Salam,
Banyak kita dengar masalah hysteria yang berlaku disana-sini dan mostly kes hysteria ini berlaku di tempat-tempat seperti sekolah ataupun universiti. Apakah sebenarnya hysteria? Bagaimana ianya berlaku? Apakah puncanya? Bagaimana nak mengatasinya?
Histeria adalah sejenis rasukan jin yang berskala besar dan serentak. Ada masanya hanya satu jin sahaja yang merasuk tetapi dapat menyebabkan hysteria secara besar-besaran. Perlu diingat jin bukanlah seperti manusia yang berjisim kasar. 1 jin dapat menyerang banyak mangsa sekaligus. Pernah dengar kat satu sekolah hampir berpuluh-puluh orang pelajar hysteria sekaligus? Apakah yang berlaku?