Mengupas gangguan jin, sihir, buatan orang, hantu, iblis, syaitan dan cara mengatasi gangguan.
Jumlah Paparan Halaman
Sabtu, 24 Disember 2011
Gangguan Jin Yang Tak Sembuh-Sembuh dengan teknik rukyah dan Perubatan Islam dan penerangan berkenaan zulumat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau diikutkan pendapat saya 1 dari 10 atau lebih dari rakyat malaysia nie sebenarnya pernah atau sedang mengalami gangguan jin. Ada pertanyaan yang saya dapat bertanya kan masalah kenapa gangguan jin nie tak dapat sembuh sepenuhnya or tak sembuh-sembuh. Untuk persoalan ini saya akan memberikan jawapan yang saya mampu jawab.
1. Kaedah atau teknik yang digunakan tidak effektif.
2. Gangguan berpunca dari kepunyaan sendiri (saka, ilmu yang dituntut, tangkal dan sebagainya).
3. Punca gangguan tidak dicari dan diselesaikan dari akar umbi.
4. Perubatan gangguan tertumpu kepada si sakit sahaja. Sebenarnya bab gangguan nie serangan jin kebiasannya akan menyerang satu keluarga yang terdekat bukan setakat si sakit.
Khamis, 22 Disember 2011
Lada hitam, garam dan kacang hijau sebagai pagar halus.
Assalamualaikum,
Agak lama saya berhenti berehat dari menyampaikan idea dan pandangan saya disini. Kini saya nak sambung bercerita tentang lada hitam, garam, kacang hijau, paku, benang serta kadang-kadang tahi besi yang digunakan sebagai pagar halus oleh kebanyakkkan pengamal perubatan islam dan tradisional. adakah benar jin , syaitan dan sekutunya takut pada objek-objek ini??
berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya dah merasai bahana pagar objek-objek pemakanan ini yang jatuh kategorinya sebagai tangkal. Ramai yang mempunyai pendapat bahawa garam ataupun lada hitam adalah objek-objek yang diberi kebaikan dan khasiatnya oleh Allah sebagai pengusir jin. Ada yang berpendapat garam sebagai contoh mempunyai khasiat yang diberikan Allah untuk menghindari tenaga-tenaga negatif dan meneutralkan tenaga jahat. Adakah benar pendapat ini?
Isnin, 19 Disember 2011
Gila dan Gila Isim part 2
Salam,
Agak lama jugak saya tak bercerita kat sini. Kali ini saya nak bercerita sikit tentang gila isim dan gila itu sendiri. Sambungan gila isim part 1. Tempohari ada tetamu datang ke rumah saya satu family. Isterinya rungsing tentang suaminya yang kadang kala betul dan kadang kala tidak. Saya sebenarnya tak begitu pandai bab-bab nak mengajar orang lebih-lebih lagi nak mengubat orang. Ikutkan aliran yang saya belajar, kami tak mengubati orang, kami hanya mengajar orang mengubati diri mereka sendiri. Sesungguhnya ubat itu ada pada diri kamu sendiri kata Saidina Ali R.A.

Langgan:
Catatan (Atom)