Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 18 Julai 2013

Bergantung pada Allah dan menyerah pada Allah dalam gangguan jin dan masalah

Salam,
  1. Agak lama saya tidak berkongsi pengetahuan yang tak seberapa saya dengan pembaca dan pengikut setia blog saya ni. Kali ini saya akan bercerita tentang berserah pada Allah dan bergantung pada Allah dalam menghadapi gangguan jin dan juga masalah.
  2. Asas ilmu seorang yang mengaku islam adalah tauhid. Tauhid adalah kepercayaan kepada Allah yang satu dan basic ilmu tauhid ialah lailahaillah. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Didalam hadis dan Alquran banyak mengupas bab tauhid ini dan jika dibaca kitab tauhid ( yang dikarang oleh ulama bahagian tauhid) kepercayaan asas kita ialah semua makhluk dan apa sahaja yang telah berlaku, akan berlaku dan sedang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah semata mata. Didalam sebuah hadis dinyatakan takdir manusia adalah benda yg pertama yang Allah perintahkan kalam untuk menulis dan ini memakan banyak masa.

Rujuk hadis
Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.