Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 12 November 2013

ilmu sihir atau bathil dan sejarahnya berdasarkan Al-Quran

Kali nie saya nak bercerita tentang ilmu sihir dan ilmu bathil. Ilmu sihir itu sebenarnya sama dengan ilmu bathil tetapi term aje berbeza. satu melayu satu arab/ islam. Ilmu bathil dan sihir yang pertama diceritakan dalam al-quran diturunkan di Babil ataupun Babylon. Allah mengutuskan dua malaikat bernama Harut dan Marut dan mengajarkan ilmu bathil aka sihir ini kepada penduduk babylon. Malaikat ini menyampaikan kan ilmu  bathil ini tetapi pada masa yang sama memberi amaran yang ilmu ini dimurkai Allah dan diturunkan sebagai ujian kepada manusia. Didalam al-quran menyatakan bahawa sihir yang pertama berjalan diatas muka bumi ini meruntuhkan sebuah masjid. Meruntuhkan masjid nie maksudnya rumah tangga runtuh or mudah cakap bercerai antara suami dan isteri.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.(Al-Baqarah 2:102


So, mudah nak faham ialah ilmu sihir adalah ilmu daripada Allah juga tetapi jenis ilmu yang Allah jadikan sebagai ujian dan Allah benci sesiapa belajar ilmu sihir a.k.a ilmu bathil. Semua ilmu dilangit dan dibumi dan sekian alam ini adalah daripada Allah. Berdasarkan ayat surah albaqarah ini, pengamal ilmu ini menjadi kafir.

Banyak jenis ilmu sihir ataupun bathil yang tersebar dikalangan masyarat malaysia dan dunia secara umumnya. list ilmu ini amatlah panjang tetapi semua ilmu ini mempunyai pendamping yang paling jahat iaitu syaitan. Banyak orang tahu yang syaitan berjalan didalam pembuluh darah kita tetapi tak ramai yang nak berfikir darimana datangnya syaitan ini. Salah satu cara syaitan berkampung didalam diri kita, ialah dengan kita belajar ilmu sihir/bathil. 

Wallahu aklam


7 ulasan:

  1. Assalamualaikum en,
    sy ingin menanyakan en mengenai teknik scan....dapatkah en scan seseorang individu tersebut dari.jarak jauh?

    dari pembacaan sy pada blog saudara,sy dapati saudara cuba mengelakkan cara rawatan yg x berpandukan Al-Quran dan As-sunnah semata2...bagaimana dgn teknik scan?..adakah terdapat dalil dan nas yg sahih?

    teringat sirah Rasulullullah SAW...nabi juga penah disihir...tapi nabi sendiripun tidak mengetahui bahawa dirinya disihir..sehingga akhirnya turun 2 malaikat mengkabarkan yg Rasulullah telah disihir lelaki yahudi dan mengubati Rasulullah saw dgn membaca beberapa surah Al-Quran dan memberitahu nabi tentang lokasi barang sihir tersebut..bagaimana seorang yg berakidah sebersih Rasulullah juga tidak mengetahui tentang pekara2 yg ghaib sedangkan kita yg kotor dilumuri dosa ini boleh scan mcm2?...mohon penjelasan..

    BalasPadam
  2. Wwalaupun salam,
    Persoalan yang baik dan saya akan cuba jelaskan sebaik dan semudah mungkin.

    1. Tiada nas dan dalil khas bagi teknik Scan yg haq ni sebenarnya. Akan tetapi Scan jenis ini agak memakan masa. Nak mudah faham Scan ini tidak berdasarkan amalan amalan dan tak boleh dipelajari. Kekuatan Scan jenis ini berdasarkan kebersihan batin dan iman kepada Allah. Semakin bersih diri seseorang daripada ilmu bathil, pendamping jin dan dipikat semakin kuat kekuatan seseorang tu nak Scan.
    2. Merujuk kepada Sirah Rasulullah, ilmu yg diturunkan kpd Rasulullah adalah berperingkat dan beransur ansur seperti turunnya alquran. Sebenarnya ilmu yg haq yang ada pada diri Rasulullah tiada tolok bandingnya dengan umatnya. Satu hadis berbunyi Rasulullah bersabda " aku adalah gedung ilmu dan Ali lah pemegang kunci gedung itu". RAsulullah terkena sihir pada awal awal KeRasulannnya sahaja. Harap faham maksud saya.
    3. So perjalanan nak develop Scan yang haq bukanlah mudah dan boleh dapat dlam masa sekelip maa atau setahun dua. Kena betulkan dan bersihkan diri dari dosa, zulumat, Jin, dan ilmu bathil dan proses ini memakan masa.
    4. Saya sebagai contohnya start membersihkan diri dan ikut tertib sejak 5.tahun yg lepas. Kekuatan saya hanya lah seperti anak yg berusia 5 tahun dalam hal Scan ni.perumpamaannya tahu berlari melompat menumbuk dan menendang. Bandingkan dgn ustaz mail yg dah buat kerja ni selama 40 tahun.
    Wallahu aklam

    BalasPadam
  3. bagaimana yang ghaib datang dari syahadah.

    BalasPadam
  4. cik Anonymous ape yg ghaib dari syahadah?? ni soalan ke pandangan?
    mcm x jelas je soalan...cer kasi jelas baru la admin blog snang nak terangkan yg lain2 pun nak tau gak...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, saya dr johor, bole beritau email tak untuk tanyakn problem saya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      Email saya ilmuhaqdanish@gmail.com. silalah email terus pada saya.

      Wallahuaklam

      Padam
  6. Ustaz ismail pakar dlm bidang nih..Alhamdulillah

    BalasPadam