Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 14 Oktober 2013

Ustaz Ismail Akan ke Sabah pada 23 Oktober hingga 25 November 2013. Sekarang berada di KK dari 11 November 2013

Salam,

Kepada pembaca blog saya yang setia dan juga pembaca yang berada disabah, brunei dan sarawak, Ustaz Ismail akan kesana selama sebulan untuk menyelesaikan masalah gangguan di sana. Kepada pembaca yang memerlukan bantuan yang ada disabah boleh ambil kesempatan ini untuk bantuan dan tunjuk ajar.

Kepada pembaca blog yang menghadapi masalah di semenajung diharap dapat mengambil perhatian jika memerlukan bantuan dan tunjuk ajar. Masih ada kurang seminggu ustaz mail disemenanjung ini.

Apa apa pun pembaca yang bermasalah boleh call direct dia untuk tunjuk ajar dan bantuan serta menetapkan tarikh temujanji masing masing.

Wallahu aklam


Rabu, 9 Oktober 2013

Q&A berkenaan bayaran yang dikenakan untuk rawatan dan bantuan oleh Ustaz Mail

Salam,

1.      Saya menerima banyak email berkenaan charge bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan dan bantuan oleh ustaz mail. Saya faham tentang masalah kesempitan duit dan masalah tak mampu oleh sebilangan pembaca. Apa apa pun dibawah adalah butiran bayaran dan sebab musabab kenapa bayaran dikenakan.
  • ·        Bayaran dikenakan ialah dalam RM400 seorang, maksima sehingga RM1000 tanpa mengira bilangan ahli keluarga jika memerlukan rawatan keseluruhan. Bayaran boleh dibuat ansurans 3-5 kali bayar sekiranya tidak mampu.

  • ·         ustaz mail tidak bekerja dan dia menumpukan hidupnya dan usaha dirinya membantu dan mengajar org mengatasi gangguan. Jika saya tidak bekerja dan membantu org kerja utama saya, saya sendiri pun akan mengenakan bayaran.

  • ·         bab bayaran tu memang agak tinggi tetapi sebenarnya, agak memenatkan dan amat menggunakan kekuatan dalaman dalam hal mencari dan membelasah syaitan dalam diri seseorang. Bab cedera dalam ni insyaAllah tuan tuan akan nampak sendiri. Tuan buang ilmu atau saka, ustaz mail akan sakit dan azab sehingga muntah darah. Memang sakit sebenarnya bila saka berpisah daripada badan kita, tetapi kebanyakkan orang tak rasa.

  • ·         bayaran yg dikenakan hanya sekali. Selepas jadi anak muridnya, rawatan susulan dan tunjuk ajar adalah percuma. Memang berbeza dengan darul sXXXX dan perubatan islam yang lain . Saya pun dah berubat byk kali kat darul sXXXX dan ustaz ustaznya tak ada rasa or penat or cedera langsung dalan berubatkan org. Bukan berubat, nambahkan saka si sakit sahaja.

  • ·        Perkhidmatan dalam bayaran tu memang banyak, mengajar, menunjuk, menscan, memclearkan rumah pesakit dan kadang kadang kerja kerja tambahan yang lain bergantung atas sakit pesakit tu sendiri.