ambilan ilmu. Untuk memudahkan pembaca saya akan membuat Q&A bagi memudahkan pemahaman.

Q: Apa kah itu Ambilan ilmu.
A: 
1.        Secara umumnya ambilan ilmu adalah keadaan dimana sebagai contoh saya terambil atau terbelajar ilmu bathil yang terang,separa atau tersembunyi. Ilmu adalah makhluk dan sebenarnya ilmu berjisim. Halus jisim ilmu sebenarnya. Nak faham lagi mudah, sekiranya saya belajar ilmu matematik iaitu mencampur, menolak, mendarab dan membahagi, sebenarnya saya terambil ilmu dan ilmu ini masuk kedalam diri saya. Agak out of this world penerangan ini bukan? Tetapi hakikatnya ilmu adalah makluk dan setiap kali kita belajar, ilmu akan masuk kedalam diri kita.

2.     Ilmu terbahagi kepada dua, Ilmu yang haq (benar dan Allah redha) dan ilmu yang bathil (salah dan Allah murka).
3.  Sila rujuk link dibahagian bawah articles untuk penerangan lanjut berkenaan ilmu bathil yang terang, separa dan tersembunyi.

Ustaz Ismail Menunaikan Umrah dari 31hb Mac hingga 11 April 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Seperti tajuk diatas adalah dengan ini dimaklumkan ustaz ismail sedang menunaikan umrah di mekah pada tarikh diatas. Sehubungan dengan itu kepada pembaca yang mempunyai masalah, sila bersabar sehingga 11 April untuk berjumpa dan mendapatkan bantuan dari ustaz ismail.

Kepada pesakit yang memerlukan pertolongan segara boleh menghantar email terus kepada saya dan saya akan membantu sedaya saya. Diharapkan pembaca semua didalam rahmat Allah dan dikekalkan didalam rahmat sentiasa.

Wallahu aklam.