Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 4 Ogos 2012

Persoalan tentang Jin Islam baik atau jahat dan kupasan jin itu nampak atau tidak


Ada satu pepatah arifbillah yang berbunyi "sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin". Jin adalah makluk yang diciptakan Allah lebih awal dr manusia dan dan dijadikan daripada api berbanding manusia yang dijadikan daripada tanah lumpur yang hitam. Jin islam ada yang baik dan ada yang jahat sama seperti manusia yang beragama islam. Manusia contohnya ramai yang beragama islam tetapi ramai juga yang jahat yang tidak beriman dengan sebenar benarnya iman.

Iblis dan syaitan adalah daripada golongan jin. Jin adalah satu jenis bangsa yang bangga dengan kejadian mereka daripada api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Allah pula menciptakan dunia ini untuk manusia dan menjadikan manusia ini sebagai Khalifah ataupun penguasa dunia ini walaupun diciptakan kemudian dan diperbuat dari tanah. Kisah Iblis yang dihalau dari langit dan meminta ditangguhkan hukuman diberikan peluang untuk menyesatkan manusia adalah satu cerita yang menceritakan bagaimana sifat jin secara umumnya. Umumnya jin adalah bangsa yang bangga dengan kejadiannya dari api dan lebih awal diciptakan berbanding manusia. Mereka ini menghadapi masalah dalaman kendiri yang kritikal dengan manusia disebabkan taraf mereka jatuh sama dengan simboliknya Iblis dan Malaikat diperintahkan Allah sujud kepada Nabi Adam a.s. Sujud tanda hormat bahawa manusia adalah penguasa dunia ini dan bukan mereka. Ini adalah satu kefahaman yang perlu ada anda dalami untuk memahami kenapa banyak jin memusuhi orang islam yang beriman.

secara generalnya, mmg ada jin islam yang yang tawadduk kepada Allah dan benar-benar beriman tetapi jin sebegini faham larangan Allah untuk tidak memasuki alam manusia dan mencampuri urusan manusia. Mereka ini akan kekal dialam mereka dan tidak akan mencampuri ataupun masuk kedalam alam manusia ini Jin-jin yang berada dialam manusia, yang mencampuri urusan manusia dan yang kononnya mengajar manusia sebenarnya adalah jin-jin yang tak tawaduk dan patuh kepada perintah Allah yang utama.

kepada yang membaca posting saya mesti pernah berjumpa statement saya yang berbunyi lebih kurang apa sahaja jenis jin or saka yang kita ada saka putih ke, hitam ke, pelangi ke .,.semuanya jahat dan tak beri manafaat kepada iman dan akhirat kita.

berikut adalah penjelasan saya yang lebih mendalam kenapa saya meletakkan kenyataan yang sedemikian