Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 1 September 2011

Bunian Part 3

salam,
Saya akan bersambung bercerita tentang bunian. Ramai yang mempunyai pemahaman yang bunian ini adalah manusia yang halus. Manusia tetapi halus. Sebenarnya jika dikaji dari sudut jisim (unsur tubuh badan) bunian, sebenarnya mereka berjisim halus seperti mana jin. Seperti mana yang pernah saya cerita sebelum ini, bunian ini adalah golonagn hybrid ataupun kacukan antara manusia dan jin. Jisim mereka lebih menyerupai jin tetapi rupa mereka dan cara hidup mereka seperti manusia. Bunian ada yang islam dan ada yang kafir.


saya dah cerita sebelum ini yang manusia yang mempunyai dna bunian dan saka bunian memang kebiasaannya menghadapi masalah seperti ini. Kalau diikutkan salasilah keluarga orang yang mempunyai kaitan or saka bunian, bunian ini akan mengikuti salasilah keluarga ini hingga kiamat.