Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 14 Mei 2012

Khadam Ayat Kupasan


Assalamualaikum,

Bab khadam ayat itu sebenarnya agak mendalam sedikit subjek ini. Saya akan cuba mengupas tentang khadam ayat dan bagaimana khadam ayat ini boleh datang or berfungsi. Saya akan mengupas kepada tuan dan kepada pembaca diblog saya supaya pembaca dapat penjelasan yang umum tentang khadam ayat.


Didalam al-quran Allah menyatakan bahawa Dialah yang menjaga Al-Quran dan isi kandungannya. Al-Quran yang diturunkan 1500 tahun dahulu dan al-quran sekarang tetap sama isi kandungannya dan ini adalah salah satu mukjizat Al-Quran itu sendiri.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya {15:9}

Bagaimana khadam ayat boleh berlaku dan terjadi.

Khadam ayat boleh datang dan menjadi sekiranya si pengajar (empunya ilmu khadam ayat) mengajarkan kita amalan khadam ayat kepada kita. Sebenarnya diikutkan didalam surah Al-Quran tiada khadam. Amalan pembacaan yang kebiasaannya dibuat untuk mendapat khadam ayat mostly adalah surah yassin dan juga surah Al-Qursi yang dibuat setiap hari dengan nombor dan bilangan yang banyak dan ditetapkan. Khadam itu sebenarnya datang dari sipengajar ilmu khadam ayat dan bukan dari Al-Quran itu sendiri. Jika amalan dan ibadat membaca al-Quran itu diniatkan untuk mendapat khadam, maka amalan itu sebenarnya bukanlah kerana Allah semata-mata. Ibadah khusus perlu dibuat kerana Allah semata-mata dan tak boleh dibuat atas niat-niat yang lain. Boleh menjurus kepada syirik.