Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 5 Januari 2012

Cara untuk membunuh pelesit dan serangan sihir berbentuk binatang dan serangga

Salam semua,

Disebabkan puan MMF ada mengalami masalah serangan ilmu tuju-tuju saya akan menceritakan sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan bersama forumer jika anda berdepan dengan serangan tuju-tuju, pelesit, bunian dan sebagainya.

Post ini akan dibekukan disebabkan terlalu byk komen. Harap komen dipos yang terbaru seperti link berikut
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2016/06/pelesit-dan-cara-membunuh-pelesit-dan.html?m=1

. Harap baca dan maklum.

Kebanyakkan masa serangan ilmu tuju-tuju nie boleh dikenali apabila datang serangga seperti lipas yang pelik rupanya. Saya akan bercerita tentang perkara yang perlu anda buat dan tak boleh buat jika berdepan dengan serangan jenis seperti ini.

Kebanyakkan masa tak ramai yang boleh nampak serangan or gangguan sihir tuju-tuju tetapi ada sebilangan masa, anda boleh nampak serangan sihir ini datang kepada anda. Kebiasaan yang nampak ialah bentuk lipas, burung hitam datang menyerang anda, belalang pelesit dan kadang kala binatang seperti ular hitam dan juga katak. Semua jenis binatang yang saya sebut itu adalah sarung ataupun penggangkutan (vehicle) makhluk halus tu sendiri. Berikut adalah jenis jenis binatang dan serangga yang biasanya mempunyai penunggang atau jin didalamnya dan binatang ini kebiasaanya akan masuk kedalam rumah anda.

  • Kelawar dan Kluang.
  • Ular (sebarang jenis ular).
  • belalang pelesit dan kadangkala belalang biasa.
  • Lipas
  • Katak
  • cicak
  • burung hitam/putih.

Jika anda  ada ternampak belalang pelesit, sebagai contohnya...jangan pegang dengan tangan ataupun anggota badan. Bunuh aje dengan benda seperti penyapu lidi ke, selipar ke, kasut ke yang penting objek lain. Lepas bunuh belalang pelesit tu sapu dan dengan penyedok buang dari rumah. Jangan biarkan binatang tu berada dalam rumah anda.

kalau terpegang, jin yang menumpang dalam binatang tu akan melompat masuk kedalam badan anda. Jadi berhati-hati lah jika berjumpa situasi yang pelik-pelik. seperti serangan pelesit.

Nak kenal belalang pelesit? Google aje belalang pelesit dan tengoklah image.

bunuh binatang tu dan buang dari rumah. Jika anda pening dan gangguan datang kepada anda sampai tak boleh tidur, silalah dapatkan bantuan. No telefon ada dibahagian profile saya.  

Nota tambahan:

Disebabkan ramai pembaca yang mempercayai cerita orang bab menangkap pelesit dan letak dalam tabung or balang kaca, saya minta para pembaca tak buat or hindarkan diri buat kerja tangkap pelesit. Sila bunuh belalang pelesit itu dengan penyapu lidi. Boleh dibunuh dengan objek lain tetapi jika boleh, bunuh sahaja belalang tu dengan penyapu lidi. Takda penyapu lidi? Beli lah. :). Murah aje dan banyak gunanya. Bunuh dan buanglah dari rumah. Jangan tangkap dan simpan dalam balang.

Sebolehnya binatang binatang dan serangga yang disebutkan dibunuh dengan penyapu lidi. Cara nya libas banyak banyak kali sehingga binatang atau serangga itu hancur ataupun mati. Jangan pegang dengan tangan atau anggota badan. Sapu dan sebolehnya buang didalam lubang kumbahan ataupun najis.

Diminta para pembaca utk komen di post yang terbaru seperti link dibawah.

http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2016/06/pelesit-dan-cara-membunuh-pelesit-dan.html?m=1

Post ini akan dibekukan disebabkan terlalu byk komen. Harap komen dipos yang terbaru seperti link diatas. Harap baca nak maklum.

Wallahu aklam...